You are on page 1of 15

Tanggung Jawab Seorang Diplomat, serta Hak dan Keistimewaan yang Diberikan Kepadanya (Serta Keluarganya) di Bawah Vienna

Convention on Diplomatic Relations 1961.

1. Pendahuluan 1.1.Soalan Permasalahan Anda adalah seorang pegawai Wisma Putra yang akan ditugaskan sebagai diplomat buat pertama kalinya di Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat.Isteri/suami serta anak-anak anda tidak begitu bersetuju untuk mengikut anda dalam bertugas di sana. Untuk memujuk mereka, anda cuba menerangkan kepada mereka akan tanggung jawab anda sebagai seorang diplomat, serta hak dan keistimewaan yang diberikan kepada anda (serta mereka?) di bawah Vienna Conevention on Diplomatic Relation 1961. 1.2.Definisi Diplomat sebagai wakil dari negara penghantar kepada negara penerima, mempunyai tanggung jawab, hak dan keistimewaan tertentu dalam menjalankan tugasnya. Hak dan keistimewaan yang diperoleh diplomat dalam menjalankan tugasnya ialah unik kerana ianya memberikan kekebalan, ketidakbolehcabulan dan pengecualian daripada bidang kuasa dan undang-undang negara penerima. Ianya diberikan kepada diplomat dengan tujuan untuk melancarkan dan memudahkan diplomat dalam melakukan tanggung jawabnya. Walau teori-teori lain memberikan alasan yang berbeza untuk hal ini, seperti exteritorialiti dan perwakilan, alasan pertama tetap menjadi teori yang paling banyak diterima hingga sekarang.

Dalam pelaksanaannya, kekebalan dan hak istimewa diplomatik ini telah lama diamalkan oleh tamadun-tamadun purba seperti Yunani, Mesir, Rom dan India. Ianya kemudian

dilanjutkan pada masa Renaissance dan terus mengalami perubahan dalam tata cara dan pengamalannya dari masa ke masa sehingga sekarang. Pelaksanaan kekebalan dan hak istimewa ini diatur dalam perjanjian bilateral antara negara penghantar dan penerima. Bagaimanapun dalam konteks antarabangsa, kekebalan dan hak istimewa diplomatik ianya diatur oleh undangundang lazim antarabangsa sehingga terbentuknya Vienna Convention on Diplomatic Relation 1961 (dan seterusnya disebut Vienna Convention) sebagai peraturan utama dalam undangundang diplomasi, khasnya kekebalan diplomatik. Pertama-tama, kita perlu memahami makna diplomasi dan undang-undang diplomasi itu sendiri. Diplomasi atau hubungan diplomasi mempunyai dua makna iaitu makna luasnya (dan berkaitan dengan pelaksanaan dasar luar) dan makna dalam undang-undang antarabangsa (dan berkaitan dengan cara dimana negara mengurus hubungan luar negerinya). Diplomasi dalam makna luasnya ialah penerapan akal dan kecerdasan dalam pelaksanaan hubungan rasmi antara kerajaan daripada negara-negara yang merdeka, atau singkatnya melakukan urusan antara kerajaan dengan cara yang damai.1 Sedangkan diplomasi dalam terma undang-undang antarabangsa ialah tata cara, melalui badan perwakilan dan dengan cara yang damai, untuk hubungan luaran daripada subjek undangundang antarabangsa dengan subjek lainnya.2 Terma subjek undang-undang ini merangkumi kemungkinan entiti bukan negara yang boleh terlibat dalam hubungan diplomatik di samping Holy See (Vatikan) iaitu pertubuhan antar kerajaan (IGO) seperti PBB, Europe Union dan persatuan regional lainnya. Entiti-entiti ini, seperti negara, juga memainkan peranan sebagai pusat perwakilan diplomatik. Sehingga undang-undang diplomasi adalah undang-undang yang mengatur pelaksanaan dan status badan yang bersangkutan.

Satow, E. M. (1979). Satow's Guide to Diplomatic Practice (5th Edition ed.). (G. Booth, Ed.) London: Longman Group Limited. Adapun teks sebenar daripada makna di atas ialah Diplomacy is the application of intelligence and tact to the conduct of official relations between the governments of independent states; or, more briefly still, the conduct of business between statesby peaceful means. 2 Hardy, M. (1968). Modern Diplomatic Law. Manchester: Manchester University Press. Hlm. 1.

