You are on page 1of 8

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ditubuhkan atas kesedaran dan usaha berpasukan untuk menyelesaikan masalah atau

mengadakan penambahbaikan kepada sesuatu unit dalam sesebuah organisasi. Dengan mengambil satu contoh, jelaskan proses yang perlu dilakukan sebelum melakukan

penambahbaikan atau menyelesaikan sesutau masalah.

Pendahuluan

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk

pertimbangan dan keputusan, seterusnya mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Falsafah

Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan/pejabat. KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja

boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka.

Matlamat

Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui: a. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja; b. Semangat bekerja secara berkumpulan; c. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif; d. Penglibatan dan minat terhadap kerja; e. Dorongan kerja yang tinggi; dan f. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan negara.

Faedah KMK

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Mengeratkan pekerjaan antara pekerja dan pengurusan Memupuk kerjasama antara pekerja Memberi kepuasan bekerja Menambah dorongan bekerja Memberi keyakinan mengenai kebolehan sendiri Mengasah bakat kepimpinan Mengalakkan daya kreativiti Memperbaiki system dan cara bekerja

Syarat Pelaksanaan KMK

i. ii. iii.

Mewujudkan struktur KMK Latihan berkesan Sistem pengiktirafan berkesan

Faktor-faktor menyokong kejayaan pelaksanaan KMK:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Sikap positif pihak pengurusan Sistem latihan berkesan Sokongan semua peringkat Ada system pengiktirafan Kemudahan alatan dan fizikal Perkembangan KMK diberitahu Kebolehan jawatankuasa pemandu merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan.

viii.

Melaksanakan alat-alat promosi

Proses Sebelum Penambahbaikan

Pendekatan yang digunakan oleh KMK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja ialah mengikut kaedah Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action - P.D.C.A). Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam P.D.C.A adalah seperti di Rajah 1 di bawah:

Rajah 1

Contoh masalah yang diambil ialah guru mengajar subjek yang bukan opsyen. Dengan mengambil masalah di atas sebagai contoh, proses yang perlu dilakukan sebelum melakukan penambahbaikan telah dijelaskan seperti di bawah:

Langkah 1 Perancangan

Di peringkat perancangan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) akan memanggil guru-guru bukan opsyen untuk bermesyuarat bagi mengenalpasti dan

memilih masalah yang perlu diselesaikan. Bagi masalah yang telah dikenalpasti, untuk diselesaikan, satu jadual pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan agar masalah ini diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Peringkat perancangan ini memerlukan tiga aktiviti untuk dilaksanakan iaitu:

a. Mengenalpasti Masalah Masalah yang dikenalpasti adalah guru kurang kemahiran mengajar subjek yang bukan opsyen atau masalah KMK dapat dikenalpasti atas permintaan pengurusan ataupun cadangan dari guru-guru bukan opsyen, guru-guru lain dan pekerja sokongan lain.

b. Pemilihan projek /masalah Pada peringkat permulaan, semasa percambahan fikiran dijalankan, guruguru bukan opsyen dalam KMK akan mengenalpasti beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun mereka dibenarkan untuk memilih hanya satu masalah sahaja. Pemilihan masalah ini boleh dibuat melalui undian ataupun dengan menyusun masalah mengikut kepentingan. Masalah yang terpilih adalah mendapat kelulusan Pengetua kerana ia merupakan masalah yang paling penting untuk diselesaikan terlebih dahulu ataupun yang paling kritikal.

c. Penyediaan Jadual Pelaksanaan Projek/Masalah Selepas memilih masalah yang hendak diselesaikan, guru-guru bukan opsyen dikehendaki untuk menyediakan satu jadual pelaksanaan seperti di Jadual 1. Langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut

ialah:

i.

Mengenalpasti

segala

aktiviti

yang

perlu

dilaksanakan

seperti

mengadakan kursus khas kepada guru yang mengajar subjek bukan opsyen. ii. Memberi seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang tersebut kepada guru bukan opsyen untuk membimbing serta memantau dari masa ke semasa. iii. Menganggarkan tempoh masa bagi mengadakan kursus selama 6 bulan. iv. Mendapatkan maklumbalas daripada guru yang terlibat untuk

penambahbaikan. v. Merekod dan menganalisis pencapaian pelajar dalam subjek yang diajar oleh guru bukan opsyen melalui ujian berkala.

Perancangan dibuat bagi mengenalpasti dan memilih masalah yang perlu diselesaikan. Ini melibatkan proses teknikal dan prosedur dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau pekerjaan yang dilakukan dalam kumpulan tersebut. Perancangan aktiviti seperti jangka masa pelaksanaan, kos dan petugas yang perlu ditentukan. Selain itu, kumpulan kerja KMK mesti menyediakan soalan kaji selidik sebelum, semasa dan selepas program pementoran guru bukan opsyen dan diberi kepada guru yang terlibat.

Langkah 2 - Pelaksanaan

Penganalisisan masalah ialah mengkaji punca-punca masalah yang timbul dalam tugasan yang dibuat, samada bentuk teknikal, prosedur dan peraturan. Cadangan penyelesaian berupa pandangan, teguran, penjelasan atau kertas kerja yang dapat memberikan idea-idea baru. seterusnya, cadangan perlu dipersembahan kepada pihak pengurusan agar segala aktiviti, kerja atau tugasan dapat dilihat dan dinilai oleh pihak pengurusan. Selepas itu, ia perlu mendapat pertimbangan daripada pihak pentadbiran atau pengurusan sekolah. Setelah dipertimbangkan maka KMK perlu dijalankan oleh ahli-ahli KMK tersebut. Perkembangan KMK pula perlu diketahui oleh semua pihak. Jawatankuasa bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan yang dilaksanakan. Contohnya, dalam proses pelaksanaan ini, GPK 1 yang telah siap merangka perancangan untuk program pementoran guru bukan opsyen akan mula

melaksanakannya.

Langkah 3 Penyemakan

Proses penyemakan bertujuan menilai cadangan untuk menentukan objektif tercapai melalui pengumpulan dan analisa data. Seterusnya adalah proses membuat keputusan samada projek dilaksanakan atau tidak. Contohnya, GPK 1 akan membuat pemerhatian dalam pembelajaran dan pengajaran berkala kepada guru bukan opsyen dan membuat satu laporan peningkatan mutu dan keberkesanan pengajaran guru tersebut.

Langkah 4 Tindakan

Penyeragaman tindakan pembetulan hasil daripada penilaian. Kemudian membuat pembetulan dan penambahbaikan dan seterusnya memberi taklimat prosedur baru kepada anggota jabatan. Di samping itu KMK perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi media, slogan dan notis. Contohnya disini, GPK 1, para mentor dan guru bukan opsyen akan mencari jalan untuk memperbaiki aktiviti pementoran yang telah dijalankan bagi lebih menjayakan dan memperbaiki kekurangan dalam program yang mereka jalankan.

Kesimpulan

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) adalah usaha yang amat baik dilakukan oleh jabatan. Sekiranya dilakukan akan mendatangkan hasil yang sungguh baik. Ini kerana pekerja dapat bekerja dalam satu pasukan dan tidak tertekan dengan tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan atau pentadbiran. Peranan ketua kumpulan dan sokongan ketua jabatan sangat diperlukan dalam merealisasikan pencapaian dan kecemerlangan KMK di peringkat jabatan atau sekolah. Dengan adanya KMK segala perancangan yang ingin dibuat juga akan lebih teratur dan tersusun. Segala kekurangan juga mudah untuk dicari penyelesaiannya.

You might also like