P. 1
KAE 3013 A-35 D045747 LOGES SOCKALINGAM

KAE 3013 A-35 D045747 LOGES SOCKALINGAM

|Views: 2,452|Likes:
Published by Loges Sockalingam

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Loges Sockalingam on May 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/12/2014

pdf

text

original

PEMARKAHAN 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

KAE3013 KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN TUGASAN INDIVIDU 1 Huraikan Secara Terperinci Bagaimana Bidang Seni Kreatif Muzik Ini Dapat Menyumbang Kepada Perkembangan Dan Pembelajaran Kanak-Kanak Serta Meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya Di Malaysia.

KUMPULAN

UPSI – A35 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

LOGES A/P SOCKALINGAM

D20102045747

016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 4 MEI 2012

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

ISI KANDUNGAN
Halaman

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Pendahuluan Muzik Definisi Muzik Muzik Bagi Perkembangan Dan Pembelajaran Kanak-Kanak Muzik dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

3 5 5 6

15 21 22 23

6.0

Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN

22

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

TUGASAN 1 Pilih satu bidang seni kreatif berikut:      Seni lukis Kraftangan Drama Muzik Tarian

Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

1.0 PENDAHULUAN

Sebelum saya meneruskan dengan yang lebih terperinci tentang muzik, marilah kita samasama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik. “ Sejarah muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

3
3

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi.

Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.

Selain itu, kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, melukis dan sebagainya. Melalui aktiviti seni seperti inilah, daya estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru dengan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

4

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

2.0 MUZIK Apabila disebut tentang muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya atau nyanyian lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik juga boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. ( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 )

3.0

DEFINISI MUZIK satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau

instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

5555

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca orang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

4.0 MUZIK BAGI PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malahan bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan emosi mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Muzik merupakan satu elemen seni yang sangat penting dalam memastikan perkembangan minda dan pembelajaran murid ditahap yang optimum. Dengan ini, akan menjadikan pengurusan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor amat

666

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

memberansangkan. Dengan adanya seni muzik ini,potensi muzik yg terpendam di kalangan murid dapat dicungkil dan dipelihara dgn baik semasa mereka masih bersekolah lagi.

Selain itu, aktiviti yg membolehkan kita menyalurkan sumber tenaga kreatif yg semulajadi. Dengan itu, ianya akan memberikan peluang kepada setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat.Muzik yang dilakukan ini merupakan satu dimensi tambahan yg memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan secara individu kerana kejayaan dapat membentuk sikap positif tentang keyakinan diri setiap murid. Faedah yang penting kepada kanak-kanak sekiranya ianya digunakan dengan betul.

Kajian mendalam terhadap perhubungan muzik dengan perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa muzik dapat memainkan peranan penting dalam memperkembangkan kemahiran kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak . Kerajinan yang diperlukan dalam pembelajaran kemahiran bermain sesuatu alat muzik dapat membina disiplin. Kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. Keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanakkanak itu berjaya bermain sebuah lagu. Daya kreatif dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. . Muzik telah lama dimasukkan dalam kurikulum peringkat sekolah rendah dan menengah di negara Barat, dan baru-baru ini ianya mula diperkenalkan di sekolah di Malaysia . Ini menandakan bahawa muzik diiktiraf sebagai suatu mata pelajaran yang patut dipelajari sebab ianya dapat membawa faedah.

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga. Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu
77

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik. Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran. Dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik. Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej beserta aksi atau pergerakan kreatif yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukkan sahsiah generasi kita sejak turun temurun.
8

8

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

Lagu-lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral yang tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu-lagu ini. Malangnya lagu-lagu ini seakan semakin dipinggirkan.

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia merupakan asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan dan alam sekeliling melalui seni, musik, pergerakan dan kreavitiviti. Dari sini keyakinan diri mereka akan terbentuk dan mereka akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.

Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan lagu yang selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan. Zikir-zikir dan lagu-lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri ini. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita.

Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang di beri kepada anak. Setiap arahan haruslah tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai .

Sebagai contoh permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan “melompat”. Aksi melompat dengan tinggi dan rendah menggalakkan perkembangan fizikal. Ia juga bagus untuk perkembangan kognitif anak dengan memahami konsep tinggi dan rendah.

Perkembangan kognitif atau akal kanak-kanak boleh digalakkan melalui permainan berlagu terutama lagu yang menggunakan kompetensi gerak tangan. Antara lagu yang sesuai ialah lagu Air Pasang Pagi yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk pembangunan otak kanan dan otak kiri secara seimbang. Aksi lagu ini juga dimainkan dua orang secara berkumpulan. Ia bagus untuk berkembangan emosi dan sosial anak.

9 9

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan metametik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar contohnya mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.

Aktiviti nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa ia akan tumbuh menjadi anak yang cergas.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “ Keaktifan anak di masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.”

( Hadis Riwayat Tarmidzi)

Sebagai ibu bapa dan guru, kita juga mestilah memahami bahawa fitrah kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mestilah dikikis dan diganti dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.

Setiap aksi mestilah dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Aktiviti begini merupakan salah satu aktiviti masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka rasa gembira, dihargai dan disayangi.Tidak kurang pentingnya adalah nyanyian dan pergerakan akan mempengaruhi emosi anak. Anak-anak yang selalu dinyanyikan akan selalu tenang dan kurang meragam.

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca. Misalnya,
1010

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Seni Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanakdileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawakanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

11
11

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan

pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

Lagu yang mengandungi intipati yang bermakna berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang memberikan kepada pertumbuhan minda yang menyeluruh dan pembentukan akhlak generasi kita sejak dahulu lagi. Lagu juga perlu banyak membawa intipati yang positif dalam diri anak iaitu mesej yang baik iatu amal makruf dan nahi mungkar dalam proses pembentukan yang lebih baik. Nasihat dan teladan yang baik boleg dicontohi dalam menghasilkan lagu yang bermakna

Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan.

Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak
1212

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.

Muzik juga boleh dijadikan sebagai bentuk rawatan yang mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.

Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.

Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.

Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.

Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

Selain itu maklumat mengenai terapi muzik melalui satu artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak
1313

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan.

Muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar terapi muzik Walaubagaimana pun kami amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly.

Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”.

Di sini, muzik juga mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.

Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik
1414

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.

Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

5.0

MUZIK

DALAM

MENINGKATKAN

KESEDARAN

TERHADAP

KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA.

Muzik mempunyai kesan ke atas emosi, intelek dan rohani manusia. Ianya digunakan dalam pelbagai bidang di mana kawalan mana-mana aspek tersebut diperlukan. Muzik telah memainkan peranan penting dalam pembangunan gerakan Nasionalisme di benua Eropah pada pertengahan abad ke-19. Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang tersendiri kepada muzik kaum yang lain dan pembentukan budaya di Malaysia. Muzik boleh digunakan dalam setiap aspek hidup kita untuk membangunkan semangat serta membina bangsa Malaysia.

