You are on page 1of 87

Ayat tunggal

MOHD RIEZMAN BIN RAMLI

Binaan ayat tunggal


Terdiri daripada dua bahagian Subjet dan predikat Subjek (bahagian yang diterangkan) Predikat ( bahagian yang menerangkan subjek) Contoh : Pasukan bola kebangsaan bermain bersungguh-sungguh.

SUBJEK

BINAAN SUBJEK
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut : 1. Kata nama 2. Kata ganti nama 3. Kata kerja berfungsi sebagai kata nama 4. Kata adjektif berfungsi sebagai kata nama.

Subjek Kata Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama : 1. kata nama am 2. kata nama khas 3. kata nama terbitan

SUBJEK ( NAMA AM)


- Abangnya - Mempelam itu - Sungai ini SUBJEK (NAMA KHAS) - Hanif - Perdana Menteri Malaysia -Bukit Fraser juru terbang untuk ibu sangat dalam

PREDIKAT

PREDIKAT penyanyi terkenal telah melawat ke Eropah di negeri Pahang

SUBJEK (NAMA TERBITAN)


-Kesilapan itu -Pertunjukan itu - Pukulannya

PREDIKAT
satu pengajaran berakhir esok sungguh kuat

Subjek Kata Ganti Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada : 1. Kata ganti nama orang 2. Kata ganti nama tunjuk

SUBJEK (KATA GANTI NAMA ORANG)

PREDIKAT

-Saya - Kami - Awak SUBJEK (KATA GANTI NAMA TUNJUK UMUM) -Ini - Itu SUBJEK (KATA GANTI NAMA TUNJUK TEMPAT) -Sini - Situ - Sana

guru pelajar Tingkatan Enam boleh duduk di sini. PREDIKAT

pendapat yang bernas tuduhan yang melampau PREDIKAT

perhentian bas yang baharu kedai buku tempat orang beriadah

Subjek Kata Kerja


Ada sejenis kata kerja yang penggunaanya dalam ayat berfungsi sebagai subjek. Kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contoh :

SUBJEK (KATA KERJA)

PREDIKAT

-Melukis - Mencuri -Bersawah padi

menjadi kegemarannya satu amalan keji dapat mendatangkan hasil

Subjek Kata Adjektif


SUBJEK ( KATA ADJEKTIF)
-Putih - Gemuk -Lemah lembut

PREDIKAT

ialah warna kesukaan tasnim boleh mendatangkan penyakit sifat orang-orang timur

PREDIKAT

BINAAN PREDIKAT
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut : 1. Frasa nama 2. Frasa kerja 3. Frasa adjektif 4. Frasa sendi nama

Predikat Frasa Nama


SUBJEK
-Ahmad - Bapa Ismail - Tegurannya SUBJEK -Beliau - Bangunan itu - Institusi itu

PREDIKAT ( FRASA NAMA AM)


guru kerani satu pengajaran PREDIKAT ( FRASA NAMA KHAS) Pengarah Pendidikan Negeri Muzium Negara Universiti Malaya

Predikat Frasa kerja


Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut: 1. Kata kerja asal 2. Kata kerja terbitan 3. Kata bantu 4. unsur keterangan

Kata Kerja Asal


Terbahagi kepada dua jenis iaitu : 1. Kata kerja asal tidak berimbuhan 2. Kata kerja asal berimbuhan

Kata kerja asal tidak berimbuhan


Terdiri daripada satu kata dasar sahaja. Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif(kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut) dan kata kerja transitif ( kata kerja yang memerlukan objek). Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah mandi, asuk, keluar ,tidur,hilang,terbang,ketawa,datang, pulang dan sebagainya.

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TAK TRANSITIF

KETERANGAN

1. Bapa Shira 2. Baju Iylia 3. Matahari 4. Burung itu 5. Azizi

tidur hilang naik terbang pulang

di sebelah timur tinggi di awan pada waktu senja

Kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak menggunakan imbuahan amat kecil bilangannya. Contoh : makan dan minum.
SUBJEK PREDIKAT KATA KERJA TRANSITIF OBJEK

1. Monyet itu 2. Kucing saya

makan minum

pisang susu

Kata kerja asal berimbuhan


Terdiri daripada kata dasar dan imbuhan. Terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Contoh kata kerja berimbuhan tak transitif seperti menari, bersenam, bernyanyi, tertidur dan sebagainya.

