You are on page 1of 36

BAB

PENGENALAN KEPADA SAINS

Apakah itu sains? Mengapakah dalam kehidupan seharian, kita amat memerlukan sains? Bagaimanakah fenomena alam boleh berlaku? Bagaimanakah terjadinya angin yang bertiup, hujan yang turun dan mengalir dari hulu ke hilir sungai serta pelbagai fenomena alam lain? Adakah ia terjadi sendiri? Ia bukan terjadi dengan sendiri atau secara kebetulan. Hanya dengan penguasaan ilmu sains, barulah segalanya dapat dijelaskan dan dihuraikan. Pengetahuan sains boleh diperoleh melalui satu siri penyiasatan yang berorientasikan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik. Bagi mendapatkan keputusan yang tepat dalam penyiasatan, langkah yang sistematik dengan menggunakan alat pengukur yang tertentu haruslah digunakan.

Setelah mempelajari bab ini, anda akan dapat: memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik, mengetahui kuantiti fizik dan unitnya, memahami penggunaan alat pengukuran, memahami konsep jisim, dan menyedari kepentingan unit piawai dalam kehidupan seharian.
PENGENALAN KEPADA SAINS

1.1 MEMAHAMI SAINS ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN HARIAN Fenomena Alam dan Pengertian Sains
Fenomena alam ialah segala kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi yang melibatkan benda hidup dan benda bukan hidup. Sains pula ialah satu disiplin ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam di sekeliling kita. Ilmu sains meliputi semua fenomena atau semua perkara tentang tumbuhan dan haiwan, Bumi dan langit, cuaca dan angin, pergerakan benda-benda dan cara organisma tersebut beroperasi.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - menyenaraikan apa yang dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains, - menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan seharian, dan - menamakan kerjaya dalam sains.

Pertumbuhan manusia

Kejadian kilat

faedah - benefit kerjaya - career pendidik - educator fenomena alam natural phenomena profesional professional ceramah - talks

Fenomena Alam

Ais mencair

Bola jatuh ke bawah Rajah 1.1: Fenomena Alam

2 SAINS TINGKATAN 1

Kepentingan Sains dalam Kehidupan Harian


Apabila kita mempelajari dan mendalami ilmu sains, kita akan lebih menghargai dan mensyukuri kejadian alam semesta ciptaan Tuhan. Melalui ilmu sains kita boleh mempelajari dan memahami alam sekeliling kita, termasuk kejadian diri kita sendiri. Sains juga merupakan satu kaedah pemikiran yang akan memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang kita hadapi. Ilmu sains juga membantu kita lebih ke hadapan dan sentiasa bersedia untuk membangunkan ilmu teknologi yang baharu. Apakah itu teknologi? Teknologi ialah aplikasi dalam pengetahuan sains yang dibangunkan oleh manusia untuk manusia. Dengan adanya teknologi, ia dapat membantu manusia memudahkan segala urusan seharian dan akhirnya meningkatkan taraf kehidupan manusia.

Malaysia melakukan misi penerokaan angkasa yang pertama pada 2007 dengan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor muncul sebagai angkasawan pertama negara.

Kesihatan

Keselesaan

Pengangkutan

Sumbangan Sains dan Teknologi

Penerokaan angkasa lepas

Pertanian

Sistem telekomunikasi

Rajah 1.2: Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Seharian Manusia

PENGENALAN KEPADA SAINS

Kerjaya dalam Bidang Kajian Sains


Terdapat pelbagai kerjaya yang berkaitan dengan sains, antaranya adalah seperti yang berikut:

Sekumpulan ahli astronomi antarabangsa yang diketuai oleh United Kingdom telah menemui sebuah bintang terbesar di ruang cakerawala, iaitu sehingga 300 massa matahari dan dinamakan R136a1.

Jurutera

Guru

Ahli farmasi

Pengatur cara komputer

Ahli biokimia

Doktor

Rajah 1.3: Pelbagai Kerjaya dalam Bidang Sains

www.ars.usda.gov/is/ kids/

SAINS POLITIK Sains kenegaraan dan cabang kemasyarakatan yang berkaitan dengan kerajaan, organisasi dan negara secara praktikal. Contoh: mengkaji organisasi dan menggubal undang-undang serta politik kepartian.

SAINS GUNAAN Digunakan dalam pelbagai bidang pekerjaan. Contoh: sains pertanian yang menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian.

PELBAGAI BIDANG KAjIAN SAINTIFIK


Bidang astronomi adalah salah satu cabang ilmu sains. Kerjaya yang terlibat dengannya ialah angkasawan dan ahli kaji bintang (astronomi).

SAINS SUKAN Menggabungkan beberapa bidang ilmu. Contoh: - perubatan dalam sukan - fisiologi sukan - psikologi sukan

SAINS KOMPUTER Bidang kajian tentang perisian dan aplikasi komputer. Contoh: merangkumi pengaturcaraan, pemprosesan dan pengurusan maklumat, komunikasi komputer dan pembangunan perisian komputer.

Rajah 1.4: Pelbagai Bidang Kajian Saintifik

4 SAINS TINGKATAN 1

AKTIVITI 1.1
Tujuan: Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan seharian. Arahan: Senaraikan nama semua pelajar di dalam kelas anda dalam sehelai kertas. 1. Sila kenal pasti cita-cita bagi setiap pelajar. 2. Kumpulkan nama bagi pelajar yang mempunyai cita-cita yang sama. 3. Bincangkan apakah bidang sains yang berkaitan dengan citacita tersebut. 4. Seterusnya, senaraikan apakah peranan dan kelebihan sains dalam kehidupan seharian?
mempengaruhi effect menentukan determine hipotesis - hypothesis mengenal pasti identify penyiasatan investigation melibatkan - involve mengukur - measure

AKTIVITI 1.2
Anda disarankan agar melayari Internet dan layari laman sesawang yang berkaitan dengan forum atau ceramah mengenai kerjaya dalam bidang sains.

1.2 MEMAHAMI LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN SAINTIFIK Kaedah Penyiasatan Saintifik


Kaedah saintifik ialah suatu kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat, teratur dan sistematik. Pengetahuan sains diperoleh melalui penyiasatan yang sistematik yang dijalankan oleh ahli-ahli sains untuk membina satu gambaran tentang fenomena alam secara tepat, boleh dipercayai dan tidak hanya berasaskan pendapat, andaian mahupun anggapan sematamata. Satu panduan dalam menjalankan penyiasatan saintifik ditunjukkan dalam Rajah 1.5.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - menentukan apa yang dikaji (mengenal pasti masalah), - membuat tekaan yang bijak (membina satu hipotesis), - merancang eksperimen (merancang bagaimana menguji hipotesis), - menjalankan eksperimen, - mengumpul data, menganalisis dan mentafsir data, dan - membuat keputusan dan menulis laporan eksperimen.

