You are on page 1of 32

PENDIDIKAN

CUACA Peralatan Cuaca Fenomena Cuaca IKLIM Iklim Malaysia Maklumat Iklim GEMPA BUMI & TSUNAMI Keseismikan di Malaysia dan Serantau Terminologi Gempa Bumi Apa Harus Dilakukan Semasa & Selepas Gempa Bumi Apa itu Tsunami Terminologi Tsunami Langkah Keselamatan Tsunami

ALAM SEKITAR Mendapan Asid Lapisan Ozon Sinaran Lampau Ungu Aktiviti GAW di Malaysia

PENCERAPAN Awan

Stesen Meteorologi Mersing (Stesen terindah untuk tahun 2008) Selari dengan perkembangan zaman, pencerapan cuaca telah menjadi semakin otomatik. Stesen pencerapan cuaca tanpa orang biasanya dilengkapkan dengan sistem pencerapan cuaca otomatik yang mengandungi komponen berikut:

Satu set sensor meteorologi yang disimpan dalam pelindung peralatan dan disambungkan ke unit pemprosesan (data-logger) dengan menggunakan kabel yang berbalut. Unit pemproses (data-logger) digunakan untuk data acquisition, pemprosesan, penyimpanan dan penghantaran; Peralatan-peralatan seperti penstabil sumber kuasa, modem, built-in-diagnostics dan terminal tempatan untuk memasukkan data secara manual, pengeditan dan paparan data. AWS mengukur jumlah air hujan, tekanan udara, suhu, kelembapan, kelajuan dan arah angin serta sinaran global, yang juga dikemaskini setiap minit, 24 jam sehari tanpa bantuan manusia.

PENUNJUK ARAH & KELAJUAN ANGIN


Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam betuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane) digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Sekiranya kelajuanangin kurang daripada satu metre per saat atau dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan tenang (calm). Kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau knot. Keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurangdaripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggilanemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik.Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin.

PENYUKAT SUHU
Sistem pengesan sistem meng-gunakan kombinasi teknologi litar dalaman dengan elemen termometer rintangan platinum untuk pengukuran suhu yang sangat tepat. Termometer bebuli kering dan basah di sokong secara tegak di dalam Adang Stevenson. Di sebelah kanan adalah termometer basah. Bebuli termometer basah dibalut dengan kain muslin dan diikat dengan benang. Benang itu dimasukkan ke dalam takungan yang berisi dengan air tulin.

Solarimeter / Pyranometer
Solarimeter adalah untuk mengukur sinaran solar di atas permukaan bumi secara rutin. Ia mempunyai element pengesan thermocouple. Elemen pengesan ini disalutkan dengan karbon tak organik yang sangat stabil, yang mana dapat memberi penyerapan spektrum dan ciriciri kestabilan untuk jangka masa yang panjang. Elemen pengesan ditempatkan di bawah dome kaca.

Page 1 of 32

Tolok Hujan (Tipping Bucket)


Tolok hujan mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bucket. Apabila bucket telah mengumpul sebanyak 0.2mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bucket tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

Tolok Hujan (Tipping Bucket)


Tolok hujan mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bucket. Apabila bucket telah mengumpul sebanyak 0.2mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bucket tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

Pengukur Tekanan Udara


Sensor tekanan adalah kapsul tekanan atau solid state capacitive device yang mana output voltan ditukarkan ke nilai tekanan udara yang telah dienkodkan secara digital.

Siklon Tropika

Siklon Tropika
Siklon tropika adalah merupakan ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer, yang terbentuk di kawasan perairan tropika. Apabila dilihat melalui satelit, ia kelihatan seperti satu sistem gegelung yang ketat dan berkuasa dengan kelompok awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika yang matang, wujud satu kawasan di pusatnya yang udaranya secara relatifnya tenang dengan hanya terdapat sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika. Siklon Tropika di kelaskan seperti berikut Lekukan Tropika - Satu sistem yang terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63 kmpj atau kurang Ribut Tropika - Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 - 117 kmpj. Taufan - Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118 kmpj atau lebih.

Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?


Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaannya 26 o C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika selalunya dikenali sebagai taufan dan biasanya terjadi semasa musim panas Hemisfera Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah yang terbentuk di kawasan lautan tropika yang panas akan bergerak ke arah barat, berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan akhirnya menjadi taufan yang matang. Perkembangan Lekukan Tropika Kepada Taufan Bergantung Kepada Tiga Keadaan: Laut Panas Kelengasan Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam. Semasa pembentukan, siklon mengumpulkan haba dan tenaga melalui hubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang di hasilkan oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepadanya seolah-olah enjin haba raksasa. Pembentukan kelompokkelompok ribut petir membolehkan udara menjadi lebih panas lagi dan naik ke atas dalam atmosfera. Mata siklon yang berdiameter antara 30 - 100 kilometer adalah merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika tersebut. Aktiviti yang paling hebat (atau ganas) berlaku di kawasan sekitar mata yang juga dipanggil dinding mata. Di sini, udara berputar ke arah atas dan luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan.

Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?


Page 2 of 32

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei. Bilangannya bertambah dan mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud 5 oU dan 20oU dan longitud 130oT dan 170oT. Laluan biasa bagi taufan adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya membeluk ke arah timur laut apabila menuju daratan Asia.

Bencana Berkaitan Taufan


Taufan merupakan salah satu bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan. Laluannya yang jauh dan hayatnya yang panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan. Beberapa bahaya berkaitan taufan ialah: Luruan Ribut - Luruan ribut ialah suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 50 hingga 100 batu yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan sepanjang pantai. Hujan Lebat - Hujan mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan. Angin Kencang - Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkan gangguan besar.

Nasihat dan Amaran Cuaca


Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia sentiasa berwaspada terhadap cuaca di sepanjang tahun. Semasa musim taufan, langkah memonitor ditingkatkan di mana lokasi dan keadaan semua taufan di barat Pasifik Utara diteliti jejaknya. Maklumat ini juga menjadi pelengkap kepada maklumat cuaca penerbangan yang diberikan kepada sektor penerbangan dan perkapalan. Berikut ialah beberapa kategori berbeza tentang kenyataan, pandangan, nasihat dan amaran cuaca yang di keluarkan kepada mediamassa : Nasihat Hujan Lebat - dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam. Amaran Hujan Lebat - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.

Perkara Penting Yang Perlu Diberikan Perhatian


Dengar siaran radio dan televisyen yang rutin menyiarkan buletin cuaca dan pengumuman lain. Ambil langkah-langkah sesuai dalam menghindari sebarang kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat banjir jika mendapati ribut tropika akan melanda. Berwaspada dengan kejadian gelinciran tanah sekiranya memandu dalam hujan yang mencurah-curah di kawasan tanah tinggi. Jika ribut tropika dijangka melanda kawasan anda, selamatkan semua harta benda yang boleh diterbangkan angin kencang. Hindari keluar ke laut apabila ribut tropika atau taufan menghampiri kawasan anda. Bersedia untuk berpindah jika anda tinggal di kawasan pantai atau berhampiran sungai.

Monsun
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Page 3 of 32

Apakah Monsun?
Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.

Apakah yang Menyebabkan Monsun?


Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara. Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak. Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau IndonesiaAustralia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

CIRI-CIRI MONSUN
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak. Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali di Sabah. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, biasanya diantara 100 - 150mm. Keadaan ini melambangkan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatra. Sabah secara relatifnya lebih lembab (melebihi 200mm) akibat daripada kesan ekor dari taufan yang kerap melintasi Filipina dalam perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan sekitarnya. Semasa musim perantaraan monsun, angin adalah sepoi-sepoi. Di waktu pagi, langit biasanya cerah dan ini membantu pembentukan ribut petir di sebelah petang. Di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang tinggi pada kedua-dua musim perantaraan monsun.

Nasihat dan Amaran Cuaca


Jabatan Meteorologi Malaysia memonitor dengan rapinya situasi perubahan cuaca dan mengeluarkan kenyataan, nasihat dan amaran cuaca bila keadaan memerlukan. Kategori-kategori bagi nasihat dan amaran monsun adalah seperti berikut : Nasihat Hujan Lebat Amaran Hujan Lebat Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam. dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku. dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam. dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.

Nasihat dan amaran cuaca ini diterbitkan di dalam surat khabar dan juga disiarkan melalui radio dan televisyen. Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Lembap Sebelum Monsun ....

Page 4 of 32

Sentiasa dengar siaran radio dan televisyen untuk amaran angin kencang dan laut bergelora. Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya. Bersihkan longkang dan parit daripada tersumbat.

Semasa Monsun Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir. Jangan memandu ke kawasan banjir. Jauhi daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air. Ikut arahan pihak berkuasa bencana alam. Bersedia untuk berpindah jika diarahkan sekiranya kita tinggal di kawasan sepanjang pantai, dekat sungai atau kawasan rendah. Pastikan kenderaan diletakkan di tempat tinggi dan segala harta lain terjamin atau terpelihara daripada hilang dan dimusnahkan air. Elakkan daripada pergi ke laut dengan bot atau kapal kecil.

Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.

Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya


Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri. Pembakaran Terbuka Asap Kenderaan

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu


Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?


Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti. Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian. Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Jerebu, Kabus atau Kabut?


Page 5 of 32

Jerebu sering disalah anggap dengan kabus atau kabut. Pada awal pagi atau selepas turunnya hujan apabila suhu rendah dan kelembapan tinggi, kabus dan kadangkala kabut terbentuk di kawasan lembah dan tanah rendah. Ianya akan hilang perlahan-lahan setelah matahari naik. Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.

Adakah Jerebu Merbahaya?


Jerebu yang berasal daripada sumber semula jadi seperti garam laut dan debu tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif. Semasa episod jerebu, orang awam digesa supaya mengikut arahan / nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Bagaimana Kita Boleh Kurangkan Kejadian Jerebu?


Pertama, hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini. Peningkatan kenderaan bermotor juga merupakan sumber utama zarahan jerebu di bandar. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya. Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah, malah merupakan juga sumber zarah terampai di atmosfera. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan generasi akan datang.

Apakah Peranan Kerajaan?


