KONSEP AKAL A.

PENDAHULUAN Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu, akal yang bersifat positif jika diarahkan untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina. Al-Quran menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaan-Nya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepada-Nya, contohnya : Penciptaan buah-buahan dan segala apa yang ada di dunia adalah untuk mereka yang memikirkan dan suka menggunakan akal. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orangorang yang mahu menggunakan akalnya. (Surah al-Nahl 16:67) Selain dari itu juga manusia yang tidak menggunakan akal kearah kebaikan menyebabkan mereka melakukan kemusnahan dan akan mendapat azab daripada Allah.

Sebagimana firman Allah : Terjemahan : Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah al-Ma’idah 5:58) Melalui akal fikiran, manusia menggunakannya untuk mencari petunjuk serta kebenaran seterusnya memilih mana yang baik untuk diikuti serta menjauhi dan meninggalkan perkara buruk. Walaupun manusia mempunyai akal dan sentiasa menggunakannya, sama ada dalam menjalani urusan kehidupan atau untuk mencari kebenaran, namun tidak semestinya hasil pemikiran mereka menepati tujuan sebenar serta mencapai matlamat yang dimaksudkan dan diinginkan. Para nabi dan rasul sahaja yang terpelihara pertuturan serta akal pemikirannya daripada tersalah dan menyimpang daripada kebenaran, baik dalam hal penghidupan di dunia, akhirat, perkara yang telah berlaku mahupun akan datang. Hal tersebut kerana baginda tidak pernah bercakap atau berfikir mengikut hawa nafsu, semuanya melalui ilham dan wahyu daripada Allah. Manusia biasa melakukan kesalahan ketika berfikir, bercakap serta dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan membuat keputusan. Ini disebabkan kelemahan akal dan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada mereka sangat sedikit Firman Allah: Terjemahan : Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan, melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Isra’ 17:85)

Sebagai contohnya : Apabila manusia melihat awan tebal yang hitam di langit. Justeru itu Allah mengamanahkan manusia sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan muka bumi serta mempertanggungjawabkan supaya mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.” (Surah al-Baqarah 2:30) . Mereka berkata. Islam menyekat kebebasan manusia berfikir dengan menurut nafsu dan akal yang tidak diikuti dengan akidah dan ilmu. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat. Allah berfirman lagi. Keistimewaan manusia berbanding makhluk-makhluk lain di muka bumi ini ialah akal pemikiran. Kerana kadang-kala hujan tidak turun walaupun pada kebiasaannya awan tebal yang menandakan atau menyebabkan hujan turun. “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan melakukan tumpah darah. manusialah makhluk yang paling mulia. apatah lagi untuk mengkaji perkara yang ghaib. “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (manusia) di muka bumi”. Tetapi tanggapan akal semata-mata serta melalui penelitian terhadap faktor awan hitam yang tebal tidak semestinya dapat menghasilkan keputusan yang benar dan tepat. Dengan anugerah tersebut. manusia memikirkan dan menjangkakan hujan akan turun tidak lama lagi. Contohnya : Fahaman golongan alSufustaiyyun ( ) yang menilai baik dan buruk sesuatu itu berdasarkan pancaindera dan akal semata-mata. pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau”. Hal itu kerana pancaindera dan akal manusia adalah terbatas. Lantaran itu.

3. C. Rumusan daripada pengertian tersebut.B. TABIAT AKAL Fitrah dan anugerah akal dapat menguji dan menunjukkan bahawa manusia itu lemah dan cetek ilmu mereka. . Islam melarang keras perbuatan merosakkan kawarasan akal. Menurut pendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab ( ). akal membawa pengertian kepintaran. Menurut al-Muhasabi pula. akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia. Lantaran akal adalah amanah seperti nikmat lain. PENGERTIAN AKAL Akal merupakan asas penting kepada manusia dan dengannya dapat membezakan darjat manusia dengan makhluk lain. Akal dapat diberikan dengan beberapa pengertian antaranya ialah:1. Di mana ahli sains semenjak dahulu sampai kini tidak dapat mengkaji dan tidak dapat menentukan bagaimana sebenarnya hakikat akal itu. Ini jelas membuktikan bahawa bukan semua yang ada itu dapat dilihat atau dapat dibuktikan kewujudannya. akal merupakan asas asal dan konsep utama menyebabkan manusia itu dipertanggungjawabkan dengan taklif serta syarat seseorang itu sempurna. Apatah lagi seandainya manusia itu ingin memikirkan konsep dan zat Allah yang sama sekali tidak mampu difikirkan. Menurut kamus dewan. Oleh itu anugerah akal merupakan sesuatu nikmat dan rahmat yang besar. akal ialah al-Gharizah ( ). 2. Iaitu sesuatu sifat semula jadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu. seperti : Meminum minuman yang memabukkan.

