You are on page 1of 40

BAHAN 1 KAEDAH DALCROZE Lulusan Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang kuat.

Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25 tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik."Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah: 1. 2. 3. Euritmik Solfege Improvisasi Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya. Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginankeinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: " " " " " " " " " Untuk bergerak Berjaya dan diperkenalkan Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat Untuk bersaing Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik Untuk mengembara Memperoleh kepuasan kreativiti Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak. Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah. Euritmik (eurhythmic) ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik. Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu: " " " " Mendengar Merasai Berimaginasi Mengintrepetasi bunyi

" "

Bertindak/respon/bergerak Membayangkan maksudnya secara luaran Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur

muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi. Solfa (solfage) Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang. Improvisasi (improvision) Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

Website : http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad (No. Tel: 0197978873)

BAHAN 2

KAEDAH DALCROZE Emile Jaques Dalcroze (1865-1950) telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa: i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterprestasikan bunyi. ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik. Kandungan kurikulum Pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak. Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan. Dua ciri yang penting ialah:

i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi. ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya kanak kanak belajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep ini adalah seperti berikut: Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka. http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html

BAHAN 3 DALCROZE

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat muzik paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang memang suka bergerak. Pergerakan adalah suatu perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan atau terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) yang dilakukan melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai cara pergerakan badan.

6.1.1 Pengenalan Emile Jaques-Dalcroze

Emile Jaques-Dalcroze (18651950) seorang pendidik muzik berbangsa Swiss. Beliau adalah seorang profesor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfege dan Komposisi. Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan atau inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih- tubi pendengaran (aural training) adalah perkara terpenting kepada seseorang pelajar muzik. Semasa beliau menjalankan kajiannya dengan sekumpulan pelajar muzik, beliau mendapati mereka

sentiasa menyanyi sambil menggerakkan sebahagian daripada anggota badan mereka seperti menggerakkan tangan atau kaki, mengangguk-anggukkan kepala atau mengayunkan badan. Semua pergerakan itu berlaku secara spontan. Oleh yang demikian, hasil daripada pemerhatian tersebut, beliau berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan melakukan pergerakan. Setelah memerhatikan pula gaya dan cara pelajar-pelajarnya berjalan di dalam kampus, beliau percaya bahawa irama badan, gerak geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik. Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lainlain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik dan kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk pemahaman sesuatu pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing).

6.4 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PENDEKATAN) DALCROZE Dalcroze mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran dan pembelajaran. Konsep berirama juga dilakukan dalam semua perkara. Mengikut Dalcroze, pendidik mestilah mengurangkan percakapan dan menggantikannya dengan arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan peringkat pengajaran yang sistematik. Sebagai contoh, pola irama dan melodi boleh digunakan oleh pendidik bagi mengarahkan muridmurid melakukan sesuatu (Jadual 6.1).

Jadual 6:1: Arahan Dalam Bentuk Irama dan Melodi Pola Irama Tindak Balas Murid

se mua ba ngun

semua bangun

se mua du duk

semua duduk

kumpulan A jawab kumpulan A jawab

kumpulan B jawab kumpulan B jawab Pengubahsuaian atau pertukaran semua perkara kepada bentuk irama ini dikenali sebagai eurhythmic. Tidak kurang pentingnya dalam kaedah eurhythmic ini ialah perancangan yang teliti sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini mungkin dibuat secara berterusan dan bukan hanya untuk 30 minit sahaja. Pendidik harus memikirkan kesinambungan dan penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran kecil agar menjadi asas kepada kemahirankemahiran yang lebih besar. Dalcroze menyatakan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun melalui langkah-langkah kecil adalah lebih mudah difahami daripada membuat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan langkah-langkah yang besar. Mengikut Dalcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan:
a. Improvisasi atau Pengubahsuaian

Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:

i.

Bahan-bahan Muzik Seperti juga Carl Orff, Dalcroze menggunakan semua jenis muzik. Oleh kerana muzik mempunyai berbagai-bagai gaya mengikut tempat, zaman, dan jenis; maka pendidik perlulah menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajarannya.

ii.

