You are on page 1of 1

USAHA TANGGA KEJAYAAN Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, guru-guru dan rakanrakan yang

dihormati, usaha tangga kejayaan adalah tajuk syarahan saya pada pagi ini. Usaha tangga kejayaan membawa maksud sesuatu kejayaan itu hanya akan tercapai dengan adanya usaha. Ini kerana usaha itu pendorong kejayaan. Kepentingan usaha memang tidak boleh dinafikan. Usaha membolehkan segala impian menjadi reality. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Jika seseorang itu tidak berusaha tetapi mengharapkan kejayaan samalah seperti mengharapkan rezeki datang bergolek, ibarat Mat Jenin sahajalah hidupnya. Hadirin sekalian, Usaha yang gigih dan dan tidak kenal putus asa pasti akan menjadikan seseorang itu Berjaya dan mencapai kepuasan hidup. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa perlunya kita banyak berusaha kerana ia adalah tangga kejayaan kita. Sekian, terima kasih.

You might also like