1.3.Sejarah kekebalan Diplomatik Ahli sejarah menyedari kekebalan diplomatik ialah umum diamalkan oleh ramai negara sejak masa purba, dari Yunani klasik dan Rom hingga Timur Tengah dan Timur Jauh termasuk Babylonia, Mesir, Israel, India dan China. Pada awalnya, perhatian utama ditujukan kepada kebebasan peribadi dan keamanan utusan diplomatik. Ianya kemudian dilihat sebagai kewajiban untuk memuluskan hubungan perdamaian dan membuka komunikasi antara negara. Sehingga, ketidakbolehcabulan diplomat menjadi universal kerana telah wujud sebagai peraturan lazim. Salah satu alasan ketidakbolehcabulan diplomat wujud ialah anggapan bahawa utusan diplomatik ialah perwakilan dari negaranya. Ahli Yunani kuno menekankan hal ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang suci. Homer melihat duta sebagai utusan Zeus dan manusia, Eustathius pula menganggap duta sebagai perantara antara manusia dan tuhan. Di dalam konteks Rom pula, utusan dianggap sebagai jelmaan negaranya dan diberikan hospitium, atau hubungan tuan Romah-tamu.3 Kekebalan utusan juga didukung dalam undang-undang sekular Rom. Legate dianggap sebagi wakil daripada senat dan setiap legate, ketika berpergian ke negeri-negeri atau negara asing, dianggap tidak boleh dicabul. Hal ini dinyatakan secara jelas di kod undang-undang Rom seperti lex Julia de vi publica dan Digest.4 Terdapat satu perenggan di Digest, yang menyatakan bahawa mana-mana serangan terhadap duta daripada musuh dianggap sebagai pelanggaran terhadap jus gentium (undang-undang bangsa-bangsa) kerana duta ialah sesuatu yang suci. Duta yang berada di Rom ketika perang diistiharkan oleh Rom kepada negara duta tersebut, tetap memiliki kebebasannya menurut jus gentium. Siapa-siapa yang menyerang duta harus dihantar ke negara musuh tempat duta tersebut berasal.5 Kekebalan diplomatik pula semakin meluas ketika peranan diplomasi semakin penting pada masa Renaissance dimana kedutaan permanen wujud pada abad ke-15. Negara kota Itali membina rangkaian hubungan diplomatik dengan utusan yang ditempatkan di negara penerima.
3

4 5

Hanrahan, N. (2005). A History of Diplomatic Immunity and the Development of International Organisation Immunity. Diperolehi pada 11 2, 2010, dari Centre for Accountability of International Organisations: http://www.caio-ch.org/reforms/Intern_Paper_I.pdf. hlm. 2 Ibid. Ogdon, M. (1937). The Growth of Purpose in the Law of Diplomatic Immunity. The American Journal of International Law , 31 (3), 449-465. Hlm .452

Diplomasi kemudian menjadi hal yang penting dalam hubungan politik di Itali. Diplomasi baharu ini kemudian dikembangkan lagi oleh birokrasi Perancis. Pada tahun 1685, kerajaan Perancis telah membina dua puluh kedutaan di pelbagai negara seperti Rom, Venice, Konstantinopel, Inggeris, Spanyol, Denmark dan Switzerland. Diplomasi sebegini kemudian menjadi lebih penting pada setelah perjanjian Westphalia. Diplomasi kini menjadi alat yang penting dalam mengawal perimbangan kuasa dalam sistem politik Eropah. Pada masa Westphalia, sistem politik Eropah telah berubah dari sistem hegemoni menjadi kumpulan unit politik yang mempunyai kedaulatan di wilayah sendiri namun diwajibkan untuk mengakui keberadaan unit-unit politik lain. Kekebalan diplomatik dianggap sebagai keperluan bagi negara-negara untuk komunikasi yang efektif. Dengan menyebarnya kedutaan permanen, maka konflik antara status diplomat dan undang-undang tempatan pun wujud. Hal ini terjadi di Inggeris dalam kes Mattueof yang membuat parlimen Inggeris membentuk Akta Hak Istimewa Diplomatik pada tahun 1708. Penyalahgunaan hak diplomatik pula telah menyebabkan ramai negara berusaha untuk mengatur dan menghadkan kekebalan diplomatik. Teori fungsi pun muncul dalam hal ini, dan mengubah kekebalan diplomatik yang dahulunya absolut menjadi terhad. Usaha ini pun mencapai puncak pada Vienna Convention 1961 yang dihadiri oleh 81 negara dan kini diratifikasi oleh 186 negara. 2. Inti 2.1.Tanggung Jawab Diplomat Adapun fungsi diplomat menurut artikel 3 Vienna Convention di antaranya ialah a. Mewakili negara penghantar di negara penerima b. Melindungi kepentingan negara penghantar dan warga negaranya dalam negara pengirim dalam batasan yang dibolehkan oleh undang-undang antarabangsa c. Berunding dengan kerajaan negara penerima d. Memastikan dengan semua cara yang rasmi kondisi dan perkembangan di dalam negara penerima dan melapurkannnya ke kerajaan negara penghantar e. Menggalakkan hubungan baik antara negara penghantar dan negara penerima, dan mengembangkan hubungan ekonomi, kebudayaan dan saintifik mereka.