Sejak daripada dahulu lagi, Kepulauan Melayu dan wilayah Nusantara meliputi Negara Malaysia, Indonesia, sebahagian negara Thai, Kampuchea dan Filipina telah menerima pengaruh unsur-unsur muzik dari India, China, Timur Tengah dan Eropah. Pengaruh- pengaruh ini datang hasil daripada pelbagai proses pertembungan dan
1515

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

penyebaran budaya melalui penjajahan, penaklukan, perdagangan, dan sebagainya Selain itu, pertembungan dan perkembangan kebudayaan juga berlaku di antara wilayah serantau melahirkan ciri-ciri asli tempatan yang unik dan tersendiri. Proses yang berlaku selama beratus-ratus tahun ini telah membawa kepada kewujudan pelbagai bentuk kebudayaan dan kesenian di rantau ini dan tidak terkecuali juga seni muzik tempatan (Mohammad Ghouse Nasuruddin). Bentuk muzik di Malaysia yang terhasil pada masa kini adalah cerminan ciri-ciri asli serta juga pengaruh luar yang telah menyerap ke dalam masyarakat dan boleh diklasifikasikan kepada jenis-jenis tertentu bergantung kepada keadaan sosial, ekonomi, politik dan jenis budaya di mana seni muzik diperkembangkan. (Patricia Martusky & Tan Sooi Beng, 1997:1-4) Pengistilahan „budaya rakyat‟ dan „budaya istana‟ yang juga merujuk kepada „tradisi rakyat‟ dan „tradisi istana‟ telah digunakan oleh ahli antropologi untuk menonjolkan ciri-ciri sesuatu peradaban termasuklah seni muzik. Kedua-dua tradisi ini saling bergantung dan sentiasa mempengaruhi di antara satu sama lain. Tradisi kecil diperturunkan secara lisan di kampung-kampung dan kawasan desa secara bersahaja. Tradisi kecil yang

dihubungkaitkan dengan budaya rakyat didukung oleh masyarakat yang biasanya tinggal di kawasan desa. Komunikasi secara lisan di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan ataupun sistem bertulis boleh diwujudkan. Oleh sebab itu, kesedaran sejarah kurang jelas asal usul tradisinya diperturunkan secara lisan sahaja. Perhubungan dan perlakuan anggota- anggota budaya rakyat dikawal oleh undang-undang yang

dipersetujui bersama sesame mereka. Tambahan pula, masyarakat dalam tradisi kecil mengalami perubahan yang perlahan-lahan sahaja dalam masa yang panjang. Bekerjasama, berusaha dan bertindak secara komunal merupakan satu lagi ciri yang khas dalam tradisi kecil dan budaya rakyat.

Muzik popular masa kini mempunyai pengaruh yang luas, khususnya di kalangan belia. Pengaruh ini harus dikenali, diiktiraf serta difahami sekiranya sesuatu identiti muzik kebangsaan ingin diwujudkan. Ini disebabkan pengaruh muzik pop memang akan wujud akibat peranan media massa. Jika daya tarikan muzik ini dapat difahami barulah kesan insan buruk kebudayaan popular dapat diatasi dan digantikan dengan kesan insan yang murni.

Para artis dunia muzik pop diminati ramai oleh sebab kebolehan mereka untuk berkomunikasi dengan para pendengar mereka. Artis popular selalunya menyanyi tentang
1616

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

isu-isu yang mustahak kepada kalangan belia seperti perhubungan lelaki-wanita, perhubungan ibubapa dengan anak, dan sebagainya. Rentak dan irama lagu yang moden dapat menawan hati remaja yang gemarkan perasaan yang dialami ketika mendengar atau bermain muzik begitu.

Dalam membentukkan identiti muzik kebangsaan dan kebudayaan, pelbagai elemen positif dalam muzik kegemaran ramai perlu diambil kira supaya muzik bercorak nasionalis tidak dipersepsikan sebagai “membosankan” atau tiada kena-mengena dengan hidup seharian. Elemen-elemen buruk pula harus diketepikan dan digantikan dengan elemen-elemen muzik tradisional yang terdapat di negara ini supaya suatu jenis muzik yang betul-betul melambangkan identiti rakyat Malaysia secara keseluruhannya dapat diwujudkan dan meningkatkan kesedaran budaya di Malaysia.

Berlainan dengan tradisi kecil, tradisi besar merujuk kepada tradisi yang berkembang melalui penulisan yang diajar secara sedar dan sistematis di sekolah-sekolah, masjid atau rumah berhala, dan istana. Tradisi besar biasanya terdapat di kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Komunikasi secara bertulis dan juga kegunaan teknologi semasa di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan. Oleh itu kesedaran teori dan sejarah diketahui dengan jelas. Tradisi ini menonjolkan ciri-ciri kehalusan dan profesional dalam masyarakat bandar atau istana yang mengutamakan kepentingan

institusi sosial dan kerajaan. Masyarakat bandar ini boleh mengalami perubahan secara pantas yang mementingkan daya cipta individu. Budaya rakyat juga telah lama berhubung dengan budaya istana yang menjadi pusat-pusat pemikiran dan perkembangan institusi sosial, ekonomi dan masyarakat sejak beratus-ratus tahun. Dalam konteks budaya rakyat dan budaya istana ini, seni muzik di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dalam mempengaruhi kebudayaan di Malaysia iaitu i) muzik klasik, ii) muzik rakyat, iii) muzik sinkretik, iv) muzik seni kontemporari, dan v) muzik popular.

Antara muzik-muzik yang mampu dalam mempengaruhi kebudayaan masyarakt dahulu terutamanya ialah Muzik Klasik. Muzik klasik di Malaysia biasanya melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana institusi Raja Melayu. Dalam muzik klasik, asas sejarah dan teori muzik agak kukuh dan biasanya dipelajari. Sekumpulan lagu-lagu tertentu dikenali sebagai repertior dalam bentuk (genre) muzik yang tertentu.

Pemain-pemain dilatih mengikut cara yang tersusun, dan proses latihan yang teratur
1717

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

dinaungi oleh golongan istana atau agensi-agensi kerajaan. Idea terhadap profesionalisme diketahui antara pemain-pemain itu. Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja daripada komuniti tertentu. Satu fenomena yang menarik juga ialah muzik rakyat merupakan kategori muzik yang memberi inspirasi dan kerap kali menjadi dasar kepada muzik klasik itu yang diperkembangkan dalam keadaan bandar mahupun dalam istana.

Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang tersendiri kepada muzik kaum yang lain. Dalam proses membina Bangsa Malaysia, sifat keunikan negara kita di mana pelbagai jenis kaum hidup aman sentosa harus dititikberatkan.