PENGENALAN KEPADA SAINS

Langkah-langkah dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik


Fenomena - Apa? - Mengapa? - Bagaimana?

Langkah 1: Mengenal pasti masalah Menentukan tujuan sebenar fenomena yang ingin disiasat.

Langkah 2: Membina hipotesis Cuba hubung kaitkan antara dua pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas.

Pemboleh ubah - dimalarkan - dimanipulasi - bergerak balas

Langkah 3: Mengawal pemboleh ubah

Langkah 4: Merancang eksperimen Langkah-langkah yang diambil semasa menjalankan eksperimen.

Langkah 5: Menjalankan penyiasatan Penyiasatan dijalankan seperti yang dirancang untuk menguji hipotesis. Semasa penyiasatan, langkah-langkah yang berikut perlu diikuti: (a) mengumpul data daripada pemerhatian yang dibuat, (b) menganalisis dan mentafsir data, dan (c) membuat kesimpulan eksperimen.

Mudah meletup

Langkah 6: Menulis laporan Sekiranya hipotesis yang dibina diterima maka laporan boleh dibuat. Jika hipotesis tidak diterima proses seterusnya yang perlu dijalankan ialah menilai semula hipotesis yang dibina pada peringkat awal.
Rajah 1.5: Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik

Mudah terbakar

6 SAINS TINGKATAN 1

Mengenal pasti masalah

Apa? Mengapa? Bagaimana?

Rajah 1.6: Mengenal Pasti Masalah

Sikap ingin tahu yang timbul ekoran kejadian atau fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Soalan-soalan seperti di bawah mungkin dikemukakan, iaitu: (a) Mengapakah berlakunya pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan Bumi? (b) Apakah kaitan air pasang dan surut dengan kejadian siang dan malam?

Bidang astronomi adalah salah satu cabang ilmu sains. Kerjaya yang terlibat dengannya ialah angkasawan dan ahli kaji bintang (astronomi).

Membina hipotesis
Hipotesis ialah satu cadangan pendapat (idea atau telahan awal). Hipotesis ialah satu penjelasan yang mungkin bagi fenomena alam yang kita kaji atau perhatikan. Berdasarkan hipotesis yang dibina dan sudah disahkan melalui kajian maka terhasilnya teori. Namun begitu, sekiranya hipotesis yang dibina ditolak atau tidak betul melalui kajian maka perlu dibina hipotesis yang baharu. Contoh: Masalah yang dikenal pasti Paku besi yang diletakkan di luar rumah berkarat dengan cepat? Hipotesis yang dibuat Air diperlukan untuk pengaratan besi. Nota: Hipotesis yang dibina mestilah boleh diuji. Sekiranya tidak boleh diuji maka ia bukanlah satu hipotesis.
Mengakis

Toksik/racun

PENGENALAN KEPADA SAINS

Mengawal pemboleh ubah


Pemboleh ubah ialah satu keadaan atau faktor yang boleh berubah dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Contoh pemboleh ubah ialah masa, jisim dan kuantiti bahan yang digunakan. Dalam penyiasatan saintifik, satu pemboleh ubah harus dimanipulasikan untuk mengkaji hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas dan pada masa yang sama pemboleh ubah lain akan dimalarkan. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah, iaitu: (a) Pemboleh ubah yang dimalarkan Satu pemboleh ubah yang ditetapkan, disamakan atau dimalarkan dalam sesuatu eksperimen. (b) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan Satu pemboleh ubah yang dibezakan atau tidak sama untuk menguji hipotesis yang dibina. (c) Pemboleh ubah yang bergerak balas Perubahan atau hasil eksperimen. Ia ditentukan oleh pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

Merengsa/berbahaya

Merancang eksperimen (penyiasatan atau kajian)


Radioaktif

Eksperimen dirancang setelah satu hipotesis ditentukan. Semasa merancang eksperimen, pengkaji haruslah mematuhi dan mengikuti beberapa garis panduan. Pertama, pengkaji perlu menyenaraikan dan menyusun atur bahan dan radas yang diperlukan dalam eksperimen yang akan dijalankan. Selain itu, pengkaji perlu mengetahui kaedah mengumpul data, menganalisis data serta mentafsir data yang diperoleh. Pentafsiran data boleh dibuat dalam bentuk graf ataupun jadual.
1 Merancang Eksperimen Senarai dan susun atur bahan dan radas 2 Mengetahui kaedah mengumpul, menganalisis dan mentafsir data

Rajah 1.7: Merancang Eksperimen

8 SAINS TINGKATAN 1

Contoh: Hipotesis: Air diperlukan untuk proses pengaratan paku besi.

Benang

Benang

Benang

Paku besi

Paku besi

Paku besi berkarat

Kalsium klorida kontang (a) (b)

Kapas

Kapas lembap

(c)

Rajah 1.8: Eksperimen untuk Menentukan Sama Ada Air Diperlukan untuk Pengaratan Paku Besi

Satu eksperimen dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8. Alat radas yang ditunjukkan dibiarkan selama tiga hari. Keputusan yang diperoleh ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Keputusan Eksperimen Menentukan Sama Ada Air Perlu untuk Pengaratan Paku Besi

Paku Besi A B C

Keadaan Paku Besi Tidak berkarat Tidak berkarat Berkarat

PENGENALAN KEPADA SAINS

Daripada eksperimen dalam Rajah 1.7: (a) Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah jenis paku besi dan suhu persekitaran.

(b) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan ialah kehadiran air. (c) Pemboleh ubah yang bergerak balas ialah pengaratan paku besi.

Eksperimen dalam Rajah 1.8 dijalankan untuk menguji hipotesis dengan mengubah pemboleh ubah yang dimanipulasikan. Keputusan eksperimen menunjukkan paku besi berkarat dengan kehadiran air. Oleh itu, hipotesis ini boleh diterima.

