You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PORT DICKSON 71000 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PNGUASAAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN MELIBATKAN NOMBOR POSITIF DAN NOMBOR NEGATIF DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP HUTANG TARIKH: 2 MEI 2011 HINGGA 7 MEI 2011-10-20

DISEDIAKAN OLEH: PN NIK NURASHIKIN BT NIK OTHMAN CIK NORWAHIDAH BINTI MOHD NASIR

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Tinggi Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan,terutamanya, Pengetua Cemerlang, Pn. Zainab Binti Yaacob, atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan kajian ini. Seterusnya, penghargaan ini ditujukan kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pn. Rohayah Binti Jantan, Ketua Panitia Matematik, Pn. Nor Azlina Binti Ismail dan Guru Subjek Matematik, Pn. Siti Binti Md Noor serta individu individu lain terlibat samada secara langsung dan tidak langsung. Terima Kasih.

1.0

REFLEKSI PADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPAS :

Kajian ini dijalankan di SMK Tinggi Port Dickson. Sekolah ini terletak kira-kira 2 km dari Bandar Port Dickson dan mempunyai sekitar 2000 orang pelajar. Secara amnya, pelajarpelajar sekolah ini terbahagi kepada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Berdasarkan ujian-ujian dan penilaian yang telah dilakukan di dalam kelas terhadap pelajar Tingkatan 2, didapati kebanyakkan pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor positif dan nombor negatif. Oleh hal yang demikian, pihak panitia akan menjalankan satu kajian mengenai punca dan penyelasaian bagi membantu pelajar untuk menguasai topik ini. Kajian ini dijalankan ke atas 33 orang pelajar Tingkatan 2 Utarid di SMK Tinggi Port Dickson. Berdasarkan ujian-ujian dan penilaian dalam latihan yang telah dilakukan di dalam kelas terhadap pelajar Tingkatan 2, didapati kebanyakkan pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah dan tolak melibatkan nombor positif dan negatif.

2.0

FOKUS/ISU KAJIAN

Pelbagai kesalahan dikesan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian terhadap sampel. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah: 1. Tidak memahami konsep asas nombor positif dan nombor negatif. 2. Lalai semasa membuat pengiraan tambah dan tolak. 3. Tidak dapat meletakkan tanda yang betul pada jawapan. Fokus utama kajian ini adalah penguasaan konsep bagi operasi tambah dan tolak melibatkan nombor positif dan negatif. Kajian ini diperlukan bagi membantu pelajar di dalam topik-topik seterusnya.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap dapat mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar dalam operasi tambah dan tolak melibatkan nombor positif dan nombor negatif menggunakan Konsep Hutang.

3.2

Objektif Khusus i. ii. iii. Pelajar dapat menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan nombor berbeza tanda. Pelajar dapat menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan nombor berbeza tanda . Pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam pembelajaran akan datang.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas 33 orang pelajar Tingkatan 2 Utarid di SMK Tinggi Port Dickson.

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN Metodologi kajian

Metodologi kajian yang digunakan ialah : i. Pemerhatian Sikap pelajar dilihat secara tidak formal aewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung Pre-test Ujian Pra dijalankan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar memfaktorkan sesuatu ungkapan dan persamaan. Pembelajaran dan Pengajaran Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan guru memberi pendekatan atau kaedah baru untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman pelajar memfaktorkan ungkapan atau persamaan. Post-test Ujian Pos dijalankan bagi melihat keberkesanan kaedah yang dijalankan setelah guru memperkenalkan kaedah mudah bagi memfaktorkan ungkapan atau persamaan kuadratik.

ii.

iii.

iv.

5.2

Tinjauan Masalah.

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti kaedah berikut: Pemerhatian berdasarkan latihan harian Perbincangan dengan guru lain 5.3 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan tinjauan yang telah dijalalankan, pengkaji mendapati : i. ii. Pemerhatian berdasarkan latihan harian : Kelemahan pelajar dalam topik ini dikesan apabila kebanyakan pelajar tidak dapat melakukan operasi penambahan dan penolakan dalam latihan. Perbincangan dengan guru lain : hasil perbincangan mendapati masalah ini timbul bukan sahaja dalam kalangan pelajar tingkatan 2 tetapi turut timbul di semua peringkat pelajar iaitu sehingga pelajar tingkatan 5.