Mengikut perangkaan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi negara kita terdiri daripada kaum Melayu (54.5%), China (29%), India (8%), orang asli (8%, kebanyakannya kaum Iban dari Sarawak dan kaum Kadazan dari Sabah dengan kaum Orang Asli semenanjung hanya membentukkan 0.5% daripada jumlah populasi Malaysia) dan lainlain (0.5%, kebanyakannya Arab, Sinhalese, Eurasians dan Eropah). Untuk mendefinisikan sesuatu budaya Malaysia yang bersepadu bukannya mudah. Masyarakat majmuk Malaysia mengekalkan tradisi kebudayaan yang kepelbagaian yang walaupun saling berinteraksi masih mengekalkan tangen identiti masing-masing. Information Malaysia 1994

YearBook menghuraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi 5 jenis budaya berasingan - Islam, China, India, Barat dan Asli - dan menghujah bahawa wujudnya bersama 5 budaya ini melalui zaman membawa maksud mereka pasti telahpun menyerap ciri-ciri satu sama lain untuk membentukkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Tan mengenalpasti pengaruh opera China, lagu Hindustani dan vaudeville Barat dalam huraiannya tentang perkembangan bangsawan, atau teater popular Melayu, yang dilahirkan oleh bentuk teater Melayu tradisional. Orkestra Melayu yang mengiringi persembahan bangsawan dihuraikan sebegai kumpulan alat muzik yang berasal dari budaya India, Barat, Amerika Latin dan Melayu. Matusky menjelaskan bahawa dondang sayangdipercayai berasal dari kalangan bersama kaum Melayu dan kaum China Baba dan Nyonya di Melaka. Shafiee Ahmad and Sulaiman Zakaria memerhatikan bahawa kaum China Baba dan Nyonya selalunya menyanyi semata-matanya dalam Bahasa Melayu serta menggunakan gong dan gendang Melayu sebagai alat muzik utama mereka. Malm pula
181188

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

menyenaraikan dengan terperinci pengaruh muzik merentasi budaya yang wujud dalam pelbagai jenis muzik di di Malaysia: zapin yang masuk dari India dibawa pada kaum masuk zaman Thai oleh kaum

Arab, bangsawan yang China, manora dengan

bawa

medieval,opera and pengaruh

pengaruh

penganut

Buddha

Hindu, bersilat yang Malm menghuraikan sebagai tarian perang yang mempunyai kaitan dengan tarian perang dari Indonesia, gamelan yang dibawa masuk dari Jawa, nobat yang berasal dari lapangan diraja Islam di India, joget yang menggunakan alat muzik Barat, Arab dan Asli, serta hadrah yang berasal dari Timur Tengah.

Di kalangan artis popular pula, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (1929-1973) merupakan pejuang seni yang paling banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik di Malaysia dan pembentukan muzik Malaysia yang tersendiri.. Beliau berhasrat untuk membentukkan gaya muzik tanahair yang unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri yang menggabungkan elemen muzik dari pelbagai budaya yang wujud di Malaysia. Beliau mencipta lebih daripada 250 buah lagu yang kebanyakannya masih popular pada masa kini. Karya beliau menggabungkan elemen muzik Melayu tradisional, muzik Barat, muzik Hindustani dan muzik Timur Tengah. Terdapat ramai artis terkini yang juga berusaha untuk menggabungkan pelbagai elemen muzik tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia dalam lagu ciptaan dan persembahan mereka. Artis begini, seperti Zainal Abidin, M. Nasir, Sheila Majid, Jenny Chin, Mac Chew, Michael Veerapan dan Zahid Ahmad semuanya boleh dianggap sebagai memainkan peranan dalam pembentukan identiti budaya muzik Malaysia yang bersepadu. Walaupun demikian, harus dititikberatkan bahawa Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan secara formal.

Media masa boleh memainkan peranan yang penting dalam membentukkan identiti muzik Malaysia yang boleh digunakan dalam membina Bangsa Malaysia. Sebagaimana yang telah dilihat, muzik memang boleh digunakan untuk tujuan yang murni, dan ianya amat sesuai dalam membangunkan semangat nasionalisme serta membina identiti kebangsaan di kalangan rakyat sesuatu negara. Media masa seperti television, radio, dan muzik yang dimainkan di bas mini, kompleks beli-belah dan sebagainya semuanya mempunyai pengaruh yang mendalam dan berkesan ke atas masyarakat umum disebabkan sifat sentiasa adanya media ini di semua tempat. Sekadar muzik masih dimainkan melalui saluran tersebut, pengaruh muzik ke atas orang ramai tidak dapat dielakkan. Muzik yang melambangkan ciri1919

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

ciri yang menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang sihat harus dipromosikan melalui saluran tersebut.

Sistem pendidikan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dari media masa. Melalui sistem pendidikan, orang ramai boleh dididik untuk mengenal dan mengapresiasi muzik yang elok dan baik pengaruhnya. Muzik di sekolah dapat membentukkan generasi muda yang matang fikirannya. Pelajar harus diperkenalkan kepada segala jenis muzik dengan keyakinan bahawa pendedahan kepada muzik yang baik akan membentukkan kegemaran terhadap muzik yang baik dan pendedahan terhadap muzik yang kurang baik akan menimbulkan kesedaran pelajar terhadap elemen buruk yang wujud dalam muzik begitu.

Multimedia Information Superhighway atau Internet pula boleh juga memainkan peranan yang penting dalam membina Bangsa Malaysia. Imej budaya Malaysia boleh dipaparkan ke seluruh dunia. Disebabkan sifat muzik dan sifat multimedia, media ini merupakan pentas yang amat sesuai untuk mempersembahkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang dicerminkan oleh muzik Malaysia yang bersepadu.

Oleh itu, muzik memang sanggup memainkan peranan yang besar dalam membina Bangsa Malaysia dan kesedaran perkembangan kebudayaan di Malysia serta mampu mempengaruhi minda anak bangsa kita iaitu kanak-kanak. Tertinggallah kepada diri kita semua untuk menggunakan media komunikasi yang berkuasa ini dengan cara yang berkesan demi mengejar arus pendidikan global.

2020

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

6.0 PENUTUP Seni muzik memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan minda

kanak-kanak dan sebagai kesedaran pemupukan budaya sejak dari dahulu sehinggalah pada masa kini. Dalam konteks budaya dan masyarakat Malaysia, seni muzik merupakan salah satu elemen yang terpenting dalam membentuk bangsa Malaysia yang lebih dinamik dalam memacu budaya Malaysia kea rah yang lebih baik

Pelestarian seni muzik dan

peralatannya

sangat penting bagi

memastikan

keutuhan bangsa dan budaya di Malaysia sentiasa terpelihara. Tradisi ini perlu dipastikan tidak pupus dan dikembangkan dalam konteks dunia masa kini supaya tidak dilupakan oleh masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah usaha pemeliharaan melalui dokumentasi digital dan kajian teknikal terhadap seni muzik dan peralatan yang

digunakan. Usaha sebegini diharap dapat direalisasikan oleh pihak yang berkaitan demi memastikan tradisi yang penting ini dapat dipertahankan.