Menjalankan eksperimen
Semasa menjalankan eksperimen, langkah-langkah yang berikut perlu diikuti, iaitu: 1. Mengumpul data (a) Semasa mengumpul data, semua pemerhatian atau pengukuran perlu direkod dengan jujur dan tepat. (b) Data-data yang mungkin dikumpulkan adalah seperti kuantiti bahan, ukuran panjang sesuatu objek, masa yang diambil dan sebagainya. 2. Menganalisis dan mentafsir data (a) Data-data yang dikumpulkan daripada eksperimen ditukarkan kepada angka-angka yang kemudiannya akan dimasukkan dalam bentuk grafik untuk dianalisis. (b) Data-data boleh ditafsirkan dalam bentuk jadual atau graf. Satu penyataan dibuat tentang apa yang berlaku semasa eksperimen dijalankan dan hasil daripada pemerhatian tersebut akan diterjemahkan.
1 Langkah Menjalankan Eksperimen Mengumpul data 2 Menganalisis dan mentafsir data

Rajah 1.9: Langkah dalam Menjalankan Eksperimen

10 SAINS TINGKATAN 1

3. Membuat kesimpulan (a) Satu masalah tepat yang menjawab akan masalah yang dikenal pasti. (b) Keputusan sama ada suatu hipotesis diterima atau ditolak.

Membuat laporan
Satu laporan mengikut format yang tertentu dibuat selepas penyiasatan saintifik. Contoh format penulisan laporan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Tajuk/Tujuan: .................................................................................................... Penyataan masalah:............................................................................................. Hipotesis: ............................................................................................................ Pemboleh ubah: (a) Dimalarkan: ...................................... (b) Dimanipulasikan: ......................... (d) Bergerak balas: .............................................................................................. Bahan/Radas: .................................................................................................... Prosedur: 1. ......................................................................................................................... 2. ......................................................................................................................... 3. ......................................................................................................................... Keputusan/Pemerhatian: ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. Analisis: ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. Kesimpulan: ............................................................................................................................ .............................................................................................................................

Rajah 1.10: Format Penulisan Laporan Penyiasatan Saintifik

PENGENALAN KEPADA SAINS

11

AKTIVITI 1.3
Eksperimen di bawah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara panjang tali bandul dan tempoh ayunan bandul. Tujuan: Mengkaji hubungan antara panjang tali bandul dan tempoh ayunan bandul. Penyataan masalah: Bagaimanakah tempoh ayunan bandul dipengaruhi oleh panjang tali bandul?
Kaki retort, penyepit retort, jam randik, ladung, benang/tali.

Hipotesis: Semakin panjang tali, semakin lama tempoh ayunan bandul. Pemboleh ubah: (a) dimalarkan: jisim ladung (b) dimanipulasikan: panjang (tali) bandul (c) bergerak balas: tempoh bagi ayunan bandul

pg10
Jam randik Cebisan kayu

Kaki retort

Panjang tali ladung

Bongkah kayu Ladung

Satu pusingan lengkap

Rajah 1.11: Susunan Radas Eksperimen Ayunan Bandul

0 50

0 1 2 3 4 6 7 8 9
27
29

12 SAINS TINGKATAN 1

100 150 200 250

31 30

5
24 25

28

4
5

26

7
8

23

22

10

21

11

20

12

13

14

15

16

17 18

19

Prosedur: 1. Ladung yang diikat dengan 10 cm tali digantung pada kaki retort. 2. Ladung bandul ditarik ke satu kedudukan dan kemudian dilepaskan. Tempoh masa bagi 10 ayunan bandul dicatatkan dalam Jadual 1.2. 3. Langkah ini diulang dengan menggunakan panjang tali yang berlainan, iaitu 20 cm, 30 cm, 40 cm dan 50 cm. 4. Data yang diperoleh direkodkan dalam Jadual 1.2. Merekod data:
Jadual 1.2: Keputusan Eksperimen untuk Mengkaji Hubungan antara Panjang Tali Bandul dengan Tempoh Masa 10 Ayunan Bandul

Panjang Bandul (cm) 10 20 30 40 50

Tempoh bagi 10 Ayunan Bandul Ekperimen 1 Eksperimen 2 Eksperimen 3

Purata

Kesimpulan: Semakin panjang tali, semakin lama tempoh ayunan bandul. Hipotesis yang dibina diterima. Perbincangan: 1. Pengambilan data-data sebanyak tiga kali dilakukan untuk mendapat purata nilai bacaan yang lebih tepat dan jitu. 2. Semasa menggunakan bandul ringkas dalam eksperimen ini, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi mendapatkan keputusan yang tepat. (a) Penyokong kaki retort yang digunakan mestilah tegap dan kuat supaya ia tidak bergoyang (jika berlaku ia akan mempengaruhi keputusan eksperimen). (b) Ikatan bandul juga perlu kemas agar tali tidak terbuka apabila aktiviti dijalankan. (c) Ketinggian bandul sewaktu dilepaskan juga perlu dimalarkan bagi setiap kali bandul dilepaskan untuk ayunan.
PENGENALAN KEPADA SAINS

13

(d) Masa yang diambil perlulah diulang beberapa kali dan dapatkan nilai bacaan purata bagi bacaan yang lebih tepat. (e) Cara ayunan mestilah menegak dan bukannya secara elips. Sudut ayunan juga mesti kecil.

Latihan 1.1 1. Langkah dalam penyiasatan saintifik di bawah diberikan dalam susunan tidak teratur. Sila susun semula langkah tersebut agar menjadi langkah yang betul. (a) Membuat kesimpulan (b) Menulis laporan (c) Membina hipotesis (d) Mengenal pasti masalah (e) Menganalisis data 2. Kenal pasti langkah dalam penyiasatan saintifik yang terlibat dalam penyataan di bawah. (a) Membuat penyataan umum mengenai hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas. (b) Membuat ramalan kejadian berdasarkan pemerhatian atau pengalaman lalu. (c) Bercakap mengenai objek, kejadian atau fenomena, corak atau polar. Gunakan data yang telah diambil. (d) Membuat kesimpulan yang munasabah bagi menerangkan pemerhatian atau kejadian. 3. Rancangkan satu eksperimen yang boleh dijalankan di peringkat sekolah dan bincangkan di dalam kelas bersama-sama guru sebelum ia dijalankan. Sila buat laporan dan bincangkannya di dalam kelas. Nyatakan juga langkah yang anda ambil, pemboleh ubah yang anda gunakan, cara mengumpul data, persembahan analisis data yang diperoleh dan juga kesimpulan yang dibuat.

