You are on page 1of 15

SMK KUDAT II PETI SURAT 505, 89058 KUDAT SABAH

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

DSP BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN
DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentafsiran Sekolah sejajar dengan perlaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

Tafsiran
Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik /umum bagi member gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan boleh dicapai Evidents: Murid Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham

STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradab Mithali

TAFSIRAN BAND
DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

BAND 1 2 TAHU

PERNYATAAN STANDARD

TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU DAN FAHAM

3 4 5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU


DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

Matlamat Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat: i. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, ii. dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii.

Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. v. vi.

Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

1 2 3 4 5 6

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis. Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

Membuat penjelasan mengenai maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis. Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis. Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

B1 Mengetahui perkara yang

B1 DL1

Bl DL1 E1

Tahu

didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah . B1 DB1 Membaca ayat daripada sesuatu sumber.

Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian. B1 DB1 E1 Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.

B1 DT1 Menulis ayat mudah.

B1 DT1 E1 Menulis ayat mudah dengan bimbingan. + FK, FN + FA, FN + FS) (FN +FN, FN

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

2 Tahu dan Faham

B2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis

B2 DL1 Mendengar dan memahami sesuatu perkara.

B2 DL1 E1 Menceritakan perkara yang didengar,

B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.

B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.

B2 DT1 Menulis jawapan pemahaman.

B2 DT1 E1 Menjawab soalan pemahaman dengan betul.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

BAND 3 Tahu, faham dan boleh buat B3

PERNYATAAN STANDARD B3 DL1

DESKRIPTOR B3 DL1 El

EVIDENS

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

Bersoal jawab tentang sesuatu perkara

Mengemukakan soalan yang sesuai mendapatkan maklumat. B3 DL1 E2 Memberikan maklum balas tentang sesuatu perkara.

B3 DB1 Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

B3 DB1 El Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca. B3 DB1 E2 Menyusun isi penting.

B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan.

B3 DT1 El Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan. B3 DTI E2 Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

4 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab

B4 Membuat penjelasan mengenai maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B4 DL1 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi. B4 DB1 Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan. B4 DT1 Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.

B4 DL1 E1 Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan. B4 DB1 E1 Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan. B4 DT1 E1 Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk. B4 DT1 E2 Menulis idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

BAND 5 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji B5

PERNYATAAN STANDARD B5 DL1

DESKRIPTOR B5 DL1 E1

EVIDENS

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan dituiis.

Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara.

Mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

B5 DB1 Membaca dan mengolah maklumat.

B5 DB 1 E1 Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat. B5 DB 1 E2 Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens.

B5 DT1: Mengolah maklumat secara bertulis.

B5 DT1 E1 Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

BAND 6 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab misali. B6

EVIDENS

PERNYATAAN STANDARD B6 DL1 Mempertimbangkan perkaraperkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional B6 DL1 E1

DESKRIPTOR

Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

B6 DL1 E2 Membuat pertimbangan mengenai pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan. B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan. B6 DB1 E1 Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan. B6 DB1 E2 Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

B6 DT1 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

B6 DT1 E1 Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah. B6 DT1 E2 Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh.

B6 DT2 Menyunting dan memurnikan sesebuah telah dihasilkan. karya yang

B6 DT2 E1 Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.

DSP BahasaMelayu Tingkatan 1

You might also like