P. 1
Mohd Nazri b Yahya D042490 KBK 3073 Tugasan 1

Mohd Nazri b Yahya D042490 KBK 3073 Tugasan 1

|Views: 522|Likes:
Published by Aisyah Kalil

More info:

Published by: Aisyah Kalil on May 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/20/2014

pdf

text

original

Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073

(D20102042490)

LAMPIRAN 1 PEMARKAHAN 1. ESEI: (a) JUMLAH

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TUGASAN 1: (KANAK-KANAK HIPERAKTIF)

KUMPULAN BATU PAHAT 04 (A112 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA MOHD NAZRI BIN YAHYA

NO. ID D20102042490

NO. TELEFON 0126086312

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. KANNAMAH a/p MOTTAN

TARIKH SERAH: 01 MEI 2012

1

2 4.0 Faktor Fisiologikal Faktor Persekitaran Halaman 3 3 6 8 9 9 14 18 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif Langkah-langkah Pencegahan Rujukan 2 .0 3.0 5.1 3.0 Pendahuluan Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Punca-punca ADHD 3.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Tugasan 1 1.0 2.

mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. 2.Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) TUGASAN 1 KANAK-KANAK HIPERAKTIF 1.Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir.0 Pendahuluan Sering kali kita mendengar istilah hiperaktif yang merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkah laku terlampau aktif. guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana mereka sangat sukar memberi tumpuan dan sentiasa bergerak ke sana ke mari di dalam kelas. bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal.Semangat berkobar-kobar.0 Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive). terlalu aktif dan sukarmenumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini.Kehadiran kanak-kanak dengan ADHD di dalam keluarga sentiasa menimbulkan kekecohan dan memeningkan kepala ibu bapa atau pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal. Begitu juga di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP). terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran guru di dalam kelas.tetapi tidak mengendahkannya.Istilah ini 3 . Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir.Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD).Sebenarnya kanak-kanak hiperaktif adalah salah satu daripada kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya.

For some student with ADHD. These student might skip important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction. Pada tahun 1980. namun istilah terkini yang paling tepat digunakan adalah ADHD.Walaupun terdapat ibu bapa dan professional yang menggunakan istilah ADD. This variation of the disorder is call ADHD. impulsivity and in some cases hyperactivity. • ADHD is a developmental disorder of self-control. Foe another group of student with ADHD. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoders-III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disoders (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu dan dijelaskan juga sama ada keadaan ini wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. inattention is the primary symptom. kanak-kanak kategori ini dikenali sebagai hyperkineticdan dikatakan mengalami kecacatan otak minima. • ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity). Beberapa tahun kemudian istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini dan dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD). the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting. inhibit behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally appropriate way.Selepas itu mereka dikenali sebagai hyperactive. terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal. consisting of problem with attention span.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai • ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of inattention.Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM-IV. impulse control and activity level.cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. 4 . Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan. • ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas. Pada awal kurun ke-20.

menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American Psychiatic Association. kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD.Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. imej.more commonly known as ADHD.Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanakkanak. behavioural. inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational.. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical Manual–US). warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. 1987).Selain itu.Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.” Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity. keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. pergerakan tangan dan kaki yang kerap.. involving brain dysfunction. lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. social and related difficulties. berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. tumpuan yang singkat.Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan. It is an internationally validated medical condition..bunyi..Biasanya. menurut Lahey et.ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan.. berlaku sebelum umur 7 tahun.is a complex and often controversial term.Gangguan 5 .Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Menurut O’regan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut “..Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Menurut Azizi Yahaya et al. in which individuals have difficulty in controlling impulses. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang.al (1997) ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar.. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar. attention deficit hyperactivity disorder.

Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk (D20102042490) menggambarkan ADHD. atau mengambil terlalu banyak gula dalam makanan.Walau bagaimanapun.Hasilnya beliau mendapati bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza.Justeruitu.Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa.Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. ADHD boleh memberi masalah kepada kanakkanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah. kanak-kanak ADD tidak hiperaktif.Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan.Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan. adik beradik.Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh 6 . Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat. 3. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.0 Punca-punca ADHD Banyak perdebatan dan berbagai-bagai pendapat diberi tentang punca-punca terjadinya ADHD di kalangan kanak-kanak.Ada pendapat mengatakan ADHD berpunca daripada amalan pemakanan. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan.al (1998). Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa.Ada yang berpendapat tingkah laku kanak-kanak ADHD terjadi daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak ada batasan dalam tingkah laku mereka. nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak. biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum.Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et. alahan makanan tertentu.Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom.

2004 Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak. Wolfe. Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi Cuma pembawa baka cacat. dorongan dan perhatian seseorang. Sumber daripada : Eric J.Rajah 1 di bawah menunjukkan pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) anak. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex.Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD 7 . Mash & David A. basal ganglia dan cereblum.

