You are on page 1of 11

Perkahwinan Mutaah (Nikah Kontrak)

Maruah wanita di mana nilainya? Saya terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya, demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini. Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya. Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah. HARAM DALAM ISLAM Mutaah berasal daripada perkataan mataa dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh. Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu. Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang, katanya.

Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan. Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat. Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya. Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu, katanya. Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir. WANITA JADI BARANG SEWAAN Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata, sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi. Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran, malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak, katanya. Menurutnya , jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan, situasi yang sinonim dengan pelacuran. Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan. Berdasarkan prinsip Islam, setiap individu, sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. Firman ALLAH yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan

yang baik; dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan. (surah al-Nahl ayat 14:97) Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan, dan tidak salah jika saya katakan ia adalah pelacuran yang terancang dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad. RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?, soalnya. Nabilah berkata, sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami, tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara halal. Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna, nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki. Besar implikasinya terhadap keturunan, cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya, katanya. Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA (Sinar Harian)

Read More: http://www.serikasih.com/perkahwinan-mutaah-nikah-kontrak#ixzz1u1YabO00

Nikah Kontrak
Nikah menurut syarak adalah sesuatu akad perjanjian yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.(ruj Kitab Umdah As-Salik Wa Uddatu An-Nasik oleh Ibn Naqib bab nikah) Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.(Kamus Dewan) Di antara syarat sah pernikahan ialah Bentuk ijab dan qabul pernikahan hendaklah dibuat secara muabbadah (selamanya) dan bukanlah dalam bentuk muaqqatah (bertempoh).Sekiranya pernikahan itu (dibuat dengan syarat) bertempoh maka batallah pernikahan tersebut.(ruj Kitab Feqh Islami Wa Adillatuhu Dr Wahbah Az Zuhaili jilid.9 ms 6551) Para ulama telah bersepakat bahawa sesuatu pernikahan yang dibuat dengan syarat bertempoh itu adalah tidak sah.Tidak kira sama ada pernikahan yang dibuat dengan syarat tempoh yangdiketahui seperti lafaz"aku bernikah dengan engkau dalam tempoh setahun"atau syarat tempoh yang tidak diketahuiseperti lafaz "aku bernikah dengan engkau sehingga aku selesai belajar atau selesai bekerja",begitu juga sama ada syarat pernikaan itu dibuat dengan syarat tempoh yang sekejap ataulama.(ruj Kitab Al- Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65)

Nikah kontrak termasuk di dalam pernikahan muaqqat (bertempoh):iaitu sesorang lelaki bernikah dengan wanita dalam tempoh sepuluh hari atau sebulan atau setahun.Perkahwinan ini adalah batil kerana ianya termasuk apa yang dikatakannikah Mut'ah

Nikah mut'ah pula adalah sesuatu persetujuan atau persepakatan antara lelaki dan perempuan untuk tamatta'(berseronok) salah satu daripada kedua-duanya dengan tempoh yang tertentu kemudian ditinggalkan tanpa talaq.Pernikahan mut'ah adalah batil menurut persepakatan jumhur sahabat ,tabien,dan a'immah mazahib selain dari imamiah.(ruj Kitab Al- Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65)


Maksudnya: Dari Saidina Ali bin Abi Thalib r.a bahwa Rasulullah SAW telah melarang nikah mut'ah dengan wanita pada perang Khaibar dan makan himar ahliyah. (HR Imam Al Bukhari ruj.kitab Umdatul Ahkam).

Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : "Wahai manusia, dahulu aku mengizinkan kamuistimta dengan wanita( nikah mut'ah). Ketahuilah bahwa Allah SWT telah mengharamkannya sampai hari kiamat." (HR Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah).

Perbezaan nikah mut'ah dan muaqqat adalah pada lafaz tamatta' bagi nikah mut'ah dan lafaz zawaj (nikah) bagi nikah muaqqat.

Contoh lafaz bagi nikah mut'ah.


Aku bertamatta' (berseronok) dengan kamu untuk satu hari dengan satu dinar maka perempuan itu menjawab :Aku terima mut'ah tersebut. Contoh lafaz bagi nikah muaqqat atau kontrak.