Alat-alat Muzik Pengubahsuaian atau improvisasi boleh dilakukan kepada alat muzik. Sebagai contoh, pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil agar mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.

iii.

Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid mengenali not-not tersebut. Sebagai contoh, lima garis baluk boleh dikurangkan seperti berikut:

do re mi

do re mi iv. Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau ruang di luar bilik darjah. v. Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.

vi.

Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1, 2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.

b. Pembelajaran Harus Dimulai dari Sesuatu yang Konkrit ke Sesuatu yang Abstrak

Pendidik boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan perkara berikut:

Burung terbang tinggi .......... bunyinya twit .......... twit .......... twit .......... Lembu makan rumput di sawah .......... bunyinya mooo ......... mooo .......... mooo .......... Barangkali murid dapat mengagak yang mana bunyi tinggi dan yang mana bunyi rendah.
c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan

Dalcroze memperkenalkan konsep pendengaran dalaman (internal hearing) di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

BAHAN 4 KAEDAH KODALY IAITU: i. Tonik Solfa ii. Isyarat Tangan iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

a. Kaedah Kodaly secara berurutan Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya. i. Konsep Irama Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai kiraan). Elemenelemen muzikyang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini. ii. Konsep melodi Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti sebutan perkataan berpic:

Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary. b. Nyanyian Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba

pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. c. Pendengaran Dalaman Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik: Contoh 1 Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi, Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari. Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar - pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula. Contoh 2 Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan meminta muridmurid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk muridmurid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi tersebut secara kuat

d. Penghafalan

Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan.

Contoh 1. -Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut. -Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. -Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa kalai murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang) Contoh 2 -Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. -Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan. -Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulangulang. -Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan. -Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa) e. Improvisasi Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinan kepada mereka. Contoh : Permainan Baling Tepuk -Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. -Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. -Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain. f. Teknik/Komponen Kaedah Kodaly i. Tonik Solfa Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada

Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.

Nada Major : d r m f s l t d Nada minor : l t d r m f s l

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor. ii. Isyarat Tangan Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat -isyarat ini dilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan do pada aras bahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so mi lebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala.
e. iii. Simbol notasi lidi dan sebutan

Berikut adalah diantara urutan irama yang digunakan di dalam Kaedah Kodaly.

Simbol f. Muzik bergerak dalam beat yang stabil

g.

Meter muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan

h.
i.

Ikon i. Irama

j.
k.

ii. Pic (Kontur melodi)

l.
m.

iii. Notasi Lidi dengan Pic

n.
o.

iv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama

p.

Bahan 5 Pendekatan Kodayl Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah 'Muzik adalah untuk semua orang'. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing. Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu: i. ii. iii. Tonik Solfa Isyarat Tangan Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

a. Kaedah Kodaly secara berurutan Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya. i. Konsep Irama Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan (krocet - mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver - mempunyai nilai 1/2 kiraan). Elemenelemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini. ii. Konsep melodi

Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, 'so' dan 'mi' yang mempunyai jeda minor ke-3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti sebutan perkataan berpic: Di dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary. b. Nyanyian Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.

c.

Pendengaran Dalaman

Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik: Contoh 1 Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi, Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari. Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar-pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.

Contoh 2 Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulangulang. Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa) e. Improvisasi Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinan kepada mereka. Contoh : Permainan Baling Tepuk Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain

f. Teknik/Komponen Kaedah Kodaly i. Tonik Solfa Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta. Nada Major : Nada minor : d l r t m d r f s m l f t s d l

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor. ii. Isyarat Tangan Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat-isyarat ini dilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan do pada aras bahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so mi lebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala iii. Simbol notasi lidi dan sebutan http://pgsrmuzik08iptho.net/kodayl.html