14 SAINS TINGKATAN 1

1.3 MENGETAHUI KUANTITI FIZIK DAN UNITNYA Kuantiti Fizik dan Sistem Unit Antarabangsa (SI)
Pengukuran adalah penting dan kerap digunakan dalam kajian sains. Dalam kajian yang dijalankan, kita perlu tahu ukuran panjang, masa, suhu dan arus elektrik. Kuantiti-kuantiti ini dikenali sebagai kuantiti fizik (kuantiti asas). Jadual 1.3 menunjukkan kuantiti fizikal dan Sistem Unit Antarabangsa (SI). Sistem unit SI ini digunakan oleh semua saintis sedunia (ukuran universal).
Jadual 1.3: Kuantiti Fizikal dan Sistem Unit Antarabangsa Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - menyatakan kuantiti fizik iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik, - menyatakan unit SI dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik, - menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim; mili-, senti- dan kilo-, dan - mengenal pasti dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.

Kuantiti Fizik Panjang Jisim Masa Suhu Arus elektrik

Unit SI Meter (m) Kilogram (kg) Saat (s) Darjah Celsius ( C) atau Kelvin (K) Ampere (A)

Kuantiti fizik yang digunakan dalam spesifikasi dan label barangan mempunyai nilai dan unit tertentu. Contoh
Jengkal

= 5 kg

Unit

Hasta

Nilai
Depa Foto 1.1: Mengukur Panjang

Kuantiti fizik
Rajah 1.12: Kuantiti, Nilai dan Unit bagi Jisim

PENGENALAN KEPADA SAINS

15

Simbol dan Nilai Simbol bagi Imbuhan


Imbuhan yang biasa digunakan dalam pengukuran adalah seperti mega, kilo, senti, mili dan mikro. Simbol bagi imbuhan ialah tanda yang menyatakan atau mengenalkan sesuatu imbuhan. Nilai-nilai dalam kajian sains biasanya ditulis dalam bentuk piawai menggunakan nombor kuasa asas 10. Tujuan menulis sesuatu nilai dalam bentuk piawai adalah untuk memudahkan kaedah merekod nilai bacaan yang terlalu besar atau terlalu kecil. Jadual 1.4 menunjukkan imbuhan, simbol bagi imbuhan dan nilai simbol dalam bentuk piawai.

Unit SI mula digunakan secara seragam di seluruh dunia pada 1960. Ia diambil daripada perkataan Perancis - System International dUnites.

Jadual 1.4: Imbuhan, Simbol dan Bentuk Piawai

Imbuhan Mega Kilo Senti Mili Mikro

Simbol M K c m

Bentuk Piawai 106 103 10-2 10-3 10-6

Latihan 1.2 1. Tukarkan nilai kuantiti fizik berikut kepada bentuk piawai dan nilai imbuhan. (a) 6000 g (kepada kg) (b) 0.0095 m (kepada mm) 2. Tukarkan nilai imbuhan berikut kepada bentuk piawai. (a) 8.7 mm (kepada m) (b) 5.8 mm (kepada km)

16 SAINS TINGKATAN 1

3. Tukarkan nilai bagi panjang dan jisim di bawah kepada bentuk piawai dan nilai imbuhan.
Nilai Kuantiti Fizik (a) 1000 m (b) 4000000 m (c) 0.0055 kg (d) 0.0000065 m (e) 0.05m Bentuk Piawai Nilai Imbuhan

1.4 MEMAHAMI PENGGUNAAN ALATALAT PENGUKUR Pengukuran Panjang


Berapakah panjang meja belajar anda? Berapakah panjang pen yang selalu anda gunakan untuk menulis? Dapatkah anda menjawabnya tanpa anda mengukur? Boleh! Akan tetapi jawapan yang anda berikan hanyalah anggaran daripada pengamatan dan penglihatan anda. Apa itu panjang? Dalam sains, panjang ialah jarak di antara dua titik. Unit pengukuran bagi panjang ialah kilometer (km), meter (m), sentimeter (cm) dan milimeter (mm).
1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm 1 km = 1000 m
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - memilih alat yang betul dan mengukur panjang, - menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf, - memilih alat yang betul dan menyukat isipadu cecair, dan - memilih alat yang betul dan mengukur suhu badan serta suhu cecair.

Manusia Mesir purba menggunakan bahagian badan yang berlainan sebagai unit ukuran kerana ia mudah difahami.

Rajah 1.13: Penggunaan Unit SI pada Papan Tanda

PENGENALAN KEPADA SAINS

17

Pengukuran Panjang Garis Lurus Menggunakan pembaris


Ukuran panjang garis lurus atau sesuatu objek lurus boleh diukur dengan menggunakan pembaris meter. Kedudukan mata mestilah berada tegak di atas tanda yang hendak dibaca. Pada kedudukan ini bacaan yang lebih tepat akan diperoleh. Beberapa siri bacaan mestilah diambil dan dapatkan satu nilai purata. Hal ini kerana purata beberapa kali bacaan adalah lebih tepat daripada satu bacaan sahaja. Contoh: Bacaan panjang pertama = 4.4 cm Bacaan panjang kedua = 4.5 cm Bacaan panjang ketiga = 4.6 cm Jumlah panjang = 13.5 cm Purata panjang = 13.5 cm 3 (kali bacaan diambil) Jawapan: 4.5 cm (0.045 m atau 45 mm)
Betul

pg10

angkup - callipers garis lengkung - curve sesaran displacement menganggarkan estimate tidak sekata - irregular sekata - regular

Sa

la

la

Sa

Daya tarikan di bahagian Khatulistiwa lebih kuat daripada bahagian yang lain di Bumi. Hal ini menjelaskan bahawa berat objek berbeza mengikut tempat ia diukur.

Rajah 1.14: Mengukur Garis Lurus

Menggunakan pita pengukur


Pita pengukur digunakan untuk mengukur bagi objek yang ukuran panjangnya mencecah beberapa meter. Semasa ukuran diambil, pita pengukur diregangkan di antara dua titik yang ingin diukur. Bacaan akan diambil terus daripada skala pada pita pengukur yang digunakan.
3

0
100 90 80 70 60
ml

1 2 3 4 5 6 7
ml ml

25ml

50 40
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

5
6

7
8
9

30 20 10

10
11

12

Foto 1.2: Pita Pengukur

1 1 2 2

18 SAINS TINGKATAN 1

8 9 10 11

3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 41 41 42 42

Foto 1.3: Dua Jenis Pita Pengukur yang Berbeza

Pengukuran Panjang Garis Lengkung Menggunakan benang dan pembaris


Benang dan pembaris digunakan untuk mengukur garis lengkung. Buat satu simpulan kecil atau tanda dengan pen pada satu bahagian hujung benang. Jajarkan sedikit demi sedikit benang mengikut di sepanjang garis lengkung yang hendak diukur. Kemudian, ukur panjang benang di atas pembaris.