SUBJEK

PREDIKAT

- Para pelancong - Norainzaton - Mereka

sedang menari di majlis itu bernyanyi dengan penuh semangat bersenam setiap hari

Contoh kata kerja asal berimbuhan jenis transitif seperti mengarang,mengikat,menggoreng,menjahit, menghantar dan sebagainya.
SUBJEK KATA KERJA TRANSITIF PREDIKAT OBJEK

1. Dia

mengarang

sebuah cerita jenaka

2. Kakak

menggoreng

ikan selar kering

Kata kerja terbitan


Asalnya bukan daripada golongan kata kerja. Golongan kata lain seperti kata nama atau kata adjektif. Memerlukan imbuhan men.kan, menI atau memper Merupakan kata kerja transitif dan memerukan objek dalam ayat.

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

1. Encik Sulaiman menyekolahkan anak bongsunya 2. Pelatih itu 3. Bapa kami menjalani memperindah latihan tahan lasak serambi rumah

Kata bantu
Menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata bantu aspek


Kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa seperti sebelum semasa dan selepas. Contoh akan,belum,mula,sedang,masih,baru,sudah,te lah dan pernah. Ayat : Saya akan menulis surat kepada kamu.

Kata bantu ragam


Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan. Contoh kata bantu seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, patut, mungkin dan enggan. Ayat : Dia mahu mandi sungai. Hadir secara berderetan, lebih daripada satu dalam ayat sebelum kata kerja.

Contoh ayat : 1. Kami masih boleh menjalankan kerja. 2. Aminah belum boleh menyertai pertandingan itu. Contoh perkataan : belum hendak, harus sudah, masih belum, sedang hendak.

Unsur keterangan
Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja. Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja. Menerima Kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Contoh
Dia berjalan dengan cepat. Dia berlagak macam orang kaya. Kuliah itu tapat pada pukul 7.00 petang. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.

Predikat Frasa Adjektif


Berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif iaitu kata adjektif selapis dan kata adjektif ganda. Kata adjektif selapis adalah seperti besar, gemuk,sedap,pandai,kecil,tinggi,rendah,hitam ,putih,tebal. Boleh didahului dengan kata penguat seperti amat,sangat,sungguh,cukup dan terlalu.

SUBJEK FRASA NAMA

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

- Ibu pejabat firma itu - Kucing kesayangannya itu - Almarinya

Besar Gemuk Kecil

-Ibu pejabat firma itu - Kucing kesayangannya itu - Almarinya

Amat besar Sangat gemuk Cukup sedap

Penguat boleh hadir selepas kata adjektif seperti sungguh, sekali,betul,benar dan sebagainya. Contoh : 1. Harimau itu besar sungguh 2. kereta api itu laju sekali.

Boleh hadir bersama-sama kata bandingan lebih dan paling dan boleh disertai ter yang bermaksud paling. Contoh : 1. Kucing itu lebih comel daripada kucing ini. 2. Budak ini paling pandai antara mereka. 3. Sungai Pahang terbesar di Malaysia Barat.

Kata adjektif boleh digandakan untuk membawa erti banyak. Seperti besar-besar, kecil-kecil, tinggi-tinggi dan sebagainya. Apabila menggunakan kata adjektif berganda, subjek jamak tidak perlu digandakan. Contoh : 1. Rumah di bandar itu besar-besar. 2. Bangunan di bandar raya tinggi-tinggi.

Predikat Frasa sendi Nama


FSN yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frrasa nama. Kata sendi nama seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, pada, dengan, oleh dan sebagainya.

SUBJEK

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

1.Adik saya 2.Abang Hanif 3.Mereka semua

Di rumah Ke sekolah Dari kampung

SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal terbina lebih dua konstituen iaitu subjek dan predikat. Mempunyai dua bentuk iaitu : 1. Susunan biasa 2. Susunan songsang.