Dalam konteks lain. akal merupakan salah satu tabiat dan fitrah semula jadi manusia yang selari dengan penciptaan mereka. Untuk itu. baik fizikal dan kerohanian. namun sebenarnya akal itu tidak boleh disamakan dengan fitrah. Fitrah dan tabiat akal manusia adalah bersifat positif. tidak dikenakan taklif. Justeru itu. Dalam keadaan lain. di mana akal dapat memandu manusia ke arah kebaikan dan kemajuan. ia akan menjadi kotor. walaupun akal itu pada fitrahnya adalah bersifat suci dan bersifat positif. akal yang bersifat positif itu hendaklah digunakan semaksima mungkin untuk mengukuhkan keimanan dengan menggunakan kaedah ilmu dan kaedah Mantik supaya dapat berfikir dan membuat keputusan dengan baik selari dengan kehendak syarak. Dimana akal merupakan sebahagian daripada hakikat kejadian manusia. apa sahaja tindakan mereka. Hal tersebut kerana. Justeru itu. baik berbentuk niat perbuatan dan ucapan tidak diambil kira. antara gejala yang tidak baik atau factor yang menyebabkan akal kotor ialah terikut dengan nafsu yang jahat atau diri seseorang itu dikotori dengan dosa atau juga kelemahan iman. Fitrah akal yang bersifat positif itu selari dengan fitrah asal manusia yang bersifat suci dan bersih. . akal itu dapat memainkan peranan dan berperanan hingga sampai kepada hakikat atau pun ia bergerak daripada tahap pertama hingga sampai kepada hakikat. oleh itu mereka akan menyimpang daripada kebenaran. tetapi ia tidak dikira sebagai manusia yang sempurna. kiranya tidak diarahkan dan tidak digunakan selari dengan kehendak syarak. walaupun sifatnya sempurna sebagai manusia. Contohnya : Orang yang tidak waras. orang yang tidak berakal. Hal itu lama kelamaan akal juga menjadi kotor dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menggunakan fitrah akal yang asalnya suci dan positif itu dengan baik. Fitrah akal yang positif itu dan iman yang suci itu. Oleh itu. tabiat dan fitrah akal yang selari dengan fitrah iman dan kesucian itu hendaklah diarahkan supaya selari dengan kehendak syarak.

Kemudian ia diperintahkan supaya pergi. “Bagaimana pula dalam kehidupan akhirat? Bukankah manusia itu dibalas menurut kadar amalan mereka?” Jawab Rasulullah. Ini menunjukkan betapa tinggi dan mulianya akal itu. yang mana perkataan yang berkaitan dengan akal diulang-ulang hampir 50 kali. dengan apa manusia itu berbeza darjat kelebihannya dalam kehidupan di dunia?” Jawab baginda. “Dengan akal. Oleh itu dengan akal. KEISTIMEWAAN AKAL Allah menyebut banyak kali tentang akal dalam al-Quran. “Wahai Rasulullah . Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabarani : Terjemahan : Kejadian pertama yang dijadikan oleh Allah ialah akal. lalu ia diperintahkannya datang.” Berdasarkan prinsip tersebutlah maka akal yang waras merupakan syarat taklif dan seseorang dikenakan tanggungjawab. Bukanlah mereka beramal menurut kadar akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. tidak ada makhluk lain yang lebih mulia disisi-Ku daripada kejadianmu. akal pun datang. “Dimana aku telah bertanya rasulullah. samada kufur atau . sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Tabarani: Terjemahan : Aisyah telah menceritakan. Maka mengikut kadar akal itulah amalan mereka dan mengikut kadar amalan itu pulalah mereka dibalas. Denganmu Aku memberi pahala dan menyiksa.” Aku bertanya lagi. sama ada dalam urusan akidah serta ibadat. kerana segala keperluan telah dipenuhi. Dengan mu Aku memberi dan mengambil.Apabila sampai kepada hakikat barulah akal itu tenteram dan mencapai puncaknya. D. Dalam hadis lain nabi bersabda tentang keistimewaan akal. “Wahai Aisyah. akal pun pergi. manusia bebas memilih jalan mereka. Kemudian Allah berfirman kepada akal : Demi kebesaran-Ku dan kemuliaan-Ku.

Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam). Dalam hal lain. Untuk itu. prinsip Islam tidak menggalakkan umatnya mengikut apa sahaja atau menerima apa sahaja tanpa meneliti atau tanpa kajian. jelaslah Islam adalah berbeza daripada setengah ajaran dan fahaman lain. kecuali mereka yang tidak mampu menggunakan akal untuk mencari bukti atau lemah. Kebebasan dan fitrah akal yang suci itu kadang-kala terbatas dan perlu kepada bimbingan dan panduan. kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)… (Surah al-Baqarah 2:256) Justeru itu ia menunjukkan betapa penting dan istimewanya akal manusia itu dan merupakan salah satu unsur utama yang dapat membantu manusia mencari kebenaran atau dengan akal manusia menjadikan jambatan mencari kebenaran. khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan akidah. Hal itu Islam tidak memaksa dalam beragama. Apabila seseorang itu mengikuti kaedah Mantik. .beriman. kerana jalan yang benar dan salah telah jelas. ilmu Mantik merupakan satu ilmu yang sangat sesuai serta penting kepada setiap individu di samping pengetahuan ilmu lain dan ilmu agama. Dari sini. Ini kerana ilmu Mantik merupakan suatu peraturan dan kaedah untuk mengawal dan memandu pemikiran manusia. Untuk itu fitrah akal yang bersih dan bebas itu hendaklah diarahkan dengan baik untuk mencari kebenaran. Islam tidak menyukai amalan taklid atau ikut-ikutan. yang mana mereka tidak menggalakkan kebebasan berfikir. ia dapat membantu mereka daripada melakukan kesalahan dan tersalah ketika berfikir. Hal itu disebabkan manusia itu adalah lemah.

Pendapat Imam al-Ghazali. Di sini dibentangkan beberapa pendapat ilmuan Islam mengenai hakikat akal. Hakikat akal menurut pengertian ini dapat dijelaskan melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi. oleh kerana manusia itu di dalam berfikir kadang kala sampai kepada matlamat serta keputusan yang tepat dan kadang-kadang pula menyimpang. iaitu: a. Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Melalui anugerah akal. Maksudnya : Tidak ada satu ciptaan Allah yang lebih mulia di sisi-Nya selain akal. Pendapat Imam al-Ghazali Menurut pendapat imam al-Ghazali. hakikat akal itu dapat diberikan kepada empat pengertian dan bahagian. Khaldun di dalam kitabnya al-Mukaddimah ( ) mengatakan. iaitu: 1. E HAKIKAT AKAL DAN BAHAGIANNYA Ulamak dan ilmuan tidak sependapat dalam menjelaskan hakikat akal. Akal dalam bentuk ini merupakan asas utama dan pokok kepada fikiran manusia. Akal ialah segala ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mungkin dan kemustahilan terhadap perkara yang berbentuk mustahil. mereka mestilah mempelajari ilmu Mantik.Ibn. manusia mampu dan dapat menerima segala ilmu yang berbentuk teori atau nazariyah ( ) serta mampu untuk menyusun idea-idea. b. iaitu suatu ilmu yang dapat membezakan mana yang betul dan salah. 2. Oleh itu. Contohnya : Akal tidak boleh menerima sesuatu yang . untuk mengawal fikiran dan menyampaikannya kepada keputusan yang betul. Pendapat al-Harith Ibn Asad al-Muhasibi.

