You are on page 1of 4

Surealisme Surrealism merupakan suatu aliran penghasilan karya yang bermula awal tahun 1920 an.

Aliran ini popular dalam bidang penghasilan karya seni visual, penulisan dan teater. Di bawah ini ditampilkan beberapa contoh karya catan aliran surrelisme yang padanya terdapat elemen luar biasa, kejutan, alam bawah sedar, fantasi dan mimpi... Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantumcantumkan. BENTUK/SIFAT SURREALISMA a. Jam lembik yang tersadai pada pokok b. Figura yang hidup tetapi berpecah badan dengan kakinya c. Gambar mimpi yang membangkitkan khayalan d. Bayangan yang tidak masuk akal dan kadang-kadang berunsur sek yang simbolik e. Boleh melahirkan cerita-cerita yang memeranjatkan,menakutkan(horrifies),memuatkan (nauseates), meransangkan (provokas), dan menghairankan. f. Gaya spontan ikut intuiti dan gerak hati tanpa berfikir dan mengkaji. g. Objek yang tidak berkenaan dan tidak berhubungan diletakan bersisi-sisian dalam suatu situasi yang tidak dijangka.

Teknik Catan Teknik Berus Kering Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian

bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris sehingga

meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang baru pada masa akan datang Teknik Scambling

Scambling merupakan penggunaan berus yg terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan tekstur yang halus pada suatu latar permandangan. Teknik Pointilisme.

Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran minyak dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan menarik. Teknik Impasto.

Teknik Impasto merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air. Teknik Alla Prima

Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

Renjisan dan percikan Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain Teknik Hard - edge Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus
Cat Akrilik 1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering 2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an. 3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto 4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering 5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak. Aliran Surealisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warnawarna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempattempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Definisi Catan Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain dari

pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.

You might also like