You are on page 1of 8

Miskonsepsi berlaku ketika murid melakukan operasi tambah yang melibatkan jam dan minit.

Contoh soalan :

2 jam 45 minit + 2 jam 30 minit =

Penyelesaian yang dilakukan oleh murid.

Guru perlu menerangkan langkah penyelesaian langkah demi langkah Guru menerangkan konsep pertukaran unit minit kepada jam 60 minit = 1 jam
2 jam 45 minit + 2 jam 30 minit 75 minit (1 jam 15 minit)

Murid-murid perlu menambah unit minit (45 minit + 30 minit = 75 minit) Kemudian guru mengingatkan kembali kepada muridmurid tentang konsep waktu. (1 jam) bersamaan (60 minit).

Jadi, (75 minit) bersamaan dengan (1 jam 15 minit)


Seterusnya murid-murid bolehlah menambah unit jam pula seperti biasa. Murid-murid menambah (2 jam + 2 jam = 4 jam) kemudian tambah (1 jam 15 minit)

Memahami kalendar Murid tidak boleh menyatakan bilangan hari dalam setiap bulan. Contohnya; Bulan Julai mempunyai = _30_ hari

Langkah penyelesaian;
Guru menunjukan kalender 2012 mengikut bulan.

Murid meneliti setiap bilangan hari dalam bulan.


Guru membimbng murid merumuskan bahawa

bilangan hari dalam setiap bulan adalah antara 30 & 31 hari kecuali pada bulan Februari mempunyai 29 hari. Guru memperkenalkan cara mudah untuk mengingati bilangan hari dalam setiap bulan. Guru meminta semua murid menggenggam tangan masing-masing. Guru membimbing murid menyebut nama setiap bulan sambil menunjukkan lekuk & tulang di tangan.

Murid menyemak jawapan berpandukan tangan dan

kalender yang diedarkan.

You might also like