Dua agensi pusat yang terlibat secara terus dengan hal-hal berkaitan jerebu ialah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pencerapan Meteorologi Malaysia (JMM). JMM memonitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca disamping beberapa parameter yang berkaitan dengan kualiti udara ambien. Salah satu parameter yang diukur ialah kepekatan jumlah zarah jumlah zarah terampai terampai yang berkaitan secara langsung dengan keamatan jerebu. Parameter cuaca lain seperti ketampakan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin merupakan petunjuk penting dalam memahami fenomena jerebu dan meramal kejadian dan kehilangannya. Aktiviti pemonitoran dan penyelidikan yang dijalankan oleh JMM merupakan sebahagian daripada usaha negara dalam mengawal dan mengurangkan jerebu. Kerjasama rapat dikalangan semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta media massa amat diperlukan semasa episod jerebu bagi memastikan semua data yang diperlukan dalam membuat keputusan diperolehi dan sebarang nasihat dapat disebarkan dengan cepat kepada orang awam. Diperingkat serantau, ASEAN telah memulakan Pelan Kerjasama ASEAN Pengurusan Pencemaran Rentas Sempadan untuk menangani isu-isu seperti jerebu rentas sempadan.

Ribut Petir
Halaman 1 dari 3

RIBUT PETIR Merungkai Keganasan Alam


Ribut Petir
Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Walaupun secara relatifnya ia bersaiz kecil, tetapi semua ribut petir adalah merbahaya. Setiap ribut petir menghasilkan kilat yang berpotensi untuk membunuh manusia.

Hujan lebat dari ribut petir boleh mendatangkan banjir dan tanah runtuh. Bahaya angin kencang dan hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir. Banjir Kilat yang disebabkan oleh Ribut Petir
Page 6 of 32

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat

Apakah Ribut Petir?


Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil. Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap. Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya. Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan. Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.

Letusan ke Bawah
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.

Ribut Petir
Halaman 1 dari 3

RIBUT PETIR Merungkai Keganasan Alam


Ribut Petir
Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Walaupun secara relatifnya ia bersaiz kecil, tetapi semua ribut petir adalah merbahaya. Setiap ribut petir menghasilkan kilat yang berpotensi untuk membunuh manusia.

Hujan lebat dari ribut petir boleh mendatangkan banjir dan tanah runtuh. Bahaya angin kencang dan hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir. Banjir Kilat yang disebabkan oleh Ribut Petir
Apakah Ribut Petir?
Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat

Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil. Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap. Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
Page 7 of 32

Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan. Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.

Letusan ke Bawah
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan. Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan pagar. Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah. Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah. Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan segera dapatkan tempat berlindung.

Peranan Jabatan Meteorologi Malaysia


Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengawasi dengan rapinya keadaan cuaca dan menyiarkan ramalan cuaca secara rutin melalui media massa. Maklumat dari rangkaian stesen pencerapan permukaan, radar cuaca, satelit dan sumber-sumber lain dapat menjejak pembentukan ribut petir di negara kita. Berikan perhatian pada sebarang nasihat dan amaran cuaca buruk.

Garis Badai
Halaman 1 dari 2

GARIS BADAI Pergerakan Garis Ribut Petir


Garis Badai
Garis badai ialah istilah yang digunakan bagi menjelaskan tentang garisan ribut petir yang bergerak. Panjangnya boleh mencapai seratus kilometer dan mempunyai tempoh hayat beberapa jam yang di anggap lebih lama daripada komponennya ribut petir. Garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding dengan ribut petir individu. Garis badai kerap dilihat semasa monsun barat daya di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai Malaysia Timur menghadap Laut China Selatan. Di Semenanjung Malaysia, garis badai merujuk kepada "Sumatras" yang terbentuk di sepanjang Selat Melaka pada waktu malam dan menjelang subuh. Ia cenderung bergerak ke arah timur ketika pagi dan menjejaskan negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Garis badai di Malaysia Timur juga mempamirkan ciri-ciri yang sama, iaitu terbentuk di luar pesisir pantai pada sebelah malam sebelum melanda ke daratan pada waktu pagi.

Apakah Yang Terjadi Bila Badai Datang

Jika anda tinggal di kawasan pantai barat semenanjung malaysia Anda dapat mencerap ciri pembentukan awan, iaitu jalur tebal awan kumulonimbus yang naik meninggi dan datangnya dari laut
Page 8 of 32

Kelajuan angin meningkat secara mendadak menjadi langkisau semasa garis badai datang menghampiri. Suhu menurun dengan tiba-tiba. Laluan garis badai kerap disertai dengan guruh, kilat dan hujan lebat. Apabila sampai di daratan, haba pendam pemeluwapannya hilang dan garis badai melesap dengan cepat. Keamatan curahan hujan mengurang dan keadaan kembali normal kira-kira sejam kemudian.

Bilakah Garis Badai Kerap Berlaku?


Garis badai selalunya berlaku semasa menjelang subuh dan awal pagi, paling kerap antara bulan April hingga November. Namun, garis badai kadangkala boleh terbentuk pada waktu petang dan bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim.

Asal "Sumatras"
Sumatras ialah fenomena unik di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pembentukannya disebabkan lokasi Kepulauan Sumatra di barat dan Semenanjung Malaysia di timur, terpisah oleh Selat Melaka yang sempit. Semasa Monsun Barat Daya, angin barat daya bertiup merentasi banjaran gunung Sumatra lalu menghasilkan gelombang gunung di sebelah teduh angin dan mengakibatkan ketakstabilan atmosfera. Air di Selat Melaka yang relatifnya panas memberikan sumber kelengasan dalam pembentukan olakan. Dalam atmosfera yang ketakstabilannya tinggi, awan guruh terbentuk di tempat berkenaan dan bergabung menjadi garis badai. Garis badai bergerak ke arah timur dipandu oleh angin barat daya ke kawasan pantai Semenanjung Malaysia.

Garis Badai Berbahaya Kepada Operasi Penerbangan


Garis badai menandakan suatu kawasan ketakstabilan ekstrim dan golakan ganas. Sel ribut petir yang terbenam dalam badai boleh menghasilkan kilat, hujan lebat yang membawa banjir kilat, dan angin kencang. Dalam kes yang buruk, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa disamping kerosakan harta benda. Garis Badai Berbahaya Kepada Operasi Penerbangan Kerana: Ricih angin yang kuat dalam awan telah banyak menyebabkan nahas maut. Arus menurun dan menaik dalam awan adalah berbahaya kepada pesawat ringan yang tidak dilengkapi dengan peralatan canggih bagi mengesannya. Ledakan menurun dari dasar awan boleh mempengaruhi penerbangan pada aras rendah terutamanya semasa pesawat menuju ke lapangan terbang.

Banjir Kilat Boleh Meragut Mangsa


Disebabkan oleh hujan berkeamatan tinggi, kawasan rendah dan bersaliran buruk mungkin mengalami banjir besar apabila dilanda garis badai. Pada akhir 1996, banjir kilat telah melanda Pulau Pinang dan Seberang Prai yang di sebabkan oleh badai yang terbentuk di utara Selat Melaka yang bergerak cepat ke pedalaman di waktu pagi. Banjir ini telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan kemusnahan awam. Jumlah curahan hujan merupakan yang tertinggi pernah di rekodkan.

Peranan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia


Semua pejabat ramalan kajicuaca di lapangan terbang utama negara telah dilengkapi dengan radar yang dapat mengesan pembentukan garis badai dan memonitor pergerakannya. Pejabat kajicuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang mempunyai Radar Dopler yang berkebolehan mengesan ricih angin di dalam badai. Pengesanan cuaca buruk melalui teknologi radar yang terkini ini membolehkan amaran yang menepati masa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Page 9 of 32

El Nio/La Nia
Halaman 1 dari 3

El Nio/La Nia Kesannya ke atas cuaca di Malaysia


Apakah El Nio?
Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Nio. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap. Secara lazimnya, El Nio berlaku untuk tempoh 9 hingga 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Nio yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Bagaimana El Nio dikaitkan dengan keadaan atmosfera?


Semasa El Nio berlaku, suhu air laut yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.

Semasa El Nio terbentuk, tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang (Sumber lebih panas ditandakan dengan warna merah di khatulistiwa tengah Pasifik. Semasa ketiadaan El Diagram: Nio atau keadaan normal, tekanan permukaan atmosfera di Pasifik barat biasanya rendah manakala NOAA) di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Dalam keadaan ini, umumnya keadaan kawasan Pasifik barat adalah lembap manakala Pasifik tengah dan timur adalah kering. Corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nio kepada keadaan normal dan sebaliknya dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El Nio ini dikenali sebagai El Nio-Ayunan Selatan (ENSO). (Sumber Diagram: NOAA)

Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Nio (La Nia) ?


Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nia suatu keadaan yang bertentangan dengan El Nio. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang tinggi dan hujan lebat.

Semasa keadaan La Nia, tekanan permukaan atmosfera meningkat di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan permukaan menurun di bahagian Pasifik barat. Keadaan La Nia turut dikenali sebagai fasa sejuk ENSO. (Sumber Diagram: NOAA)

Page 10 of 32

Bagaimana kita memantau El Nio dan reaksi atmosfera?


Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Nio dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150 m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.

Southern Oscillation Index (SOI)


Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan di antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai SOI negatif yang ketara, berterusan selama sekurang-kurangannya enam bulan, kita mengalami keadaan El Nio. Lebih besar nilai negatif tersebut maka lebih tinggi keamatan El Nio. Sebaliknya, nilai SOI positif yang tinggi menunjukkan keadaan La Nia. El Nio/La Nia yang kuat biasanya diwakili oleh SOI yang bernilai 1.5 (negatif untuk El Nio dan positif untuk La Nia) atau lebih dan berpanjangan manakala keadaan yang sederhana diwakili oleh indeks berjulat di antara 0.8 dan 1.5. Keadaan El Nio yang lemah pula bernilai di antara 0.4 hingga 0.8.

Oceanic Nio Index (ONI)


Definisi lain bagi El Nio dan La Nia yang digunakan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) ditakrifkan sebagai penyimpangan suhu permukaan lautan di rantau Nio 3.4 (5U-5S, 120B-170B), disebut sebagai Oceanic Nio Index. Dengan menggunakan indeks ini, El Nio dicirikan oleh ONI yang bernilai +0.5C atau lebih sementara La Nia bernilai -0.5C atau kurang. Syarat untuk mengkelaskan suatu episod El Nio/ La Nia ialah nilai ONI mestilah sama atau melebihi nilai ambang (+/-0.5C) berterusan selama sekurang-kurangnya lima bulan.