5.4

Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan dalam kajian ini adalah : AKTIVITI Penyediaan pre-test post-test TARIKH 02.05.2011

2 3

4 5 6

PENERANGAN dan Penyelidik memilih soalan yang bersesuai untuk menguji sampel. Soalan pre-test dan post-test disediakan Pre-test Pelajar menjawab soalan berdasarkan konsep yang telah dipelajari. Aktiviti (P&P): KONSEP Penyelidik memperkenalkan HUTANG konsep hutang kepada sampel. Beberapa contoh bersesuaian diberikan kepada sampel untuk memudahkan sampel memahami konsep hutang. Post-test Pelajar menjawab soalan berdasarkan konsep yang telah dipelajari. Penyelidik mengumpulkan Pengumpulan maklumat data dengan memeriksa jawapan sampel. Data yang diperoleh dianalisis Analisis data oleh penyelidik 5.5 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian

05.05.2011 06.05.2011

06.05.2011 07.05.2011 07.05.2011

5.5.1

Penyediaan pre-test dan post-test Menyediakan soalan pre-test dan post-test. Ujian tersebut mengandungi 10 soalan struktur.

Contoh Soalan : 1. -17 + (-8) = 2. What is the difference between 62 and -16? 3. Find the sum of -98 and -89. 5.5.2 Pre-test Ujian pra dijalankan dalam waktu pengajaran. Pelajar diberikan 40 minit untuk menjawab satu set soalan. Didapati 28 daripada 33 pelajar gagal menjawab soalan yang diberi dengan baik. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Konsep Hutang) Guru menganalogikan tanda negatif sebagai duit yang dihutang manakala positif sebagai duit yang dimiliki. Guru menerangkan konsep hutang kepada pelajar. Pelajar berbincang bersama guru mengenai konsep hutang. Aplikasi perbincangan dalam menyelesaikan masalah. Post-test Ujian post dijalankan sekali lagi. Masa yang diberikan sama seperti set ujian pra.. Didapati hampir semua pelajar mencapai peningkatan meberansangkan.

5.5.3

5.5.4

5.6

Analisa Kajian

PencapaianKeputusan Pelajar dalam Pre-test dan Post-test

Graf Pencapaian Keputusan Pelajar dalam Pre-test dan Post-test

30 25 20 15 10 5 0

28

8 2

9 3 0

10 Pre-test Post-test

r j e p g n a l i B

PencapaianPelajar
5.7 Refleksi kajian 5.7.1 Penilaian Pencapaian Pelajar

i. ii. 5.7.2

Melalui kaedah yang dijalankan, didapati pelajar telah mampu menyelesaikan tambah dan tolak melibatkan nombor positif dan negatif. Oleh itu, konsep ini amat sesuai digunakan pakai di dalam kelas untuk membantu proses pengajaran.

Kelemahan kajian Kajian tidak dapat dilakukan secara menyeluruh di atas beberapa faktor. Antaranya adalah masalah: i. Terdapat beberapa pelajar yang mempunyai masalah sikap dan tidak memberikan tumpuan semasa konsep diperkenalkan. ii. Pelajar tidak dapat menukarkan soalan berbentuk ayat kepada soalan bentuk operasi Matematik.

6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian tindakan seterusnya yang akan dijalankan ialah berkaitan isu soalan berbentuk ayat matematik. Contohnya; Add -14 to +8.

7.0

PENUTUP Berdasarkan kajian, kaedah ini sesuai untuk diajar kepada pelajar-pelajar yang lemah. Walau bagaimanapun, motivasi pelajar perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu. Kerjasama daripada semua pihak amatlah perlu untuk membantu para pelajar yang lemah dalam pembelajaran.

You might also like