You are on page 1of 1

AKU.... SUMBER TENAGA (DI MALAYSIA) Aku sumber penting... Siapa tidak kenal aku ?

Aku diguna di mana-mana Kenderaan? Ya, Kancil, Myvi, Waja, Honda, mahupun Toyota Kilang? Ya, kilang plastik, racun, cat dan juga baja Semua ... semua menggunakan aku Aku adalah Petroleum dan Gas Asli. Aku juga hebat Aku juga diperlukan merata-rata Orang Malaysia memerlukan aku Tanpaku.. Mereka bergelap Mereka akan ketakutan Anak kecil akan menangis Tanpaku Kilang-kilang terhenti beroperasi Mesin-mesin tak mampu bergerak Hebat.. aku hebat.. Tembeling, Chenderoh, Kenyir, Tenom Pangi ,Temenggor Adalah asal kelahiranku Aku adalah Tenaga Kuasa Hidro Elektrik Aku bangga, sungguh bangga Kuasaku sungguh power Tiada yang dapat menandingiku Aku hebat di dunia Tapi..di Malaysia.. Penggunaku terhad.. hanya dikilang dan dihospital Aku adalah Tenaga Nuklear. Aku .. akulah penyelamat bumi Aku jijik, namun sumbanganku cukup mulia Sampah, sisa tanaman... aku bersihkan Najis ... aku hapuskan Aku menjadikan alam ini ceria semula

Walaupun jasaku tidak sebesar mana Aku adalah Tenaga Biomas Aku pula bernasib malang Aku hitam dan keras Aku kotor dan aku mencemarkan Dulu aku diminati, tetapi kini tidak lagi Tetapi aku bersyukur.. Masih ada kilang yang sudi mendampingiku Kerana.. Aku murah ! Aku adalah Tenaga Arang Batu Aku dan matahari adalah sinonim Tanpa matahari aku takkan wujud Terima kasih sang mentari Kerana engkau aku boleh berbakti Berbakti kepada telefon Berbakti kepada TV Berbakti kepada kalkulator Berbakti kepada papan iklan Juga kepada kilang Aku adalah Tenaga Suria SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN Jepun... Kau negara maju Kau maju dalam segala bidang Kau cipta photovoltaic Kau gunakan ia bersama sang suria Kau dapat hasilnya Kini kau jadi pengeluar utama dunia Kau pengeluar tenaga suria China... Negaramu luas Namun lautan lagi luas

Kau guna lautan untuk kemajuan negaramu Kau bijak Pasang dan surutnya Kau tukar ia menjadi tenaga Kau bina empangannya di muara Jiangxia paling banyak hasilkan kuasa Perancis... Pantaimu panjang dan berangin Ombak yang kuat kau letakkan turbin Maka terhasillah satu tenaga Tenaga ombak diberi nama Nyalakan rumah api itulah fungsinya Belanda... Terkenal dengan kincir angin Juga dipanggil turbin angin Berputarlah ia bila ditiup angin Maka terhasillah tenaga angin India... Kau miskin tapi kau bijak Kau guna biomas untuk memasak Sisa pertanian kau tak bazirkan Najis haiwan pun kau tak persiakan Kau guna ia untuk hasilkan tenaga Dan jika dibakar terhasillah haba Iceland... Kau negara pergunungan berapi Memancut ia keluar dari bumi Geiser... panasnya ia tak terperi Geoterma mampu panaskan kolam mandi Kolam ikan, rumah kaca dan juga industri Loji utamanya letak di Svartsengi Reyjavik menjadi ibu negeri
oleh: Pn Raja Normah Raja Hassan Ketua Panitia Geografi Smk Hutan Melintang.

You might also like