Susunan Biasa
Konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
SUBJEK PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

1. Guru itu 2. Kebanyakan calon peperiksaan 3. Semua pelajar kita

telah memenangi hadiah pertama Tidak memahami soalannya Berjaya dalam peperiksaan tahun lalu

Susunan songsang
Unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur itulah hendak diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. Terdapat dua proses pendepanan iaitu pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian predikat.

1. Pendepanan seluruh predikat


Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contoh : 1. Perangainya baik sungguh. = Baik sungguh perangainya. 2. Orang tua itu sangat rajin. = Sangat rajin orang tua itu.

2. Pendepanan sebahagian daripada predikat


Pendepanan frasa kerja Pendepanan frasa adjektif Pendepanan frasa sendi nama

2a) Pendepanan frasa kerja (sahaja)


Bahagian dalam frasa kerja sahaja. Kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh mengalami proses pendepanan.

Contoh :
1. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. = Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang. 2. Hati saya terkilan tadi = terkilan hati saya tadi.

Pendepanan kata kerja dengan objek


Contoh :
1. Ali tersepak batu dalam permainan itu. = tersepak batu Ali dalam permainan itu. 2. Pak Ali menanam jagung tahun ini. = menanam jagung Pak Ali tahun ini.

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu


Contoh : 1. Budak-budak itu masih bermain. = Masih bermain budak-budak itu. 2. Guru itu sedang mengajar. =Sedang mengajar guru itu.

2b) Pendepanan frasa Adjektif


Kata adjektif hadir dalam konstituen predikat. Susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat iaitu mendahului subjek. Bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja dan kata adjektif dengan kata bantu.

Contoh kata adjektif sahaja :


1. Dia sakit pada masa itu. = Sakit dia pada masa itu. 2. Badannya lesu sepanjang masa. = Lesu badanya sepanjang masa

Contoh kata adjektif dengan kata bantu :


1. Barang itu belum tentu baik. = Belum tentu baik barang itu. 2. Bangunan lama itu masih teguh lagi. = Masih teguh lagi bangunan lama itu.

2c)Pendepanan frasa sendi nama


Mengalihkan unsur frasa sendi nama ke hadapan mendahului subjek. Sama ada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebgai keterangan dalam predikat. Frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Frasa sendi nama sebagai predikat 1. Surat ini daripada Ali. = Daripada Ali surat ini. 2. Arahan baru itu kepada pekerjanya. = Kepada pekerjanya arahan baru itu.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat 1. Saya berpegang pada janji. =Pada janji saya berpegang. 2. Encik Kamal akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini. =Pada hujung minggu ini Encik Kamal akan menghadiri kursus.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur keterangan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contoh : 1. Ali menendang bola.(aktif transitif) 2. Dia mengelamun sepanjang hari.(aktif tak transitif)

Ayat pasif pula asalnya daripada ayat aktif transitif. Mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh : 1. Bola ditendang oleh Ali. 2. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Pembahagian Ayat Aktif


Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif

Ayat aktif transitif


Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. AAT bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerja.

SUBJEK

PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

1. Guru Besar memanggil 2. Mereka 3. Dia membaiki membeli

saya jalan itu buah durian

Ada segolongan ayat aktif transitif mempunyai kata kerja yang boleh menerimadua objek sebagai penyambut. Objek tepat dan objek penyambut.
SUBJEK PREDIKAT

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

OBJEK SIPI

1. Abang 2. Halimah 3. Gadis itu

membelikan menghadiahi menjahit

ibu anaknya sehelai baju

sebuah rumah sebuah basikal untuk adiknya

Ayat aktif transitif mempunyai dua objek boleh diubah binaannya. Objek tepat menerima kata sendi nama dihadapannya lalu terbentuk frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan. Objek sipi asal menjadi objek tepat baharu.
SUBJEK KATA KERJA TRANSITIF PREDIKAT OBJEK OBJEK SIPI

1. Abang 2. Halimah 3. Gadis itu

membeli menghadiahkan menjahitkan

Sebuah rumah Sebuah basikal adiknya

Untuk ibu Kepada anaknya. sehelai baju

Ayat aktif tak transitif


Mengandungi kata kerja tak transitif iaitu tidak diikuti objek sebagai penyambut. Dua jenis iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan


Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan. Contoh : 1. a)kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. b) kanak-kanak sedang mandi. 2. a) ombak memutih di pantai. b) ombak memutih.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurkan maksud ayat. Unsur pelengkap sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contoh :

1.a) Dia berada di kuala lumpur. b) Dia berada 2. a) Penyakitnya beransur sembuh. b) Penyakitnya beransur. 3. a) Bas itu menuju ke utara. b) Bas itu menuju.