Selain itu, perkara utama seni muzik ini dapat memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Muzik juga dapat mententeramkan dan menyantaikan, khususnya muzik gubahan tokoh terkemuka antaranya termasuk Mozart, Beethoven dan Verdi. Muzik juga mampu menawarkan suatu kelegaan yang hebat, walaupun sementara saja, daripada kebimbangan, kerunsingan dan kerisauan dunia.

Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak-kanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat dipertingkatkan.

Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam kalangan kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif, berpengetahuan dan berdikari.

221

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

RUJUKAN

Buku Ilmiah

Eh Ah Meng (1995). Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak (Asas Penididikan 4). Fajar Bakti Sdn Bhd.

Matusky, Patricia & Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. The Asian Centre, Pulau Pinang. Siti Zainon. 2007. Seni Suara dan Muzik dalam Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Penyunting Anwar Din. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Sheppard, Mubin. 1972. Taman Indera (A Royal Pleasure Ground): Malay Decorative Arts

And Pastimes. Oxford University Press.

Bahan Internet Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni muzik dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dimuat turun pada 1 Mac 2012. http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf

2222

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

PETIKAN AKHBAR UTUSAN
ARKIB : 28/09/2011

LAMPIRAN 1

Seni Muzik Membina Pesonaliti
SEREMBAN 27 Sept. - Pendedahan seni dalam kalangan murid di peringkat prasekolah perlu diberikan keutamaan sekali gus dapat membantu proses pembinaan personaliti dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, mata pelajaran seni dan muzik yang diajar di prasekolah ketika ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid mengenai seni dan muzik namun ia tidak dijalankan secara intensif. Malah katanya, terdapat prasekolah yang tidak mempunyai peralatan dan kemudahan yang mencukupi untuk memastikan pengajaran seni dan muzik dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada murid-murid. ''Mengikut kajian yang dilakukan oleh Stanford University, Amerika Syarikat, ia mendapati bahawa bidang seni mendidik kanak-kanak dalam membuat penilaian dan perhitungan, penyelesaian masalah dan memupuk aspek pemikiran kreatif. ''Justeru, sekiranya aspek seni diberikan penekanan dalam pendidikan awal kanak-kanak, saya percaya kita mampu membentuk sebuah bangsa Malaysia yang cemerlang, kreatif dan berketerampilan," katanya. Rosmah yang juga Penaung Permata Negara Malaysia berkata demikian ketika berucap pada program Kasih Dititip Budi Bersemi anjuran Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia daerah (PBPPPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) di Auditorium Tunku Puan Chik, Pusat Penyiaran Tuanku Muhamad (RTM), Sungai Gadut dekat sini hari ini. Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dan Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPPM), Datuk Sudin Kamari. Dalam pada itu, Rosmah memberitahu, Program Permata Seni yang dianggotai seramai 150 orang setakat ini telah menunjukkan keberkesanannya dengan pencapaian yang amat membanggakan walaupun kewujudan program itu tidak sampai dua tahun. ''Mereka telah berjaya membuat persembahan di Konsert Permata Seni pada tahun lalu di samping menjayakan pelbagai persembahan lain. ''Insya-Allah pada hujung tahun ini, kami akan mengadakan Festival Seni Kanak-Kanak yang akan disertai oleh lapan buah negara meliputi, Singapura, Filipina, India, China, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka dan Malaysia sendiri," katanya.

23 23

EKSPESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE3013

PERKEMBANGAN KOGNITIF MELALUI MUZIK

LAMPIRAN 2

CONTOH LIRIK MUZIK KANAK-KANAK
Lampiran 3

25

KAE3013 KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN TUGASAN INDIVIDU 2 Majlis Perasmian Program Pendidikan Pencegahan Dadah Tahun 2012 Aktiviti : Sketsa/Boria & Tarian Moden

KUMPULAN

UPSI – A35 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

LOGES A/P SOCKALINGAM

D20102045747

016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 4 MEI 2012

ISI KANDUNGAN

Bil 1

Isu Kandungan Program Pendidikan Pencegahan Dadah      Tema Tajuk Aktiviti Rasional Bilangan Murid Durasi Aktiviti

Halaman

4–8

2

Perancangan Persembangan   Persembahan 1 : Sketsa / Boria Persembahan 2 : Tarian Moden

9 – 14

3 4

Lampiran Rujukan

15 -16 17

1.0

PROJEK/PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SJK T METHODIST JALAN MADRAS,BUNTONG

Tarikh Tarikh Tempat Masa Anjuran

: 16 Jun 2012 :Jumaat : Dewan SJK T METHODIST : 7.45 - 9.30 pagi : Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist.

Perasmian oleh: En.Manicka Raj (Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah)

Pengenalan : Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah sampai ke tahap yang serius dan dianggap sebagai ancaman utama kepada negara. Permasalahan ini membimbangkan semua pihak di

mana faktor-faktor awal gejala ini telah dapat dikesan semasa murid-murid berada di sekolah rendah yang sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti kurang sihat seperti merokok, menghidu gam dan sebagainya yang akan membawa kepada berlakunya penyalahgunaan dadah. Justeru, murid-murid sekolah pada masa kini berada di dalam keadaan berisiko tinggi yang mudah terpengaruh dengan dadah dan seumpama dengannya kerana didorong oleh pelbagai faktor seperti pengaruh rakan dan juga persekitaran yang kini semakin sukar dibendung. Program

Pendidikan Pencegahan Dadah yang pertama kali dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Limbongan ini adalah salah satu daripada program utama di bawah Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Kebangsaan Limbongan dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling.
4

VISI

Sekolah menjadi sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk bertindak secara bersepadu bagi merealisasikan SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 DAN NEGARA BEBAS DADAH 2015.

MISI

Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/AIDS.

RASIONAL

Masa dan tenaga tidak mencukupi untuk memberi pendedahan tentang bahaya-bahaya dadah kepada semua kumpulan sasaran yang terdiri daripada masyarakat sekolah dalam masa yang singkat dan menyeluruh. Oleh itu dengan adanya program seumpama ini tidak secara langsung dapat membantu memberi pendedahan bagi memerangi masalah dadah di peringkat akar umbi (murid sekolah rendah).

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran „Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012‟ dan ‟Negara Bebas Dadah 2015‟.

5

OBJEKTIF

1. Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar daripada perlakuan negatif. 2. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati. 3. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia. 4. Untuk melahirkan murid-murid dan warga sekolah yang bertanggungjawab, bermoral dan berakhlak mulia.

TEMA „ Hidup Ceria Tanpa Dadah‟

KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid, guru-guru, warga sekolah dan ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist.

