You are on page 1of 8

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan . diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Persaraan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T. Yang Berusaha Pn. Hjh. Rohani Bt. Md Hassan Guru Besar SK Tualak Yang berusaha Pn. Hjh. Khatijah Bt Saad Guru Penolong Kanan 1 SK Tualak Yang Berusaha En. Elias B Hj. Yusoff Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tualak

Yang Berusaha En. Mohd Shukri B Samsu Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Tualak Yang Diraikan . Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Persaraan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada . atas bacaan doa itu tadi. Majlis diteruskan pula dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada di atas bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dilakukan oleh Yang Diraikan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan .. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar, SK Tualak. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepadaatas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati.selaku wakil guru SK Tualak untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada.. atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tualak untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati. atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh. Rohani Bt MD Hassan, Guru Besar SK Tualak untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Rohani Bt MD Hassan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati.., wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah. untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt B Wahab. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.., Guru (GB, PK, PK HEM PK KOKO).., SK Tualak untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada.. Dipersilakan wakil daripada

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan Pn. Rabiyah Bt AB Wahab ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like