BAHAN 6 KAEDAH KODALY

KOMPONEN KAEDAH KODALY3.1 Komponen Kaedah Kodaly meliputi lima perkara di bawah ini. a. Kaedah Kodaly secara berurutan; b. Nyanyian; c. Pendengaran dalaman; d. Penghafazan; dan e. Improvisasi.
f. Kaedah Kodaly secara Berurutan3.1.1 g. Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya disalurkan

melalui kegiatan nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak. Konsep Irama Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian kanak-kanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai. Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep semibreve dengan mudah memandangkan nilainya yang mempunyai 4 kiraan di mana ia tidak terdapat di dalam perlakuan mereka setiap hari. Di dalam pemahaman konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan empatan

digunakan. Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2. Jenis lagu ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman konsep irama. Meter tigaan hanya diperkenalkan setelah kanak-kanak dapat mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan dengan baik. Konsep Irama dan sebutannya akan diterangkan dengan lebih jelas pada Bahagian Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama. Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk, harmoni, tempo, dinamik boleh diatur dan disusun secara berurutan dalam kaedah ini. Konsep Melodi Di samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke 3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya panggilan nama mereka di rumah:

h. i. Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia. Di dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan dari negara Jepun, Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary. Jeda minor ke 3 (So mi), jeda major ke 2(so la) dan perfek ke 4 (mi la) selalunya terdapat dalam nyanyian solfa Sing Song Chants. Berikut adalah ciri-ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang perlu

diambil kira sebelum kaedah berurutan ini dijalankan. Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dan dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5 atau 6 ton dalam whole tone. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam pic yang tepat jika terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan. Ton yang menurun lebih mudah untuk kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton menaik. Ini menunjukkan permulaan pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan melalui lagu-lagu yang mengandungi rangkaian pic menurun. Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat: Not G ke E lebih mudah dinyanyikan daripada G ke F#. Lompatan pic oktaf adalah paling sukar bagi kanak-kanak untuk menyanyikannya. Mengikut kajian yang dijalankan mengenai renj kanak-kanak di dalam pengajaran pembelajaran Kaedah Kodaly, biasanya kanak-kanak akan memulakan dengan pic atas dalam jeda minor ke 3 F#. Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam nada D, Eb dan E adalah yang paling sesuai. Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semula jadi kanakkanak, iaitu suara mereka sendiri. Zoltan Kodaly

Nyanyian3.1.2 Suara merupakan satu alat muzik yang semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, mengharap dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian. Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang

terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Ia merangkumi kedua-kedua elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting dan setara. Hampir semua kefahaman dan kemahiran muzik boleh diperkembangkan melalui pengalaman dan kegiatan nyanyian di bilik darjah. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui cara menggunakannya dengan berkesan.

Pendengaran Dalaman3.1.3 Pendengaran dalaman atau Inner Hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai memikirkan sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia tidak boleh diketepikan. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik:
a. Permainan Mesej Rahsia

Guru memberikan sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid. Murid tersebut membaca nota tersebut dan menyanyikan secara berbisik di telinga guru. Sebelum memulakan pengajaran guru meminta murid membaca latihan atau menyanyi dengan lambat serta senyap (di dalam kepala).
b. Meneka Lagu

Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk muridmurid merasai melodi itu, guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas. (Murid juga boleh menggantikan tempat guru. Alternatif yang lain ialah menggunakan papan solfa dan penunjuk).

c. Memikir Not ke 5 (atas atau bawah)

Contohnya, satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid-murid menyanyi dua bar pertama dan la adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B (yang sepatutnya mi) sebagai la. Tahap yang tertinggi bagai seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini ialah apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam kepalanya.

Penghafazan3.1.4 Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan. Contoh 1 Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil berfikir melodi tersebut. Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan berkali-kali murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang). Contoh 2 a. Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan; b. Murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Di bahagian kanan pula dikosongkan; c. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang; d. Murid digalakkan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan; dan

e. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa). Contoh 2 adalah seperti berikut: not-not dalam bar ini diberi murid menulis not pada bar ini

Improvisasi3.1.5 Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka. a. Murid boleh diberi galakan dalam mengprovisasi sesuatu corak irama. Contoh: Permainan Baling Tepuk. i. ii. Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau mengerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar:

iii.

Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain.

b. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi sesuatu corak melodi. Contoh: Permainan Bersoal jawab. Guru menulis corak irama di papan hitam.

