P. 1
penerapan nilai

penerapan nilai

|Views: 57|Likes:
Published by Shahshina Soffi

More info:

Published by: Shahshina Soffi on May 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/05/2012

pdf

text

original

penerapan nilai akhlak

November 10, 2011 KONSEP NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1.0 Tujuan pemilihan tajuk. Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa ini khususnya dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, tajuk ini amat sesuai dipilih untuk diperbincangkan. Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kes juvana juga semakin hari semakin meningkat. 2.0 Definisi Nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: “Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia” (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. 3.0 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilainilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir. Percaya dan patuh kepada tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri.A.kepatuhan kepada tuhan.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi. Bangsa dan negara. 3. berakal. beriman. berketerampilan dan berakhlak mulia. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi. 6. Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak dicapai. Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanakkanak lagi. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan basic atau asas kepada . “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Nasrani atau Majusi. 5. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: 1. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat. membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu. Rasulullah S. agama. Sabda baginda yang bermaksud: ” Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Ibubapa. agama dan negara.” Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. 2. Bak kata pepatah. manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain. 4. masyarakat. berketerampilan. guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik.

berdisiplin. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. 4. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani. Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Emosi. di dalam dan di luar bilik darjah.” . amal dan wariskan?. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. bertanggungjawab. perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar. berpengetahuan. Maka apakah corak pandangan hidup atau “world view” yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati. akhlak. sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai dalam pendidikan. sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: ” Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum. formal dan tidak formal.proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Untuk melihat output dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. berkebolehan berwawasan dan terlatih. Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam syllabus tertentu sahaja.0 Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara Pada bulan Mei 1969. Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni.

7. tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. 4. 2. keluarga.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilainilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. afektif. . psikomotor dan akhlak.5. Baik Hati Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian: • • • Bertanggungjawab Berupaya bertindak sendiri Jaya diri dan yakin pada diri sendiri. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. komuniti dan masyarakat. Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui: 1. Secara pertuturan Secara perlakuan Secara teladan Secara isyarat Secara kefahaman Secara interpretasi Secara konteksual Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri. 5. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi . Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:1. 3. jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif. Ini meliputi: • • • • • Aspek belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling faham memahami Sedia memaafkan 1. 6.

Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. rakan. jiran tetangga dan pemimpin Hormat kepada raja dan negara Patuh kepada undang-undang Hormat kepada hak asasi Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Hormat kepada keperibadian individu. tanpa sebarang unsur kepentingan diri: • • • • Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian 1. Contohnya ialah: . 1. Keadilan Perlakuan. Hemah Tinggi Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. 1. masyarakat dan negara. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah: • • • Kesopanan Mengakui kesalahan Ramah mesra 1. kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. guru. Kasih sayang Perasaan cinta. pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.1. tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama. Ini merangkumi: • • • • • • • Hormat dan taat kepada ibubapa Hormat kepada orang yang lebih tua. Kebebasan Kebebasan yang dimaksudkan ini. Hormat Menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

Kerajinan Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan. Ini termasuklah: . tanggungjawab bersama. Kebersihan fizikal dan mental Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik. ketoleranan dan perpaduan. Antaranya ialah: • • • • Kebersihan diri Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang bersopan Pemikiran yang sihat dan membina 10. kegigihan. 1. Nilai ini merangkumi: • • • • Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan pendirian Berani bertanggungjawab. 1. 1.• • Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi. kecekalan. masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan. Kerjasama Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu. perlakuan. 1. dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. Kesedaran Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran. pemikiran dan kerohanian. komuniti. pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Keberanian Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. 1. amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. gotong royang. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan.

Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih. 1. Dalam pendidikan . Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 1. malah berkaitan dan bersifat bersepadu. Semangat Bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat. kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. 6. Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat menengah. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran.0 Strategi Penerapan Nilai Murni Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan menjadikan “Manusia” sebagai objek yang paling utama. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka. mengenang budi dan penghargaan. tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian). 1. .. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain. Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.• • Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain. epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu.

Unsur yang menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai. guru ataupun masyarakat. hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun ketidakberkesanan penerapan tersebut. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah. 8. . Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa. Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Melalui matapelajaran tertentu.0 Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara. baik melalui ibubapa. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah.Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah: • • • • Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam) Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain Aktiviti ko-kurikulum Aktiviti persatuan sekolah Melaui teknik-teknik di atas.0 Teknik Penerapan Nilai Murni Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa. penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. 7. kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang.

Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma. kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. “Ilmu tanpa Amal”. “Pingat Hang Tuah”. menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita. Misalnya mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. “Olahragawan dan Olahragwati” dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap. institusi sekolah sendiri. Dari segi ekonomi misalnya. tiada ertinya. Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. . Contohnya. “Derma Hari Pahlawan” yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah . ini kerana walaupun penerapan nilai telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya walaupun mereka telah menerimanya. Anugerah “Tokoh Kanak-kanak”. Hijjaz.Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah terccapai? Jawapannya. Hawa dan sebagainya. sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani. sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan. Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. dang-dut. dan lain-lain. Raihan. Ini berpunca daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni. menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. tetapi tidak dipraktikan. Misalnya. ramai pelajar yang dapat menerimanya. guru dan masyarakat dan pelajar itu sendiri. Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock. Melalui penerapan nilai di sekolahsekolah. Masalah-masalah sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya. “Ya” dan “Tidak”. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilainilai murni.

9. Antaranya yang jelas kita nampak ialah pemuafakatan yang dibuat melalui penibuhan PIBG di sekolah-sekolah untuk menangani dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah.0 Penutup Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat. Contohnya temasya sukan atau sukaneka di sekolah adakalanya melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan tetapi juga ahli keluarga pelajar tersebut. Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah. maka dengan tidak adanya paksaan samada dari ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya. ibubapa. Ini menunjukkan adanya semangat kesukanan. Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap penerapan nilai murni ini. kemajuan serta masalah yang melanda pelajar serta sekolah tersebut. bukannya memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari. konsep pemuafakatn ini ditumpukan kepada pemuafakatan antara guru. setiakawan serta kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. ini menunjukkan bebanan di sekolah tidak hanya dipikul oleh guru sahaja tetapi juga mendapat kerjasama daripada ibu-bapa pelajar. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar examoriented.0 Konsep Pemuafakatan Dalam Pendidikan Dalam pendidikan. Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiata-kegiatan kokurikulum ataupun temasya yang diadakan.Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan adalah sesuatu yang tidak wajar. Begitu juga guru-guru dan masyarakat. . perkembangan . Guru misalnya. Dengan adanya PIBG. Sebarang kemajuan dapat dirasai bersama sebaliknya juga sebarang masalah perlu dipikul dan dibanteras bersma. Mereka memandang ringan atas beberapa kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara. Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia. 10. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. masyarakat dan murid itu sendiri. hanya untuk lulus peperiksaan. mereka sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya.Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. di antara pembangunan keduniaan dan akhirat. tiada limitasinya. di antara rupa dan jiwa. kesepaduan di antara teori dan amali. Ia menampakkan sifat yang bersepadu. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. . perlakuan maupun tuturkatanya. Ini menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral yang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. alam dan Allah. Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia. kesepaduan di antara akal. jasad dan roh. Guru sebagai “role model” perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan. menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu. dan di antara manusia. Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . jasmani. di antara kemahiran dan akhlak. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian. seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik. Pendidikan akan sentiasa terus berlangsung. emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN. Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik. Matlamat akhir pendidikan bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik dan seimbang dari segi rohani. iman dan amal.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->