You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN UNTUK DATIN HJH HASNAH BT MD SEM 8 MAC 2012 DEWAN NILAM BIL

QUE Apabila YDP tiba di pintu utama Protokol Majlis UCAPAN ALU-ALUAN Mengumumkan ketibaan YDP PIBG Dr. Ariffin Bin Mansor Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan Yang dihormati, Dr. Ariffin Bin Mansor YDP PIBG SMKKS Yang dihormati, Pengetua Cemerlang Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem Yang Berusaha, Guru-guru Penolong Kanan,Guru-guru Cemerlang, Seterusnya barisan Guru yang dikasihi Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. CATATAN

1.

Apabila VIP bersedia

2.

Menyatakan kesyukuran

Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Majlis Jamuan Perpisahan sempena perpisahan Pengetua Cemerlang Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem.

Bacaan Doa Warga Dewan yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan ,Agar Majlis mendapat keberkatan Untuk memberkati majlis pada hari ini, dengan sukacitanya dijemput Ustaz W an Syafie untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan. Setelah selesai bacaan doa........... Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan pengacara Majlis

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem. Beliau telah berkhidmat selaku Pengetua Cemerlang di SMK Kelapa Sawit dari tahun 2010 sehingga sekarang. Bagi pandangan saya, Datin seorang ketua yang tegas, cergas bertenaga , mudah diajak bicara dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

Ucapan alualuan wakil pelajar, wakil guru, dan wakil PIBG.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian . Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar oleh Saudara Fazihan Bin Ishak _________________________ Untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Fazihan Bin Ishak Majlis diserikan lagi dengan ucapan wakil guru oleh Puan Zarinah Binti Wagiran, Guru Penolong Kanan Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zarinah Binti Wagiran Seterusnya,Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil YDP PIBG , Yang berusaha ,Dr Ariffin Bin Mansor Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Dr Ariffin Bin Mansor

Ucapan khas YB Datin Hjh Hasnah Md Sem

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian , Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Majlis diteruskan dengan menjemput yag diraikan

Pengetua Cemerlang Yang berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem Untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem di atas ucapan yang penuh kata-kata semangat.

4.

Majlis Penyampaian hadiah Cenderamata

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem. Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem untuk tampil ke hadapan pentas bagi menerima cenderamata dan diiringi oleh YDP PIBG Dr Ariffin Mansor dan GPK Puan Zarinah Bt Wagiran. Dipersilakan. Penyampaian cenderamata dimulakan dengan wakil pelajar. Dipersilakan wakil pelajar sesi pagi

Saudara Fazihan Bin Ishak. ________________________ Seterusnya dipersilakan wakil pelajar sesi petang Saudara/saudari Chuan Wan Ying

Seterusnya majlis mempersilakan wakil staf Dipersilakan. Seterusnya majlis mempersilakan wakil kakitangan sokongan Dipersilakan. Seterusnya majlis mempersilakan wakil koperasi Dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan wakil guru Dipersilakan. Seterusnya majlis mempersilakan wakil pentadbir _______________________________________ Dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan wakil PIBG Dipersilakan. Terima kasih diucapkan.

5.

Aturcara majlis yang lain

Hadirin yang dihormati, Ucapan sudah, penyampaian cenderamata juga telah selesai.

Majlis penutupan 6.

Hadirin yg dihormati, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada dihujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budimu tuan jadi kenangan Budimu tuan jadi kenangan Jadi kenangan bertahun tahun Kami di sini dilupa jangan Salah dan silap harap dimaafkan. Anak haruan lima-lima, Mati ditimpapunggur berdaun ;Budimu tuan kamiterima Jadi kenanganbertahun-tahun. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara Nampak Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita padahari ini. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Saya bagi pihak warga SMK Kelapa Sawit, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pengetua Cemerlang Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah Bt Md sem kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar beliau bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas ini. insyaALLAH.

You might also like