PEMBAHAGIAN AYAT PASIF

1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja 2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. 3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja


Ayat yang kata kerjanya mengandungi kata kerja pasif di- dan ter-. Contoh :
SUBJEK KATA KERJA PASIF OLEH + FRASA NAMA KETERANGAN

1. Barang itu sudah diambil 2. Sampah sarap Dibakar 3. Tembok itu terlanggar

oleh ali oleh ayah Oleh lori

semalam pagi tadi Pada bahagian bawahnya

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di -, kata sendi nama oleh pada binaan oleh-FN terletak selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna. Contoh : 1. a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. b) Barang itu sudah diambil Ali semalam.

Sekiranya binaan oleh- FN jauh daripada kata kerja, oleh tidak boleh digugurkan. Contoh : 1. Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. 2. Barang itu sudah diambil semalam Ali. Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter- kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Contoh ; 1. Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. 2. Istana raja terbina rakyat dalam masa satu tahun.

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Dalam ayat ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar boleh berbentuk kata penuh dan kata ringkas.

Kata ganti nama diri ( kata penuh)


Saya , aku, engkau, kami, awak, anda dan kita. Contoh :
SUBJEK FRASA KERJA PASIF DENGAN GANTI NAMA DIRI PERTAMA/KEDUA KETERANGAN

1. Kerja itu 2. Makanan itu 3. Tugas ini

sudah saya selesaikan belum aku rasai mesti kami pikul

semalam lagi dengan sepenuhnya

Kata ganti nama diri (kata ringkas)


Ku dan kau Contoh ;
SUBJEK FRASA KERJA PASIF DENGAN GANTI NAMA DIRI PERTAMA/KEDUA KETERANGAN

1. Makanan itu 2. Hutang itu

belum kurasai akan kau jelaskan

lagi sepenuhnya

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Mengandungi perkataan kena dihadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh FN boleh, secara pilihan, digugurkan digugurkan seperti :
SUBJEK KENA KATA KERJA DASAR OLEH + FRASA NAMA

1. Pencuri itu 2. Dia

Kena kena

Tangkap tipu

(oleh polis) (oleh pemuda itu)

UNSUR PILIHAN DALAM FRASA PREDIKAT

Predikat ayat tunggal boleh dibina daripada empat unsur iaiti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua unsur pilihan seperti :1. Kata nafi 2. Kata pemeri.

Kata nafi
Unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu. Dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh ; 1. Projek itu bukan usaha saya. 2. Itu bukan sekolahnya. 3. Hadiah itu bukan untuk bapa.

Kata nafi bukan boleh juga hadir bagi menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-duanya ada mendukung maksud pertentangan maklumat Contoh : 1. Budak-budak itu bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. 2. Ali bukan pandai sangat tetapi rajin.

Kata nafi tidak boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh : 1. Mereka tidak datang semalam.. 2. Dia tidak menjemput saya

Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa frasa utama dalam predikat. Pemerihalan dibuat melalui dua cara: 1. Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah. 2. Secara huraian terhadap subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.

1. Secara persamaan antara subjek dengan

predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah.

Hadir di hadapan frasa nama. Contoh : 1. Bangunan di hadapan sekolah itu ialah pusat belia kampung kami.

2. Secara huraian terhadap subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah

Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh : 1. Kenyataan daripada pegawai undangundang itu adalah sangat penting. Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif.

Contoh : 1. Kenyataan tentang kebocoran itu daripada pegawai jabatan adalah tidak munasabah dan mungkin terlalu awal.

Rujukan

TERIMA KASIH

You might also like