Benang Simpulan
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Besi bengkok
12

Rajah 1.11: Mengukur Garis Lengkung

0
100 90 80 70 60
ml

1 2 3

PENGENALAN KEPADA SAINS

19

Menggunakan pengukur pita


Pengukur pita juga boleh digunakan untuk mengukur panjang sesuatu garis lengkung.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

100 90 80 70

ml

0
31
0
1

Foto 1.4: Pengukur Pita


3

100 90 80 70 60

ml

1 2
0 1 2

60 50 40
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Pengukuran Diameter Suatu Objek Diameter dalam sebuah bekas


0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

4
5
6

3 4

8
9

50 40 30 20 10

30 20 10

10
11

g10 pg10

Diameter dalam sebuah bekas, seperti bikar atau tabung uji boleh diukur dengan tepat 5 menggunakan angkup dalam dan pembaris. Jarak di antara kedua-dua lengan angkup 6 dalam tersebut ialah ukuran diameter dalam bagi bekas tersebut.

25ml

10 11

7 7 41 41 42 42 43 43

10

11

12

12

44 44
3 4

45 45 46 46 47 47 48 48 49 49

10

11

12

Rajah 1.16: Pengukuran Diameter Dalam


0 1 0 2

1 3

2 4

3 5

4 6

5 7

6 8

7 9

50 8 10 50 11 10 12 11 9

12

25ml
5 6 7

0 1 2 3 4
27

5 6 7 8 9
24 25

26

23

22

21

20

20 SAINS TINGKATAN 1
25ml 25ml

41 41

41 41 42 42 43 43 44 44
4 5

25ml

12

13

14

15

16

17 18

19

12

13

14

15

16

pg10

7 8 9

ml ml

1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6

Angkup dalam

Diameter luar sebuah bekas pg20, 21, 23


Diameter luar sebuah bekas boleh diukur dengan menggunakan angkup luar dan pembaris. pg20, 21, 23 Ukur jarak di antara dua titik pada angkup luar dengan menggunakan pembaris.
0
100
ml

0 1 2 3 4
2 3

100 90 80 70

ml

0
100 90
ml

Angkup luar

90 80 70 60

1 2 3 4
0 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
ml ml

80 70

28

29

31 30

60 50

60 50 40

50
5

4
6

40
0 1 2 0 3 1 4 2 5 3 6 4 7 5 8 6 9 7 10 8 11 9 12 10 11 12

40 30 20 10

7
8

30 20 10

5 6 7

5 6

10

11

12

30 20 10
ml ml

10
11

ml ml

Rajah 1.17: Pengukuran Diameter Luar

71 1
2 2

1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7

1 1

8 9 10 11

83 3
4 4 5 95 6 6 7 10 7

2 2

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7

42 11 42 43 43 44 12 44
2 3

4 4

4 4

2 0

3 1

4 2

5 3

6 4

7 5

8 6

9 7

10 8

11 9

12 10

11

12

12
0 1

4 4
6 7 8 9 10 11 12

45 45 46 46 47 47

45 45 46 46 47 47

12

4 4

4 4

Diameter objek berbentuk sfera


Bagaimanakah diameter bagi objek yang berbentuk sfera boleh diambil? Diameter objek yang berbentuk sfera diukur dengan menggunakan: (a) Dua blok kayu dan pembaris (b) Dua sesiku dan pembaris Ukur diameter sfera sekurang-kurangnya tiga kali dengan memusingkan objek berbentuk sfera dan menggunakan bahagian pembaris yang berbeza. Kemudian kira purata tiga nilai ukuran, contohnya:
Sfera

Blok kayu

Sfera

Sesiku-L

Rajah1.18: Dua Kaedah Mengukur Diameter Sebuah Objek Berbentuk Sfera

Menggunakan angkup Vernier


Angkup Vernier boleh digunakan untuk mengukur jarak yang dekat atau objek pendek dengan tepat. Rahang sebelah dalam digunakan untuk mengukur diameter dalam sesuatu bekas. Rahang luar pula digunakan untuk mengukur diameter luar sesuatu bekas. Angkup Vernier boleh memberikan bacaan yang tepat sehingga 0.01 cm (dua titik perpuluhan). Alat ini mempunyai dua skala. Skala utama disenggatkan dalam unit sentimeter. Skala Vernier, skala 9 mm mempunyai 10 bahagian. Hal ini bererti satu bahagian Skala Verniar ialah 0.9 mm.
0 1 2 3
0

4
1 2 3

5
4 5

6
6 7

10

11

Rahang dalam
0 1 2 3
0

Skala Vernier
4
1 2 3

5
4 5

6
6 7

10

11

Rahang luar
3
0

4
1 2 3

5
4 5

6
6 7

3
0

4
1 2 3

5
4 5

6
6 7

Rajah 1.19: Angkup Vernier

PENGENALAN KEPADA SAINS

21

Pengukuran Luas
Luas ialah jumlah permukaan atau kawasan yang diliputi oleh sesuatu objek. Luas diukur dalam unit meter persegi (m2), sentimeter persegi (cm2) dan milimeter persegi (mm2).

Luas objek berbentuk sekata


1. Luas segi empat Luas kawasan segi empat tepat diukur dengan formula:
Luas

= Panjang 3 Lebar

Contoh:

1 cm 1 cm

Lebar Rumus bagi ukuran luas bulatan

Luas = 4 3 4 = 16 cm2 (40 3 40 = 1600 mm2)

=
J

22 7 jejari

J2 Panjang Rajah 1.20: Luas Segi Empat

2. Luas segi tiga Luas segi tiga diukur dengan menggunakan formula berikut:
Luas

1 2

3 tapak 3 tinggi
1 cm 1 cm

Contoh:

Lebar

Luas = 1 3 4 3 4 = 8 cm2 2 ( 1 3 40 3 40 = 800 mm2) 2

Panjang Rajah 1.21: Luas Segi Tiga

22 SAINS TINGKATAN 1

Luas objek berbentuk tidak sekata


Luas objek yang tidak sekata, seperti daun dan ranggi bunga boleh dianggar dengan menggunakan kertas graf. Garisan luar suatu bentuk (daun) tidak sekata disurih di atas kertas graf. Tanda pada setiap segi empat yang lengkap dan lebih daripada separuh lengkap yang dilitupi oleh daun. Seterusnya, jumlah segi empat yang ditanda dikira. Kemudian, luas daun dianggarkan. 1 cm
1 cm

B B B B A B B A A B B A B B B

Kawasan bertanda: Segi empat lengkap A A = 4 3 (1 cm 3 1 cm) = 4 3 (1 cm2) = 4 cm2 Segi empat lengkap B B = 5 3 (1 cm 3 1 cm) = 5 3 (1 cm2) = 5 cm2 Jumlah anggaran luas daun =A+B = 4 cm2 + 5 cm2 = 9 cm2