:
Aku bernikah (berkahwin) dengan kamu dengan tempoh sekian,seperti sepuluh hari sebagai contoh (dan) dengan kadar mahar sekian.,kemudian perempuan itu menjawab Aku terima. (ruj.kitab Al Mufassal Fi Al-Ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim Dr. Karim Zaidan jilid 6 ms 162) Bagaimana sekiranya pernikahan itu disyaratkan tempoh umur salah satu daripada suami atau isteri? Sebagai contoh:Aku bernikah dengan kamu dengan tempoh umur kamu atau, aku bernikah dengan kamu dengan tempoh umurku.Kemudian, perempuan tersebut menjawab :Aku terima Adakah pernikahan ini batal kerana diiringi dengan tempoh? Al Imam Khatib As-Syirbini rahimahullah di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj dan Al-Imam Al-Ramli rahimahullah dalam kitabnya Nihayah Al-Muhtaj.Kedua-dua kitab syarah Minhaj At-Thalibin karangan Imam Nawawi rahimahullah ini menyebutkan bahawa, batal pernikahan sekiranya nikah dengan (syarat) tempoh umur suami atau umur isterinya. Di dalam mazhab As-syafieah telah mengatakan dengan jelas dalam bab jual beli.Sekiranya seseorang itu mengatakan:Aku menjual barang ini kepada kamu dengan tempoh hayat kamu.Jual beli seperti ini tidak

sah.Maka (dalam) pernikahan lebih utama.(kalaulah jual beli dengan tempoh hayat sesorang sahaja batal apatah lagi nikah) (rujuk Kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 4 ms 239 dan Kitab Nihayah Al-Muhtaj jilid 6 ms 215) Bagaimana sekiranya seseorang lelaki yang bernikahdengan niat akan talak perempuan tersebut tanpa menentukan waktu akan talak perempuan tersebut? Mungkin beberapa kemungkinan yang boleh kita buat dari persoalan di atas. -Sekiranya seseorang lelaki berniat akan talak isterinya setelah berkahwin,kemudian disampaikan niatnya kepada bakal isteri tersebut, atau pada walinya lalu dipersetujui. Maka jelaslah disini,perkahwinan tersebut adalah perkahwinan muaqqat(bertempoh) yang tidak diketahui.Ini bermakna perkahwinan tersebut adalah batal. -Manakala sekiranya lelaki tersebut berniat akan talak isterinya setelah berkahwin tetapi hanya memendamkan niatnya tanpa makluman bakal isteri atau walinya, mungkin perkahwinan yang ingin dilaksanakan itu kerana dendam atau sesuatu kepentingan peribadi maka nikahnya adalah sah tetapi berdosa. Mazhab Maliki Hanbali dan Syafie mengatakan :sekiranya seseorang lelaki menikahi perempuan tanpa syarat tetapi di dalam hatinya sudah berniat untuk mentalak perempuan tersebut setelah tempoh sebulan (perkahwinan),atau setelah sempurna keinginannya di negara tersebut maka nikah tersebut adalah sah.(ruj Kitab Al- Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65/ Kitab Al Mughni) Bagaimana nasab anak hasil daripada hubungan perkahwinan kontrak? Penentuan nikah kontrak sama ada batil atau fasid memberi kesan pada nasab anak.Apa yang saya dapati, kebanyakan ulama mengakatan nikah Muaqqat adalah batil.Justeru itu, untuk kepastian, bagi menjawab persoalan ini, saya telah menghantarkan khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah melalui telefon bimbit rakan saya, Beliau menjawab :Di nasabkan kepada ibunya sebab nikah itu batil, tidak sah,hubungan mereka itu zina. [scene-r] Kalau begitu apakah contoh nikah fasid sebab saya tidak dapat bezakan nikah fasid dan batil [Syaikh] Nikah muhallil,nikah kontrak,nikah syagar ni contoh nikah fasid [scene-r] Mungkin soalan ana yang terakhir.ana musykil.bukankahsabit nasab itu pada nikah soheh,nikah fasid dan watie syubhah.

Nikah kontrak termasuk dalam nikah fasid.Mengapa tidak sabit nasab pada nikah kontrak malah pada ibu sedangkan rosaknya nikah kontrak pada syarat sah nikah bukan pada rukun.Mohon bimbingan dari syaikh.Jazakumullah Khairan [Syaikh] Fasid fi haqiqatil amri sementara pasangan tidak tahu- seperti dinikahkan oleh wali atau saksi yang fasik sedangkan mereka tidak tahu. Kalau mereka tahu maka mereka tidak boleh berkumpul -kalau kontrak, mereka tahu dan semua tahu hukumnya batil. (messeges send 25/6/1428) Wallahu A'lam.

Di Iran , ada satu budaya dorang yg dipanggil nikah kontrak ' nikah mut'ah' , dorang kawin cara betul tapi ada syaratnya iaitu ditentukan tempoh dorang sebagai suami isteri , sebagai contoh ' untuk setahun saja , atau untuk dua tahun saja ' .. orang iran , alasan dorang buat begitu ialah untuk lepaskan/mengelakkan diri dari melakukan dosa , berzina dan sebagainya , daripada tinggal serumah , cinta dan berzina macam kambing lebih baik nikah , .. biasanya yg banyak melakukan perkara begini di Iran adalah student , ahli perniagaan , orang politik dsb ...student iran di Malaysia pun ada yg buat begitu , selepas selesai study masing2 bawa diri , lagipun tempoh nikah sudah selesai/tamat iaitu cuma 2 tahun , ha ha .. di malaysia , cara begini tidak dibenarkan , banyak implikasi buruk , terutama nasib dan masa depan anak yg terhasil selama tempoh nikah tersebut , si anak akan mencari siapa dan dimana bapanya ?