Kekerapan berlakunya El Nio dan La Nia


Sejak 60 tahun kebelakangan ini, NOAA telah menyenaraikan episod-episod berikut sebagai tahun El Nio berdasarkan Oceanic Nio Index. Dua kejadian El Nio yang terkuat pada abad yang lalu berlaku dalam tahun 1982-83 dan 1997-98.

1951-1952 1957-1958 1963-1964 1965-1966 1968-1969 1969-1970 1972-1973 1976-1977 1977-1978 1982-1983 1986-1988 1991-1992 1994-1995 1997-1998 2002-2003 2004-2005 2006-2007 2009-2010
Kekerapan berlakunya La Nia pula adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan El Nio. Tahun-tahun berlakunya La Nia adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1949-1951 1954-1957 1962-1963 1964-1965 1967-1968 1970-1972 1973-1976 1984-1985 1988-1989 1995-1996 1998-2000 2000-2001 2009-2010 -

Apakah perubahan iklim semasa El Nio?


Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia semasa El Nio berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil. Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti ditunjuk di dalam rajah di bawah.

Apakah impak yang tipikal di Malaysia?


Dengan kehadiran El Nio yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).

Page 11 of 32

Keadaan El Nio yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nio/La Nia.

Iklim Malaysia
Halaman 1 dari 3

Pengenalan
Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

Angin
Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk). Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih. Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.

Taburan Hujan
Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim.

Perubahan Hujan Bermusim di Semenanjung Malaysia


Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama : (a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November, Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri. (b) Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia, corak hujan menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksimum dengan dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya berlaku pada bulan Oktober-November manakala maksimum skunder berlaku pada bulan April-May. Di kawasan barat laut, minimum primer berlaku pada bulan Januari-Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Jun-Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun-Julai manakala minimum skunder berlaku pada bulan Februari. (c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatras' pagi pada bulan Mei dan Ogos di mana corak maksima dan minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum Mac-April-Mei dan minimum Jun-Julai tidak wujud atau kurang jelas.

Page 12 of 32

Perubahan Hujan Bermusim di Sabah dan Sarawak


Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima jenis utama : (a) Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami regim corak hujan satu maksimum dan satu minimum. Keduadua kawasan mengalami hujan maksimum pada bulan yang sama iaitu Januari manakala hujan minimum pada bulan yang berbeza. Di kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau Julai manakala kawasan timur laut pantai Sabah hujan minimum berlaku pada bulan April. Di bawah regim ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun timur laut iaitu Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih dari separuh dari hujan tahunan diterima di kawasan barat Sarawak. (b) Kawasan pendalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan yang agak sekata. Walau pun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa tempoh Jun hingga Ogos sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di nyatakan di sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pendalaman Sarawak. Longgo kan menerima hujan tahunan purata melebihi 5000 mm. (c) Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami regim corak hujan dua maksima dan dua minima. Maksimum primer berlaku pada bulan Oktober dan maksimum skunder berlaku pada bulan Jun. Minimum primer berlaku pada bulan Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Ogos. Walau pun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada minimum primer adalah jelas lebih rendah berbanding skunder minimum. Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda. (d) Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding dengan kawasankawasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima dan dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan Februari dan Ogos manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober. (e) Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan sekata. Jumlah hujan tahunan yang diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga April adalah tempoh agak kering berbanding bulan-bulan lain.

Cahaya dan Sinaran Matahari


Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistiwa, Malaysia secara semulajadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya sinaran matahari. Bagaimanapun adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak diliputi awan langsung walaupun ketika tempoh kemarau. Litupan awan dapat mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari. Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan mengikut musim dan tempat jumlah cahaya matahari yang diterima. Secara purata, Alor Star dan Kota Bharu menerima lebih kurang 7 jam cahaya matahari sehari sementara kuching menerima hanya secara purata 3.7 jam sehari dalam bulan Januari. Sementara Alor Star secara purata menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari pada bulan yang sama. Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama dengan cahaya matahari.

Sejatan
Di antara kesemua faktorfaktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan dan suhuadalah merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermaknakurangnya cahaya matahari seterusnya kurang sinaran matahari menyebabkan suhu menjadi rendah. Ujian daripada datadata sejatan menunjukkan bahawa bulanbulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Stesen Senai , salah satu dari stesen yang letaknya di tanah rendah mempunyai purata sejatan terendah dalam sehari iaitu 2.6mm dalam bulan November, sementara Kota Kinabalu pula mempunyai purata sejatan tertinggi iaitu 6.0mm sehari dalam bulan April. Bagi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di mana suhu udaranya adalah rendah, kadar sejatannya juga rendah. Sementara kawasan tanah rendah mempunyai purata sejatan tahunan 4mm hingga 5mm sehari, Cameron Highlands mempunyai kadar yang hanya lebih kurang 2.5mm sehari

Page 13 of 32

Maklumat Iklim
Suhu

Suhu tertinggi pernah direkodkan Suhu terendah pernah direkodkan Perubahan suhu terendah dalam satu hari Perubahan suhu tertinggi dalam satu hari
Hujan

40.1C 7.8C 1.1C 15.7C

Direkodkan di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. 1 Februari 1978, direkodkan di Cameron Highlands pada paras tinggi 1471.6m dari Purata Paras Laut. Direkodkan di Cameron Highlands, Pahang pada 16 November 1998. Direkodkan di Kuala Krai, Kelantan pada 20 April 1998.

Hujan tertinggi dalam sejam Hujan tertinggi dalam sehari Hujan tahunan tertinggi Hujan tahunan terendah Purata hujan tahunan tertinggi Purata hujan tahunan terendah Bilangan hari hujan tertinggi

159.4 mm 608 mm 5,687 mm 1,151 mm 4,159 mm 1,787 mm 279 hari

Direkodkan di Sandakan , Sabah pada 27 Oktober 2006. Direkodkan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 1967. Direkodkan di Sandakan, Sabah pada 2006. Direkodkan di Tawau, Sabah pada 1997. Direkodkan di Kuching, Sarawak. Direkodkan di Sitiawan, Perak. Direkodkan di Kuching, Sarawak.

Angin

Purata harian tertinggi kelajuan 3.8 m/s angin Kelajuan angin maksima tertinggi
Kilat

Direkodkan di Mersing, Johor.

41.7m/s Direkodkan di Kuching, Sarawak pada 15 September 1992.

Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami kilat Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada kilat

309 hari 362 hari

Direkodkan di KLIA, Sepang

Direkodkan di Subang pada tahun 1987

Page 14 of 32

Ribut Petir

Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami ribut petir Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada ribut petir

211 hari 269 hari

Direkodkan di Subang.

Direkodkan di Subang pada tahun 1969

Analisa adalah berdasarkan rekod bagi 36 stesen kajicuaca utama bagi tempoh sehingga tahun 2010.

Pemendapan Berasid Dan Alam Sekitar


Halaman 1 dari 6

1. Isu-isu Persekitaran Sejagat


Penipisan lapisan ozon di udara (lapisan stratosfera), perubahan iklim, pengasidan atmosfera, penggurunan, kepupusan pelbagai spesies penghidupan dan pencemaran marin merupakan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Mengapa ianya disebut isu persekitaran sejagat atau global? Ini kerana kesan dan kemusnahan bukan sahaja akan menjejaskan negara bermasalah, tetapi merebak ke negara jiran bahkan boleh mencapai skala global. Masalah persekitaran adalah sesuatu yang kompleks. Contohnya, pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid. Masalah ini mengakibatkan kemerosotankualiti tanah, kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan liar. Seiring dengan penambahan populasi dunia, pengawalan pencemaran akan terus menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi semakin pesat, justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan produktiviti negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan-bahan buangan terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran global.

2. Apakah itu Pemendapan Berasid


Sejarah pengasidan bermula sejak beberapa ratus juta tahun dahulu. Ketika itu, kehidupan zaman batu dan raksasa yang mati telah bertukar menjadi bahan api seperti arang batu, minyak dan gas asli. Sejak beberapa ratus tahun yang lalu, kita telah membakar khazanah bahan organik. Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin disamping mengalami perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid. Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah dan mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai hujan asid. Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan berasid. Di negara-negara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang termendap adalah dalam bentuk jatuhan kering. Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi. Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa cuaca baik. Proses ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu juga, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan sebagainya lalu berlakunya pemendapan kering berasid.

3. Impak akibat Pemendapan Berasid


Terdapat beberapa sebab mengapa kita mempertimbangkan mendapan asid sebagai salah satu masalah persekitaran serius yang dihadapi oleh negara-negara maju dan negara sedang membangun pada masa sekarang. Bagaimana ia menjejaskan ekosistem kita ? Di Eropah dan Amerika Utara, kesan-kesan persekitaran telah didokumenkan manakala di negara kita, kajian yang berfokuskan ekosistem tropika amat diperlukan. Mari kita lihat beberapa kesan-kesan pemendapan berasid.

Impak terhadap kesihatan manusia


Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah

Page 15 of 32

ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu. Masalah utama air berasid ialah ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan kesihatan.

Pemendapan Berasid Dan Alam Sekitar


Halaman 2 dari 6

Impak terhadap hidupan akuatik


Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air berasid. Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara dimana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang mencair.

Impak terhadap tanah dan hutan


Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah. Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonging, China. Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.

Impak terhadap bangunan dan harta benda


Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita ? Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta. Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya.

4. Pengukuran Pemendapan Berasid


Bagaimana kita menentukan samada kita ada masalah pengasidan ? Tanda ujudnya masalah ini boleh ditentukan dengan membuat pengukuran keasidan air hujan. Walaubagaimanpun, penilaian yang lengkap diperlukan untuk menentukan samada pemendapan berasid

Page 16 of 32

tersebut disebabkan oleh mendapan kering atau basah. Pelbagai alat dan teknik boleh digunakan untuk menentukan kandungan asid yang termendap di bumi. Alat-alat pengukuran keasidan merangkumi meter-meter yang ringkas dan mudah sehingga sistem yang canggih yang mengukur pada tahap ketepatan yang jitu. Begitu juga, penilaian teknik terdiri daripada kaedah mudah kepada penggunaan model komputer yang berupaya meramal senario akan datang.