Bagaimanapun, Vienna Convention tidak menyatakan keseluruhan fungsi utusan diplomatik, kerana ianya akan menjadi sangat panjang dan mungkin tidak sempurna. Fungsi utusan diplomatik ini kemudian boleh dibagi ke pelbagai bidang berikut : Perwakilan (representation), ialah fungsi utama dari utusan diplomatik dan pelaksanaannya diserahkan kepada pemimpin utusan. Utusan diplomatik harus mewakili, mendukung dan mempertahankan kepentingan negaranya. Perundingan (negotiation), iaitu bagaimana diplomat berunding untuk mencapai keputusan yang memuaskan dalam perjanjian dan hal lainnya. Pemerhatian (observation), iaitu memberitahu maklumat negara pengirim kepada negara penghantar, dan terkait dengan artikel 3 Vienna Convention sub-perenggan d. Masalah dalam pemerhatian ialah memutuskan batasan maklumat yang dihantar dan cara memperoleh maklumat yang harus legal dan rasmi ( bukan melalui perisikan) Perlindungan (protection), iaitu melindungi kepentingan negara penghantar dan warga negaranya. Masalah dalam bahagian ini ialah bagaimana melindungi warga negara dalam cara yang tidak menyebabkan konflik bidang kuasa antara dua negara dan dalam batasan yang dibolehkan oleh undang-undang antara bangsa. Bagaimanapun, Vienna Convention juga mengatur fungsi luar biasa (extra ordinary function) diplomat, seperti yang tertulis pada artikel 45 dan 46. Artikel 45 menyatakan bahawa dalam kes putusnya hubungan diplomatik, atau bila utusan secara permanen atau sementara dipanggil balik di antara negara penerima dan negara penghantar, negara penghantar boleh meminta bantuan negara ketiga. Negara ketiga ini dipercayakan untuk menjaga premis utusan bersama-sama dengan harta benda dan arkib negara penghantar selama disetujui negara penerima. Negara ketiga juga boleh dipercayakan untuk melindungi kepentingan dan warga negara negara penghantar selama diterima oleh negara penerima. Artikel 46 pula menyatakan bahawa negara penghantar, dengan persetujuan negara penerima sebelumnya, boleh secara sementara melindungi warga negara dan kepentingan negara ketiga yang tidak mempunyai perwakilan di negara penerima. Bagaimanapun, ianya harus melalui permintaan negara ketiga tersebut. Hal ini tentulah amat penting terutama ketika terdapat

kes di negara penerima yang melibatkan warga negara negara ketiga dimana negara tersebut tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara penerima. Pelaksanaan dan pengamalan fungsi-fungsi diplomatik ini kemudian diatur dalam artikel 41 Vienna Convention. Menurut artikel 41, ialah kewajiban bagi setiap individu yang mendapat hak istimewa dan kekebalan diplomatik untuk menghargai undang-undang dan peraturan negara penerima. Mereka juga tidak diperbolehkan ikut campur dalam urusan dalaman negara penerima. Semua urusan rasmi negara penerima dan utusan diplomatik pula harus melalui kementerian luar negeri negara penerima. Bagaimanapun, ianya diperbolehkan melalui kementerian lain mengikut perjanjian antara kedua negara penghantar dan penerima seperti pada attache perdagangan dan perkhidmatan.6 2.2.Teori dasar kekebalan diplomatik

Teori perwakilan (representative character theory)

