You are on page 1of 24

PERANAN AKTOR DAN SUMBER DALAM PROSES PENGGUBALAN DASAR AWAM

OBJEKTIF BAB

Membezakan antara aktor rasmi dan aktor tidak rasmi. Membezakan antara aktor utama dan aktor pelengkap. Membincangkan peranan aktor rasmi dalam pembentukan dasar awam. Memberi contoh aktor rasmi. Membincangkan peranan aktor tidak rasmi dalam pembentukan dasar awam. Memberi contoh aktor tidak rasmi.

AKTOR-AKTOR DASAR (POLICY ACTORS)


Pembentukan sesuatu dasar datangnya daripada pihak-pihak tertentu. Ini bermaksud, ada pihak yang terlibat dan memainkan peranan utama ataupun pelengkap dalam pembuatan dasar awam. Pihak yang terlibat dalam pembuatan dasar ini digelar sebagai aktor dasar. Oleh itu, aktor dasar merupakan individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab atau mempunyai kuasa atau hak dalam menggubal dan pelaksanaan sesuatu dasar. Aktor dasar terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu aktor rasmi dan aktor tidak rasmi.

AKTOR RASMI

Terdapat dua kategori aktor rasmi iaitu aktor utama atau primer dan aktor pelengkap atau supplementary. Aktor primer ialah aktor yang mendapat mandat secara langsung daripada Perlembagaan dalam proses sesuatu dasar. Aktor ini juga mempunyai kuasa merumuskan dasar-dasar dan mempunyai kuasa terhadap dasar yang diluluskan tersebut. Aktor supplementary pula mendapat mandat daripada aktor primer. Contohnya polis yang mendapat mandat daripada Parlimen melalui Akta Polis

PARLIMEN
Parlimen merupakan suatu badan yang terpenting berdasarkan kuasa yang dimiliki olehnya. Setiap lima tahun sekali rakyat akan memilih ahli-ahli Dewan rakyat, iaitu Majlis yang paling berkuasa antara dua majlis Parlimen. Menurut Perkara 44, secara rasminya Parlimen mempunyai kuasa perundangan Persekutuan atau kuasa Kerajaan Persekutuan untuk membuat undang-undang. Menurut perlembagaan,Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh itu, undang-undang diwujudkan bersama oleh ketigatiga pihak Tersebut. Walaupun begitu, seandainya Dewan Rakyat tidak bersetuju dengan Dewan Negara, kuasa membuat undang-undang boleh dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Rakyat sahaja.

YDPA

sebahagian daripada Parlimen. Walaupun begitu, Baginda tidak bersama-sama bersidang dalam Parlimen. baginda selalunya berperanan sebagai memberi titah ucapan kepada mana-mana satu Majlis Parlimen atau kepada kedua-dua Majlis Parlimen secara bersama. Peranan utama YDPA ialah memanggil mesyuarat parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa menamatkan penggal Parlimen atau membubarkan Parlimen.

Secara umumnya, raja-raja di Malaysia kelihatannya tidak terlibat di dalam pembuatan dasar Ahmad Atory (1985), Perlembagaan Malaysia harus ditinjau dari segi nilai orang Melayu dan juga patut ditinjau dari sudut sastera dan adat Melayu. Adat Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengatasi Raja, walaupun pada hakikatnya Raja tidak ada kuasa. Tetapi orang Melayu tetap menjunjung Raja. Dengan sebab itu, kita dapati dalam Perlembagaan negeri, boleh dikatakan kebanyakan fasal-fasal penting berada di bawah perkenan dan naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Oleh itu, peranan utama YDPA yang tidak boleh dinafikan dalam pembentukan sesuatu dasar untuk negara ialah sebagai penimbal kuasa antara rakyat dan Parlimen supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa yang melampau daripada pihak Parlimen, raja-raja dan aktor-aktor yang lain seperti tentera. Oleh itu, peranan YDPA memastikan dasar yang diwujudkan adil untuk kesemua pihak terutama untuk kesejahteraan rakyat dan seterusnya