Guru menampal nama solfa contohnya s l m Murid diberi arahan untuk memulakan dengan solfa s pada corak irama di papan hitam.

Guru menyoal melalui nyanyian solfa. Guru memilih murid untuk menjawab kepada soalannya. Contoh andaian jawapan murid ialah:

Aktiviti di atas boleh dijalankan antara murid dengan murid yang lain. c. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi bentuk melodi. Contoh: Permainan Ikut Giliran. Dalam kumpulan seramai 5 orang murid, murid pertama akan memulakan dengan menyanyi satu frasa solfa diikuti oleh murid kedua, ketiga dan keempat. Murid kelima akan menjelaskan bentuk melodi. Contoh petikan melodi di dalam Permainan Ikut Giliran adalah seperti di bawah:

LATIHAN AMALI3.2 Di dalam pendekatan Kodaly anda perlu memahami bahawa untuk mengaplikasikan pendekatan ini ke dalam bilik darjah seseorang itu perlu berlatih menyanyi tonik solfa secara latih tubi. Di samping itu menggunakan isyarat tangan sambil menyanyi.

Berikut terdapat 10 petikan latihan nyanyian solfa. Berlatih bernyanyi dalam tonik solfa secara latih tubi. Sebelum itu anda perlu lakukan beberapa perkara seperti berikut: a. Pic yang pertama diberi b. Sebut irama sambil menepuk c. Nyanyi pic yang pertama dahulu sebelum menyanyi keseluruhan petikan dalam tonik solfa d. Nyanyi petikan tersebut berulang kali e. Gunakan isyarat tangan sambil menyanyi m d Latihan 1

m d Latihan 2

m d Latihan 3

s d Latihan 4

s d Latihan 5

l d Latihan 6

RUMUSAN BAHAN 1,2 DAN 3 UNTUK MAKLUMAT DAN TEKNIK DALCROZE Kaedah Dalcroze telah dibangunkan pada awal abad ke-20 di Switzerland oleh pemuzik dan juga merupakan pendidik yang bernama mile Jaques-Dalcroze. Kaedah Dalcroze ini dibahagikan kepada tiga konsep asas iaitu penggunaan solfege, penambahbaikan, dan euritmik. Euritmik boleh juga dirujuk sebagai pergerakan yang dilakukan dengan muzik dan juga tanpa iringan muzik. Euritmik mengajar konsep irama dan pergerakan menggunakan ungkapan muzik dan ia murupakan konsep Dalcroze yang paling dikenali. Ia memberi tumpuan kepada pelajar untuk mendapatkan kesedaran fizikal dan pengalaman muzik melalui latihan dengan semua pancaindera, terutamanya kinestetik. Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintrepetasi bunyi ,bertindakbalas dan membayangkan maksud secara luaran.

Menurut Dalcroze, muzik juga adalah bahasa asas bagi otak manusia, oleh itu muzik amat berkait rapat dengan manusia. Tubuh badan adalah instrument asas bagi pendekatan Dalcroze dalam muzik.Murid akan mendengar irama muzik dan meluahkan emosi melalui pergerakan yang dihasilkan. Jelasnya, pendekatan ini dapat menghubungkan muzik, pergerakan,emosi, minda, dan tubuh badan. Ungkapan irama muzik melalui pergerakan dapat memperkembangkan kemahiran muzik melalui latihan kinestetik. Pelajar-pelajar belajar irama secara berstruktur dengan mendengar muzik dan menyatakan apa yang mereka dengar melalui pergerakan badan secara spontan. Sebagai contoh, nilai-nilai nota dan irama diwakili dengan loncatan atau bertepuk tangan. Menurut Dalcroze, cara yang paling berkesan untuk mengajar muzik bergantung kepada empat prinsip asas iaitu:

a) Kemahiran yang melihat dan bertindak balas terhadap muzik perlu dibangunkan. Bagi kanakkanak ia hanya boleh bermakna semasa bermain muzik dan memberi maklum balas kepada rentak. Pada peringkat yang lebih tinggi, ia boleh bermakna mendengar satu frasa dan kemudian, mempertingkatkan kecepatan kepada dua kali ganda.

