You are on page 1of 5

Pengenalan 1.Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahan penduduk secarasemula jadi.

Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, maka keperluan terhadap makanan jugabertambah. 2.Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap alam sekitar. 3.Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap penerokaansumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber 1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahan pendudukdisesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian perlu dipertingkatkan. 2.Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuai dijadikankawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, dan Dataran Terengganu. 3.Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan pengairan yangdisediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun. 4.Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi dapatmeningkatkan hasil pengeluaran padi. 5.Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan di kawasantanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan kokomenyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giat dibangunkan untuk dijadikan kawasan penanamantanaman tersebut. 6.Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahan dan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron. 7.Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam pembuatan kaca danbarang barang tembikar serta pasu turut dijalankan. 8. Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih besi yang turutmempelbagaikan industri pembuatan negara. 9.Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yang bertambahakan membawa kesan negatif terhadap sumber tanih. 10.Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan tanihtersebut menjadi tidak subur . 11.Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggi untukmenghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam. 12.Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan udara danmeningkatkan suhu dunia.

13.Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air yang seterusnyamengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ. HUTAN 1.Penerokaan hutan bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. Ini kerana hutanmenghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk seperti mendirikan rumah, menjadikan perabotdan sebagainya. 2.Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan melalui kegiatan pembalakan. 3.Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi seperti meranti,cengal, merbau dan lain-lain lagi. 4.Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan petempatan, bandar dan jugauntuk membina jaringan pengangkutan. 5.Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan penduduk. 6.Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya mengalami hakisan air larian permukaan yang giat. 7.Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi semakin cetek danmudah berlaku banjir . 8.Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu. 9.Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-pokok hutan.Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna hutan yang istimewa. 10.Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan penduduk yangbertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air. 11.Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahansemakin terjejas dan berkurangan. AIR 1.Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan pendudukmengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian. 2.Di Malaysia, pembinaan empangan merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasantanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik,

dan mengawal banjir. 3.Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk kegunaandomestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang. 4.Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi. 5.Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan Empangan Tenom Perigi puladibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk di sekitarnya. 6.Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di samping mengawal banjir dikawasan sekitarnya. 7.Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat pelancongan terkenal dinegara kita, Malaysia. 8.Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan kesan negatif terhadap sumber air. 9.Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di sekitarnya. 10.Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak yang bernilai danmemusnahkan kawasan tadahan air. 11.Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah mencemarkan sungai . Misalnya,pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang. Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang 1.Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhi pertambahan penduduk yangsemakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumber perlu dilakukan dengan terancang.2.Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan -kesannegatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar. TANIH 1.Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah yang paling berkesanialah menambahkan baja kepada tanih. 2.Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan M enebus guna kawasan terbiar dan kawasan paya. 3.Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur sayuran dan buah-buahan,menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.4.Kawasan paya pula dapat ditebus guna untuk menanam padi. 5.Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak. Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai dan Pangkalan Kontena ButterworthUtara. 6. Selain itu, kawasan-kawasan

cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-sayuran dan teh. Inidapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam. 7. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponik dapat dijalankan dirumah atau di kebun. 8. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian moden sepertimenggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga. HUTAN 1. Mengusahakan ladang hutan secara besar-besaran untuk membekalkan bekalan kayu kepada sektor perindustrian. Misalnya di Bukit Tinggi, Pahang.2.Di Malaysia, penubuhan ladang hutan secara komersial turut dilaksanakan. Contohnya penanaman pokok jatidi Mata Air, Perlis.3.Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai, yamane, dan sesenduk dikawasan ladang hutan. 4. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutupengeluaran kayu balak.5.Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan dihapuskan.6.Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz mencukupi sahajaditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru melalui penanaman semula untukmenjamin keberterusan bekalan pada masa depan. 7. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan dankawasan hutan.8.Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk melindungi flora danfauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh(Sarawak) dan Sepilok (Sabah).9.Penguatkuasaan Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri BerasaskanKayu (1985) diwujudkan untuk mengawal aktiviti pembalakan haram.1 0 . M e n g h a d k a n p e n g e l u a r a n l e s e n p e m b a l a k a n , m a s a pembalakan dan pemberian konsesi hutan. 11. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktiviti pertanian pindah. AIR 1. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui ini kerajaanMalaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk menjamin keberterusan bekalan air.2.Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa, mengkaji membersihkandan mengawasi sungai supaya tidak dicemar. 3. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat tentangkepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai dengan tidak membuangsampah sarap ke dalamnya.4.Menguatkuasakan

undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) bagi mengawalpencemaran sungai. 5. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih dahulu.6.Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk mencegah berlakunyakebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air

You might also like