You are on page 1of 4

Kertas Kobalt Klorida Kontang (Dry cobalt chloride paper)

Sebelum menguji larutan dengan menggunakan kertas ini, kita mesti pastikan ia berada dalam keadaan kering. Ini bermakna, tangan kita juga mesti kering. Kertas ini berwarna biru muda. Ia kelihatan hampir sama dengan kertas litmus biru. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berbeza dari segi bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Kertas kobalt klorida diperbuat daripada serbuk kobalt klorida. Manakala, kertas litmus diperbuat daripada pewarna kulampair atau juga disebut liken (lichen). Kobalt klorida adalah bahan yang sangat sensitif terhadap kewujudan air. Oleh itu, apabila ia didedahkan kepada air, ia akan segera bertukar warna kepada merah jambu (pink). Oleh itu, jika kita celupkan kertas kobalt klorida kontang ke dalam larutan yang tidak mengandungi air, ia tidak akan mengubah warna biru kertas tersebut. Ringkasan: Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan air: bertukar warna dari biru muda kepada merah jambu (change colour from blue to pink) Ujian kertas koblat klorida kontang dengan larutan BUKAN air: warna kertas kobalt klorida tidak berubah (the blue colour of cobalt chloride paper does not change) Ujian kertas kobalt klorida kontang dengan larutan yang bercampur dengan air: warna kertas kobalt klorida akan bertukar dari biru muda kepada merah jambu Kertas ini sangat sensitif kepada bahan yang mengandungi air. Oleh itu, jika kita menguji kertas ini dengan sebarang larutan lain yang turut mengandungi air (contohnya: larutan alkohol cair, air garam dll.), ia akan turut berubah warna dari biru muda kepada merah jambu. Semakin banyak kandungan air dalam larutan tersebut, semakin cepat ia berubah warna kepada merah jambu.

Serbuk Kuprum (II) Sulfat Kontang (Anhydrous crystal of copper (II) sulphate)
Serbuk kuprum (II) sulfat kontang adalah serbuk kimia yang berwarna putih. Ia juga sangat sensitif kepada kehadiran air di sekelilingnya. Apabila ia terdedah kepada air, warna putih serbuk ini akan bertukar menjadi biru muda. Oleh kerana ia sangat mudah berubah warna, serbuk ini perlu disimpan di dalam bekas yang kedap udara. Ringkasan: Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas air: warna serbuk bertukar dari putih kepada biru muda (the white colour change to blue) Ujian serbuk kuprum (II) sulfat kontang ke atas larutan bukan air: warna putih serbuk ini kekal (the crystal remain white in colour) Cara menguji larutan dengan menggunakan serbuk ini ialah dengan cara menitiskan larutan

yang hendak dikenalpasti ke atas serbuk berkenaan. Gunakan piring penyejat (watch glass @ evaporating dish) yang kering dan bersih untuk meletakkan satu atau dua spatula serbuk kuprum (II) sulfat. Kemudian, titiskan beberapa titik larutan yang hendak diuji ke atasnya dan lihat perubahan yang mungkin terhasil. Walaubagaimanapun, jangan biarkan serbuk ini terdedah begitu lama kepada udara persekitaran. Ini kerana udara kita juga mengandungi wap air yang turut boleh mengubah warna putih serbuk ini kepada biru. Jika serbuk tersebut telah bertukar biru sebelum ujian dijalankan, JANGAN BUANG! Panaskan ia secara perlahan-lahan sehingga warnanya berubah kembali kepada putih. Berdasarkan dua penerangan di atas, anda mempunyai pilihan untuk menjalankan ujian yang mana satu antara dua bikar mengandungi air. Tajuk ini sebenarnya mula dipelajari dalam Science Form 2 (Chapter 5: Water and Solution). Antara eksperimen yang mungkin berkaitan dengan pengujian kehadiran air ialah: 1. Udara mengandungi air (Air contains water vapour) - Chapter 5 Form 1

larutan tidak berwarna yang terbentuk di luar tabung didih adalah air yang berasal daripada udara persekitaran. Ia dapat disahkan sebagai air kerana apabila disentuh dengan menggunakan kertas koblat klorida kontang, kertas itu akan berubah menjadi merah jambu.

2. Hasil daripada proses pembakaran hidrokarbon (The products of combustion of hydrocarbon) - Chapter 5 Form 1

pembakaran bahan hidrokarbon (bahan yang mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja seperti bahan-bahan yang berasal daripada petroleum: minyak petrol, lilin, minyak tanah/kerosene, diesel) akan membebaskan gas carbon dioxide, tenaga dan wap air. Daripada gambarajah di atas, titisan larutan yang tidak berwarna di bahagian dalam dinding bikar itu adalah air. Ini kerana ia dapat disahkan dengan menyapukan kertas kobalt klorida kontang kepada titisan-titisan itu. Hasilnya, ia akan berubah warna daripada biru kepada merah jambu.

3. Bahan berbeza menunjukkan sifat penebat haba yang berbeza (Different materials have different abilities to act as heat insulators) - Chapter 7 Form 1

ketiga-tiga rod ini merupakan bahan penebat haba. Namun, yang manakah merupakan penebat haba paling baik? Penebat haba yang baik mestilah mempunyai sifat lambat menyerap haba. Untuk menguji ketiga-tiga rod ini, kita boleh menggunakan kertas kobalt klorida lembap sebagai bahan penguji. Kertas ini berwarna merah jambu dalam keadaan basah. Oleh itu, ia akan bertukar warna kepada biru apabila kertas itu telah kehilangan air kesan daripada penyejatan ke udara persekitaran. Rod yang lebih panas akan menyebabkan

molekul-molekul air pada kertas tersebut lebih cepat menyejat keluar. Dengan itu, rod yang mempunyai kertas kobalt klorida lembap yang paling lambat berubah warna daripada merah jambu kepada biru merupakan bahan penebat haba paling baik. Satu perkara lagi yang sering mengelirukan pelajar ialah perbezaan ujian penentuan antara air dengan air tulen. Air tulen (pure water) juga merupakan sejenis air. Oleh itu, air tulen juga boleh menukarkan warna kertas kobalt klorida kontang dan serbuk kuprum (II) sulfat. Dengan itu, kedua-dua bahan ini bukanlah bahan yang boleh menguji ketulenan air! Kaedah yang biasanya digunakan untuk menguji ketulenan air ialah dengan memeriksa takat beku dan takat didihnya (freezing point and boiling point). Air yang tulen mempunyai suhu OC pada takat beku dan 100C pada takat didih. Cukup sehingga di sini sahaja dahulu. Jika memerlukan penjelasan lebih lanjut, sila kemukakan komen anda.

You might also like