Akal pengertian yang keempat ini merupakan hasil perkembangan akal peringkat terakhir dan mencapai matlamat. Akal ialah sesuatu yang mempunyai kekuatan atau sesuatu kekuatan yang diperolehi atau dicapai ekoran perkembangan daripada kemuncak naluri tersebut. akal dapat mencegah atau membendung serta mengawal segala keinginan nafsu terhadap segala nikmat sementara dan nikmat yang cepat hilang. Akal dalam bentuk dan pengertian yang ketiga ini merupakan pecahan kepada pengertian akal dalam pengertian pertama dan kedua diatas. akal mampu dan dapat mengenal serta mengesan akibat-akibat daripada segala perbuatan atau mengenal segala perkara. seperti. bukan berdasarkan nafsu. Berdiri dan duduk dalam satu waktu. Hal tersebut berdasarkan kebiasaan orang yang berpengalaman atau mempunyai pengalaman itu adalah terdiri daripada mereka yang berakal. Lantaran itu apabila kekuatan untuk mengawal dan membendung nafsu tersebut tercapai. tanpa ilmu dan pengetahuan seseorang tidak dapat mencapai pengalaman. Akal ialah segala ilmuan dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalui pengalaman-pengalaman yang lalu dan apa yang dialaminya.berlawanan itu berlaku serentak. Akal dalam bentuk ini merupakan pecahan dan cabang yang terdekat kepada akal mengikut pengertian yang pertama di atas. Dalam keadaan lain pula. Penjelasan akal mengikut pengertian keempat ini sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Abu-al-Darda’: . orang tidak mempunyai pengalaman itu dikira orang yang jahil dan bodoh. Sebaliknya. d. maka seseorang itu dikira orang yang berakal. Hal itu kerana dengan kekuatan dan bekalan ilmu dan pengetahuan menyebabkan seseorang itu memperolehi pengalaman. c. Lantaran itu. Kerana segala yang difikirkan oleh akalnya dengan meneliti sebab dan akibatnya.

nescaya di dunia engkau bertambah darjat ketinggian dan kemuliaan dan di akhirat engkau mencapai darjat kehampiran dan kemuliaan daripada tuhanmu. Lalu Abu Darda’ bertanya. “Jauhilah larangan Allah dan tunaikanlah kewajipan-kewajipan yang difardhukan oleh Allah. bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?” Nabi menjawab. “Demi bapa dan ibuku. dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh. tabiat dan hakikat semulajadi yang ada pada manusia. kelemahan akal manusia daripada mencapai hakikat tentang Allah bukanlah merupakan sesuatu kecacatan. bertambah hampirmu kepada Allah. Namun kelemahan akal itu untuk menunjukkan ia ada batasnya dan sebagai pembatasan terhadap tugasnya. b. akal boleh diibarat dan diumpamakan cahaya atau nur yang dicampakkan dalam hati manusia. Menurut al-Harith Ibn Asad al-Muhasibi. Pendapat al-Harith Ibn Asad al-Muhasibi Hakikat akal menurut pendapat al-Harith Ibn Asad al-Muhasibi ialah: a. dengan nur itu mereka mendapat sesuatu atau juga untuk mendapat petunjuk. lagi pun sifat-sifat Allah ada ditetapkan dalam al-Quran.Terjemahan : Tambahkan akalmu. nescaya engkau menjadi orang yang berakal. nescaya. Manakala akal menurut pengertian yang ketiga dan keempat merupakan hasil perjuangan dan usaha manusia. Akal ialah suatu naluri. Walau bagaimana pun kelemahan akal itu tidak menghalang manusia untuk menggunakan metod akal bagi menetapkan sifat-sifat dan mendekatkan diri kepada Allah dengan memikirkan penciptaan makhluk-Nya. akal menurut pengertian yang pertama dan kedua merupakan tabiat dan bentuk yang semula jadi. Menurut pendapat beliau lagi.” Sebagai kesimpulannya. Apa . Melalui hakikat dan naluri tersebutlah manusia itu mampu dan bersedia untuk memahami dan menerima segala ilmu pengetahuan yang diajar. Cuma sifat Allah tidak sama dengan sifat manusia.

Oleh itu. Peranan akal menurut pemikir Islam Peranan Akal Menurut al-Quran dan al-Sunnah Antara peranan akal menurut al-Quran dan al-Sunnah ialah sebagaimana berikut: . Peranan akal menurut al-Quran dan al-Sunnah 2. Dalam keadaan lain juga.yang tidak boleh difikirkan oleh akal ialah untuk memikirkan tentang zat Allah. yang merangkumi tentang alam ghaib yang mana ia merupakan perkara yang berada di luar kemampuan akal. Iaitu wahyu. PERANAN AKAL Tentang peranan akal ialah dengan meneliti dari sudut sumber kemanusiaan. untuk itulah ia perlu patuh dan tunduk kepada panduan wahyu ilahi. akal tidak bersifat suci selama-lamanya. peranan akal itu ditinjau dari sudut sumber ketuhanan. Iaitu dari sudut akal itu sendiri yang meliputi alam benda dan segala sifat lahir. peranan akal sebagaimana berikut: 1. F. Antara lain juga. (jika kamu fikirkan zat Allah) kamu akan binasa. sumber dan peranan akal manusia merupakan sesuatu yang bersifat terhad dan terbatas. janganlah kamu berfikir tentang zat Allah. sebagaimana hadis Terjemahan : Berfikirlah kamu tentang makhluk atau penciptaan Allah. Sebagai rumusannya.

