P. 1
KKP EDU 3106 - PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA

KKP EDU 3106 - PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA

|Views: 3,121|Likes:
Published by Cikgu Madrid
KERJA KURSUS PENDEK

SEMESTER 5

2012

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

"PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DAN IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA"
KERJA KURSUS PENDEK

SEMESTER 5

2012

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

"PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DAN IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA"

More info:

Published by: Cikgu Madrid on May 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/26/2013

pdf

text

original

EDU 3106

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH)
MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 SEMESTER 5

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DAN IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN TARIKH SERAHAN NAMA PENSYARAH

: : : :

MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI 201021131003O 20 MAC 2012 PUAN HALIMATUN BT MD YUSOF

EDU 3106

EDU 3106

ISI KANDUNGAN
PERKARA PENGENALAN PERANAN GURU DALAM MERIALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI PERPADUAN IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA
• • •

MUKA SURAT 1 2-4

IMPLIKASI TERHADAP KERAJAAN IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH IMPLIKASI TERHADAP GURU

5-6 7 8-11

RUMUSAN/CADANGAN RUJUKAN LAMPIRAN REFLEKSI

12-13 14-15

EDU 3106 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%). Dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Dari segi agama, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kamus Dewan (2007), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap. (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al. (1994) dalam Yahya (2007), menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai, kepercayaan, dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya.

EDU 3106 PERANAN GURU DALAM MERIALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI PERPADUAN Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 iaitu "Wawasan 2020". Menjelang tahun 2020, beliau berhasrat Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Hal iniI bermakna Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang iaitu ingin mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan. Justeru, dalam mencapai wawasan 2020 itu, kerajaan telah menetapkan Misi Nasional yang perlu dicapai. Dalam Misi Nasional 2006-2020 yang telah dirangka, terdapat lima teras utama yang telah digariskan iaitu teras yang pertama ialah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi Negara; teras yang kedua ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’; teras yang ketiga ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif; teras yang keempat ialah meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan teras yang kelima ialah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara (YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006).

EDU 3106 Y.B Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan, Malaysia dalam buku yang bertajuk “Membina Negara Bangsa” berkata : “Perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan merupakan perjuangan yang tiada bersempadan dan tiada penghujungnya. Malah , sebagai sebuah Negara yang sedang dalam usaha memantapkan proses pembinaan Negara bangsanya, pelbagai usaha sedang dan akan terus dilaksanakan untuk menjamin perpaduan kaum terus dipertahan dan diperkukuhkan.” Pendidikan merupakan salah satu penggerak utama dalam mencapai Misi Nasional tersebut ke arah mencapai perpaduan dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan itu. Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Antara peranan guru ialah sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk memajukan pendidikan. Menurut Shahril (2008), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 43, 729 juta untuk membangunkan dan mengurus pendidikan dan latihan. Ini membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan. Justeru, guru perlu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Peranan guru sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat jelata. Jadi, guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati. Guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh teladan yang baik, maka masyarakat akan memandang tinggi kepada guru dan akan berusaha untuk mencontohi guru.

EDU 3106 Tugas guru yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

EDU 3106 IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA IMPLIKASI TERHADAP KERAJAAN Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah, namun pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu “Membina Negara Bangsa” dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan. Selain itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM menetapkan objektif untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang; memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi

EDU 3106 mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang. Di samping itu, langkah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Justeru, KPM juga telah melaksanakan penguasaan Dasar Bahasa Memartabatkan Inggeris Bahasa Malaysia tahun dan Memperkukuhkan Tujuan untuk (MBMMBI) pada 2011.

memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia manakala tujuan memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Selain itu, pada tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Antara objektif yang dihasratkan melalui pelaksanaan Dasar 1M 1S di sekolah adalah bagi memupuk perpaduan antara kaum (Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

EDU 3106 IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH

Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Menurut Najeemah (2006), sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan.

Menurut Abdullah (2005), pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Beliau menambah, melalui pemahaman tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas.

Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempattempat bersejarah Negara.

Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan.

EDU 3106 Selain itu, sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum.

EDU 3106 IMPLIKASI TERHADAP GURU Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid. Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan. Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah.

EDU 3106 Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2011), melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Menurut Noriati (2011), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Jadi, murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan perbezaan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.

EDU 3106 Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun yang juga merangkap sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah semasa merasmikan Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 bahawa pendidikan mesti menjurus kepada pembentukan nilai moral yang baik dan mulia bukan semata-mata menyampaikan fakta-fakta isi pelajaran untuk persediaan peperiksaan. Baginda menyeru agar para guru sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya yang baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan muridmurid seiring dengan konsep 1 Malaysia. Baginda juga bertitah bahawa kebencian kaum boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan pembangunan Negara. Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd Najib, 2007). Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran. Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

EDU 3106 Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan. Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011). Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.

EDU 3106 RUMUSAN Peranan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan Misi Nasional Negara. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda pembangunan Negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan. Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambuatn Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya, guru perlu mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.

EDU 3106 Selain itu, peranan guru sebagai suri teladan kepada murid dan masyarakat perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang kepada perwatakan seorang guru. Jadi, sekiranya seorang guru menunjukkan contoh teladan atau perangai yang tidak baik akan mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan kepercayaan kepada guru. Guru sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri muridmurid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur, perpaduan dan sebagainya. Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri mereka, maka menjadi mudahlah proses menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara kita.

EDU 3106 RUJUKAN Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007). Humor Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Abdullah Sani bin Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada 15 Mac 2012 daripada http://www.statistics.gov.my Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris(MBMMBI). Unit Koperasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). 1 Murid 1 Sukan : Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan(1M 1S). Putrajaya : Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006). Psikologi Pendidikan. Selangor : PTS Professional

Misi Nasional 2006-2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http:// www3.pmo.gov.my/ Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12 : 99-118

EDU 3106 Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan. Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru. Mstar Online. Dicapai pada 16 Mac 2012 daripada http://www.mstar.com.my/ Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Sekolah Wawasan (t.t). Dicapai pada 13 Mac 2012 daripada http://

pmr.penerangan.gov.my Shahril Marzuki (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Tuanku Bainun (13 Oktober 2010). Pembentukan Nilai Moral Penting Dalam Pendidikan. Bernama. Dicapai pada 17 Mac 2012 daripada http://web6.bernama.com Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional

EDU 3106 REFLEKSI Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini iaitu menulis sebuah esei yang bertajuk “Peranan guru dalam merialisasikan misi nasional Negara dan implikasi dalam pendidikan pelbagai budaya”. Penerangan yang diberikan semasa taklimat agak jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan dapat saya atasi. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya. Proses memngumpul maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama. Ini bagi memudahkan saya menulis rujukan. Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mempersiapkan diri untuk menjalani praktikum. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini. Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya ialah tentang teras dalam misi nasional. Sebelum ini, saya hanya sering mendengar tentang misi nasional secara umum tanpa mengetahui teras-terasnya. Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya.

EDU 3106

Saya juga sempat mengkaji pelbagai dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid. Antara dasar yang telah saya membuat penelitian ialah dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk perpaduan kaum di Negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh teladan dan sebagainya. Saya amat berharap saya akan dapat menjadi seorang guru yang mampu mendokong aspirasi Negara ini untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->