6

JAWATANKUASA PERASMIAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

Penasihat Pengerusi Penyelaras Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: Pn.Santhrika Appu : Cik.C.Kasturi Thilagam : Cik.W.Kathrine Mary : Pn.Loges : En.Punithan Pn. Kogolavani Pn.Sarojini En.Sarawanan En.Chanran

(Guru Besar) (GPK Hal Ehwal Murid)

(Persiapan Dewan) (Pameran) (Persembahan) (Jurugambar) (Dokumentasi)

7

ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi 7.45 pagi

: Murid beratur mengikut kelas di Dewan : Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian oleh En.Manicka Raj (Pengerusi LembagaPengurus Sekolah ) Gimik pelancaran Pameran bermula - luar dewan) Persembahan murid  Sketsa/Boria dan Tarian Moden

Ceramah Dadah dan Kuiz Penyampaian cenderahati Jamuan VIP 9.30 pagi : Bersurai

PENUTUP/KESIMPULAN

Semoga jalinan program secara bersepadu ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah yang terlibat ke arah mewujudkan permuafakatan yang berterusan di dalam membanteras najis dadah di peringkat sekolah khususnya.

8

2.0

PERANCANGAN PERSEMBAHAN

Persembahan 1

: Sketsa/Boria

Tema Tajuk Aktiviti Rasional

: Hidup Ceria Tanpa Dadah : Sketsa dan Boria :

Antara faedah yang diperolehi melalui persembahan ini ialah:  Pendedahan kepada aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif (sketsa), ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan sebagainya.  Kanak-kanak diberi peluang untuk menggabungkan kedua-dua elemen pergerakan kreatif (sketsa dan boria) dan juga nyanyian dengan menunjukkan perkaitan di antara satu sama lain mengikut kreativiti mereka dengan bimbingan guru.  Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.  Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari seperti Boria.  Unsur muzik dan pergerakan kreatif ini merupakan wacana yang tepat untuk menyampaikan mesej kepada pendengar terutamanya kanak-kanak.  Memupuk dan menyemai nilai-nilai murni secara tersurat dan tersirat.

9

Bilangan murid Durasi aktiviti Peralatan/bahan

: Seramai 15 orang murid terlibat dengan persembahan ini : 20 minit : Poster berkaitan dadah Pakaian pelakon dan penari Bunga manggar dan payung (mengiringi persembahan) Senikata boria (Rujuk lampiran 1) Muzik latar (disediakan oleh guru) Muzik boria (disediakan oleh guru) Set props (latar belakang menggunakan power point yang dipancarkan oleh projector – gambar berkaitan tema dadah)

Langkah pelaksanaan

:

 Dalam persembahan ini, guru akan memilih empat orang murid sebagai pelakon sketsa.  Setiap murid memegang watak sebagai ayah, ibu, anak dan rakan.  Murid diberi skrip lakonan yang mengisahkan keperitan hidup ibu bapa yang dicengkam dengan masalah ketagihan dadah oleh anak tunggal mereka. Si anak sanggup memukul dan bertindak di luar batasan terhadap kedua ibu bapa.

Kesengsaraan yang ditanggung membawa kepada satu episod sedih di mana si ibu telah meninggal dunia. Keinsafan mula timbul apabila anak kepada pasangan suami isteri ini menyedari kesilapannya setelah dinasihatkan baiknya. Dia merasa sangat menyesal kerana oleh rakan

menghambakan

diri kepada najis dadah sehingga mengorbankan nyawa ibu tercinta. Sketsa ini berlangsung selama 8 minit dengan iringan muzik latar.  Setelah selesai sketsa, murid keluar pentas dan muzik boria akan dibunyikan. Semua murid masuk ke pentas dan mengambil tempat masing-masing. 5 orang murid memegang poster.Persembahan boria bermula.

10

Unsur Kreativiti / Nilai murni

:

 Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti kanak-kanak(sketsa dan boria).  Melalui pergerakan kreatif (sketsa) kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah.Kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif di dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan, kanak- kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik.
 Murid melakukan gerak tari yang pelbagai menggunakan semua anggota badan iaitu tangan, kaki, kepala, bahu dan sebagainya. Kreativiti boleh dilihat terhadap koreografi yang dihasilkan.Menyemai dan memupuk nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh di aplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah keyakina diridalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikari.

11

Persembahan 2 Tema Tajuk Aktiviti Rasional

: Tarian : Tanpa Dadah Hidup Ceria : Tarian moden :

Antara faedah yang diperolehi melalui persembahan ini ialah:  Tarian ialah pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.  Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari.Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian.  Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian.  Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakkan berirama. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain.  Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsurunsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.

12

Bilangan murid Durasi aktiviti Peralatan/bahan

: Seramai 10 orang murid terlibat dengan persembahan ini : 10 minit : Model jarum Model dadah (polistrin) Model rokok Pakaian penari Senikata lagu (Rujuk lampiran 1) Montaj Penyalahgunaan Dadah (Video) Lagu/Muzik (disediakan oleh guru) Set props (latar belakang menggunakan power point yang dipancarkan oleh projector semasa persembahan tarian – gambar berkaitan tema dadah)

Langkah pelaksanaan

:

 Murid bersedia di luar pentas.  Montaj (video) penyalahgunaan dadah ditayangkan selama 1 minit 21 saat.  Selesai montaj, murid masuk ke pentas membawa model-model berkaitan.  Apabila lagu bermula, mereka model membuat gimik

memusnahkan

dengan mematahkannya satu demi satu sebagai

tanda menentang sepenuhnya penyalahgunaan dadah.  Murid mengambil tempat masing-masing untuk memulakan tarian.

13

Unsur Kreativiti / Nilai murni

:

 Kreativiti murid dapat dilihat semasa membina model berkaitan dadah. Di samping melihat contoh, mereka menggunakan daya imaginasi untuk

menghasilkan model tersebut. Nilai kerjasama antara murid di dalam kumpulan dapat dipupuk.  Melalui pergerakan kreatif (tarian) iaitu murid-murid memulakan menggunakan persembahan kreativiti dengan

menyusun atur persembahan menayangkan model

kepada penonton untuk menarik perhatian penonton.

Keyakinan diri dan sifat berani murid dapat ditonjolkan.  Murid melakukan gerak tari dengan pelbagai koreografi yang kreatif.  Penyampaian mesej melalui persembahan ini adalah secara tersurat dan tersirat.  Aktiviti muzik dan pergerakan (tarian) bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu murid-murid memahami konsep muzik yang abstrak serta mendorong kepada minat untuk melakukan sesuatu pergerakan yang lebih kreatif.  Dari aspek sosialisasi, aktiviti pergerakan kreatif secara berkumpulan ini memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati di antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme dalam diri murid- murid.