Rajah 1.22: Luas Daun yang Dianggarkan

Pengukuran Isi Padu Cecair


Isipadu ialah jumlah ruang yang dipenuhi oleh sesuatu objek. Isipadu disukat dalam unit liter (l), mililiter (ml), meter padu (m3) dan sentimeter padu (cm3).
1 ml 1l = 1 cm3 = 1000 ml = 1000 cm3

3l

100 ml

Foto 1.5: Penggunaan Unit SI bagi Liter dan Mililiter

PENGENALAN KEPADA SAINS

23

0
100
ml

1. Silinder penyukat
90

Silinder penyukat digunakan untuk menyukat isipadu cecair dalam unit sentimeter padu (cm3). 80

1 2 3 4

70 Salah 60 Betul 50 Salah

A
1 2 3 4 5 6 7

40
8 9 10 11 12

Pam S

5 Beberapa ingatan perlu diambil kira semasa menyukat isipadu 20 cecair, iaitu:
(a) Bilas silinder penyukat dengan sedikit air diikuti dengan 10 6 sedikit cecair sebelum menuangkan cecair ke dalamnya.

Rajah 1.23: Silinder Penyukat 30

Tanda bersenggat

(b) Letakkan sehelai kertas putih di belakang silinder untuk ml memudahkan bacaan diambil. ml 7 1 1 (c) Letakkan silinder penyukat di atas permukaan yang rata 2 2 agar bacaan yang tepat dapat diambil.
3 3 (d) Letakkan mata pada aras yang sama dengan meniskus cecair semasa mengambil bacaan untuk mendapatkan 4 4 ketepatan bacaan pada merkuri, bacaan mestilah diambil 5 9 5 dari atas lengkungan meniskus cecair.

25 ml

25ml

2. Pipet

6 6

Bikar
1 2 3 4 5 6 7

Air

Rajah 1.24: Pipet

Pipet ialah alat penyukatan isipadu cecair yang lebih tepat daripada 41 41 selinder penyukat. Pam boleh digunakan untuk menyedut udara 42 keluar dari pipet sehingga cecair disedut11 ke bahagian yang naik 42 bertanda pada tiub. Pipet yang biasa digunakan di makmal biasanya 43 43 untuk menyukat isipadu 5 ml, 15 ml, 20 ml dan 25 ml. Di bawah 44 10 11 12 ialah langkah-langkah menggunakan pipet untuk 44 pengukuran 12 isipadu cecair. 45 45 Rajah 1.24 menunjukkan gambar pipet.
46 46

10

7 7

Bahagian A ditekan. Pada masa yang sama, pam dipicit dengan kuat.

Bahagian S ditekan untuk menyedut air ke dalam pipet hingga ke tanda bersenggat.

47 Bahagian E47 ditekan untuk melepaskan air dari pipet 48 48 ke dalam bekas. 49 49 50 50

24 SAINS TINGKATAN 1

0
100 90 80 70 60 50 40
12
ml

1 2 3

3. Buret

30 20 10

Buret digunakan untuk memindahkan cecair dengan lebih tepat jika dibandingkan dengan penggunaan selinder penyukat. Buret biasanya mempunyai muatan 50 cm3, dan senggatannya bermula 4 dari atas ke bawah dengan nilai 10 cm3. Isipadu sesuatu cecair 5 disukat dengan mengambil perbezaan antara bacaan awal dan 6 bacaan akhir.
7 8 9
ml ml

1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6

25ml

10 11

7 7 41 41 42 42 43 43

Contoh: Bacaan awal pada buret Bacaan akhir pada buret Isipadu air

= 35 cm3 (atau ml) = 45 cm3 = 45 35 = 10 cm3

Pita yang panjang amat berguna untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran di luar. Apabila seorang ingin membuat garisan di padang bola sepak, pita pengukur lebih berguna daripada sebatang pembaris.

12

12

44 44 45 45 46 46 47 47 48 48 49 49 50 50

Oleh itu, isipadu air di dalam kelalang kon ialah 10 cm3.

Rajah 1.21: Penyukatan Isipadu Air Menggunakan Buret

4. Kelalang volumetrik Kelalang volumetrik digunakan untuk menyukat isipadu tertentu cecair. Bahagian lehernya mempunyai senggatan yang menunjukkan jumlah isipadu tetap yang dapat diukur. Bagi mendapatkan isi padu tetap seperti yang ditunjukkan pada kelalang tersebut, aras bahagian bawah meniskus mestilah berada pada senggatan.

Tabung uji - menampung bahan atau cecair kimia

Kelalang kon menampung cecair kimia

Rajah 1.26: Kelalang Volumetrik

PENGENALAN KEPADA SAINS

25

Pengukuran isipadu pepejal


Isipadu sesuatu pepejal yang berbentuk sekata dan tidak sekata boleh ditentukan dengan kaedah sesaran air. 1. Kaedah menggunakan silinder penyukat Air dituang ke dalam silinder penyukat dan isipadunya dicatatkan. Pepejal kemudiannya dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam selinder penyukat dan dibiarkan tenggelam sepenuhnya. Paras air akan naik dan bacaan isipadu air dan pepejal itu dicatatkan. Perbezaan antara isipadu air bersama pepejal dan isipadu air sahaja memberikan kita bacaan isipadu pepejal tersebut.
Tabung didih Menampung bahan kimia semasa uji kaji dan pemanasan

Contoh:

Kiub

Bikar - menyukat kuantiti cecair 20 ml

45 ml Kiub

(a)

(b)

Silinder penyukat mengukur isipadu cecair

Isipadu A = 20 ml = 20 cm3 Isipadu B = 45 ml = 45 cm3 Isipadu pepejal = Isipadu B Isipadu B = 45 cm3 20 cm3 = 25 cm3
Perbezaan isipadu air

= isipadu pepejal

Rajah 1.27: Pengukuran Isipadu Pepejal Berbentuk Sekata

26 SAINS TINGKATAN 1

2. Menggunakan tin eureka dan silinder penyukat Isipadu sesuatu pepejal juga boleh ditentukan dengan menggunakan tin eureka dan silinder penyukat. Pepejal dimasukkan ke dalam tin eureka secara perlahan-lahan. Air akan mengalir keluar dari tin eureka ke dalam selinder. Jumlah isipadu air yang telah disesarkan adalah sama dengan jumlah isipadu pepejal.
Isipadu Pepejal

Isipadu Air di dalam Silinder

Contoh:

Gabus Gabus Tin eureka Batu Silinder penyukat Tungku kaki tiga (a) (b) Gabus Tin eureka Batu Silinder penyukat Tungku kaki tiga (c) 15 ml = 15 cm3 10 ml = 10 cm3

Batu Tin eureka Silinder penyukat Tungku kaki tiga

Isipadu pepejal = Isipadu air di dalam silinder Isipadu batu = 10 cm3 Isipadu batu + gabus = 15 cm3 Isipadu gabus = 15 cm3 10 cm3 = 5 cm3
Rajah 1.24: Menyukat Isipadu Pepejal dengan Menggunakan Tin Eureka dan Silinder Penyukat

PENGENALAN KEPADA SAINS

27

Penyukatan Suhu
Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan. Suhu sesuatu objek menunjukkan kepanasan atau kesejukan sesuatu objek itu. Objek yang panas mempunyai suhu yang tinggi, sementara objek yang sejuk mempunyai suhu yang rendah. Unit ukuran bagi suhu ialah darjah Celcius (8C). Alat yang digunakan untuk menyukat suhu ialah termometer. 1. Termometer makmal Termometer makmal terdiri daripada satu salur kaca yang panjang dengan satu bebuli di hujungnya seperti dalam Rajah 1.29 di bawah.

Tiub kaca

Senggatan Bebuli merkuri Rajah 1.29: Termometer

Bebuli mengandungi merkuri, iaitu suatu cecair logam berwarna perak. Salur kaca ditandakan dengan darjah Celcius dari 210 ke 110. Apabila termometer dimasukkan ke dalam cecair panas, merkuri mengembang dan naik ke atas tiub. Hal ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa suhu meningkat. Sebaliknya, jika termometer dimasukkan ke dalam cecair yang sejuk, contohnya ais, merkuri mengecut dan turun. Hal ini memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapatnya penurunan suhu. Termometer juga digunakan untuk menyukat suhu badan. Adakah termometer yang sama digunakan oleh doktor untuk menyukat suhu badan pesakitnya? Bincangkan.

Latihan 1.3 1. Nyatakan lima kuantiti fizik. 2. Jelaskan unit SI bagi kuntiti fizik yang dinyatakan. 3. Tulis semula nilai di bawah dalam bentuk imbuhan. (a) 0.07 m (b) 0.008 A (c) (d) 4500 m 0.009 m

4. Diberi bahawa 1 tan = 1000 kg, berapa gram yang ada dalam 5 tan?

28 SAINS TINGKATAN 1

1.5 MEMAHAMI KONSEP jISIM


Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas objek tersebut. Berat sesuatu objek boleh berubah-ubah. Ia bergantung pada tarikan graviti yang bertindak pada tempat di mana objek itu berada. Oleh itu, berat objek berbeza di tempat yang berlainan. Unit SI bagi berat ialah Newton (N). Berat objek disukat dengan menggunakan neraca spring dan neraca mampatan.

Neraca spring Neraca mampatan

Neraca palang Rajah 1.30: Alat-alat Penimbang Berat

Neraca tuas

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - menentukan berat sesuatu objek, - menerangkan konsep berat, - menerangkan konsep jisim, - menentukan jisim sesuatu objek, - menerangkan perbezaan antara jisim dengan berat, dan - mengaplikasikan penggunaan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Konsep jisim
Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam objek tersebut. Jisim sesuatu objek adalah tetap walau di mana objek itu berada. Hal ini bermakna tempat di mana objek itu berada langsung tidak mempengaruhi jisim objek tersebut. Jisim sama sekali berbeza dengan berat. jisim sesuatu objek tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Unit SI bagi jisim ialah kilogram (kg). Unit lain bagi jisim ialah gram (g). Alat yang boleh digunakan untuk menentukan jisim sesuatu objek adalah seperti neraca tuas, neraca alur dan neraca elektronik.
1 kg = 1000 g 1 g = 1000 mg

PENGENALAN KEPADA SAINS

29

jISIM

PERBEZAAN

BERAT

Tidak dipengaruhi oleh graviti. Tetap tidak kira di mana objek disukat. Kilogram (kg), gram (g), dan miligram (mg). Neraca tuas, neraca kimia, neraca palang.

Pengaruh daya graviti Nilai

Dipengaruhi oleh graviti.

Berubah-ubah mengikut tempat disukat. Newton (N) Neraca spring atau neraca mampatan.

Unit pengukuran Alat pengukuran di dalam makmal

Rajah 1.27: Perbezaan antara Jisim dan Berat

Zarah-zarah cahaya yang dikenali sebagai foton mempunyai jisim sifar foton.

AKTIVITI 1.4
Mengukur berat dan jisim objek yang berlainan. Para murid diminta menyenaraikan objek yang boleh diukur sama ada di dalam makmal, di kelas atau di sekitar sekolah mereka. Kemudian, dengan menggunakan radas dan bahan yang tersedia di dalam makmal, carilah ukuran berat dan jisim bagi objek yang disenaraikan tadi. Akhiri aktiviti ini dengan membuat perbandingan jawapan antara murid.

neraca alur - beam balance perbezaan - difference daya - force jisim - mass jirim - matter

Sila jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.

30 SAINS TINGKATAN 1

Latihan 1.4 1. Apakah unit yang akan digunakan untuk mengukur: (a) berat sesuatu objek? (b) jisim sesuatu objek? 2. Berdasarkan jawapan anda di atas, ramalkan berat objek yang mempunyai jisim 200 gram. 3. Apakah yang terjadi kepada berat objek sekiranya jisim objek itu bertambah? 4. Mengapakah berat objek di bulan lebih kurang jika dibandingkan dengan berat objek itu di Bumi? Jelaskan.
Berat badan kita jika ditimbang di bulan 1 adalah ringan 6 daripada berat di Bumi.

5. Apakah perbezaan yang dapat dinyatakan antara berat dan jisim? Nyatakan juga unit dan alat yang boleh digunakan untuk mengukurnya.

1.6 MENYEDARI KEPENTINGAN UNIT PIAWAI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Jadual 1.5 di bawah menunjukkan pelbagai unit pengukuran yang digunakan di seluruh dunia.
Jadual 1.5: Pelbagai Unit Ukuran Pada akhir pembelajaran, murid dapat: - memberi contoh masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.