PERDANA MENTERI
Perdana Menteri ialah aktor utama dalam sesebuah kerajaan yang memerintah. Kebanyakan dasar-dasar digubal dan diambil tindakan oleh PM di peringkat Persekutuan. Dasar di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman: a) Dasar Pro-Barat. Tanah-Malaysia telah menyertai negara Komenwealth. b) Rancangan Malaya Pertama (RM1) untuk tempoh 1956 hingga 1960. pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu

Tun Abdul Razak, dasar awam Malaysia diteruskan dengan Rancangan Malaysia yang Pertama (RM1) (1966 1970). RM1 ini merupakan rancangan tahap ketiga dalam pembangunan negara, tetapi ialah rancangan pertama semenjak tertubuhnya Malaysia. Rancangan Malaysia yang kedua (RM2) bagi tempoh 1971 hingga 1975 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Berkecuali iaitu beliau memperlihatkan perubahan yang ketara daripada sikap pro-barat dan antikomunis kepada dasar luar yang berkualiti. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.

Tun Hussein b. Dato Onn: penekanan terhadap DEB di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3). Tun Dr. Mahathir Mohamad: Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Kependudukan Negara, Dasar penerapan nilai-nilai Islam, Dasar Pandang ke Timur, Dasar penswastaan, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi & Dato Seri Najib Tun Abdul Razak???

MENTERI2/EKSEKUTIF
Peranan dalam mentadbir sesebuah negara dibantu dan diperkukuhkan lagi oleh menteri-menteri sebagai eksekutif. Ahli-ahli politik ataupun eksekutif berperanan sebagai penggubal atau membentuk dasar-dasar yang biasanya diketuai oleh Perdana MenterI, menteri-menteri atau MenteriMenteri Besar.

Untuk mengekalkan pemerintahan sesebuah negara, ahli-ahli politik yang memerintah akan memastikan setiap dasar yang mereka gubal dan laksanakan perlulah mendapat keabsahan ataupun legitimasi daripada rakyat. Legitimasi merupakan matlamat dan faktor untuk mengekalkan kedudukan mereka. Oleh sebab itu, setiap dasar penting untuk dibahaskan bagi menjamin keabsahan serta menilai keupayaannya setelah dilaksanakan kelak. Melalui dasar yang dilaksanakan, maka ahli politik dapat memperkukuhkan kedudukan

BIROKRAT/PENTADBIR AWAM
Bagi menjayakan sesuatu dasar yang telah digubal oleh eksekutif ataupun ahli-ahli politik yang memerintah, maka satu kumpulan pelaksana diperlukan. Kumpulan pelaksana dasar tersebut dikenali sebagai Birokrat ataupun pentadbir. Golongan pentadbir awam ini bertanggungjawab ke arah melaksana dan menentukan berjaya atau tidak sesuatu undang-undang atau dasar yang telah ditetapkan oleh pentadbir atau ahli-ahli politik. Dengan kata lain, mereka ialah golongan yang lebih tahu dan pakar dalam bidang yang ada hubungan dengan pelaksanaan dasardasar kerajaan jika dibandingkan dengan ahli

Menurut Ahmad Atory (1990), secara teorinya, golongan birokrat bersikap berkecuali (neutral) dalam hal-ehwal politik. Di Malaysia, golongan ini tertakluk di bawah Perintah Am Bab D yang melarang mereka melibatkan diri secara aktif dengan parti politik. Golongan pentadbir juga bertanggungjawab mengumpul data dan maklumat-maklumat tertentu daripada rakyat, menyusun input dan pendapat untuk dikemukakan kepada ahli-ahli politik khususnya kabinet. Maklumat-maklumat yang dianalisis itulah akan dapat membuka jalan ke arah saranan dan seterusnya

Para pentadbir juga akan mengumpul maklum balas hasil daripada sesuatu dasar yang telah dilaksanakan itu. Hasil daripada sesuatu dasar maklumat atau maklum balas itulah yang akan menentukan sama ada sesuatu dasar itu perlu diteruskan, diubahsuai atau ditamatkan proses ini memperlihatkan bahawa peranan pentadbir penting ke arah penggubalan sesuatu dasar awam, menyemak dasar tersebut sehingga kepada pelaksanaan dan penilaian prestasi sesuatu program, projek dan rancangan kerajaan.