Teori ini mendasarkan hak istimewa dan kekebalan diplomat pada idea bahawa utusan diplomat mewakili negara penghantar. Teori ini ialah justifikasi pertama kekekbalan diplomatik. Ianya berkaitan dengan teori tentang duta sebagai wakil dari putera suatu kerajaan, dan kecederaan yang dialami oleh duta dianggap sebagai penghinaan terhadap kedaulatan putera tersebut. Teori ini kemudian diubah dan dimasukkan ke dalam mukadimah/pembukaan Havana Convention 1928, yang menyatakan utusan diplomat tidak mewakili kepala negara melainkan kerajaan mereka sahaja. Teori ini kemudian dianggap tidak memuaskan kerana penjelasannya seringkali tidak logik dan tidak boleh diterapkan. Bagaimanapun, ianya tidak dibuang sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam mukadimah Vienna yang menyatakan bahawa utusan diplomatik mewakili negaranya.

Teori ekstrateritorialiti (extraterritoriality theory)

Di bawah teori ini, diplomat secara legalnya, bertempat di wilayah negara penghantar walau ianya jelas tinggal di negara asing. Sehingga, utusan diplomatik bukanlah subjek undang-undang negara penerima kerana ia dianggap bertempat di wilayah negaranya sendiri. Teori ini pada mulanya mendapat sokongan dari sarjana undang-undang antarabangsa dan di dalam pendapat
6

Hardy, M. (1968). Modern Diplomatic Law. Manchester: Manchester University Press. Hlm. 18

majelis walau kerajaan mempertanyakan dan akhirnya menolak teori ini sebagai dasar kekebalan diplomatik. Permasalahan teori ini ialah ketidakjelasan terma extrateritorialiti. Terma

ekstrateritorialiti memberikan penerjemahan yang berbeza-beza dengan implikasi yang illogik pula. Contohnya, jika sebahagian kota adalah premis diplomat, maka polis tempatan tidak boleh menyentuh wilayah tersebut kerana secara teorinya, wilayah tersebut bukanlah sebahagian dari negara penerima.

Teori keperluan fungsional (Functional necessity theory)

Teori inilah yang lebih sesuai dalam menjelaskan hubungan antarabangsa dimana terdapat usaha untuk mengurangkan hak istimewa agen diplomatik, dan ahli utusan diplomatik lainnya. Teori ini menjelaskan bahawa diplomat tidak di bawah bidang kuasa majelis tempatan, kerana hal ini akan menjejaskan fungsi hubungan diplomatik. Teori ini membenarkan hak istimewa diplomatik dalam tujuan agar diplomat boleh menjalankan urusannya. Kekebalan diplomatik pula dimaksudkan untuk melindungi kemampuan diplomat agar menjalankan tugasnya secara berkesan. Dengan mengaitkan pemberian hak istimewa dan kekebalan kepada pelaksanaan fungsi diplomat dan menolak pemberian bila kaitan tersebut tiada, maka penyalahgunaan hak istimewa dan kekebalan boleh dihindarkan. Bagaimanapun, teori ini juga tidak selalunya memuaskan dan boleh mewujudkan penafsiran yang restriktif yang mungkin berbahaya dalam hubungan antarabangsa. Walau memiliki kelemahan di atas, teori inlah yang paling banyak diterima dan lebih sesuai dengan kondisi sekarang.

2.3.Kodifikasi undang-undang diplomatik Dalam hubungan antarabangsa, sumber-sumber undang-undang diplomatik kebanyakan ditemukan dalam undang-undang lazim antarabangsa. Bagaimanapun usaha kodifikasi undangundang diplomasi dapat dilihat dari pelbagai undang-undang seperti British Parliament of the Diplomatic Privileges Act (Act of Anne) (1708) Iaitu akta yang dibentuk Inggeris untuk menanggapi kes Mattueof. Kes Mattueof ialah kes penangkapan duta Russia di London pada 21 Julai, 1708, oleh polis tempatan kerana duta tersebut telah berhutang kepada beberapa pedagang sebesar GBP 300. Ia ditangkap di jalanan London dan dtangkap seperti penjenayah biasa. Tsar Peter Agung menganggap penangkapan ini sebagai suatu tindakan jenayah dan meminta Inggeris untuk menghukum penangkap tersebut. Bagaimanapun, penangkapan kerana hutang ialah rasmi 7