14

LAMPIRAN 1

BORIA ANTI DADAH Assalamualaikum kami ucapkan Kepada semua rakan dan taulan Boria Anti Dadah kami persembahkan Agar semua mendapat tauladan Banyak bermain terasa letih Tumpuan diberi pada pelajaran Mari kawan-kawan dengar celoteh Boria SKLB buat persembahan Untuk berjaya bukanlah mudah Rajin berusaha membaca buku Wahai teman-teman jauhi dadah Pasti hidupmu sejahtera selalu Ulang Jangan bermain di tengahari Terik mentari pasti tak tahan Pujukan teman-teman kita jauhi Jika najis dadah menjadi pilihan Wahai dadah kau sungguh durjana Jangan sekali kita mencuba Nikmatnya hanya untuk sementara Apa yang pasti hidup merana

Ulang Para pengedar mencari mangsa Pasti terjebak jika kita terleka Hidup bagai bangkai yang bernyawa Musnah negara musnahlah agama Ulang Berakhir sudah persembahan ini Salah dan silap harap dimaafi Celoteh ini kita hayati Ambil iktibar selamatkan diri

15

LAMPIRAN 2

DADAH PERACUN BANGSA Bukakanlah mata lihat belia kita Jadi hamba dan mangsa siksakan jiwa Dadahlah rajanya penyambung nyawa

Pada tunjang negara Kalau sayangkan bangsanya Panjang akal budinya tentunya kita Peneraju bangsa tiang negara

Dadah pencabar kita semua Dadah penghancur minda dan jiwa bangsa Oh awaslah dadah penghancur hidup kita Dadah menghancur minda dan jiwa

Jangan buang masa Bertindak segera Jauhilah ia musuh agama musuh manusia…

16

RUJUKAN

Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad (1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria (1992). Kesenian di Malaysia. Kuala Lumpur : Buku Must Sdn. Bhd. Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wan Abdul Kadir (1988). Budaya Popular Dalam Masyarakat Bandaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Ghouse Nasaruddin (1994). Tarian Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Matusky, P & Tan S.B. (1997). Muzik Malaysia. Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang : Asian Centre Penang & Akademi Seni Kebangsaan.

KAE3013 KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

e- forum
KUMPULAN

UPSI – A35 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

LOGES A/P SOCKALINGAM

D20102045747

016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 4 MEI 2012

Course ID : KAE3013 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Salam 1 Malaysia. Kanak-kanak pada umumnya kreatif. Kreativiti ini disalurkan melalui bermain dan proses seni yang merupakan media mereka meluahkan perasaan dan akhirnya mereka belajar dari pergerakan sendiri. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak. Empat ciri utama pemikiran kreatif meliputi (i) imaginatif, (ii) keberanian, (iii) perkembangan idea dan (iv) mereka cipta. Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman ideaidea sedia ada. Keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang

09 Mar 2012 11:46:25 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
ada.

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Saya amat bersetuju dengan pandangan cikgu.

Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
Betul cikgu Leong. Kanak-kanak memiliki sifat kreatif dalam jiwa masingmasing.Kreativiti kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti dengan mengambil kira sikap,motivasi, kemampuan dan kemahiran mereka.Proses aktiviti seni dan permainan dapat membantu kanakkanak untuk mereka cipta sesuatu dengan menggunakan idea masingmasing.Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi,mengeluarkan idea menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dilaksanakan Saya amat setuju dengan komentar saudari.Guru sebagai pemangkin agar kemampuan kretiviti kanak-kanak berkembang secara bebas. Guru yang kreatif akan menghargai setiap hassil kerja pelajar. Selain itu,guru juga tidak kedekut memberikan pujian kepada murid yang berfikir luar biasa. Disamping itu,guru perlu sentiasa melayan soalan-soalan yang luar biasa atau aneh serta menghormati idea murid-murid tersebut. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi dan ketikanya secara boleh dipalajari. Hakikatnya memang kreativiti kanak-kanak secara semula jadi tetapi inya tidak sempurna dan lengkap sekiranya ianya tidak dipelajari oleh kanak-kanak. contohnya peringkat awal perkembangan kanak-kanak,mereka gemar memegang benda dan pastinya akan memasukkan ke dalam mulut.Itu tindakan spontan menghasilkan kreativiti melalui tindakan. Kretiviti ini akan lebih lengkap apabila kanak-kanak ini diajar dan dibimbing menggunakan secara betul benda yang sedang dipegangnya. contohnya pensel, kanak-kanak akan terus menconteng di mana-mana sahaja apabila kita menunjukkan cara penggunaanya. Kreativiti ini akan lebih lengkap apabila kita mengajar atau menunjukkan cara mengguanakan pensel di atas kertas dan amalan ini akan menjadi tindakan spontan pada masa akan datang.

09 Mar 2012 11:51:47 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

09 Mar 2012 12:33:22 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

09 Mar 2012 08:46:35 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

09 Mar 2012 08:58:48 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Salam 1 Malaysia…… Imaginasi mengikut Kamus Dewan edisi ke-3 bermaksud daya khayak, dalam atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu

14 Mar 2012 09:21:55 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

secara khayalan. Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Kanak-kanak belajar melalui imaginasi. Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik dari University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka. Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan. Adakalanya seorang kanak-kanak boleh berimaginasi walaupun beliau belum boleh bercakap. Imaginasi dilahirkan melalui perlakuan. Sebagai contoh: apabila mereka meliha ayah memandu kereta, kanak-kanak akan memerhati dan kemudian apabila berimaginasi keadaan itu mereka akan membuat aksi memandu kereta seperti ayah mereka dan mengeluarkan suara bunyi kereta. Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak peka dengan situasi sekelilingnya. Albert Einsten pernah berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan” yang bermaksud imaginasi akan menjadi pengetahuan apabila ianya dibuktikan di alam nyata. Walau bagaimana pun sebenarnya kita memerlukan pengetahuan terlebih dahulu sebelum berimaginasi. Ini mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku jika terlalu mengikut imaginasi. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan berimaginasi ini. Antara kebaikannya ialah merangsang sumber idea serta minda kanak-kanak tersebut supaya berfikir, sebagi perangsang di dalam mencapai cita-cita jika disertakan usaha dan pengetahuan dan menjadikan kanak-kanak sensitif dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Keburukan berimaginasi pula menjadikan kanak-kanak leka dan alpa dengan dunia mereka sendiri, lebih lasak atau agresif dalam tingkah laku (contoh apabila melihat cerita berkaitan gusti atau aksi-aksi yang lasak, mereka akan berimaginasi seolah-olah mereka juga kuat dan hero hingga boleh menggangu orang lain jika tidak diperbetulkan di peringkat awal lagi), tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan asyik memikirkan sesuatu yang tidak mungkin daripada berusaha untuk mencapai impian. Justeru ibu bapa dan guru terutamanya harus membimbing murid-murid supaya berimaginasi perkara yang baik dan berusaha supaya imaginasi mereka menjadi kenyataan.

