You are on page 1of 8

ANAK DIN BIOLA Novel ini mengisahkan kehidupan penghuni rumah anak yatim bernama Rumah Bonda di Bandar.

Ianya didiami oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.Rumah ini diuruskan oleh seorang penguasa bernama Pak Jais.PJ dibantu oleh seorang tukang jahit bernama Pak Man Tukang Jahit dan beberapa tukang masak yang diketuai oleh Pak Mat Tukang Masak. Salah seorang penghuni RB ialah Budiman . Dia berumur 14 tahun.Dia memiliki bakat bermain alat muzik biola. Mengikut ceritanya Budiman mewarisi bakat ayahnya Budin atau Din Biola yang terkenal di kota dan mempunyai ramai peminat. Pada satu hari Budiman telah mewakili bapanya menerima pingat iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK )daripada sultan sebagai menghargai sumbangan arwah bapanya yang mengharumkan nama Negara khususnya dalam bidang muzik. Semasa memberi pingat tersebut sultan menasihatkan agar Budiman berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi seperti ayahnya seorang penggesek biola terkenal. Selepas itu minat Budiman dalam permainan biola bertambah. Dia berazam untuk menjadi terkenal seperti ayahnya. Mulai saat itu dia mempelajari dan mendalami teknik bermain biola. Azamnya disokong oleh PJ dan kawannya Chong dan Chandran. Mereka sanggup menolong Budiman mencapai cita-citanya . Budiman seterusnya mendapat undangan bermain biola di beberapa majlis keramaian. Pada suatu hari Budiman mendaftar untuk menyertai satu pertandingan Bintang Biola Remaja . Dengan bantuan PJ dia mendapat peluang belajar bermain biola daripada sebuah sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu. Sekolah itu bernama Sekolah Muzik Lagu Bayu. Selain itu Budiman juga mendapat pertolongan daripada murid arwah ayahnya iaitu Pak Wan Busu iaitu seorang buta yang tinggal berdekatan dengan Rumah Bonda. Berkat kegigihan tanpa mengenal jemu dan semangat tinggi yntuk mengharumkan namanya , akhirnya Budiman berjaya menjadi juara dalam pertandingan itu.Dia mengharumkan nama RB dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang bintang biola daripada baginda sultan . Tema - ialah mengenai kegigihan dan semangat juang seorang remaja untuk mencapai cita-cita. Persoalan - masalah kemiskinan kemiskinan boleh menyebabkan cita-cita seseorang itu tidak kesampaian ( Budiman hamper mengemis kerana mencari wang untuk membeli biola untuk menyertai pertandingan biola) - kemiskinan menyebabkan seseorang dipandang rendah oleh orang lain ( pertandingan biola disertai oleh peserta daripada golongan berada hinggakan Budiman didesak untuk menarik diri daripada pertandingan itu kerana dia miskin ) Watak Budiman - nama Budiman bin Baharudin - berumur 14 tahun - anak yatim piatu / tinggal di asrama Rumah Bonda - memiliki keistimewaan semulajadi /pandai bermain biola - rajin dan bersemangat mahu mendalami cara permainan biola - sangat berminat dengan bunyi biola suka mendengar gesekan biola Pak Wan Busu

Pak Mat Tukang Masak - semua kanak-kanak di asrama itu takutkannya kerana sifatnya yg garang dan panas baran - banyak membuat perbuatan negative seperti tidak amanah , menyeludup barang , mengedar ganja - memberi kesan tidak baik kepada anak-anak yatim di rumah bonda hampir kelaparan kerana kekurangan bahan makanan Pengajaran - kita hendaklah membantu orang yang susah dan yang memerlukan bantuan - kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah - janganlah menindas golongan lemah - kita ditegah mencuri hak orang lain - kita hendaklah bersifat amanah - kita hendaklah mengenag jasa orang yang berbakti kepada negara - bertekad dengan sepenuh hati untuk mencapai cita-cita

SET SOALAN KOMSAS

SOALAN SET 1 Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

NILAI 1. KEBERANIAN 2. TOLONG MENOLONG 3. KASIH SAYANG Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.

SOALAN SET 2 PERSOALAN 1. KEBERANIAN MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN 2. SEMANGAT PERPADUAN TANPA MENGIRA AGAMA DAN KETURUNAN 3. SIKAP SUKA MEMBANTU ORANG LAIN Berdasarkan ketiga-tiga persoalan di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel.

