You are on page 1of 6

1.

SURAH AL FATEHAH Doa pembuka kepada segala urusan

1. SURAH AL FATEHAH Doa pembuka kepada segala urusan 2. SURAH AL ALAK (Ayat 1 5) - Anak kunci segala ilmu 3. SURAH ASY-SYARH Untuk melapangkan dan melegakan hati 4. SELAWAT NABI S.A.W Doa terang hati Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas. 5. SELAWAT NABI S.A.W. Doa terang hati

Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya. 6. SELAWAT NABI S.A.W Pembuka pintu hati

Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi. Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi

Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku. 10. DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.

11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman) 12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah

13. WIRID UNTUK PELAJAR Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.

Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata

14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah.

15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block) Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI Ya Rasyidu Dibaca sebanyak mungkin selepas solat

Wahai Tuhan Yang Maha Pandai Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

17. WIRID UNTUK MELIHAT YANG DI RAHSIAKAN

Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan: Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu. Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa. Doa memohon kejayaan cemerlang:

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.

You might also like