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Saya amat bersetuju dan pendapat cikgu jelas sekali.Imaginasi juga dizahirkan melalui peruatan atau aksi selain dalam bentuk lukisan atau tulisan.Melalui imaginasi murid akan menjadi kreatif. Sabagai contoh apabila kita memberi seserang kanak-kanak sehelai kertas,apakah yang akan dilakukan oleh kanakkanak berkenaan terhadap sehelai kertas itu?Kanak-kanak yang imaginasi akan boleh mengubah sehelai kertas berkenaan menjadi kapal terbang,kapal,itik,kupu-kupu dan sebagainya. Ibu bapa atau guru terutama guru prasekolah boleh meningkat keupayaan imaginasi murid-murid melalui permainan lego. Mungkin pada peringkat permulaan mereka meniri contoh-contoh yang diberikan tetapi lama kelamaan mereka akan mula berimaginasi untuk membina bangunan mengikut kreativiti mereka sendiri melalui pengalaman dan pemerhatian murid.

14 Mar 2012 09:43:57 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Betul kata cikgu.Imaginasi mendatangkan kebaikaikan jika seseorang dia nerimaginasi lalu mengambil tindakan untuk menunaikan imaginasinya.Sebaliknya,jika seseorang hanya berangan-angan dan tidak mempunyai objektif yang jelas dalam sepanjang pembelajarannya,maka dia hanya membazirkan masanya. Tambahan pula,kehidupan sehariannya juga terjejas.Seseorang yang suka berangan-angan seringan orang yang pasif dan malas.Dia tidak suka menghadapi dunia realiti dan hanya hidup di dalam dunia sendiri.Dia telah kehilangan kemahiran mengatasi maslah dan selalu berkurung diri sendiri. Tingkahlalunya agak pelik dan tidak suka berkomunikasi dengan masyarakat. Dia juga akan ketinggalan dalam zaman itu. Penerangan yang baik cikgu.Selain itu ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam imaginasi kanak-kanak Seperti ibu

14 Mar 2012 09:56:14 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

bapa yang memandu kenderaan boleh menjadikan situasi itu proses pembelajaran di mana ibu bapa boleh memasang lagu-lagu yang berunsur pembelajaran dan bercerita bersama-sama mereka tentang pengalaman ibu bapa semasa mereka kecil. Pada ketika itu kanakkanak akan membayangkan dalam minda situasi berkenaan dalam bentuk imaginasi dan akan bersoal jawab dengan ibu bapa tentang pengalaman. Ibu bapa harus mengambil kesempatan ini bercerita tentang perkara yang baik. Pada ketika itu juga ibu bapa boleh membimbing kanak-kanak untuk mengeja perkataan yang ditemui sepanjang perjalanan seperti pokok, rumah, bendera, sekolah dan lain-lain. Ini sudah tentu menyeronokkan di mana anak-anak akan memahir dan menajamkan pengetahuan mereka. Ibu bapa juga boleh merangsang kanak-kanak untuk berimaginasi ke arah kebaikan dengan cara bercerita. Ibu bapa boleh bercerita tentang kenapa zirafah berleher panjang, kena ketam berkulit keras dan sebagainya. Kita biarkan kanak-kanak bertanya kerana pada ketika mereka sedang berimaginasi tentang binatang berkenaan dan akan bertanya sama ada perkara itu benar atau tidak.

15 Mar 2012 06:25:05 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Justeru imaginasi ini adalah sesuatu yang baik sekiranya dikenadali dengan cara yang betul. Bimbinglah kanak-kanak supaya imaginasi berkenaan akan menjadikan mereka lebih berusaha.

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Munurut pendapat cikgu ibu bapa dan pengasuh memainkan peranan yang penting bertanggungjawab besar untuk memberi ajaran dan bimbingan yang sewajar kepada mereka.kanakanak berusia setahun ke atas sudah mula mengenal objek dan memahami gambar-gambar yang ditunjukkan.Pada waktu ini pendekatan awal yang bersesuaian sudah boleh digarap.Buku sains

20 Mar 2012 09:39:17 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

selalunya mempunyai gambar-gambar yang menarik dan berkisar tentang kehidupan saharian,seperti anggota tubuh badan,bagaimana makanan diproses di dalam perut,apa terjadi sewaktu ibu mengandungkan adik, mengapa hujan turun, mengapa lampu menyala dan sebagainya. Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan megapa sesuatu fenomena itu berlaku,terutama fenomena yang dekat dengan mereka.Ia menjadi tanggungjawab ibu bapa atau pengasuh untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedah seringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini adalah penerimaan pertama kanak-kanak. SOALAN EFORUM (TUGASAN 3) Salam satu Malaysia. Saya kurang bersetuju jika dikatakan kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Ini kerena bukan semua maslah bolah diselesaikan olah kanak-kanak yang kreatif.Mereka hanya akan boleh menyelesaikan masalah jika perkara berkenaan berkaitan dengan kreativiti mereka.Ini kerena kebanyakan kanak-kanak berkebolehan dalam bidangbidang tertentu sahaja. Contoh matematik,sains,nyayian,tarian,seni lukis dan sebagainya.Ini kerena persekitaran kanak-kanak juga adalah terhad. Dalam kamus Dewan ,kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan,dan mengmbangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Kanak-kanak adalah insan yang paling kreatif kerena bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,sambil meneroka duania di sekeliling mereka. Sifat ingin tahu, spontan dan mempamerkan bakat semulajadi antara ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak. Jika ibu bapa ingin menanamkan daya kretif ini dalam diri anakanak,perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. 09 Apr 2012 12:46:44 PM LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Menurut hujah cikgu,kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah.Kemahiran berfikir secara kretif merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencema,berimaginasi,menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing.Pemikiran kretif dapat meningkatkan inovasi,imaginasi dan kretiviti kanak-kanak. Penyelesaian masalah merupakan gabungan kamahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam usaha mencari aklumat dan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.Penyelesaian masalah menggalakkan kanakkanak yang kreatif membuat percambahan idea bagi mencari jawapan kepada masalah yang wujud. kanak-kanak yang kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berfikir untuk membuat keputusan atau pilihan antara beberapa alternatif yang ada supaya pilihan yang buat adalah terbaik

10 Apr 2012 09:14:16 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Lagi pun, menurut Edward De Bono (1979) kemahiran berfikir dikaitkan dengan pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malahan berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan perspektif bagi menyelesaikan masalah.Kanak-kanak ini dapat menggunakan imaginasi dan keupayaan berfikir untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan kanakkanak yang tidak kreatif. mereka dapat memberi idea-idea baru dan melihat sesuatu isu dengan berbagai-bagai pandangan yang berbeza.Golongan ini akan banyak menyoal untuk medapat jawapan dalam mengatasi sesuatu masalah. Kanak-kanak yang kreatif biasanya bersifat flleksibel.Mereka berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyalinan yang tinggi. Disini saya ingin menambah sedikit pendapat saya,Kreatif bermakna mempunyai kebolehan untuk mencipta menghasilkan atau memperkembangkansesuatu idea asli dan baru.Kanak-kanak yang berfikiran kreatif akan menerbitkan idea yang baru. Pemikiran yang kreatif mestilah berasaskan menipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Oleh itu, saya berpandangan kanak-kanak yang kreatif pandai menyelesaiakan masalah. Saya berasa masalah bukan sesutu halangan,sebaliknya masalah akan meningkatkan daya fikiran serta menuju ke arah kejayaan.Sikap dan pemikiran yang positif dankreatif amat penting untuk menyelesaikan masalah. Kreativiti yang bernas akan membantu kanak-anak memikirkan banyak cara penyelesaian untuk menyelesaikan satu masalah dan bukan hanya menggunakan satu cara sahaja untuk menyelesaikan semua maslah.