Pemendapan Berasid Dan Alam Sekitar


Halaman 3 dari 6

Pengukuran keasidan air hujan


Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya ia dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Pengukuran hujan berasid bermula dengan pengumpulan air hujan. Pengumpulan lakukan di lokasi terdedah, jauh dari bangunan dan pokok. Di kawasan bandar, lokasi tapak pengumpulan dielakkan berdekatan dengan kawasan pelepasan tempatan seperti kenderaan dan cerobong kilang. Semasa proses pengumpulan,sampel air hujan dipastikan tidak tercemar. Sentuhan tangan dielakkan. Bekas pengumpul harus dicuci sebersih-bersihnya dengan air tulen sebelum digunakan. Bekas kaca dan plastik diberikan keutamaan kerana ia tidak bertindakbalas dengan air hujan. pH air hujan boleh diukur samada dengan penunjuk pH dan dibanding dengan carta warna pH, atau meter pH. Walaupun pH ialah penunjuk keasidan, hubungan antara nilai pH dan kepekatan asid agak kompleks memandangkan ianya tidak linear. Nilai pH bergantung kepada keseimbangan asid dan alkali dalam larutan. Pendekatan yang baik bagi memahami pengasidan air hujan ialah dengan menentukan kepekatan ion sulfat dan nitrat, iaitu satu pendekatan yang lebih menyeluruh. Alat automatik air hujan digunakan untuk mengumpul sampel air hujan. Maklumat jumlah air hujan, tempoh dan masa berlaku juga dicatatkan. Maklumat ini digunakan bersama dengan keputusan analisis kimia terhadap kehadiran ion dalam air hujan semasa penilaian bagi mendapan asid.

Pengukuran ke atas Pemendapan kering


Kajian terhadap pemendapan kering agak kurang berbanding dengan pemendapan basah kerana sukar untuk menentukan kuantitinya. Walaubagaimanapun, ia sama penting dengan pemendapan basah. Pensampelan pasif (passive sampler), pak penapis bertingkat (filter pack) atau alat penganalisa gas automatik boleh digunakan untuk mengukur kepekatan gas berasid seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida serta gas-gas lain seperti ammonia yang menyumbangkan kepada proses pengasidan. Pak-pak penapis mudah dikendalikan dan boleh diguna dengan meluas samada di tapak pemonitoran bandar dan hutan terpencil. Walaubagaimanapun, penyediaan awal untuk penuras perlu dilakukan serta operasinya memerlukan sumber kuasa letrik. Pensampelan pasif tidak mahal dan tidak memerlukan penggunaan kuasa letrik. Kedua-dua kaedah memerlukan kemudahan makmal untuk menjalankan penganalisaan kimia. Disebaliknya, alat-alat penganalisaan aktif menunjukkan data yang selanjar, nilai masa nyata, kepekatan gas tetapi lebih sukar untuk diselenggarakan. Pemendapan kering bagi aerosol berasid biasanya kurang penting berbanding dengan gas pemendapan kering memandangkan amaun pemendapan asid dalam aerosol sangat kurang berbanding dengan dalam bentuk gas. Sampel aerosol dikumpulkan pada penuras menggunakan alat low volume air sampler dan kemudiannya dianalisa untuk menentukan kepekatan asidnya.

5. Rangkaian Pemantauan Pemendapan Berasid di Malaysia


Rangkaian Stesen Pemantauan Mendapan Asid merangkumi 22 buah stesen yang mana terdapat 17 stesen di Semenanjung Malaysia, 2 stesen di Sabah, 1 stesen di Labuan dan 2 di Sarawak. Sampel-sampel air hujan yang dikumpul bersama sampel deraian kering dianalisa untuk menentukan komposisi kimianya. Pemendapan basah dianalisa untuk kalsium, plumbum, mangan, ammonium, besi, fluorida, nikel, klorida, natrium, kuprum nitrat, magnesium, zink, sulfat, kalium, merkuri, konduktiviti, pH dan kandungan pepejal. Deraian kering dianalisa untuk magnesium, kalsium, raksa, kuprum, besi, manganese, nickel, plumbum, zink dan habuk. Maklumat yang diperolehi digunakan untuk mendokumen trend keasidan dalam negara ini. Data-data yang diperolehi dapat menyediakan maklumat-maklumat yang digunakan oleh pembuat-pembuat dasar, para penyelidik, saintis, penuntut-penuntut pengajian tinggi dan sekolah, serta agensi-agensi kerajaan untuk pelbagai tujuan.

6. Punca Hujan Berasid


Page 17 of 32

Punca utama pencemaran udara terbahagi kepada dua iaitu punca-punca bergerak (kenderaan bermotor) dan punca-punca tetap (aktiviti perkilangan atau industri). Di samping itu, ianya juga berpunca dari aktiviti-aktiviti lain seperti pembakaran terbuka. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati pelepasan daripada kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama diikuti dengan aktiviti perkilangan atau industri.

7. Pencegahan dan kawalan


Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi menghadapi masalah pemendapan berasid. Kaedah penyelesaian yang terbaik adalah dengan menghadkan pelepasan pencemar-pencemar udara ke atmosfera. Pelepasan pencemar-pencemar ini boleh dikawal dengan menggunakan peraturan-peraturan, kaedah atau teknologi kawalan pencemar, perancangan alam sekitar dan sebagainya. Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal dengan dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur. Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah beermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera. Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti : i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambilkira dua prinsip utama iaitu :

Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana teknologi tersebut mampu lakukan.

8. Bagaimana kita boleh menjadikan alam sekitar bertambah baik ?


Kurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan dari menggunakan tenaga. Penggunaan elektrik yang tidak cekap, bijak dan produktif akan membazirkan sumber-sumber seperti minyak, gas, arang batu dan lain-lain yang digunakan untuk menghasilkannya. Pastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan baik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang mengikut jadual. Sikap pemandu yang sentiasa menyelenggara kenderaan mereka agar tidak melepaskan asap berlebihan merupakan satu amalan penting. Di Malaysia kini mempunyai lebih 10 juta kenderaan yang berdaftar yang mana sekiranya setiap kenderaan dapat diselenggara dengan baik, maka pelepasan pencemar dari ekzos kenderaan dapat diminimakan. Kaedah pemanduan yang berhemat juga adalah perlu di mana hanya memecut jika memerlukan. Jika boleh, gunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Jangan lakukan pembakaran terbuka sesuka hati. Setiap pembakaran yang dilakukan hendaklah diselenggara dengan baik dan terkawal. Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengetahui kesesuaian jika ingin melakukan pembakaran. Mengamalkan sikap cintakan alam sekitar. Masyarakat hendaklah mengamalkan sikap menjaga kebersihan dangan tidak membuang sampah merata-rata, tidak kira di mana mereka berada. Sikap pentingkan diri sendiri atau Sikap pentingkan diri sendiri hendaklah dikikis. Banyak menanam pokok di sekitar kawasan rumah. Ini boleh mewujudkan suasana yang tenang dan secara tidak langsung akan dapat menyeimbangkan ekosistem.

Lapisan Ozon
Halaman 1 dari 4

Page 18 of 32

Lapisan Ozon
Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas membentuk hampirhampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3), molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera.

Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai lapisan ozon. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari. Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran UV pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV. UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman. Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.

Keseimbangan Ozon
Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.

Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)


Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik. Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 - 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 - 25 km, kurang UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.

Lubang Ozon
Lubang ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan lubang tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas. Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartica. Terdapat dua sebab utama bagi peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartica. Antara altitud tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais dibentuk. Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub sejuk. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan UV kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

Page 19 of 32

Kemerosotan Ozon Global


Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap jumlah kolum ozon pada musin sejuk dan panas bagi keduadua hemisfera utara dan selatan pada garis lintang tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini pada tahun1980 agak besar bila berbanding tahun 1970. Tiada statistik aliran signifikan dapat ditentukan bagi kawasan tropika semasa tahun 1980. Dengan kemajuan komputer model bagi pemusnahan stratosfera ozon dapat menjelaskan pemerhatian aliran jumlah ozon di latitud pertengahan pada musim panas, tetapi hanya sebahagian daripadanya pada musin sejuk. Ini bermakna bahawa pada masa hadapan perubahan global ozon belum boleh diramalkan lagi.

Pengukuran Ozon
Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:

Satelit
Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa peralatan Total Ozone Mapping Spectrometer (TOMS) telah merevolusikan pemantauan ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

Spektrofotometer Dobson
Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan mengukur jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh dunia untuk mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan membanding jumlah sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas kuat dengan ozon manakala yang satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran secara langsung berhubungkait dengan jumlah ozon.

Ozon sonde
Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada belon yang berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km. Udara dimasukkan ke dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas dengan ozon, menghasilkan arus eletrik yang mana berkadar dengan jumlah ozon. Isyarat dari sel ditukarkan kepada kod dan dihantar melalui radio kepada penerima stesen. Dari pelepasan belon sehingga kegagalan, lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini menyediakan taburan menegak ozon.

Tindakan Dunia
Dalam tahun 1975, dikhuatiri bahawa aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan United Nations Environment Programme (UNEP), WMO memulakan Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi secara jangka panjang pemantauan dan penyelidikan ozon. Kesemua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantar ke Pusat Data Ozon Dunia di Toronto, Kanada, yang mana tersedia kepada masyarakat saintifik antarabangsa. Dalam tahun 1977, mesyuarat pakar UNEP mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon; dalam tahun 1987, UNEP mengambil Protokol Montreal ke atas bahan yang mengurangkan lapisan ozon. Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual tindakan, mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras semasa 1986 pada tahun 1989, dan pengurangan sebanyak 50% pada 1999

Page 20 of 32

Sinar Lampau Ungu (UV)


Halaman 1 dari 2 Semua orang terdedah kepada penyinaran UV dari matahari dan sumber-sumber tiruan perdagangan dan rekreasi. Pancaran matahari termasuk cahaya, haba dan penyinaran UV. UV meliputi jarakgelombang berjulat antara 100 400 nm dan dibahagikan kepada 3 jalur :

UVA (315 400 nm) UVB (280 315 nm) UVC (100 280 nm)
Apabila matahari melalui atmosfera, kesemua UVC dan dianggarkan 90% penyinaran UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida. Penyinaran UVA kurang terjejas oleh atmosfera. Oleh yang demikian, penyinaran UV yang sampai ke permukaan bumi kebanyakan mengandungi UVA dengan sedikit komponen UVB.