SOALAN SET 3 Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3. Jelaskan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel yang telah anda kaji dan jelaskan mengapakah peristiwa itu menarik perhatian anda.

SET 4 Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 2. Huraikan tiga persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

SOALAN 5 Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 3. Huraikan tiga perbezaaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. CADANGAN JAWAPAN LATIHAN SOALAN SET 1 Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.

NILAI YANG DIPAPARKAN DALAM T4D

Kasih Sayang - Kasih sayang DSP Yazid terhadap abangnya dapat dilihat apabila beliau sentiasa berusaha mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini peristiwa kapal terbang terhempas. - Kasih sayang Puan Katijah terhadap suaminya En. Razali jelas tergambar apabila berasa resah dan berdoa kepada Tuahan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada DSP Yazid tentang rampasan kapal terbang yang dinaiki oleh suaminya. - Air mata Pn. Katijah mengalir mellihat perlakuan DSP Yazid seolah-olah membenarkan berita terhempasnya pesawat HM 356 yang dinaiki oleh suaminya En. Razali

DALAM T4D Tolong-menolong - Kamarul Azam dan rakan-rakannya bersama-sama mendirikan khemah, menyediakan makanan dan menjaga keselamatan ketika berkhemah di Tanjung Pangku. - Pak Widodo dan isterinya Ibu Tini serta anaknya Antik telah menolong Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang. DALAM T4D Keberanian - Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalani perkhemahan Ujian Kelas Pertama pasukan pengakap dan pandu puteri di Tanjung Pangku. - Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air pada waktu malam untuk mendapatkan kebenaran dan tandatangan Ketua Balai Polis Tanjung Pangku . - Kamarul Azam dan Razi sanggup berhadapan dengan penjahat-penjahat bertopeng yang bersenjata. - Antik berani menghantar Kamarul Azam dan Razi pulang ke Malaysia dengan meminjam motobot Pak Mostar.

SOALAN 2 Berdasarkan ketiga-tiga persoalan di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel.

CADANGAN JAWAPAN Keberanian menghadapi pelbagai cabaran Budiman tidak gentar untuk menyertai pertandingan biola walaupun ada pihak cuba merasuahnya agar mengundurkan diri daripada bertanding. - Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis. - Budiman berani keluar pada waktu malam untuk mendengar bunyi gesekan biola Pak Wan Busu. Contoh Peristiwa Novel Tragedi Empat Disember - Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani mengadakan perkhemahan Ujian Kelas Pertama pangakap dan pandu puteri di Tanjung Pangku. - Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air walaupun hari telah malam untuk mendapatkan tandatangan dan kebenaran ketua balai polis untuk berkhemah. - Kamarul Azam dan Razi berani berhadapan dengan penjahat-penjahat bersenjata dan bertopeng.

Sikap suka membantu orang lain Pak Wan Busu mengajar Budiman bermain biola. - Datin Siti Norbayu sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim di Rumah Bonda - Chong dan Chandra telah membantu Budiman mencari wang bagi membeli biola dengan bekerja sebagai pencuci kereta di stesen minyak pada waktu malam. DALAM T4D

- Pak Widodo dan isterinya menghulurkan bantuan kepada Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang. - Antik membantu Kamarul Azam dan Razi untuk pulang ke Malaysia. Syarikat Angkasa Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memberi bantuan kepada mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Tanjung Pangku

Semangat perpaduan tanpa mengira agama dan keturunan Rakan Budiman, Chong dan Chandra telah sama-sama bekerja di stesen minyak bagi mendapatkan wang untuk membeli biola tanpa mengira kaum. - Budiman, Chong dan Chandra walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka bersahabat baik.

DALAM T4D - Kamarul Azam, Lina, Lim, Zanawati, Rendera dan Razi walaupun berlainan kaum dan agama tetapi mereka mampu untuk menjalani aktiviti perkhemahan secara bersama-sama. Upacara sembahyang jenazah mengikut cara semua agama dengan dimulakan dengan cara islam, manakala bagi agama Hindu, Buddha dan Kristian mengikut cara masing-masing. SOALAN 3 Jelaskan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel yang telah anda kaji dan jelaskan mengapakah peristiwa itu menarik perhatian anda.

