You are on page 1of 5

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) STRUKTUR PNEUMATIK (PNEUMATIC STRUCTURE)

Tokyo Dome

DEFINASI

Traditional Inflatable building Guthrie-Pavillion Tokyo Dome

Sistem struktur yang sebarkan beban kepada penyangga melalui selaput yang disangga oleh tekanan udara.

Selaput sebarkan daya tegangan melalui satah permukaan dalam banyak arah kepada penyangga.

Sangga-sangga direkabentuk sebagai ikatan sauh kepada sistem struktur.

SEBARAN BEBAN Mendapat kestabilan melalui perbezaan di antara tekanan udara luar dan dalam struktur. Sistem selaput pindahkan daya yang disebabkan oleh perbezaan udara melalui tegangan pada permukaan selaput. Selaput bertindak mengekalkan perbezaan tekanan udara dan tidak ditegaskan sepenuhnya. JENIS-JENIS SISTEM 1. Struktur Air Supported

Terdiri daripada ruang udara yang ditutupi oleh selaput yang disangga oleh udara bertekanan lebih tinggi daripada tekanan udara atmosfera.(rujuk rajah 13.1)

Rajah 13.1

Struktur air supported

Rajah 13.2

sfera

Selaput mesti disauh dengan kuat kepada tanah. Bekalan udara yang tetap diperlukan untuk mengimbangi kebocoran melalui pembukaan dan sambungan pada selaput.

Kekuatan struktur bergantung kepada tekanan udara dalaman, isipadu udara yang terkandung dalam selaput, ciri bahan dan bentuk struktur.

Struktur menjadi semakin tegar dengan bertambahnya tekanan udara. Bentuk-bentuk bagi struktur ini ialah sfera, sfera dan silinder.(rujuk rajah 13.2,13.3 dan 13.4)

Rajah 13.3

Bentuk silinder

Rajah 13.4

Bentuk silinder

Berkeupayaan untuk merentang kawasan yang lebih luas berbanding struktur Air Inflated.

2. Struktur

Air Inflated

Tiub dan elemen selaput berganda diisi dengan udara untuk membentuk elemen struktur yang teguh seperti gerbang, rasuk, tiang dan dinding.

Elemen-elemen tersebut memindahkan daya-daya kepada sangga.(rujuk rajah 13.5 dan 13.6) Rajah 13.5 Rusuk inflated

Rajah 13.5

Selaput berganda inflated

Kekuatan struktur bergantung kepada faktor yang sama dengan stukutur Air Supported.

Udara perlu dibekalkan dari masa ke semasa untuk mengimbangi kehilangan udara yang disebabkan oleh sifat selaput yang berliang.

ANALISA REKABENTUK 1) Fuji Pavillion, Osaka World Fair

Mempunyai bumbung melengkung yang merentang 164 kaki. Menggunakan tiub lengkung dari plastik yang diisi dengan udara. Tekanan dalaman boleh diubah untuk menambah kestabilan struktur.

2) Bumbung pneumatik bagi kolam renang

Belon plastik yang menutupi kolam renang atau struktur sementara yang lain boleh ditiup untuk hasilkan kubah yang stabil.

Boleh dimasukki melalui pintu kerana kehilangan tekanan udara dalam ruang yang besar adalah sedikit berbanding dengan saiz ruang walaupun pintu selalu dibuka .

Kehilangan udara boleh diganti di bawah kawalan alat jangka tekanan.

KESIMPULAN Sebar beban kepada penyangga melalui selaput yang berada dalam tegangan. Struktur bumbung Air Supported berpotensi untuk merentang kawasan yang lebih luas jika diperkuatkan dengan kabel.

You might also like