Paras Penyinaran UV Dipengaruhi Oleh : Ketinggian Matahari


Semakin tinggi matahari, semakin tinggi paras penyinaran UV. Oleh itu, paras penyinaran UV berubah dengan masa.

Latitud
Semakin dekat khatulistiwa, semakin tinggi paras penyinaran UV.

Litupan Awan
Paras penyinaran UV tinggi jika ketiadaan awan bagaimanapun dengan adanya litupan awan, paras penyinaran UV juga boleh tinggi.

Altitud
Atmosfera yang nipis kurang menyerap penyinaran UV pada altitud yang tinggi. Dengan setiap 1000 meter kenaikan altitud, paras penyinaran UV meningkat sebanyak 10 12 %.

Ozon
Ozon menyerap sebahagian penyinaran UV yang mana selainnya akan sampai ke permukaan bumi.

Pantulan Bumi
Penyinaran UV dipantul atau diserak dengan takat kepelbagaian mengikut permukaan yang berlainan.

Mengapa Penyinaran UV Berbahaya?


Kuantiti penyinaran UV yang kecil amat berfaedah kepada manusia dan ianya perlu dalam penghasilan vitamin D. Penyinaran UV juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit, termasuk penyakit riket, psoriasis ' dan ekzema. Rawatan ini dilakukan di bawah pengawasan perubatan dan faedah rawatan antara risiko pendedahan penyinaran UV dengan pertimbangan klinikal. Pendedahan berpanjangan kepada penyinaran UV suria akan menyebabkan kesan akut dan kronik kepada kulit, mata dan sistem imun. Pendedahan berlebihan penyinaran UV oleh selaran matahari dan berjemuran diketahui sebagai kesan akut terbaik; dalam jangka masa panjang, kemerosotan penyinaran cetusan UV mengubah sel, tisu gentian dan saluran darah yang mendorong kepada pertumbuhan kulit yang kurang matang. Penyinaran UV juga boleh menyebabkan rangsangan tindakbalas mata seperti photokeratitus '. Masalah utama kesihatan awam termasuk 2 kesan kronik: kanser kulit dan katarak. Antara 2 dan 3 juta kanser kulit nonmelanoma' dan hampir 132,000 kanser kulit melanoma' berlaku di dunia setiap tahun. Manakala kanser kulit nonmelanoma' boleh dibuang melalui pembedahan dan agak kurang berbahaya, sebahagian besar melanoma malignan menyumbang kepada kematian, terutama penduduk berkulit perang. Lebih kurang 12 ke 15 juta orang buta disebabkan oleh katarak. Menurut anggaran WHO, sehingga 20% kes buta berkemungkinan disebabkan atau ditingkatkan oleh pendedahan matahari, terutama di negara-negara kawasan jalur katarak hampir kepada khatulistiwa. Tambahan lagi, bukti tubuh yang sedang membesar mencadangkan bahawa paras persekitaran penyinaran UV akan menambah risiko penyakit berjangkit dan menghadkan keberkesanan pemvaksinan.

Page 21 of 32

Tingkahlaku manusia di tengah panas dianggap punca utama peningkatan kadar kanser kulit dalam dekad ini. Peningkatan aktiviti-aktiviti luar dan tabiat berjemur mmenyebabkan pendedahan melampau kepada penyinaran UV. Masih ramai orang mengganggap berjemuran merupakan simbol tarikan dan kesihatan yang baik.

Apa Itu Indeks UV Suria?


Indeks UV suria menerangkan paras penyinaran UV suria pada permukaan bumi. Nilai indeks berjulat dari sifar ke atas semakin tinggi nilai indeks, lebih tinggi potensi kemudaratan kepada kulit dan mata, dan kurang masa diambil untuk kemudaratan berlaku.

Mengapa Kita Perlu UVI?


UVI adalah penting untuk memberi kesedaran awam terhadap risiko pendedahan berlebihan kepada penyinaran UV dan memberi amaran untuk orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Menggalakkan orang ramai mengurangkan pendedahan kulit agar dapat mengurangkan kesan kesihatan merbahaya dan kadar rawatan kesihatan. Sasaran utama UVI adalah pada kumpulan yang mudah terdedah seperti kanak-kanak dan pelancong. Nilai UVI dikelompokkan kepada kategori dedahan : KATEGORI DEDAHAN RENDAH SEDERHANA TINGGI SANGAT TINGGI EKSTREM JULAT UVI <2 3 HINGGA 5 6 HINGGA 7 8 HINGGA 10 11+

Adakah Orang Yang Berkulit Gelap Terlibat?


Kelazimannya salah anggapan bahawa hanya orang berkulit perang perlu bimbang terhadap pendedahan kepada matahari. Kanser kulit adalah rendah bagi berkulit gelap kerana mempunyai perlindungan pigmen melanin yang berlebihan. Walaubagaimanapun, kanser kulit juga terjadi pada kumpulan ini dan malangnya dikesan agak lewat sehingga pada peringkat merbahaya. Risiko kesan kesihatan berkaitan penyinaran UV terhadap mata dan sistem imum adalah bebas dari jenis kulit.

MESEJ ASAS PELINDUNGAN MATAHARI Hadkan dedahan pada waktu tengahari Cari tempat berteduh Pakai pakaian yang boleh melindungi diri dari dedahan
Guna topi bertepi lebar bagi melindungi mata, muka dan leher. Lindungi mata dengan rekabentuk kacamata lepas dengan panel sisi Guna skrin suria berspektrum lebar dengan faktor pelindung matahari (SPF) WA 15+ dengan banyak Elakkan berjemuran Lindungi bayi dan kanak-kanak: ini yang paling penting Teduhan, pakaian dan topi menyediakan perlindungan yang terbaik menggunakan skrin matahari ke atas anggota badan yang masih terdedah seperti tangan dan muka, tetapi sama sekali tidak boleh digunakan utuk memanjangkan tempoh dedahan matahari.

Aktiviti GAW di Malaysia


Halaman 1 dari 4 Latar Belakang Negara-negara dalam rangkaian Organisasi Meteorologi Dunia digalakkan untuk menubuhkan Stesen Pemerhatian Atmosfera Global (GAW) bagi melaksanakan pemantauan latar belakang kandungan atmosfera yang sistematik untuk memiliki data yang boleh dipercayai, berkualiti untuk dikaji serta memahami kawasan dan isu persekitaran global seperti pemendapan berasid, perubahan iklim dan penipisan ozon stratosfera. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menubuhkan 2 stesen GAW iaitu di Tanah Rata, Cameron Highlands dan di Petaling Jaya. Stesen GAW di Petaling Jaya memantau kualiti udara dan meteorologi di bandar ke arah memajukan satu pemahaman yang lebih bagus mengenai isu-isu persekitaran bandar. Menerusi penglibatan dalam projek Penyelidikan Persekitaran dan Meteorologi Bandar GAW WMO (GURME), JMM merancang untuk meningkatkan kebolehannya dalam menyediakan ramalan pencemaran udara bandar. Stesen GAW di Tanah Rata telah menarik minat kebanyakan komuniti saintifik antarabangsa baru-baru ini. Disebabkan lokasinya yang strategik dan kemudahan yang bagus

Page 22 of 32

untuk memantau pembebasan di kawasannya, stesen ini telah mengambil bahagian dalam banyak rangkaian pemantauan regional yang memerlukan data daripada tropika. JMM telah menubuhkan stesen GAW global di Lembah Danum, Sabah sejak November 2003. Lembah Danum adalah satu tapak penyelidikan hutan hujan tropika yang terbaik di dunia. Stesen GAW yang terletak dalam kawasan pemuliharaan hutan kelas pertama, menawarkan lokasi yang ideal untuk mengkaji hubungan biosfera-atmosfera dalam satu persekitaran hutan hujan tropika, pengangkutan bahan cemar jangka panjang serta kemampuan hutan hujan untuk bertindak sebagai tadahan bagi bahan pencemar atmosfera. Sekarang ini, satu set pemerhatian telah dijalankan untuk membincangkan isu seperti pemendapan berasid, pengangkutan gas, ciri-ciri dan fizikal aerosol serta radiasi UV tempatan. Satu program pemendapan asid komprehensif wujud di tapak GAW bagi memantau kedua-dua pemendapan kering dan basah. Kepekatan jisim aerosol dan sifat fizikal juga dipantau menggunakan beberapa peralatan termasuklah High Volume Air Samplers, Multiple Angle Absorption Photometer, Nephelometer, Precision Filter Radiometer (PFR) dan Tapered Element Oscillating Microbalance Instrument untuk mengukur masa sebenar. Pengukuran profil dan jumlah ozon dijalankan masing-masing di KLIA dan Petaling Jaya, manakala pemantauan ozon permukaan pula dijalankan di Tanah Rata dan Lembah Danum. Apakah GAW? GAW terdiri daripada sebuah rangkaian stesen pemantauan strategik global seluruh dunia, regional dan global yang diselaraskan oleh WMO. Secara formalnya ditubuhkan pada tahun 1989, GAW menyepadukan sebilangan kewujudan aktiviti pemantauan WMO dalam bidang persekitaran atmosfera. Ini termasuklah WMO Global Observing System (GO3OS)yang bermula pada tahun 1950 dan Background Air Pollution Monitoring Network (BAPMoN) yang bermula pada tahun 1960 dan termasuk penyukatan bagi gas rumah hijau yang penting (GHGs). Data yang dikumpul adalah penting dalam memahami hubungan antara perubahan komposisi atmosfera dan perubahan teraruh manusia dalam iklim dunia dan serantau. Aktiviti GAW juga memfokuskan kepada aspek penyelidikan dan pemantauan jangka panjang pengangkutan atmosfera dan pemendapan bahan berbahaya menerusi ekosistem daratan, air tawar dan marin serta kitaran semulajadi dalam laut atmosfera dunia-sistem biosfera dan antropogenikyang berkemungkinan mempengaruhinya. Kini terdapat 300 stesen GAW yang beroperasi di mana lebih daripada 200 stesen yang di jalankan oleh lebih 60 buah negara dalam mewujudkan pemantauan dan pentafsiran masalah persekitaran serantau. Ia termasuk menjangka kawasan pencemaran udara di kawasan pedalaman, keasidan hujan, kemusnahan ekosistem dan pencemaran laut. Banyak stesen GAW di rantau ini yang dapat mengukur peningkatan di dalam ozon permukaan, dimana ia turut memberi kesan kepada iklim serantau. Terdapat 22 stesen global GAW yang beroperasi penuh dengan program lengkap. Pengukuran di stesen global termasuklah jumlah ozon (O3), karbon dioksida (CO2) dan gas-gas rumah hijau yang lain, radiasi solar, jumlah kepadatan aerosol, komposisi unsur atmosfera dan ukuran meteorologi yang lain. Siapakah yang mengoperasikan stesen GAW? Operasi rangkaian pemonitoran GAW kebanyakkannya bergantung kepada aktiviti perkhidmatan meteorologi bagi negara-negara yang menjalankan stesen pemantauan. Sebilangan stesen ini beroperasi dengan kerjasama beberapa penyelidik dan institusi pendidikan. Faedah daripada rangkaian GAW Penghujung tahun 1970, pengukuran dari stesen permukaan GAW telah dikukuhkan dengan pengukuran dari satelite menggunakan peralatan khas iaituTotal Ozone Mapping Spectrometer (TOMS). Data ozon dari rangkaian GAW dan maklumat dari satelite hanya menyediakan pangkalan data sedia ada bagi perkembangan kepekatan ozon jangka panjang. Ia telah dihasilkan untuk menyediakan asas penyesuaian Vienna Convention untuk perlindungan lapisan ozon dan dipadukan dengan protokol Montreal pada bahan yang menipiskan lapisan ozon. GAW juga akan memainkan serta meningkatkan peranan utama dalam validasi jangka panjang bagi penentuan satelit untuk mengenalpasti kepekatan unsur gas, sejak validasi berterusan menjadi kritikal untuk menentukan perkembangan unsur yang boleh dipercayai. Data GAW dan penghasilan penilaian menyediakan input penting terhadap kedudukan komposisi atmosfera kepada ramai pengguna. Ia termasuklah para saintis, organisasi penyelidikan, sektor kerajaan, pembuat polisi dan WMO/UNEP Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). Mereka juga turut mementingkan kelengkapan konvensyen antarabangsa, seperti United Nations Framework Convention on Climate Change dan Vienna Convention untuk perlindungan lapisan ozon. Program Pemantauan di Stesen GAW Tanah Rata Program pemonitoran di Stesen Tanah Rata terdiri daripada parameter-parameter yang berikut: 1. Komposisi kimia air hujan 2. Gas reaktif 3. Komposisi kimia dan kepadatan aerosol 4. Ozon permukaan 5. Meteorologi 1. Komposisi Kimia Air Hujan Proses pemendakan kimia adalah salah satu cara yang paling mudah untuk memperolehi petunjuk pencemaran dalam atmosfera rendah. Dalam intipati, bahan-bahan pencemar udara melalui proses pemendakan dan sampai ke permukaan dalam bentuk hujan. Di awal abad, keasidan pemendakan adalah menjadi kebimbangan utama di Eropah dan Amerika Utara tetapi baru-baru ini kebimbangan itu telah merebak di kebanyakan kawasan-kawasan dunia terutamanya dari Asia. Pembangunan ekonomi dan pertumbuhan penduduk di negara