Malah. 3. dan (2) faktor persekitaran. Wolfe. iaitu (1) faktor fisiologikal.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Sumber daripada : Eric J. terdapat kurang 8 . Di antara punca ADHD yang dikenal pasti adalah: (a) Faktor Keturunan Individu dengan ADHD berkemungkunan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Mash & David A. kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD. Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya ADHD kepada dua . 2004 Namun begitu.1 Faktor Fisiologikal Ramai ahli psikologi dan pendidik telah mengkaji punca-punca fisiologikal terjadinya ADHD. (b) Perbezaan Fungsi Otak Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex. bisal ganglia dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD barbanding individu lain.

0 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif 4. Misalnya kanak-kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan.2 Faktor Persekitaran (a) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. merokok atau pengambilan alcohol oleh ibu. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. (b) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah. Semasa proses kelahiran. 9 . tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. Sensory Hyperactive (pancaindera) : 1. Lemah dan gagal memberi tumpuan : Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. (C) Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut. kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. 3. 4.1 Ciri-ciri PerkembanganFizikal Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu : (a). Selain itu kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

2. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Apabila mereka mendapat sesuatu. kanakkanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan. perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali. Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz. Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya. 5. kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya. membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut. pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek. mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak. 4. Tidak boleh membuat gambaran. Mudah hilang tumpuan : (D20102042490) Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung. jarak dan keadaan ruang. 10 .Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 2. memukul. membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas sebagainya contohnya. 3. (b)Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) : 1. Dalam lain perkataan.

Oleh kerana itu.Tidak berhati-hati : Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara. Tidak tahu erti bahaya : Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya. Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur. kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya.Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya : Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar. 5. mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat. Suka mengelamun/berkhayal : Apabila kanak-kanak ini bersendirian. 6. memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah. kanak-kanak ini perlu 11 .Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi : Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. 7. Risau/resah/gelisah : Kanak-kanak ini sentiasa risau.2 Ciri ciri Perkembangan Motor (D20102042490) 1. 3. mereka tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau orang lain. memegang kaca yang pecah dan sebagainya. mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan. 2.Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 4. 4.Agresif iaitu suka berlari-lari : Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja.

Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan : Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan.Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna. Sebab itulah dikatakan bahawa bukannya kanak-kanak hiperaktif tidak dapat menumpu perhatian mereka tetapi sebenarnya mereka tidak dapat mengatur di mana tumpuan mereka harus tertumpu dan sekerap mana pula tumpuan itu berpindah ke tempat lain. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat.Bertindak cepat tetapi kurang berkesan : Apabila diberikan tugas oleh guru. berjalan-jalan dan kurang tidur : Sewaktu tidur pula. kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersamasama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. 11. 8.Masalah tidur yang lasak. Terdapat empat aktiviti mental terlibat dalam masalah ini iaitu : 12 . kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang lebih selesa. ibu bapa atau seseorang yang lebih dikenalinya atau rapat dengannya.3 Ciri-ciri Perkembangan Kognetif Ciri-ciri kognetif kanak-kanak hiperaktif dianggap berkaitan dengan kelainan otak mereka. Semasa sedang tidur juga. 10.Lemah koordinasi : Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya. ke atas atau ke bawah dan posisinya sering beralih arah.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) pengawasan yang rapi oleh guru-guru. 9. kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan. 4. kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan atau strategi tertentu.

melibatkan juga penjanaan emosi dalaman. bagi murid hiperaktif mereka berkemungkinan tidak dapat mengingat arahan yang diberikan oleh gurunya. menambah kata sifat. Namun begitu.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 1. Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri merujuk kepada anggapan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang individu.4 Ciri-ciri Perkembangan Sosial dan Emosi Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian social secara menyeluruh. Pertuturan Arah Kendiri Mekanisme ini digunakan oleh murid untuk membuat refleksi tentang perkembangan tugasan mereka. Membentuk Semula Ativiti mental ini merujuk kepada keupayaan memecahkan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. 13 . Sebaliknya bagi murid hiperaktif mereka bermasalah dalam tugasan sebegini. mereka biasanya akan menulis ayat-ayat yang pendek dan panjang. Misalnya apabila murid belajar sebahagian daripada ayat. Mengawal Emosi dan Motivasi Aktiviti mental ini melibatkan keupayaan mengasingkan kekecewaan dan masalah emosilain bagi menyiapkan tugasan. kata kerja dalam ayat itu dan dapat mengecam ayat dalam pelbagai konteks. 2. 4. Sekiranya seseorang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.Namun .Individu hiperaktif didapati lebih cenderung mengalami kemurungan. Selain itu. sama ada individu hiperaktif mempunyai penghargaan kendiri yang positif atau negative masih belum jelas. menyelesaikan masalah dan mengikut arahan. 1. Ingatan Kerja (Working Memory ) (D20102042490) Aktiviti ini membolehkan murid mengingat apakah tugasan mereka dan berapa banyak masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan itu.Murid hiperaktif biasanya lemah dalam kemahiran ini. 4.Ada murid hiperaktif yang tidak berupaya mengawal emosi mereka dan juga melaksanakan tugasantugasan yang berat sehingga mereka berlari keluar kelas atau cepat meradang. 3. dia akan menganggap dirinya sebagai mempunyai banyak kekuatan dan begitulah sebaliknya.