(Surah ali ‘Imran 3 : 190) Untuk itu. Antaranya sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi. Sebagaimana firman Allah Terjemahan : …. al-Quran membuka ruang yang selebar mungkin kepada manusia supaya menggunakan akal mereka untuk mencari ilmu. Justeru itu. dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat…. Akal merupakan salah satu syarat manusia ditaklifkan dan akal yang tidak diarahkan dengan betul menurut syarak atau akal yang lalai daripada menunaikan tanggungjawab Allah menyebabkan seseorang itu dikenakan azab. kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. (Surah al-Mujadalah 58:11) c. akal menyebabkan seseorang itu berilmu dan mengangkat seseorang supaya mendapat kedudukan yang mulia. b. Justeru itu akal yang dikurniakan kepada manusia itu hendaklah digunakan semaksima mungkin dan mengambil kesempatan yang sebanyak mungkin untuk memperolehi ilmu pengetahuan setinggi mungkin. Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat . Peranan akal yang lain ialah untuk mempelajari wahyu Allah dan untuk memahaminya. Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu. baik Ilmu yang berkaitan dengan keduniaan dan ilmu yang berkaitan dengan akhirat atau keagamaan.a. ada tanda-tanda (kekuasaan. Akal berperanan untuk mengkaji dan mendalami serta mempelajari ilmu. dan (pada) pertukaran malam dan siang.

Al-Ghazali . janganlah kami berfikir tentang zat Allah. (Surah al-Araf 7 : 179) Untuk membuktikan dan hujah akal menjadi syarat taklif juga sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi : d. Akal merupakan sumber dan memain peranan utama untuk mengenal Allah. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Oleh itu. Akal membawa peranan yang positif serta dengannya seseorang dapat menilai antara kebaikan dengan keburukan. dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti-bukti keEsaan Allah). (Surah al-Nahl 16:43) Peranan Akal Menurut Pemikir Islam a. bahkan mereka lebih sesat lagi. e. kerana sesungguhnya kamu tidak akan mampu memenuhi kadarnya. Sebagaimana hadis: Terjemahan : Berfikirlah kamu tentang makhluk atau penciptaan Allah. Ibn Sina b.Allah). mereka itulah orang-orang yang lali. dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Seandainya seseorang itu tidak mengetahuinya ia hendaklah mengarahkan akalnya supaya berusaha dan bertanya kepada orang yang berpengetahuan. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. sama ada melalui sifat-Nya atau bukti kekuasaannya-Nya. mereka itu seperti binatang ternak.

ia tetap terbatas dan terhad ruang lingkup kemampuannya. Ibn Sina dan al-Ghazali berpendapat di mana akal itu berperanan untuk menaikkan taraf manusia ke darjat atau kedudukan yang lebih baik dan terpuji. bukan bertambah angkuh dan megah. Hakikat mengenai kekurangan dan kelemahan ini perlu diinsafi agar apabila seseorang itu makin tinggi dan makin berilmu. 2. Kemampuan Akal Menurut al-Quran Akal walaupun setinggi mana dan sepintar mana. KEMAMPUAN AKAL Untuk menjelaskan tentang kemampuan akal. Dalam konteks lain. seterusnya melahirkan idea atau pun dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. akal memain peranan penting untuk mencari atau menuntut ilmu pengetahuan. G.Menurut pendapat Ibn Sina dan Imam al-Ghazali. Kemampuan akal menurut pemikir Islam. Mengetahui kedudukan yang lemah dan terbatas itu juga dapat menarik kesedaran manusia dimana tidak semua perkara yang wujud dapat ditangkap atau difikirkan oleh akal. Kemampuan akal menurut al-Quran. ia dapat ditinjau dari dua sudut. . Selain dari itu. Justeru itulah akal berperanan sebagai sumber ilmu. Ekoran daripada itulah. iaitu: 1. dengan peranan dan kemampuan yang ada pada akal membolehkan manusia mampu untuk mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini. Hal tersebut bertepatan dengan hakikat dan realiti yang mana sememangnya orang yang berakal atau berilmu itu mendapat kedudukan yang tinggi serta dihormati oleh masyarakat. akal itu berperanan dan memain peranan utama untuk memikirkan dan mengkaji. ia semakin tawadduk dan bertaqwa.

