You are on page 1of 2

'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA' Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara

kita? Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita. Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya sama-sama membeli barangan buat Malaysia. Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka. Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru ia menyuburkan semangat patriotisme serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui slogan tersebut. 'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA' Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita. Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya sama-sama membeli barangan buat Malaysia. Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka. Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru ia menyuburkan semangat patriotisme serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui slogan tersebut. 'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA' Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita. Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya sama-sama membeli barangan buat Malaysia. Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka. Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru ia menyuburkan semangat patriotisme serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui slogan tersebut.

You might also like