b) Pelajar mesti membentuk deria dalam muzik, perasaan dalaman dan rasa otot dalaman. Pelajar akan mendalami masa, ruang dan tenaga hubungan dalam gerakan yang sesuai dengan mereka dalam muzik .

c) Komunikasi deria pendengaran, badan dan minda mesti diperkembangkan dengan lebih tajam. Ini adalah kerana teknik Dalcroze menekankan pembelajaran berpusatkan murid secara aktif dalam pendengaran dan tindakbalas. d) Pelajar mesti membentuk gudang imej aural dan kinestetik yang boleh diterjemahkan dalam bentuk simbol dan apabila penarikan balik, hendaklah dilaksanakan pada kehendak. Ini adalah kunci kepada muzik bacaan. Sumber idea muzik ini menjadi satu himpunan untuk ekspresif prestasi dan cara

kepada persepsi yang lebih sensitif.

Keempat-empat komponen ini akan diajar terutamanya melalui latihan pergerakan kumpulan dan permainan di kalangan pelajar,guru memimpin mereka sekurang-kurangnya dengan menggunakan piano membimbing mereka dari jauh. Kaedah penyertaan Eurhythmics tidak hanya kondusif untuk menikmati dalam pembelajarnganan tetapi jugamembangunkan hubungan dengan orang lain dan bagaimana untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana pembelajaran.Secara keseluruhannya dengan kaedah dan pendekatan Dalcroze ini juga dapat membantu memupuk daya imaginasi, ekspresi kreatif, koordinasi, fleksibiliti, kepekaan, pendengaran dalaman, penghargaan muzik dan kefahaman konsep muzik.

RUMUSAN BAHAN 3,4 DAN 6 UNTUK MAKLUMAT DAN TEKNIK KODALY

Kaedah pengajaran muzik Kodaly telah dibangunkan di Hungary pada tahun 1940-an dan 50-an oleh penggubah pendekatan muzik Zoltan Kodaly, rakan-rakannya dan juga pelajar beliau. Ia tidak dicipta oleh Kodaly bersendirian , tetapi sebaliknya, dibangunkan di sekolah-sekolah Hungary di bawah inspirasi dan pengajaran. Kodalay berpendapat semua orang mampu celik linguistik dan juga mampu celik muzik.Nyanyian juga adalah merupakan asas yang terbaik untuk ahli muzik.Untuk menjadikan pendidikan muzik yang paling berkesan,pendidikan muzik perlu bermula dari peringkat awal.Kodaly juga menyatakan lagu-lagu rakyat warisan linguistik kanak-kanak dapat membentuk muzik bahasa ibunda.Muzik juga merupakan seni yang mempunyai nilai tertinggi dan perlu diaplikasikan dalam pendidikan. Muzik perlu berada merentas kurikulum subjek teras, yang digunakan sebagai asas untuk pendidikan.

Kaedah Kodaly mengambil pendekatan pembangunan kanak-kanak untuk pengajaran iaitu ia bermula dengan bahan yang lebih mudah bagi pelajar seterusnya memperkembagkan bahan lebih susah dalam pengajaran muzik. Dalam muzik ini bermakna bermula dengan kanak-kanak apabila menyanyi, dan secara beransur-ansur memperkenalkan selang berbeza sehingga skala yang boleh dinyanyikan. Kaedah yang bertentangan ini adalah pendekatan perkara logik, di mana kanakkanak itu diperkenalkan kepada maklumat dalam suatu arahan yang logik kepada subjek. Terdapat enam komponen dalam kaedah Kodaly, setiapnya memainkan peranan penting dalam mengimplikasikan pendekatan ini.Berikut merupakan komponen dalam kaedah Kodaly. a) Kaedah Kodaly secara berurutan b) Nyanyian c) Pendengaran dalaman; d) e)
f)