0 Langkah-langkah Pencegahan Implikasi pembelajaran bagi kanak-kanak dengan ADHD adalah jelas iaitu kepelbagaian tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Kefungsian Sosial (D20102042490) Berbeza dengan penghargaan kendiri. Mereka kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan social di sekolah dan juga di tempat lain.1 Ibu Bapa Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya mereka dapat membantu anak mereka mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. Di antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti pengurusan tingkah laku. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. Kanak-kanak hiperaktif mengganggu rutin kelas dan memerlukan lebih perharian daripada guru. Keadaan ini akan mengganggu pembelajaran murid-murid lain dan juga menimbulkan masalah pembelajaran kepada dirinya sendiri. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam dalam Azizi Yahaya et al. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. (2006) 5. Keperluan pendidikan kanak-kanak dengan ADHD memerlukan intervensi dari awal lagi dari segi penglibatan ibu bapa. 14 . sokongan persekitaran. bagaimana menetapkan jangkaan dan hadnya. 5. keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. membina strategi untuk menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus perasaan marah dan juga tekanan.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 2. maklumat tentang fungsian social murid hiperaktif adalah jelas.Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar.Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. guru. membina peraturan disiplin yang berkesan. tingkah laku dan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga. Selain daripada itu.

15 . 5. bukan bercakap. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka yang boleh membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran. Menyusun pembelajaran.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Bureau on Learning Disabilities (BOLD) di dalam naskah maklumatnya telah memberikan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka iaitu : i. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan. Beri maklum balas dengan kerap. Ingat bahawa ini bukan salah anda dan bawa bertenang. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat sebarang perubahan. iv. Elakkan krisis – sebaliknya merancang ke depan untuk situasi masalah.2 Guru Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Susunan kelas hendaklah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. ii. iii. ii. Beri anak maklum balas dengan serta merta. Lebih banyak bertindak . Sentiasa ingat bahawa anak mereka tidak dapat mengelak daripada masalah kerana ADHD adalah suatu ketidakupayaan. vii. Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ADHD-nya. vi. iii. ix.misalnya menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak.3 Sokongan Persekitaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh belajar sekiranya dibantu melalui sokongan persekitaran seperti susunan kelas yang boleh membantu mereka. viii. Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan. x. Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman/dendaan. Hasil daripada tingkah laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat (contoh : dendaan/hukuman) iv. 5. v. Di antara sokongan persekitaran yang dapat diberi untuk membantu kanak-kanak dengan ADHD adalah seperti berikut: i. Sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan dan kekecewaan anda setiap hari.

Pecahan tugasan yang kompleks/besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Arahan yang diberi hendaklah jelas. Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran. 5. iv. iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini dan yang ditujukkan. dan 90 peratus daripada apa yang mereka kata dan buat 16 . ii.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) 5. Strategi pencegahan – iaitu menghentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan adalah : i. iii. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran. syiling plastic dan lainlain) yang mempunyai nilai ekonomi. ii. vi.4 Intervensi Tingkah Laku Di antara intervensi tingkah laku yang dapat dilaksanakan oleh guru adalah: i. Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker. minat murid mengulang arahan tersebut kepada anda. Mengikut statistic pelajar dapat mengekalkan : 10 peratus daripada apa yang dibaca 26 peratus daripada apa yang dibaca 30 peratus daripada apa yang dibaca 50 peratus daripada apa yang mereka lihat dan dengar 70 peratus daripada apa yang mereka kata. ringkas dan lengkap Apabila memberi arahan. Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran. iii.5 Intervensi Pengajaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang berkesan. v.

murid ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas masalah Pembelajaran (PKBP) dan mengikuti kurikulum PKBP berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan Menengah. Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap keupayaan mental pelajar. keupayaan berkomunikasi dan lain-lain. Murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik akan mengikuti pelajaran pada tahap yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lain. Pelaksanaan kurikulum adalah luwes (Flexible) mengikut keupayaan murid. tingkah laku.6 Kurikulum (D20102042490) Sebagai mana murid berkeperluan khas yang lain. tumpuan. perhatian.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 5. tahap kemahiran. 17 . Sebab itulah Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum. motor kasar dan halus.

net/blind.Mohamed(2006). Jabatan Pendidikan Khas.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Kebajikan Masarakat :Pemulihan Dalam Komuniti Network: www.(2005) Maklumat Pendidikan Khas. Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan Asas. Kuala Lumpur.com.speed.t.Buku Maklumat Pendidikan Khas. Sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendan dan Menengah.A. Putrajaya Jamilah K.net. (1992).dari http://www. Perkembangan Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan. Jabatan Pendidikan Khas.(2003).Hafiz Baharom & Sulaiman Mohd Rizan (2008) Bermasalah Penglihatan.spe-ed.my Jabatan Pendidikan Khas. 18 . (2005). Special Education: Pendidikan Khas di Malaysia: http://www. Mohd. Kementerian Pelajaran Malaysia.php Suraya Adam (1996). PTS Profesional Publishing Sdn Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia.Selangor.t. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. (2000). Kementerian pelajaran Malaysia.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Rujukan Chua Tee Tee & Koh Boh Boon.pdknet. Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeparluan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->