“Ruh itu dari perkara urusan Tuhanku.Apa yang ketaranya. mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya. seseorang yang dianugerahkan akal mampu untuk meneliti. namun ruangan dan taakul akal itu tetap lemah dan terhad. berkumpulan atau bergabung tenaga. memerhati dan mengkaji . ia hanya dapat diketahui melalui wahyu atau perantara para rasul. Walau sepintar mana dan secerdik mana.” (Surah al-Isra’ 17 : 88) Biarpun akal manusia itu terbatas dan terhad. itupun dengan izin Allah. walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri. mengkaji dan mahami perkara yang berkaitan dengan alam nyata sahaja.” (Surah al-Isra’ 17 : 85) Dalam konteks lain. akal manusia itu amat terbatas dan mereka dapat mengkaji atau berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang terdaya dan termampu oleh akal mereka sahaja. Antara bukti yang menunjukkan bahawa akal manusia terbatas sebagaimana firman Allah yang berkaitan dengan roh: Terjemahan : Dan mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang Ruh. Adapun perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. samada mereka berseorangan. namun dengan keterbatasan itu. sebagaimana firman-Nya : Terjemahan : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun untuk tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini. akal hanya mampu untuk meneliti. dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. Katakanlah. akal tidak dapat sampai. Sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran yang menempelak dan mencabar pujangga dan penyair atau cendekiawan Arab yang tidak mengakui kebenaran al-Quran daripada Allah.

Justeru itu.am 6:103) . Hakikat ini terbukti menerusi firman Allah mengenai zat-Nya: Terjemahan : Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata. akal hanya mampu mengkaji dan memahami alam nyata yang boleh diteliti atau boleh ditaakul sahaja. Dalam keadaan lain akal hanya dapat menaakul apa yang didapat ditanggapi oleh pancaindera sahaja. Dalam hal inilah al-Quran juga banyak menyarankan kepada manusia supaya menggunakan akal mereka untuk meneliti dan mengkaji perkara yang berkaitan dengan alam fizikal dan lahirlah demi kehidupan yang lebih sempurna Contohnya sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Maka mengapa orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara dimuka bumi. khasnya Imam al-Ghazali dan Ibn Sina.perkara yang dapat ditaakul oleh akal mereka berserta gabungan pancaindera yang dikurniakan. sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata). supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-An. Dan Dialah yang Amat halus (melayan hamba-Nya dengan belas kasihan). Oleh itu. lagi Amat mendalam pengetahuanNya. mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Surah Yusuf 12 : 109) Kemampuan Akal Menurut Pemikir Islam Menurut pendapat ahli fikir Islam. ruang akal amat terbatas dan ia tidak dapat menyelami hakikat yang tidak dapat ditanggapinya.

Bertaqlid tanpa menggunakan akal adalah satu kebodohan manakala menggunakan akal sahaja tanpa wahyu Ila’hi dan sunnah nabi adalah satu penipuan. Justeru itu akal mesti digabungkan dengan naqal. Di mana ilmu merupakan asas yang penting kepada seseorang dalam menjalani kehidupan atau untuk melaksanakan apa yang diperintah. PENDAHULUAN Dalam al-Quran disebut banyak kali dan dalam banyak tempat tentang ilmu. hanyalah orang-orang yang berilmu … (Surah Fathir 35:28) . kerana ilmu-ilmu aqli seumpama makanan dan ilmu naqli umpama ubat. khasnya untuk membina akal dan individu kearah yang baik. Antara lain. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya. Adalah tidak mungkin seseorang yang tidak berilmu dapat melaksanakan apa yang diperintahkan dengan sempurna. baik ilmu yang merupakan ilmu fardhu ain. akal memerlukan dalil naqli manakala dalil naqli memerlukan dalil aqli. mahupun ilmu berbentuk fardhu kifayah.Sebagai rumusan. Hal tersebut menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu kepada manusia. Islam amat menuntut umatnya mencari dan mempelajari ilmu. orang yang berilmu sajalah dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bertaqwa dengan hakikat sebenarnya. sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din. sempurna dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. KONSEP ILMU A.

Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Oleh itu. Orang yang berilmu diangkat ke darjat yang tinggi dan mulia. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui (Surah al-Nahl 16:43) B. Islam menyanjung tinggi orang yang alim dan berilmu. dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat…. Pengertian Bahasa Ilmu menurut pengertian bahasa membawa erti berikut: . Pengertian Istilah. Hal itu supaya mereka mendapat panduan dan dapat beramal dengan baik serta betul mengikut kehendak syarak. 2.Dalam konteks lain juga. Pengertian Bahasa. Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu. Dari sini ia dapat diberikan dengan dua pengertian: 1.. (Surah al-Mujadalah 58:11) Manakala orang yang jahil pula disuruh belajar dan bertanya kepada orang yang alim dan berilmu. PENGERTIAN ILMU Perkataan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dapat diberikan dengan berbagai maksud dan makna.

Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Maka ketahuilah! Bahawa al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah…… (Surah Hud 11:14) Pengertian Istilah Pengertian ilmu menurut istilah ialah mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pembelajaran. C. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku). MAKRIFAH DAN HAKIKAT Berdasarkan apa yang telah dijelaskan.a. Penjelasan mengenai perkara ini secara ringkasnya dapat dijelaskan sebagaimana berikut: . al-Izn ( ÇáÃÐä ) iaitu kebenaran dan keizinan. al-‘Ilm bi al-Syai’ ( ÇáÚáã ÈÔíÁ ) iaitu mengetahui tentang sesuatu. al-Ru’yah ( ÇáÑÃíÉ ) iaitu lihat dan perhati. Contohnya sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orangorang yang berjuang dari kalangan kamu…… (Surah Muhammad 47:31) b. PERBEZAAN ILMU. yang nyata dan yang tersembunyi. diantara ilmu dengan makrifah serta hakikat. (Surah al-‘Ala 87:7) c. ada perbezaannya.

2.1. Hakikat merupakan kedudukannya yang paling tinggi serta jalan untuk menjamin ke puncak kejayaan. syak. Konteks lain. Ilmu Fardhu Kifayah. Dengan hakikatlah dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. seperti : Alam metafizik atau alam ghaib tidak dapat dijangkau tentang hakikat sebenarnya 3. wahyu dan makrifah. makrifah aqli juga masih tidak terlepas daripada keraguan. matahari adalah kecil tetapi hakikatnya ia adalah besar. ilmu. ilmu juga berbentuk umum yang meliputi perkara yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan dan akhirat. Makrifah ialah keadaan atau sifat seseorang yang mengenal sesuatu dari sudut zat. Ilmu juga merupakan pengetahuan yang meliputi perkara yang berasaskan keraguan. Menurut pendapat imam al-Ghazali. PEMBAHAGIAN/ KLASIFIKASI ILMU Dalam konteks lain. 2. Antara lain. Ilmu merupakan suatu pengetahuan yang meliputi pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang sama ada melalui belajar atau pengalaman. Hakikat boleh dicapai melalui gabungan antara akal. Ilmu Fardhu Ain. hakikat merupakan makrifah yang yakin serta mutlak. contohnya. D. kebenaran juga kebatilan. makrifah melalui hissi atau pancaindera seperti : Pada penglihatan mata. makrifah masih belum pasti sepenuhnya dan belum mencapai tahap keyakinan yang mutlak. ilmu itu pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. sifat dan kadarnya hingga akhirnya seseorang itu dapat mengetahui atau dapat membongkar tentang rahsia sesuatu. Contoh lain. Hal tersebut kerana ilmu dan makrifah adalah nur untuk mencapai hakikat. Ilmu berasaskan makrifah juga masih boleh diragui. . Justeru itu ilmu adalah meliputi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Contohnya : Ilmu kedoktoran. Allah sebagai pemberi sumber ilmu yang terbesar dan Allah yang utama memberi ilmu kepada manusia. ilmu yang berkaitan dengan fardhu Ain ini wajib mempelajarinya dan wajib melaksanakannya.Ilmu Fardhu Ain Ilmu fardhu Ain ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mempelajari dan mendalaminya. E. dan kiranya tiada seorang pun yang mempelajarinya. maka semua ahli masyarakat berdosa. Sumber Ilmu Menurut al-Quran Dan Hadis Sumber ilmu sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan hadis ialah: a. Sumber ilmu menurut al-Quran dan hadi 2. SUMBER-SUMBER ILMU Sebenarnya sumber ilmu itu banyak pecahan dan bahagiannya. antaranya ialah: 1. maka orang Islam yang lain berdosa daripada tanggungjawab. Ilmu Fardhu Kifayah Ilmu fardhu kifayah ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu sahaja untuk mewakili orang Islam yang lain untuk mewakili masyarakat. ia juga dibahagikan kepada pandangan tertentu. Contohnya : Mempelajari al-Quran. Sekiranya individu itu tidak mempelajarinya maka ia dikira belum melaksanakan tanggungjawabnya dan berdosa. Dalam keadaan lain. sama ada melalui wahyu yang mana ia hanya khusus untuk para . sembahyang dan ibadat lain. Sumber ilmu menurut ahli Falsafah. Ilmu tersebut kiranya sudah ada segolongan yang mempelajarinya. sains dan mempelajari ilmu tafsir dengan mendalam.