Penghafazan; dan Improvisasi. Kaedah Kodaly secara Berurutan Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya disalurkan melalui kegiatan nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak. Irama adalah elemen penting dalam muzik yang boleh dijadikan sebagai contoh di sini. Irama asas dalam pergerakan harian kanak-kanak adalah sama dengan berjalan (1 kiraan nilai krocet), seperti yang sedia ada dan pemarkahan (kuaver separuh harga diskaun) kelajuan yang munasabah Meter irama menggunakan, dua-dua dan empatan,. Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan untuk meter 2. Jenis lagu irama adalah sesuai untuk mula memahami konsep. Meter triple telah diperkenalkan supaya kanak kanak dapat mengikuti dengan baik begitu jugak dengan meter berganda dan empatan . Bentuk, harmoni, unsur-unsur muzik seperti kelajuan, pergerakan

boleh dikawal dan disusun secara berurutan dalam kaedah ini. Di samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Kanak-kanak tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu didedahkan terlebih dahulu dengan 2 pic , so dan mi yang mempunyai jeda minor ke 3 kerana jeda ini memang terdapat dalam kehidupan harian kanak-kanak kegiatan nyanyian di bilik darjah. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui cara menggunakannya dengan berkesan.

Suara merupakan instrumen berkesan semulajadi dan dimiliki oleh semuaorang. Kanakkanak yang menggunakan suara sebagai instrumen untuk menyatakan kegembiraan, cinta, kesedihan, harapan dan keseronokan. Satu cara yang bagus sebagai pengalaman bagi kanak-kanak ialah dengan penggunaan muzik melalui aktiviti nyanyian.Nyanyian merupakan satu aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan dasar yang terbaik dalam pembangunan kemahiran muzik. Ia menggabungkan unsur-unsur seni dan sains yang kedua-duanya merupakan aspek mental dan fizikal yang dapat memainkan penting dan sama rata. Hampir kesemua pengetahuan dan kemahiran yang boleh dibangunkan melalui pengalaman aktiviti muzik dan nyanyian di dalam kelas. Pendengaran dalaman merupakan satu bahagian penting dalam kaedah Kodaly.Teknik yang dikenali sebagai "pendengaran dalaman" dan "nyanyian dalaman 'dapat menguji semua unsurunsur muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti menyanyi, bermain alat muzik dan lain-lain bidang muzik.Penghafalan bagi kanak-kanak adalah sesuatu yang menyeronokan.Pendengaran dalaman adalah penting untuk dikuasai dalam proses penghafalan. Improvisasi dalam muzik juga merupakan komponen penting dalam kaedah kodaly ini berfungsi untuk menunujukkan kefahaman murid dalam mempelajari muzik.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN DALCROZE DAN KODALY. Langkah 1 Guru mengarah murid supaya membuat satu bulatan. Guru menunjukan tepukan dengan 2 jari dalam meter 4 4,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk dengan 2 jari mengikut meter 4 4. Penjelasan Pendekatan Menurut Dalcroze tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang paling utama.Dalam langkah 1 tepukan 2 jari dijadikan sebagai alat muzik.Ini merupakan bukti akitiviti P&P menggunakan pendekatan Dalcroze.Langkah1 juga dapat memberi peluang kepada murid supaya menghayati dan memberi pengalaman muzik baharu dengan cara mendengar dan melihat.Langkah ini juga memberi peluang kepada murid memainkan satu bentuk irama yang telah diperkenalkan oleh guru melalui tepukan 2 jari tadi.