Pengukuran Panjang Luas Isipadu Jisim atau berat

Unit Inci, kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer Inci2, kaki2, ela2, meter2, ekar Inci3, kaki3, ela3, gelen Paun, auns, kati, tahil, kilogram, tan, pikul

PENGENALAN KEPADA SAINS

31

AKTIVITI 1.5
Rancangkan satu persembahan lakonan sketsa mengenai anda dan keluarga sedang berada di pasar untuk membeli barangan keperluan dapur. Masukkan unsur-unsur untuk menunjukkan masalah yang timbul apabila tidak menggunakan unit piawai dalam urusan perniagaan atau urusan seharian. Bincangkan juga kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.

Kepentingan Unit Piawai


Situasi ketiadaan unit piawai ditunjukkan dalam Rajah 1.32 di bawah:
Situasi Ketiadaan Unit Piawai

Masalah kejituan dan ralat dalam pengukuran.

Manusia dari negara yang berbeza akan mengalami masalah telekomunikasi, terutama dari segi interaksi dalam perdagangan dan pengangkutan.
Rajah1.32: Situasi Ketiadaan Unit Piawai

Kajian yang dijalankan oleh saintis berlainan negara akan menjadi fakta perdebatan dan sukar diterima sebagai satu unit ukuran yang universal.

Jarak ke destinasi

Had laju dibenarkan

Had ketinggian

Foto 1.6: Aplikasi Unit Piawai dalam Kehidupan Seharian

32 SAINS TINGKATAN 1

Sains adalah sebahagian daripada kehidupan

Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

Kuantiti fizik dan unitnya PENGENALAN KEPADA SAINS Penggunaan alat pengukuran

Konsep jisim

Kepentingan unit piawai dalam kehidupan.

PENGENALAN KEPADA SAINS

33

1. Sains ialah satu disiplin ilmu untuk memahami perkembangan di sekeliling kita. 2. Fenomena alam ialah segala kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi. 3. Sains boleh dibahagikan kepada pelbagai bidang sains, seperti sains politik, sains sukan, sains gunaan dan sains komputer. 4. Kaedah saintifik ialah satu kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat, teratur dan sistematik. 5. Penyiasatan saintifik dilakukan mengikut urutan di bawah:
Mengenal pasti masalah Membuat hipotesis Menjalankan penyiasatan - mengumpul data - menganalisis data - mentafsir data - membuat kesimpulan Mengawal pemboleh ubah

Menulis laporan

Merancang penyiasatan

5. Hipotesis ialah satu cadangan pendapat untuk menjelaskan pemerhatian atau fenomena. 6. Pemboleh ubah ialah suatu keadaan atau faktor yang boleh berubah dalam suatu aktiviti penyiasatan. 7. Kuantiti fizik dalam pengukuran ialah panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik. 8. jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam suatu bahan dan nilainya tetap walau di mana jua pun. 9. Berat ialah daya yang bertindak ke atas suatu jasad pada arah pusat Bumi dan nilainya berubah-ubah mengikut tempat. 10. jisim disukat menggunakan neraca tuas manakala berat disukat dengan menggunakan neraca spring. 11. Panjang ialah jarak di antara dua titik. 12. Panjang garis lurus diukur dengan menggunakan pembaris. 13. Panjang garis lengkung diukur dengan menggunakan benang dan pembaris. 34 SAINS TINGKATAN 1

14. Angkup Vernier digunakan untuk mengukur jarak yang pendek sehingga dua tempat perpuluhan. 15. Diameter bekas diukur dengan menggunakan angkup dan pembaris. 16. Luas ialah jumlah permukaan yang dilitupi oleh suatu objek. 17. Anggaran luas bagi bentuk sekata dan tidak sekata dilakukan dengan mengira segi empat sama pada kertas graf. Isipadu ialah jumlah ruang yang ditempati objek. 18. Isipadu cecair boleh disukat dengan menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret. Isipadu pepejal pula boleh disukat dengan menggunakan kaedah sesaran air. 19. Amat penting saintis menggunakan unit piawai (unit SI) semasa menyiasat agar tidak berlaku kekeliruan setelah membuat perbandingan keputusan penyiasatan.

Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Untuk setiap soalan, pilih hanya satu jawapan yang paling tepat. 1. Antara yang berikut, yang manakah fenomena alam semula jadi? A Perhutanan B Pembakaran sampah C Bunga berkembang di tangkainya D Penghasilan garam biasa daripada air laut 2. Apakah hipotesis yang dapat dibuat bagi paku besi yang dibiarkan terdedah di luar rumah? A Paku besi yang terdedah berkarat B Air diperlukan untuk pengaratan besi C Hanya paku besi sahaja berkarat D Paku besi tidak berkarat di dalam rumah 3. Satu eksperimen telah dijalankan untuk menunjukkan bahawa udara diperlukan untuk proses percambahan biji benih. Apakah pemboleh ubah yang boleh dimanipulasikan dan bergerak balas? Dimanipulasikan Bergerak balas A Percambahan Kehadiran udara biji benih B Kehadiran udara C Kehadiran air D Kehadiran udara Percambahan biji benih Bilangan biji benih Jenis biji benih

4. K, L, M dan N ialah langkah yang terlibat dalam penyiasatan saintifik.


K - Menganalisis data L - Mentafsir data M - Merekod data N - Membuat kesimpulan

PENGENALAN KEPADA SAINS

35

Susun langkah penyiasatan saintifik tersebut dalam urutan yang betul A K, L, M, N B L, K, M, N C M, K, L, N D N, L, K, M 5. Suatu jasad mempunyai jisim 10 kg di Bumi. Jasad ini juga mempunyai jisim 10 kg di ________. I Bulan II Planet Pluto III Planet Marikh A C I Sahaja B II dan III D II Sahaja I, II dan III

7. Antara pasangan kuantiti fizik dan unit SI, yang manakah betul? A Panjang (Kelvin) B Jisim (Kilogram) C Masa (Ampere) D Arus (Saat)

6. Antara yang berikut yang manakah nilai imbuhan bagi senti? A 0.001 B 0.01 C 0.1 D 10

8. Antara pengukuran yang berikut, yang manakah memerlukan bahan di atas? A Jejari tabung uji B Diameter dalam tabung uji C Garis lengkung D Diameter luar bikar

Arahan: Jawab semua soalan. 1. 2. 3. 4.

Bahagian B

Senaraikan tiga kerjaya yang berkaitan dalam bidang sains. Nyatakan langkah-langkah utama dalam menjalankan penyiasatan saintifik. Nyatakan lima kuantiti asas unit SI.

(a) Apakah maksud simbol di atas? (b) Apakah yang akan berlaku jika asid terkena pada tangan? (c) Apakah yang harus anda lakukan jika asid terkena pada tangan?

36 SAINS TINGKATAN 1

You might also like