SOALAN 4 Huraikan tiga persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN LATAR MASYARAKAT ADB Masyarakat yang saling membantu Pak Wan Busu membantu Budiman belajar bermain biola. - Pak Jais, Datin Siti Norbayu dan Pak Wan Busu sentiasa berusaha membantu anak-anak yatim. - Chong dan Chandra telah membantu Budiman mencari wang bagi membeli biola dengan bekerja sebagai pencuci kereta di stesen minyak

DALAM T4D - Pak Widodo dan isterinya menghulurkan bantuan kepada Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang. - Antik membantu Kamarul Azam dan Razi untuk pulang ke Malaysia. - Syarikat Angkasa Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memberi bantuan kepada mangsa tragedi kapal terbang terhempas. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang berbilang kaum - Budiman mempunyai rakan berbilang bangsa iaitu Chong berbangsa Cina, dan Chandra berbangsa India.. - Budiman, Chong dan Candra walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka bersahabat. DALAM T4D Kamarul Azam, Razi dan Zanawati mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Lina Lim, dan Rendera . Masyarakat yang berani Budiman tidak gentar untuk menyertai pertandingan biola walaupun ada pihak cuba merasuahnya agar mengundurkan diri daripada bertanding. - Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis. DALAM T4D - Kamarul Azam dan rakan-rakannya berani menjalani perkhemahan Ujian Kelas Pertama Pangakap dan Pandu Puteri di Tanjung Pangku yang jauh dari tempat tinggal mereka. - Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air walaupun hari telah malam untuk mendapatkan tandatangan dan kebenaran ketua balai polis untuk berkhemah. Antik berani menghantar Kamarul Azam dan Razi ke perairan Malaysia dengan menggunakan motobot Pak Mostar.

Masyarakat penyayang - Perasaan kasih sayang Chong dan Chandra terhadap Budiman

jelas kelihatan apabila mereka sanggup bekerja untuk membantu Budiman membeli Biola. - Perasaan kasih dan sayang turut ditunjukkan oleh ibu bapa Linda apabila mereka mengambil Chong sebagai anak angkat. DALAM T4D - Kasih sayang Puan Katijah kepada Kamarul azam ketara apabila beliau menasihati anaknya itu dengan lembut apabila Azam gelojoh semasa minum kopi panas. Kasih sayang Puan Katijah terhadap suaminya En. Razali jelas tergambar apabila beliau berasa resah dan berdoa kepada Tuhan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada DSP Yazid tentang rampasan kapal terbang yang dinaiki oleh suaminya. Masyarakat pelajar sekolah - Budiman, Chong dan Chandra yang berusia 14 tahun tetap menyiapkan kerja rumah mereka walapun bekerja pada waktu malam. - Mereka bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan Rumah Bonda

- Kamarul Azam dan rakan-rakannya telah menjalani Ujian Kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri sekolahnya. Kamarul Azam menjelaskan kepada ayahnya dia baru sahaja selesai bermesyuarat di sekolah kerana berbincang tentang sesi perkhemahan yang akan dijalankan. Masyarakat yang patuh akan ajaran agama ADB Budiman dan rakan-rakannya menunaikan solat subuh berjemaah berimamkan Pak Man Tukang Jahit T4D Kamarul Azam tetap menunaikan solat walaupun berada di tapak perkhemahan ADB Masyarakat yang bekerjaya/bekerja Datin Siti Norbayu merupakan pemilik Sekolah Muzik Bayu. - Pak Mat Tukang masak bekerja sebagai Tukang Masak di Rumah Bonda. - Pak Man pula bekerja sebagai Tukang Jahit. T4D - Asp Yazid berjawatan Penguasa Polis Johor Bharu. - Encik Razali bertugas sebagai seorang wartawan. Pak Widodo menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai nelayan.

SOALAN 5 Huraikan tiga perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN Golongan masyarakat - Kebanyakannya golongan remaja seperti Budiman, Chong dan Chandra. Jenis pekerjaan - Pelbagai pekerjaan - Pak Mat Tukang Masak, Pak Man Tukang Jahit.. Kepercayaan agama - Islam anak-anak yatim bersembahyang subuh di surau semasa di Rumah Bonda berimamkan Pak Man Tukang Jahit..

Contoh Peristiwa Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan Golongan masyarakat - Golongan dewasa seperti Kanang, Helen, Koperal Nasir. Jenis pekerjaan - Anggota tentera seperti Kanang, Ranjer Baharuddin, Koperal Nasir. Kepercayaan agama - Agama Pagan masyarakat Iban percaya kepada pantang larang dan mimpi.

You might also like