Page 23 of 32

membangun dikenalpasti sebagai satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pemancaran dan pemendapan bahan pencemar berasid. Keasidan ini diketahui telah memberi kesan buruk kepada persekitaran di darat dan di air, lingkungan pengasidan tanah dan perairan darat (menyebabkan penurunan tumbuhan dan kematian ikan) yang merosakkan bangunan dan monumen. Terdapat juga pertambahan yang dikenali sebagai nutrien nitrogen yang dihantar ke permukaan oleh proses pemendakan yang menyumbang kearah memperkayakan ekosistem terutamanya di perairan pantai. Ukuran komposisi kimia di stesen GAW Tanah Rata adalah untuk menilai sumbangan bahan kimia terpilih dalam pemendakan, mengenalpasti pengagihan ruang dan masa, menilai penglibatan aktiviti manusia ke atas komposisi atmosfera dan meningkatkan pengetahuan proses psiko-kimia yang berkaitan dengan pemendapan dan pengangkutan di atmosfera oleh bahan pencemar berasid. Air hujan dikumpul dengan menggunakan alat Ecotech Wet-Only Rainwater Sampler. Alat ini terdiri daripada tipping bucket precipitation gauge, collection funnel, unit sampel botol dan solar panel sebagai unit kuasa. Apabila sensor mengesan sebarang pemendakan, tudung yang menutupcollection funnel akan terbuka dan proses pengumpulan air hujan akan bermula. Air hujan yang telah dikumpul itu akan disimpan di dalam botol yang terdapat dalam alat tersebut. Wet-Only Rainwater Sampler di Tanah Rata telah diprogramkan untuk mengumpul sampel air hujan selama 7 hari. Sampel tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. 2. Gas Reaktif Pemendapan kering oleh bahan pencemar di atmosfera meninggalkan sesuatu yang kekal terhadap jumlah pemendapan bahan pencemar dari udara ke permukaan semulajadi. Dalam ketiadaan teknik pengukuran pemendapan kering yang sesuai, di mana ia amat penting kepada kawasan sumber pencemaran, ia telah dianggarkan dengan menggunakan pengukuran konsentrasi data bagi bahan pencemar utama di udara. Sulfur dioksida merupakan bahan pencemar bergas yang penting dimana ia merupakan pelopor bagi pemendapan berasid. Ia adalah satu pengukuran yang biasa dalam kebanyakan stesen GAW regional. Ia mempunyai jangka hayat beberapa jam hingga beberapa hari. Sumber semulajadi bagi SO2 termasuklah lautan, aktiviti gunung berapi dan proses pereputan biojisim tetapi, sumber antropogenik utama adalah daripada pembakaran bahan api fossil. Nitrogen Oksida dan sebatian organik meruap (VOCs) adalah petanda penting untuk ozon dan oksidan lain dalam troposfera. Namun, tidak terdapat kaedah yang boleh diterima pakai untuk pengukuran konsentrasi yang sangat rendah bagi nitrogen oksida yang wujud di dalam atmosfera memandangkan pertukaran yang amat cepat diantara campuran mereka. Sejak aktiviti antropogenik membentuk satu sumber yang besar bagi nitrogen oksida, pengukuran di lokasi-lokasi terpencil adalah perlu untuk memantau sebarang perubahan dalam kepekatannya. Di Tanah Rata, konsentrasi sulfur dioksida telah diukur secara berterusan dengan menggunakan Monitor Lab ML9850 Sulphur Dioxide Analyzer. Alat tersebut terdiri daripada discharge lamp, optical band-pass filter dan photomultiplier tube. Operasi alat ini adalah berdasarkan kepada prinsipclassical fluoresant spectroscopy. Sulfur dioksida menunjukkan kadar spektrum penyerapan ultra ungu yang kuat iaitu di antara 200 dan 240 nm. Penyerapan foton pada keputusan jarak gelombang di dalam foton flourescence adalah dalam jarak gelombang di antara 300 hingga 400 nm. Jumlahflourescence yang telah dipancarkan adalah berkadar terus dengan konsentrasi SO2. Dua lagi kaedah yang juga digunakan untuk mengukur konsentrasi bergas di Tanah Rata, dinamakan passive sampler dan filterpack. Passive sampleradalah kecil dan ringan serta tidak memerlukan bekalan elektrik. Sampler tersebut terdiri daripada sink untuk gas-gas tertentu. Contohnya, dalam bekas sulfur dioksida, filter tersebut telah diletakkan 4% pottasium karbonat dan 2% ethelene glycol dalam air. Jisim akan bergerak ke arah filter secara berkadar terus kepada konsentrasi zarah dan dimensi di dalam sampler tersebut. Setelah didedahkan selama seminggu, passive sampler tersebut akan dihantar ke makmal kimia dimana ia akan dianalisis. Filterpack pula terdiri daripada penapis bertingkat untuk menjalankan persampelan beberapa jenis gas pada masa yang sama. Udara akan masuk menerusi pek tersebut pada satu kadar dengan menggunakan pam udara tekanan rendah untuk tempoh seminggu. Penapis tersebut kemudiannya akan dianalisa dengan menggunakan prosedur yang sama seperti passive sampler. 3. Komposisi kimia dan kepadatan aerosol Aerosol udara adalah penting untuk pelbagai isu samada dari perubahan iklim global ke regional dan juga skala kualiti udara tempatan. Kesan iklim bagi aerosol akan menghasilkan satu keputusan samada kesan radiatif secara langsung dan tidak langsung terhadap ciri-ciri awan. Masalah-masalah regional termasuklah kesan potensi ke atas kesihatan dan kadar kematian manusia. Sumber utamanya samada daripada aktiviti perindustrian/bandar dan asap kesan daripada aktiviti pembakaran. Stesen GAW Tanah Rata mengukur jumlah kepadatan partikel terampai (aerosol) dengan menggunakan Sierra Andersen High Volume Air Sampler. Alat ini terdiri daripada motor yang menarik udara terus ke satu gentian kaca pada satu kadar yang diketahui iaitu 1120 litres/min, dan konsentrasi aerosol udara itu kemudiannya dikenalpasti dengan mengira perbezaan berat dalam turas tersebut sebelum dan selepas persampelan. 3. Komposisi kimia dan kepadatan aerosol Aerosol udara adalah penting untuk pelbagai isu samada dari perubahan iklim global ke regional dan juga skala kualiti udara tempatan. Kesan iklim bagi aerosol akan menghasilkan satu keputusan samada kesan radiatif secara langsung dan tidak langsung terhadap ciri-ciri awan. Masalah-masalah regional termasuklah kesan potensi ke atas kesihatan dan kadar kematian manusia. Sumber utamanya samada daripada aktiviti perindustrian/bandar dan asap kesan daripada aktiviti pembakaran.