Langkah 2 Guru menunjukan tepukan 2 jari dua kali dan 5 jari 2 kali dalam meter 4 4,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk seperti yang ditunjukan tadi. Penjelasan Pendekatan Langkah 1 ke langkah 2 adalah merupakan perlakuan mudah kepada lebih susah .Ini merupakan pendekatan Kodaly.Langkah 2 juga menunjukan konsep irama Kodaly yang mana kanak-kanak lebih mudah memahami 4 dan 2 kiraaan berbanding dengan semibreve. Langkah 3 Guru menunjukan tepukan 2 jari dua kali dan 5 jari 1 kali dan mengengam tangan 1 kali dalam meter 4 4,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk seperti yang ditunjukan tadi. Penjelasan Pendekatan Pendekatan Dalcroze dan Kodaly digunakan dalam mempelajar irama tetapi langkah 3 ini mula menggunakan luahan eksprsi pergerakan tanpa bunyi iaitu genggaman tangan.Ini juga dikenali sebagai pendengaran dalaman. Langkah 4 Guru memainkan lagu twinkle twinkle little star sambil bertepuk 2 jari dua kali dan 5 jari 2 kali untuk bar pertama dan 2 jari dua kali dan 5 jari 1 kali dan mengengam tangan 1 kali dalam meter 4 4 untuk bar ke 2,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru dengan iringan muzik.Perlakuan diulang sehingga 3 kali. Penjelasan pendekatan Langkah 4 menggunakan konsep melodi iaitu lagu twinkle twinkle little star yang mana pic-pic adalah bersesuaian dengan kanak-kanak yang mana menurut Kodaly, kanak-kanak hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Langkah 5

Guru mengarahkan pelajar membuat pergerkan tanpa bunyi untuk meluahkan emosi.Guru meminta cadangan daripada murid pergerakan tanpa bunyi yang hendak dibuat.Murid memberi respon.Guru meminta murid melakukan pergerakan tanpa bunyi itu dengan iringan muzik lagu twinkle twinkle little star. Penjelasan pendekatan Langkah 5 ini menggunakan proses Eurhythmics yang mana melibatkan individu secara menyeluruh termasuklah minda dan anggota badan untuk mendengar, merasai, berimaginasi dan menginterpretasikan bunyi seterus nya memberi respon atau bertindakbalas bagi membayangkan maksud muzik secara luaran.Pergerakan dalam langkah 5 ini merupakan pergerakan bukan lokomotor.Pergerakan yang mungkin dicadangkan oleh murid ialah seperti mengayun tangan ,membongkok, memintaln melentik dan lain-lain. Langkah 6 Guru mengarahkan pelajar membuat pergerakan tanpa bunyi sambil berjalan dalam bulatan mengikut arah jam untuk meluahkan emosi dengan cadangan murid lain .Guru meminta cadangan daripada murid pergerakan tanpa bunyi yang hendak dibuat berbeza dengan pergerakan di langkah 5 tadi.Murid memberi respon.Guru meminta murid melakukan pergerakan tanpa bunyi itu dengan iringan muzik lagu twinkle twinkle little star. Penjelasan pendekatan Langkah 6 ini mengandungi improvisasi di mana, murid diminta mencadangkan pergerakan tanpa bunyi yang berbeza-beza dari rakan-rakan yang lain dalam langkah 5. Menurut Dalcroze improvisasi merupakan cantuman atau tambahan akitviti Eurthymics dan ia merupakan kreativiti. Langkah 7 Guru memberi arahan kepada pelajar supaya bertepuk tangan secara bergilir-gilir dalam bulatan dan apabila muzik lagu twinkle twinkle little star diberhentikan maka pelajar yang bertepuk tangan ketika lagu diberhentikan akan diarahkan duduk.Perlakuan diulang sehingga hanya 1 orang sahaja yang masih berdiri. Penjelasan pendekatan

Langkah 7 ini menggabungkan pendengaran, merasa, berimiginasi, menginterprtasikan bunyi dan membayangkan maksud secara meluas yang ada dalam Eurthymics.Langkah ini juga dapat melatih pelajar memahirkan pendengaran dalaman di mana hanya seorang sahaja bertepuk mengikut beat lagu manakala pelajar yang menyambut tepukan harus berimiginasi tentang bunyi tepukan mengikut lagu yang dimainkan.Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Langkah 8 Guru bersoal jawab dengan murid untuk merumuskan pembelajaran muzik di akhir pengajaran dan pembelajaran .Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star dengan bertepuk tangan bersama-sama.

Langkah 8 dapat menerapkan penghafalan melalui aktiviti tepukan beramai-ramai dan juga penghafalan lirik lagu melalui pendekatan Kodaly.

REFLEKSI

You might also like