Ilmu juga dapat diperolehi dengan mempelajari atau belajar. Sumber ilmu itu kadang-kala dapat dicapai dengan bersumberkan pancaindera dan tanggapan pancaindera manusia. Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Dan kami telah mengajarnya sejenis ilmu (Ilmu Laduni). bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghaziyah 88:17) d. penglihatan dan pemerhatian mata dan juga melalui hati. Sebagaimana saranan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn. seperti : Pendengaran telinga. Sebagaimana firman Allah : Terjemahan : (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat). tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta. Setengah orang yang terpilih atau dipilih oleh Allah mendapat Ilmu Laduni. pemerhatian dan berjalan serta mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu yang telah berlaku. Nabi Khaidir a. (Surah al-Kahfi 18:65) b. ialah melalui mimpi dan ilham. Antara lain juga ilmu yang dikurniakan oleh Allah. seperti dapat mengetahui tentang firasat atau perkara yang akan berlaku masa akan datang dengan izin Allah. Ilmu dan sumber ilmu itu diperolehi melalui penelitian. Majah: Terjemahan : Menurut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam lelaki dan wanita. iaitu salah satu daripada bentuk ilmu yang dikurniakan oleh Allah dengan cara ilham dan tanpa belajar.s. dari sisi Kami. membaca.nabi dan rasul. c. iaitu kesedaran. keinsafan dan keyakinan. mendengar atau mengkaji. baik secara langsung atau tidak langsung. Contohnya. Sebagai mana firman Allah: .

Ilmu dapat diperolehi melalui deria serta pancaindera contohnya : Deria rasa. deria pendengaran dan juga penglihatan mata. sumber ilmu boleh dicapai melalui beberapa proses. deria sentuh. c. seminar. supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka? (Surah Yusuf 12:109) e. khasnya menurut pendapat Imam al-Ghazali. (Surah al-Nahl 16:43) Sumber Ilmu Menurut Pemikir Islam Sumber ilmu menurut pemikir Islam. antaranya ialah: a. Sumber ilmu juga dapat dicapai menerusi institusi.Terjemahan : Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi. Menurut Imam al-Ghazali juga sumber ilmu juga dapat dicapai dan diperolehi melalui akal. berfikir dan memahami sesuatu hingga menghasilkan pengetahuan. forum dan seumpamanya. b. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. sama ada berbentuk pengalaman atau ilmu itu sendiri. seperti secara rasmi sekarang melalui persekolahan. seperti pembelajaran di kampung melalui masjid. kuliah. dimana akal itu hendaklah diarah kepada pemikiran atau fitrah akal yang positif hendaklah digunakan untuk mengkaji. Sebagaimana firman Allah: Terjemahan : Oleh itu. Selain itu ilmu dapat diperolehi juga melalui institusi tidak rasmi. . pembentangan kertas kerja. Sumber ilmu itu kadang kala juga diperolehi melalui pertanyaan kepada orang yang lebih mengetahui.

g. apatah lagi manusia yang waras dan berakal itu. e. sudah tentu boleh mencapai dan mendapat ilmu dengan mempelajarinya dan belajar. Sumber ilmu juga boleh diperolehi melalui ilham. Imam al-Ghazali menambah lagi. binatang yang tidak berakal boleh dibentuk dan dididik. Menurut imam al-Ghazali juga. ia hanya khusus untuk para nabi dan rasul sahaja. ilmu itu bukan sekadar berbentuk pengetahuan. Justeru itu ilmu dapat diperolehi melalui pengalaman dan amalan serta contoh tauladan. f. tetapi ia hendaklah dilaksanakan atau dipraktikan atau diamalkan. .d. Sumber ilmu boleh didapati dengan belajar dan membuat kajian. Ilmu dan sumber ilmu boleh dicapai melalui wahyu.