Page 24 of 32

Stesen GAW Tanah Rata mengukur jumlah kepadatan partikel terampai (aerosol) dengan menggunakan Sierra Andersen High Volume Air Sampler. Alat ini terdiri daripada motor yang menarik udara terus ke satu gentian kaca pada satu kadar yang diketahui iaitu 1120 litres/min, dan konsentrasi aerosol udara itu kemudiannya dikenalpasti dengan mengira perbezaan berat dalam turas tersebut sebelum dan selepas persampelan. 3. Komposisi kimia dan kepadatan aerosol Aerosol udara adalah penting untuk pelbagai isu samada dari perubahan iklim global ke regional dan juga skala kualiti udara tempatan. Kesan iklim bagi aerosol akan menghasilkan satu keputusan samada kesan radiatif secara langsung dan tidak langsung terhadap ciri-ciri awan. Masalah-masalah regional termasuklah kesan potensi ke atas kesihatan dan kadar kematian manusia. Sumber utamanya samada daripada aktiviti perindustrian/bandar dan asap kesan daripada aktiviti pembakaran. Stesen GAW Tanah Rata mengukur jumlah kepadatan partikel terampai (aerosol) dengan menggunakan Sierra Andersen High Volume Air Sampler. Alat ini terdiri daripada motor yang menarik udara terus ke satu gentian kaca pada satu kadar yang diketahui iaitu 1120 litres/min, dan konsentrasi aerosol udara itu kemudiannya dikenalpasti dengan mengira perbezaan berat dalam turas tersebut sebelum dan selepas persampelan. 5. Meteorologi Pemahaman mengenai kajiiklim dalam kawasan sekitar terutamanya di stesen GAW adalah perlu untuk interpretasi mana-mana data jangka panjang yang telah dikumpul di stesen tersebut. Suhu, kelajuan dan arah angin, tekanan, kelembapan relatif / takat embun dan jumlah pemendakan adalah parameter kajicuaca biasa yang dicatatkan di stesen GAW. Satu program pengukuran yang berterusan di tempat asal parameter kajicuaca adalah perlu bagi melengkapkan dan mentafsirkan perubahan-perubahan dalam parameter kualiti udara masing-masing sepanjang masa di tapak serantau. Peralatan kajicuaca di Tanah Rata menggunakan peralatan yang diseragamkan dalam semua stesen klimatologi seluruh negara, iaitu: Suhu Kelajuan dan arah angin Tekanan Kelembapan relatif Pemendakan Termometer Anemograph Barometer Termometer bebuli basah dan kering Tolok hujan dan perakam hujan

Aktiviti Pemonitoran dan Penyelidikan Stesen Pemerhatian Atmosfera Global, Bukit Atur, Lembah Danum, Sabah. 1.0 Pengenalan Stesen Pemerhatian Atmosfera Global Organisasi Meteorologikal Dunia di Lembah Danum, Sabah telah ditubuhkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Yayasan Sabah bagi memantau kepekatan latar parameter atmosfera. Pembinaan stesen GAW bermula pada 2002, siap di penghujung 2003 dan mula beroperasi pada 2004. Stesen ini ditubuhkan untuk membuat pencerapan yang komprehensif terhadap komposisi kimia dan ciri-ciri fizikal atmosfera yang tertentu pada skala global dan membekalkan komuniti saintifik dengan tujuan meramal keadaan atmosfera pada masa hadapan. Stesen GAW Lembah Danum merupakan salah satu dari 23 stesen di rangkaian pemonitoran GAW WMO. Rangkaian pemonitoran ini menjalankan pemantauan sistematik komposisi kimia atmosfera dan parameter fizikal pada skala 'region' dan global. Rangkaian ini juga menjalankan penilaian dan penganalisa dalam menyumbang kepada konvensyen alam sekitar dan pembangunan polisi. 2.0 Aktiviti Pemonitoran Sejak penubuhan stesen GAW pada tahun 2004, beberapa sistem telah dipasang dan dimulakan. Sistem yang terdapat di Stesen GAW terdiri daripada (i) Sistem Karbon Dioksida Lo-Flo Mark II (ii) Sistem TEOM (iii) Multi-Angle Absorption Photometer (MAAP) (iv) Nephelometer (v) Ecotech Wet-Only Sampler (vi) Sistem Persampelan Filter Pack (vii) Persistent Organic Pollutant Passive Sampler (viii) Surface Ozone Analyser (ix) Automatic Weather System (AWS) dan (x) Sistem Profil Ozon Menegak Ia turut menyediakan rangkaian hubungan di antara sistem di stesen dengan Ibu Pejabat JMM, Petaling Jaya dan terminal internet yang lain sebagai komunikasi VSAT. Pelan masa hadapan bagi stesen ini termasuklah menjalankan pengukuran kedalaman optikal dengan menggunakan sunphotometer dan pemonitoran gas rumah hijau (GHG) melalui flask sampling. Sebenarnya, pengukuran kedalaman optikal aerosol dijangka bermula pada April 2007 dan pemonitoran GHG pula pada tahun 2008. 2.1 Lo-Flo Mark II Carbon Dioxide system Konsentrasi karbon dioksida di tiga peringkat di Stesen GAW Lembah Danum telah diukur oleh Australian made CSIRO Lo-Flo Mark II Carbon Dioxide Analyser di mana ia merupakan gabungan sistem yang dibangunkan berdasarkan kepada LI-COR Inc. non dispersive infrared (NDIR) analyser optical bench.

Page 25 of 32

Data yang dikumpul dengan menggunakan sistem ini telah bermula sejak tahun 2006, di mana data-data CO2 dan gas rumah hijau daripada Stesen GAW Lembah Danum dihantar ke WMO World Data Centre for Greenhouse Gases di Jepun pada setiap enam bulan. 2.2 Tapered Elemental Oscillating Mass (TEOM) System Sistem TEOM yang telah dicipta oleh Rupprecht and Patashnick Co. Inc merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur konsentrasi zarah yang berukuran kurang daripada 10 mikron di luar dan di dalam atmosfera. 2.3 Multi-Angle Absorption Photometer (MAAP) Pemantau MAAP black karbon yang telah dicipta oleh Thermo Electron Corporation diugunakan untuk mengukur ambient dan sumber konsentrasi black karbon serta aerosol light absorption properties. Pengukuran tersebut adalah berdasarkan kepada prinsip aerosol-light absorption dan padanan konsentrasi jisim black karbon atmosfera. Sistem ini menggunakan multi-angle absorption photometer untuk menganalisa sebarang perubahan radiasi di hadapan dan belakang hemisfera bagi glass-fibre yang disebabkan oleh zarah termendap. 2.4 Nephelometer Ecotech telah menghasilkan Nephelometer M9003 yang dicipta untuk mengukur pakali bagi light back scattering berdasarkan kepada zarah terampai yang terdapat di udara. Pengukuran bagi parameter ini memberikan gambaran penglihatan di kawasan sekeliling secara automatik tanpa memerlukan pemerhati. Nilai light back scattering juga merupakan pengukuran penting bagi konsentrasi aerosol di atmosfera. 2.5 Ecotech Wet-Oly Sampler Ecotech wet-only rainwater sampler telah dicipta khusus untuk kajian pemantauan hujan asid. Sejak dipasang sewaktu stesen ditubuhkan, alat ini kebanyakannya digunakan untuk memantau komposisi dan keasidan air hujan di kawasan terpencil seperti Danum. Memandangkan tiada kemudahan makmal bagi menganalisis spesis konsentrasi kimia yang rendah dalam air hujan di Danum maka, sampel air hujan yang telah dikumpul akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. 2.6 Sistem Persampelan Filter Pack Sistem sampel filter pack digunakan untuk pemonitoran pemendapan berasid kering dan merupakan sebahagian daripada program EANET untuk memantau pemendapan berasid kering di tempat terpencil. Kaedah filter pack telah digunapakai di kebanyakan negara bagi program pemonitoran pemendapan kering. Filter pack mengumpul aerosol di lapisan pertama di dalam filter pack sampler. Lapisan kedua telah direkabentuk bagi mengumpul asid nitrik sementara lapisan ke tiga pula mengumpul sulfur dioksida dan asid hidroklorik. Lapisan terakhir, iaitu lapisan ke empat filter pack akan mengumpul gas ammonia. Spesis aerosol dan gas yang telah dikumpul akan dianalisis dan konsentrasi yang terdapat diudara akan dikenalpasti. 2.7 Persistent Organic Pollutant Passive Sampler Pemantauan Persistent Organic Pollutants (POPs) oleh passive sampling merupakan sebahagian daripada Kajian Persampelan Udara Global (GAPS) yang telah menunjukkan bahawa persampelan udara passive adalah pengumpul yang menguntungkan untuk diagihkan keseluruh dunia iaitu dengan meletakkannya melintasi tujuh benua, oleh POPs. Lembah Danum adalah salah satu tempat global yang telah dipilih untuk kajian tersebut di mana ia telah bermula pada tahun 2005 dan kini kajian tersebut telah masuk ke tahun ke tiga serta telah menghasilkan beberapa keputusan yang menarik berkenaan pengangkutan dan konsentrasi POPs di atmosfera. Sebagai tambahan, persampelan passive akan menjadi kaedah rasmi dalam mencari pembahagian ruang dan trend jangka panjang bagi POPs. 2.8 Surface Ozone Analyser Memandangkan ozon traposperik adalah gas rumah hijau ke tiga penting dan ozon yang berhampiran permukaan adalah merupakan gas toksid bagi kesihatan manusia dan tumbuhan, maka JMM telah memulakan satu program bagi memantau dan mengkaji kesan oleh gas ini terhadap negara termasuklah di lokasi terpencil seperti Lembah Danum. Dengan objektif ini, JMM telah memasang Thermo Environment 49i Ozone Analyzer yang terbaru di stesen GAW untuk memantau konsentrasi ozon permukaan pada setiap jam di tempat terpencil ini. 2.9 Automatic Weather System (AWS) AWS digunakan untuk mengukur rutin parameter meteorologi di tapak stesen GAW. Pengukuran meteorologi yang dibuat oleh AWS menunjukkan keadaan meteorologi di stesen GAW dan di kawasan sekitarnya. Antara parameter meteorologi yang telah diukur dan direkod adalah (i) halaju angin permukaan (ii) suhu (iii) kelembapan bandingan (iv) radiasi solar. 2.10 Sistem Profil Angin Menegak Sistem Profil Angin Menegak terdiri daripada anemometer ultrasonic untuk mengukur halaju angin tiga dimensi, odometer untuk mengukur halaju angin mengufuk dan tiga pasang termometer untuk mengukur suhu pada tiga peringkat berbeza di menara meteorologi. Sistem ini merupakan sebahagian daripada program pemonitoran meteorologi bagi projek OP3 untuk mengkaji aliran menegak bendalir daripada lapisan garis sempadan permukaan di kawasan tersebut.