10 Apr 2012 09:32:21 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

10 Apr 2012 09:54:51 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Kesimpulannya,semua kanak-kanak pandai menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara berfikir sebelum bertindak.Ini adalah cara yang bijaksana.pemikiran yang kreatif banyak membantu kanak-kanak belajar pengalaman yang baru dari satu masalah. SOALAN EFORUM (TUGASAN 3) Mengikut kenyataan cikgu,saya ingin menambah sedikit pendapat saya.Dalam kehidupan kita sering menghadapi masalah dan masalah itu perlu diselesaikan serta merta. Bagaimanakah kita mengatasi masalah yang dihadapi? Kadangkala sesuatu masalah dapat diselesaikan mengikut pengalaman seseorang dan kadang-kadang diselesaikan berdasarkan kata hati apa sahaja yang berfikir pada masa itu kerana keadaan itu memerlukan kita bertindak dengan segera. Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerluan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah tertentu.Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf,mizik,drama dan lakonan. SOALAN EFORUM (TUGASAN 3) Salam 1 Malaysia. Teresa M. McDevitt (2004), menyatakan bahawa sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. Mereka banyak belajar melalui pengalaman dan meneroka. Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. Adalah menjadi tugas orang dewasa di sekelilingnya untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen. Bagaimanakah menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan berdasarkan beberapa sebab dalam pelbagai konteks termasuk industri, sekolah kerajaan dan organisasi penyelidikan. Pengujian kreativiti boleh dilaksanakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan, promosi atau tugasan tertentu. Organisasi boleh menggunakannya untuk mengenal pasti kebolehan individu yang berpotensi tinggi. Di sekolah, ia digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk dilibatkan dalam program-program khas. Mengenali tahapkreativiti murid juga boleh membantu guru supaya lebih memahami kebolehan muridnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran supaya memaksimumkan kebolehan ini. Tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti : • Kaedah Psikometrik Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif. • Kaedah Historiometrik Kaedah ini menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai criteria pengukuran kreativiti. • Kaedah Biografi Kaedah biografi lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik di manakajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Perbezaan adalah dari segi kaedah pengukuran di mana historiometrik menggunakan kaedah saintifik dan secara empirikal. Manakala kaedah biografi menggunakan kajian kes yang lebih berbentuk naratif. SOALAN EFORUM (TUGASAN 3) 03 May 2012 08:32:31 PM LOGES A/P SOCKALINGAM 10 Apr 2012 10:24:13 PM LOGES A/P SOCKALINGAM

Saya sependapat dengan cikgu, semua yang cikgu senaraikan adalah bahan latihan yang boleh membantu guru untuk menilai tahap kreativiti seseorang murid. Di sini ingin saya menambah, penilaian adalah bertujuan untuk mengenalpasti kreativiti dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penilaian membolehkan guru mengembangkan potensi murid ke tahap optima dalam domain kognitif , afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses

03 May 2012 08:47:05 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat suatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah atau prosesproses utama untuk menilai terbahagi kepada tiga iaitu proses merancang , proses melaksana penaksiran dan proses merekodkan maklumat.

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa kanak-kanak telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. Mereka banyak belajar melalui pengalaman dan meneroka. Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. Hasil kerja seni yang mencerminkan perasaan gembira, sedih, marah dan takut kanakkanak. Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak berasa gembira, dia akan melukis lukisan figuranya dengan saiz yang agak besar dan dengan bibir yang tersenyum manakala jika dia berasa sedih, dia akan melukis lukisan yang bersaiz kecil dan tidak sempurna wajahnya.

03 May 2012 09:04:17 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Satu lagi contoh melalui hasil aktiviti seni ialah jika guru ingin mengenal pasti perkembangan artistik kanak-kanak, waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian ialah ketika mereka sedang menjalankan aktiviti melukis, manakala jika guru ingin mengenal pasti ekspresi kreatif kanak-kanak, waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian ialah semasa mereka menjalankan aktiviti bentuk binaan dengan menggunakan plastesin. Oleh itu, sebagai guru perlu memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam aktiviti yang dilaksanakan .

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kreativiti kanak - kanak dapat dinilai melalui pemerhatian dan direkodkan. Setiap aktiviti yang melibatkan kanak - kanak menyelesaikan masalah dalam aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar kelas direkokan supaya guru dapat melihat hasil kreativiti seseorang kanak kanak. Kanak - kanak biasanya akan menyelesaikan masalah yang diberikan melaui pengalaman mereka dan berimaginasi.

03 May 2012 09:31:53 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Melalui pemerhatian guru boleh melihat kreativiti murid semasa mereka melakukan aktiviti tersebut. Guru boleh merekod hasil kreativiti murid dengan cara menyediakan portfolio untuk mengumpul dan menyemak semula hasil kerja seni murid. Portfolio ini juga boleh digunakan sebagai bahan bukti atau rujukan kepada pihak pentadbir, ibubapa, pihak-pihak yang terlibat dan juga untuk guru itu sendiri. dalam membuat penilaian, guru juga mesti menentukan objektif dan tempoh masa yang sesuai. Sebagai contoh, waktu yang sesuai untuk membuat pemerhatian atau merakam ialah ketika mereka sedang melukis atau melakukan aktiviti rekabentuk binaan menggunakan bahanbahan tertentu seperti kotak, kayu-kayu dan juga plastesin.

SOALAN EFORUM (TUGASAN 3)

Penilaian dalam setiap bidang untuk mengetahui tahap kebolehan atau kemahiran kanak-kanak amat penting. Begitu juga dengan penilaian dalam bidang kreativiti kanak-kanak. Penilaian ini penting kerana ia dapat membantu guru dan ibubapa serta pihakpihak tertentu mengenal pasti dan menilai tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak tersebut. Di sekolah ia boleh digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk disertakan ke dalam program-program khas. Mengenali tahap kreativiti murid-murid juga boleh menolong guru lebih memahami kebolehan anak muridnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran berdasarkan kebolehan anak mereka.

03 May 2012 09:51:10 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Dengan memahani dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanakkanak, guru akan berupaya membantu kanak-kanak tersebut menangani kelemahannya atau memperkembangkan kebolehannya.Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menilai kreativiti kanak-kanak seperti membuat pemerhatian, merekod dan merakam aktiviti yang dilakukan samada di dalam atau di luar bilik darjah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->