You are on page 1of 9

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara

maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri. Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-

kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti. Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri. Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersamasama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa. [568 patah kata]

ARA-CARA MENGGALAKKAN PENGGUNA TEMPATAN MEMBELI BARANGAN MALAYSIA Ketika menyambut hari Kemerdekaan yang baru berlalu, sebagai rakyat Malaysia kita berasa bangga kerana ibu pertiwi kita telah berjaya melepaskan diri daripada belenggu penjajah dan berjaya menempa nama di persada dunia. Salah satu kejayaan tanah air kita ialah barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan Proton telah dijual di banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-lain lagi. Ironinya, rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia. Lantaran, semua pihak yang terlibat patut mengaturkan strategi yang bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata wang Malaysia tidak mengalir ke luar negara. Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan propaganda daripada pihak media, kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Untuk menjamin kualiti barangan Malaysia dan memberikan jaminan tentang mutu barangan Malaysia, para pengusaha sama ada kaum petani, pengusaha industri kecil dan sederhana serta usahawan korporat harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% pendapatan mereka sebagai belanjaan untuk penyelidikan dan

pembangunan (R&D). Pengusaha kita harus mengaplikasikan budaya R&D sebagai budaya perniagaan mereka. Mereka harus berusaha meningkatkan mutu barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Selain kualiti, para pengusaha harus sentiasa meneliti, mengkaji dan menyiasat cinta rasa trend semasa, keinginan pasaran serta pembungkusan yang unik. Perniagaan yang tradisional tidak dapat bersaing dalam dunia perdagangan yang penuh dengan cabaran dan kompetitif. Salah contoh yang nyata ialah setiap tahun, Syarikat Nokia dan Apple telah berbelanja berpuluh-puluh bilion ringgit dalam penyiasatan dan pembangunan supaya produk mereka sentiasa di takuk mercu di pasaran dunia. Lantaran R&D merupakan pendekatan yang ampuh untuk mengadaptasikan barangan Malaysia kepada pasaran tempatan dan dunia. Seperti pepatah Cina, ketika menongkah arus, kita tidak maju ke depan bermaksud kita telah mundur. Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa waswas. Sehubungan dengan itu, ekspo buahbuahan tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke masa. Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk Malaysia.

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jasco, Tesco, Mertojaya, Parkson dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau jualan murah tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh potong harga yang istimewa. Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia. Hal ini bagai menyelam sambil minum air. Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara boleh disuntik kepada generasi muda kita. Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Hyundai. Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran. Natijahnya, rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan: 1Malaysia Menjana Transformasi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita. Marilah kita berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

(a) Kepentingan Pembelian Barangan Tempatan Pendahuluan: - Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan - perlu menyokong kempen tersebut - perlu mengubah sikap dan menerima barangan tempatan - perlu menjadi pengguna yang bijak - terdapat pelbagai kepentingan 1. Menjimatkan perbelanjaan - harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import - harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import - dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain - dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 2. Industri tempatan semakin berkembang - Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan - industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar - dapat membantu rakyat hidup selesa 3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang - rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan

- masalah sosial dapat dikurangkan - dapat menjana pendapatan keluarga - rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa 4. Imej negara dapat ditingkatkan - negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu - mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import - barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet - menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita - Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti 5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan - wang dapat digunakan untuk membantu rakyat - kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan - rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera - ekonomi negara menjadi lebih stabil Penutup: - banyak memberi kebaikan kepada pelbagai pihak - perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan - bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju - Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama. (b) Usaha-usaha Menggalakkan Pembelian Produk Tempatan Isi-isi: 1. Diri sendiri - membeli dan menggunakan barangan tempatan - barangan buatan Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import - berbangga dengan barangan buatan Malaysia - contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata - perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian - sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia. 2. Ibu bapa - menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan

Malaysia - menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik - anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya - ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak. 3. Guru - menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia - guru adalah suri teladan kepada pelajar - memupuk perasaan cinta akan negara - menerangkan kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran - sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup - menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan 4. Media massa sama ada media elektronik atau media cetak menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia - menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan - iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia - rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia 5. Kerajaan mengadakan kempen - mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam - dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia - memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta - kerajaan mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan - menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.

You might also like