AKTOR TIDAK RASMI


Aktor tidak rasmi juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dasar awam Malaysia. Aktor tidak rasmi tidak mempunyai kuasa yang sah untuk memutuskan sesuatu dasar. Ianya menjadi sumber tambahan dengan memberi maklumat serta cadangan yang tertentu untuk aktor rasmi mengenai dasar yang akan, sedang dan telah dilaksanakan. Dengan tindakan aktor tidak rasmi ini akan memudahkan lagi aktor rasmi dalam merancang pembentukan, pembaikan dan pelaksanaan sesuatu dasar. Antara aktor tidak rasmi yang terlibat ialah agensi swasta, media, kumpulan bukan

Agensi Swasta Agensi swasta juga merupakan pelaksana dasar. Peranan pihak swasta kian dianggap penting dewasa ini dalam menjayakan sesuatu dasar awam. Dalam menjayakan sesuatu dasar selalunya agensi swasta difokuskan untuk menjayakan dasar utama ekonomi yang sepatutnya diwujudkan untuk meneruskan usaha ke arah kemakmuran dan ekonomi yang bersaing Dalam mempengaruhi persekitaran dasar, agensi swasta tidak dapat dipisahkan sebagai aktor tidak rasmi yang paling utama mempengaruhi dasar awam.

Media Media ialah satu alat penyampaian maklumat semasa yang digunakan oleh pihak tertentu untuk memastikan maklumat tersebut disebarkan secara meluas. Awal permulaaan penulisan, media yang digunakan hanyalah sekadar media cetak media elektronik dan media melalui teknologi terkini yang dikenali sebagai teknologi maklumat. Media juga berperanan memberi dan menambahkan pengetahuan awam.Tidak dapat dinafikan pada zaman pasca-moden ini media telah dilihat bukan sahaja sebagai penyebar maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan,berita dan sebagainya tetapi juga sebagai pencetus minda masyarakat atau lebih

Cohen, 1995, seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan". media turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi keberkesanan dasar kerajaan. Di sini media berperanan sebagai "check and balance" dalam menentukan keberkesanan dasar-dasar negara. Melalui media, dasar kerajaan akan kian mantap dan berkesan. Penilaian secara tidak langsung boleh dilakukan oleh penganalisis dasar melalui peranan yang dimainkan oleh

Kumpulan Bukan Kerajaan Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) ialah sebuah badan yang tidak berasaskan keuntungan politik mahupun kepentingan awam Di Malaysia, NGO sering memainkan peranan dalam mempengaruhi sesuatu pembentukan dasar. Mereka memperjuangkan sesuatu perkara bagi memastikan masyarakat mendapat hak mereka. Antara badan NGO yang aktif membantu masyarakat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dll. Secara keseluruhannya, NGO sememangnya berperanan aktif di Malysia dalam memperjuangkan hal-hal tertentu. Penubuhan mereka bukan hanya sekadar sebagai pemangkin pembentukan sesuatu dasar,

Kumpulan Berkepentingan Tujuan kumpulan berkepentingan ini diwujudkan bagi mewakili kepentingan golongan-golongon tertentu untuk kepentingan ahli-ahlinya. Secara praktikalnya, kumpulan berkepentingan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesuatu dasar awam. Di Malaysia, kumpulan ini selalunya mewakili kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan hak pekerja seperti, hak-hak pengguna oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), hak wanita seperti Pertubuhan Organisasi Wanita Kebangsaan (NCWO).

Individu Awam sebenarnya individu awam boleh mempengaruhi sesuatu dasar apabila mereka mempunyai hak untuk mengundi. Pengundi sentiasa memberi sokongan terhadap partiyang memerintah seandainya dasar yang diperkenalkan mampu menjaga kepentingan mereka Aderson, (2000), sesetengah individu yang tergolong dalam kategori bijak pandai mampu menyumbangkan ideaidea baru dan arahan tertentu dalam

KESIMPULAN

Penggubalan dan pelaksanaan dasar awam selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara. Selain itu, sesuatu dasar awam dibentuk berdasarkan sumbangan dan penglibatan kerajaan, pihak swasta, media, kumpulan berkepentingan dan masyarakat keseluruhannya. Kerajaan tidak mampu merealisasikan sesuatu dasar awam sekiranya tidak mendapat input serta sokongan daripada pihak lain seperti media, NGO, badan berkepentingan dan individu.

You might also like