Page 26 of 32

3.0 Aktiviti Penyelidikan Sejak tahun 2004, apabila Stesen GAW Lembah Danum telah siap dan beroperasi, beberapa projek penyelidikan telah dimulakan dengan kerjasama beberapa institusi tempatan dan antarabangsa. Antara program tersebut adalah: 1. Rangkaian Pemantauan Pemendapan Berasid dan Aerosol Asia Timur (EANET) 2. Kajian Persampelan Udara Global (GAPS) 3. Program berkembar dengan World Calibration Center for Physical Aerosol Properties (WCCPAP) 4. "Oxidant and Particle Photochemical Processes above a South-East Asian Tripical Rain Forest', Projek OP3 . 3.2 Global Air Sampling Study (GAPS) Tujuan GAPS adalah untuk membentuk rangkaian secara utamanya di stesen latar GAW bagi mengkaji tren ruang masa dan masa POPs dalam atmosfera global. Sasaran kajian POPs adalah komponen organic dan dioksin dan juga spesis kimia yang lain. 3.3 Program berkembar dengan World Calibration Center for Physical Aerosol Properties (WCCPAP) Program ini diwujudkan bagi menambah aktiviti penyelidikan dan pemonitoran aerosol di Stesen Global Lembah Danum Jabatan Meteorologi Malaysia dan juga kepentingan dalam menjaga data aerosol jangka panjang yang berkualiti tinggi bagi mengesan sebarang perubahan global dan menyokong pemodelan iklim. Program ini juga membentuk kapasiti di kalangan rakan kongsi organisasi di dalam pemantauan dan penyelidikan aerosol. 3.4 "Oxidant and Particle Photochemical Processes above a South-East Asian Tripical Rain Forest', Projek OP3 Stesen GAW akan menjadi tapak utama untuk pemantauan dan penyelidikan projek OP3 selama kegiatan tersebut berlangsung. Persampelan dan pengukuran awal akan dikendalikan di tapak tersebut.

Keseismikan di Malaysia dan Serantau


Malaysia terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan yang aktif keseismikannya iaitu sempadan pertembungan antara Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan sempadan pertembungan antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur. Gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di sempadan pertembungan kepingan-kepingan tersebut dapat dirasai gegarannya di Malaysia. Gegaran gempa bumi yang dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah berpunca dari gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di Sumatera dan Laut Andaman. Semenanjung Malaysia (seperti Bukit Tinggi, Jerantut) dan Malaysia Timur juga turut mengalami gempa bumi tempatan. Gempa bumi tempatan ini disebabkan wujudnya gelinciran atau garis sesar aktif di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Beberapa gelinciran aktif yang digariskan dilihat mempunyai hubungan dengan sesetengah kewujudan gempa-gempa bumi tempatan ini. Selain dari ancaman gempa bumi tempatan, Malaysia Timur juga turut terdedah kepada ancaman gegaran akibat gempa bumi yang berasal dari Filipina Selatan serta Sulawesi Utara

Terminologi Gempa Bumi Term Felt Tremors Kedalaman Epicentre Hypocentre Foreshocks Aftershocks Magnitud Gegaran yang dirasai di Malaysia. Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi dalam unit kilometer. Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi). Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi. Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya mainshocks di satu lokasi yang sama atau yang berhampiran. Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi selepas berlakunya mainshock di satu lokasi yang sama atau yang berhampiran. Suatu nombor yang menunjukkan saiz gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang
Page 27 of 32

Definition

direkodkan oleh seismogram. Intensity Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan.

Apa Yang Patut Dilakukan Semasa Gempabumi


Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas. Padamkan semua api.

Sekiranya Anda Di Luar Bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh. Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya Anda Di Dalam Stor Yang Sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang. Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi

Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
Page 28 of 32

Sekiranya Anda Di Dalam Kereta Yang Bergerak

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda. Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Apa Harus Anda Lakukan Selepas Gempa Bumi

Kekal bertenang dan nilaikan situasi semasa. Bersedia untuk gegaran gempa bumi tambahan dikenali sebagai gegaran susulan. Walau pun hampir semuanya lebih kecil daripada gegaran utama, sesetengahnya mungkin cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan tambahan. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti banyak juga kerosakan yang mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan daripada kecederaan lanjutan. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu. Periksa kerosakan utiliti dan perkakas. Pakai kasut yang kukuh. Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian. Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku. Bekalan air kecemasan boleh diperolehi daripada punca-punca lain seperti kiub ais yang cair, sayuran dan buah-buahan dalam tin. Jangan sentuh wayar letrik yang terendam atau objek-objek yang bersentuhan dengannya. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh. Periksa untuk lihat jika saluran kumbahan sempurna sebelum mengepam tandas. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan, dadah dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah). Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabarkhabar angin. Bekerjasama dengan usaha-usaha keselamatan pihak awam. Jangan pergi bersiar-siar. Jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan. Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan. Cuba menenangkan dan membantu kanak-kanak dan yang lain yang mungkin mengalami trauma saikologikal akibat gempa bumi. Apa Itu Tsunami?
Apa itu Tsunami?
Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelauhan. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana

Page 29 of 32

jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak. Tsunami boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.

Bagaimana gempa bumi boleh menghasilkan Tsunami?


Gempa bumi merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan tsunami. Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi; apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya. Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil. Gelombang yang terhasil dapat bergerak dengan pantas.

Kelajuan Tsunami
Kelajuan gelombang tsunami boleh mencapai kelajuan sebuah jet iaitu melebihi 800 km/j. Ia boleh menyeberangi Lautan Pasifik dalam masa satu hari sahaja. Kelajuan ini akan menyebabkan kemusnahan yang dasyat apabila tiba di kawasan pantai.

Langkah Keselamatan Tsunami Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang ini. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami. Jangan terus berada di kawasan rendah di tepi pantai apabila terasa gegaran gempa bumi yang kuat. Bergeraklah menuju ke kawasan yang tinggi dan selamat. Tsunami merupakan satu siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang tinggi sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan benar-benar telah selamat. Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kecil pada mulanya Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai. Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada May 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah mengakibatkan kematian seramai 61 orang kerana orang ramai menganggap amaran yang dikeluarkan hanyalah satu kesilapan. Semua tsunami berpotensi untuk menjadi berbahaya walaupun mungkin tidak memusnahkan semua kawasan yang dilaluinya. Jangan sesekali pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang tsunami. Apabila gelombang tsunami dilihat, anda sudah terlalu dekatnya dan sukar untuk menyelamatkan diri darinya. Semasa berlakunya keadaan cemas akibat tsunami, pihak kerajaan, polis dan badan-badan kecemasan yang lain sedang cuba untuk menyelamatkan nyawa anda. Berikan sepenuh kerjasama kepada mereka. Langkah Keselamatan Tsunami Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang ini. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami. Jangan terus berada di kawasan rendah di tepi pantai apabila terasa gegaran gempa bumi yang kuat. Bergeraklah menuju ke kawasan yang tinggi dan selamat. Tsunami merupakan satu siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang tinggi sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan benar-benar telah selamat. Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa
Page 30 of 32

meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kecil pada mulanya Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai. Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada May 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah mengakibatkan kematian seramai 61 orang kerana orang ramai menganggap amaran yang dikeluarkan hanyalah satu kesilapan. Semua tsunami berpotensi untuk menjadi berbahaya walaupun mungkin tidak memusnahkan semua kawasan yang dilaluinya. Jangan sesekali pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang tsunami. Apabila gelombang tsunami dilihat, anda sudah terlalu dekatnya dan sukar untuk menyelamatkan diri darinya. Semasa berlakunya keadaan cemas akibat tsunami, pihak kerajaan, polis dan badan-badan kecemasan yang lain sedang cuba untuk menyelamatkan nyawa anda. Berikan sepenuh kerjasama kepada mereka. Awan
Halaman 1 dari 6 Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut :

Peringkat Tinggi Pertengahan Rendah

Kawasan Tropika 6 - 18 km 2 - 8 km Dari paras muka bumi ke 2 km

Kawasan Berhawa Kawasan Kutub Sederhana 5 - 13 km 3 - 8 km 2 - 7 km Dari paras muka bumi ke 2 km 2 - 4 km Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut : 1. Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus. 2. Awan peringkat pertengahan: Altokumulus. 3. Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus. Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat - peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut : 1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi. 2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah. 3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi. Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera tersebut diatas tetapi akan ditambah dan/atau disemak semula dari masa kesemasa dan diganti dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds)


LL1. - Kumulonimbus (Cb) LL1. Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka. Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awanawan itu kelihatan bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.

Page 31 of 32

Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti popcorn dengan tepian nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya kerana titisan air besar. Dengan kandungan kelembapan dan penaikan udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang atau lewat petang. Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad. Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan lalu berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa serabut puncak awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering diatas awan. Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian puncak awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar dibawah songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan sinaran suria pada waktu senja. Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa penghamparan awan kumulus. Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit, mencapai ketinggian terhad seperti dibahagian bawah foto. Kejadian kedua - dua jenis awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering. Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar belakang adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.

Awan Peringkat Pertengahan


MM1. Altokumulus (Ac) MM1. Altokumulus (Ac) dilihat tegak diatas kepala. Tiap-tiap elemen nampak jelas tersisih antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana membezakannya daripada Sirokumulus. MM2. Altokumulus (Ac) MM2. Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria waktu senja yang menyebabkan awan-awan ini berwarna kekuningan muda dapat dilihat menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen awan itu nampaknya sedang berubah disebabkan penghamparan dibawah atmosfera yang sedang menjadi stabil. MM3. Altostratus (As) MM3. Altostratus(As), awan kekelabuan meliputi hampir keseluruhan langit. Matahari nampak malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.

MM4. - Altostratus (As) MM4. Altostratus(As), awan kekelabuan (bergantung kepada ketebalan) peringkat pertengahan yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan ini terjadi dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi tebal apabila cukup kelembapan dan penyejukan. Hujan berterusan pada waktu senja dan malam selepas aktiviti ribut petir pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara ini. Awanawan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari terdahulu, mula menghilang apabila matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini masih boleh dilihat pada bahagian bawah gambar.

Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

HH5. Sirokumulus (Cc) HH5. Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah sinaran suria putih.

Page 32 of 32

You might also like