You are on page 1of 5

Kesan Pembangunan

Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir. Berkurangannya kawasan telap air Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya. Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun. Pemendapan kelodak dalam sungai Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

Kekurangan Kawasan Lapang / Hijau


Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan ke dalam tanah dalam kadar yang tinggi ( rujuk...1 ). Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai. Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh pembangunan yang pesat. (rujuk...2 ). Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil tempat kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian

permukaan. Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%. Daripada rujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi imbangan serta berperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan.

Sistem Perparitan dan Sistem Saliran


Sistem Perparitan Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana dua sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik. Walaupun sistem perparitan bukan punca utama banjir, tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan banjir di kawasan kajian kumpulan kami----kawasan Jalan P. Ramlee. Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah." Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang menyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir (rujuk 3). Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji. Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), aras pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain). Maklumat ini penting untuk membuat pengiraan dan menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P. Ramlee. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian kejuruteraan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hasil pencarian data kumpulan kami, didapati pihak kejuruteraan tidak mempunyai data-data tersebut kerana tiada sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P. Ramlee. Walau bagaimanapun, terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasan kajian. Perkara yang mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpan maklumat yang berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan. Alasan yang diberi oleh pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak bergantung pada Sungai Pinang. Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat dalam sistem pangairan. Oleh itu, reked-rekod tidak disimpan. Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar di kawasan kajian. Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal selidik tidak kukuh. Justeru, andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak dapat disahkan. Sistem Saliran Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke tempattempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang dalam kejadian banjir, kumpulan kami telah membuat kajian ke tapak dan mengumpul maklumat yang berkaitan. Pihak yang bertanggungjawab atas sistem saliran ialah Jabatan Pengairan dan Saliran. Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air yang seluas 12,604 ekar (rujuk..4.). Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan tadahan air dan juga merupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan. Hal ini memang menunjukkan kepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan P. Ramlee. Selain itu, terdapat sistem sub-basin, Empangan Air Itam (Air Itam Dam) dan sistem lencongan untuk menampung dan menakung air. Didapati bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam (rujuk.5.). Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan Terjun (Terjun Diversion Channel) dan Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel) (rujuk..6.).

Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem perparitan dan sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing. Pihak kejuruteraan menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap fungsi sistem perparitan di kawasan Jalan P. Ramlee. Hal ini kerana tidak mempunyai rekod-rekod dan catatan yang diperlukan untuk memudahkan kerja pengubahsuaian masa depan. Walaupun Sungai Pinang merupakan sungai yang utama dalam sistem saliran, tetapi sungai itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. Sungai Pinang telah mengalami pencemaran dan kadar hakisan yang serius (rujuk..7.). Hal ini telah menunjukkan sikap tidak menghargai dan menjaga sistem saliran yang sedia ada. Oleh itu, banjir senang berlaku.

Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat


Punca yang boleh dikaitkan selain daripada keempat-empat punca yang sedia ada, dinyatakan ada satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakkan sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ini bukan merupakan punca utama tetapi setelah dikaji kami mendapati ianya turut sama menyumbang kepada masalah banjir di kawasan kajian kami. Bahkan ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian tidak kira daripada pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai. Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu dan gambar-gambar yang menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut juga ada di tunjukkan dalam persembahan akhir yang lalu. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air. Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan:

KESAN DAN KEROSAKAN AKIBAT BANJIR


Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins, Roger John 1982 ) Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung ( direct damages ), kerosakan tidak langsung ( indirect damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Manakala Marvin pula mengatakan bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.

Rajah 4.0 : Kategori - kategori kerosakan banjir


(Sumber : ESCAP, Manual and Guidelines for Comprehensive Flood Loss Prevention and Management, United Nations Development Programme, January 1991.)

Laporan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun ( JICA ) dalam kajian penebatan banjir dan perparitan untuk negeri Pulau Pinang juga telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada dua jenis iaitu kerosakan ketara dan kerosakan tidak ketara. Melalui kaji soal selidik penduduk kawasan kajian didapati penduduk di kawasan kajian mengalami banyak kerosakan harta benda, pencemaran air dan juga kerosakan jalan dan infrastruktur lain.

CADANGAN UNTUK MENGAWAL MASALAH BANJIR


Setelah melihat kepada tindakan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan, kumpulan kami berasa cadangan kerajaan adalah kurang mencukupi dalam mengawal masalah banjir ini. Oleh yang demikian, setelah perbincangan kami terdapat beberapa cadangan yang ingin dicadangkan dalam menangani masalah banjir. Mempertingkat Sistem Saliran dan Perparitan

Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungaisungai utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada contohnya Sg. Pinang perlu dijaga supaya keupayaan sungai ini mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa. Mengawal Pembangunan yang Pesat Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan- kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemajupemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai. Penswastaan Projek Penyelenggaraan Sistem Saliran dan Perparitan Projek- projek untuk membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang sedia ada memang penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan- kawasan mudah banjir. Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan projek- projek pengawalan banjir. Penguatkuasaan Undang-undang yang Sedia Ada Menguatkuasakan undang- undang secara bersungguh- sungguh bagi menghalang masyarakat awam darupada terus membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata- rata sesuka hati. Mempercepat Perlaksanaan Projek Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halanganhalangan utiliti semasa peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.

You might also like