~ dalam agama Islam , kristian ....cara ini memang ditentang , ianya salah dan tidak diterima , .. budaya kawin kontrak ini sebenarnya adalah budaya Parsi , ia bermula zaman dahulu iaitu apabila para suami pergi berperang ...mereka berada berbulan2 ditempat orang , selama berjauhan dengan isteri mereka sering terpikat dengan perempaun , gadis2 dinegara yg mereka berperang , untuk mengelakkan para soldadu lemah semangat kerana teringatkan isteri , dahaga seks dan sebagainya , para komandan akan merestui mereka untuk kawin dengan perempuan tempatan , sekadar untuk melepaskan nafsu yang terpenjara sekian lama ... dengan perjanjian para soldadu mesti tinggalkan /ceraikan isteri mereka apabila perang tamat dan balik kenegara asal .. sebab itu sehingga kini budaya ini masih berakar di Iran kerana Iran adalah negara Parsi , menggunakan bahasa Parsi ...Iran bukan negara Arab , cuma sebahagian kecil di Iran yang menggunakan bahasa Arab dalam bahasa harian , .. budaya ini telah disalah gunakan , di putar belitkan oleh mereka yang bijak pandai dan berkepentingan ...generasi muda yg tidak faham dan cuma mahukan sesuatu keseronokan yg dipayungkan dengan isu dosa , pasti akan terpikat dan merasakan ianya adalah benar , ...

~
1. PERBEZAAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH DALAM SOAL NIKAH MUTAAH. Saya terpaksa menerangkan ini kerana ada pihak sudah terlalu kerap menganjurkan pernikahan mutaah dengan membawa dalil ayat Quran Surah An-Nisa ayat 24. Ini untuk menyuluh semula pegangan agama kita dalam soal ini. 1. PENGENALAN Nikah mutah adalah satu fatwa sesat daripada golongan Syiah. Cara nikah mutah itu ialah dua orang laki-laki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi bernikah dengan akad, misalnya mengahwini sipolan selama satu minggu dengan upah sebanyak 5000.00. Seterusnya mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya itu terbatal dengan sendirinya. Eddah wanita bercerai dari nikah mutah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh, dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh. Nikah mutah boleh dibuat dengan apa saja wanita, tidak perlu mengikut ketetapan syara sehingga empat sahaja sebagaimana kahwin yang biasa. 2. DALIL NASH YANG TERBABIT Firman Allah Taala [ Surah An-Nisa'] ayat 24:: Ertinya:: Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki [ - iaitu hamba sahaya yang dimiliki dengan jalan tawanan dalam perang Sabil, yang suaminya tidak tertawan sama - ].( Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan ke atas kamu).Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama-sama oleh kamu (suami isteri), sudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat bijaksana. 3. PERBEZAAN TAFSIRAN ANTARA SYIAH DAN SUNNI

3.1 GOLONGAN SYIAH:: Golongan Syiah menafsirkan ayat di atas [ khususnya daripada "famastamta'tum bihi ... hingga ... faridhotan ] sebagaimana berikut:: ( Menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka sebagai suatu kewajiban. Menurut golongan Syiah, kita boleh istimta (iaitu bersenang-senang) dengan wanita asalkan dibayar upahnya, dan istimta itu ialah mutah menurut mereka. 3.2 GOLONGAN SUNNI atau AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ringkasnya Sunni atau ASWJ, berpegang bahawa nikah mutah itu sama hukumnya dengan zina, terlarang lagi haram. Erti ayat ke-24 Surah An-Nisa di atas bukanlah menghalalkan mutah, tetapi ayat yang berkaitan dengan soal nikah. Erti yang sebenar dari frasa ayat mulai dari famastamtatum bihi hingga faridhotan itu ialah:: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Ujur dalam ayat itu bukan bermaksud upah tetapi bererti mahar atau mas kahwin. Ini jelas diterangkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 25 Surah An-Nisa:: Ertinya:: Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba sahaya itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula).Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (perempuan hamba sahaya itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan kepada perempuan-perempuan yang merdeka. ( Hukum perkahwinan ) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba sahaya) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan perempuan hamba) itu adalah lebih baik bagi kamu.

Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani. Frasa ayat fankihu hunna bi izni hingga bil maruf di atas jelas menyatakan:: Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Di sinilah letaknya kesalahan golongan Syiah yang mana mereka menghalalkan yang haram kerana tersalah dalam menafsirkan erti ujur sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh ayat yang lain (iaitu ayat 25 di atas, iaitu maskahwin).

You might also like