di Inggeris pada masa itu, sehingga parlimen membentuk akta di atas yang menyatakan bahwa diplomat adalah kebal daripada bidang kuasa sipil. Pada tahun 1815, negara-negara Eropa menyepakati The Vienna Regulation of 1815, yang mengatur klasifikasi kepala-kepala utusan diplomatik. Pada tahun 1895, The Institute of International Law telah mengadopsi draft kodifikasi hukum diplomatik. The Havana Convention on Diplomatic Officers tahun 1928 dan The Harvard Draft Convention on Diplomatic Privileges and Immunities tahun 1932 dibuat untuk semakin mempertajam idea pengkodifikasian hukum diplomatik. Baru pada tahun 1961, kodifikasi hukum diplomatik mencapai puncaknya dengan ditandatanganinya The Vienna Convention on Diplomatic Relations. Konvensi ini mulai berlaku pada tanggal 24 Juni 1964. Untuk melengkapi Konvensi ini, negara-negara menyepakati The Vienna Convention on Consular Relations pada tahun 1963 dan The UN Convention on Special Missions pada tahun 1969. 2.4. Hak Istimewa dan Kekebalan Diplomatik Kekebalan dan hak istimewa diplomatik boleh dibahagikan ke dalam beberapa kategori seperti di bawah. Ianya diatur dalam Vienna Convention dan poin-poin kekebalan dan hak istimewa di bawah akan diterangkan menurut artikel Vienna Convention yang berkaitan. Perlu diketahui bahawa Vienna Convention tidak merangkum semua kekebalan dan hak istimewa diplomatik kerana ianya akan menjadi sangat panjang. Oleh itu, kekebalan dan hak istimewa yang tidak dijelaskan di dalam Vienna Convention akan diatur dalam perjanjian bilateral antara negara penghantar dan penerima sesuai dengan undang-undang lazim antarabangsa. 2.4.1. Hak Ketidakbolehcabulan Hak ketidakbolehcabulan diplomatik mempunyai dua sifat yang membezakannya dari kekebalan dan hak istimewa diplomatik lainnya. Sifat tersebut ialah negara penerima harus memastikan bahawa egennya tidak melanggar ketidakbolehcabulan utusan dan negara penerima juga berkewajiban untuk melindungi utusan terhadap gangguan dan campur tangan pihak lain.7

Ibid, hlm. 41.

Ketidakbolehcabulan peribadi (Artikel 29)

Individu dari agen diplomatik tidak boleh ditangkap dan ditahan, negara penghantar harus memperlakukannya dengan hormat dan mencegah serangan terhadap kebebasan, kehormatan dan dirinya. Dalam kes serangan terhadap individu daripada kedutaan, negara penerima berkewajiban untuk memastikan pelaku serangan ditangkap, didakwa dan dihukum. Vienna Convention menganggap ketidakbolehcabulan peribadi sebagai absolut kerana tiada pengecualian dimasukkan ke dalam aturan dasar. Masalah muncul apabila diplomat tersebut melakukan tindakan jenayah yang boleh mengganggu keamanan, negara penerima mungkin akan menahan dia dengan tujuan untuk mencegah tindakan yang sama berlaku lagi. Apabila diplomat tersebut di bawah pengaruh minuman keras atau ubat-ubatan, polist tempatan boleh menggunakan kekerasan hingga dia sedar dan kembali normal. Negara penerima mungkin akan meminta untuk penarikan kembali diplomat tersebut. Bagaimanapun, kekerasan haruslah dihadkan ke kes yang ekstrim dan harus dihentikan secepat mungkin. 8

Ketidakbolehcabulan premis diplomatik dan tempat tinggal (Artikel 22 dan 30)

Negara penerima tidak boleh masuk ke premis tanpa persetujuan pemimpin utusan, ianya juga harus melindungi premis utusan dari gangguan dan kerosakan. Premis, perlengkapannya dan barang lain juga kenderaan utusan ialah kebal dari siasatan, tuntutan, rampasan dan pelaksanaan keputusan (execution) majelis tempatan. Bagaimanapun artikel 41 menyatakan bahawa premis utusan tidak boleh digunakan untuk selain dari fungsi utusan tersebut. Teori eksteritorialiti, walau tidak lagi diterima, mempunyai kesan dalam ketidakbolehcabulan premis utusan kerana konsepnya dimana premis utusan merupakan wilayah negara penghantar, dan oleh itu, berada di bawah bidang kuasa dan undang-undang negara penghantar. Teori ini tidak lagi diterima kerana bila diakui dan digunapakai, implikasinya akan menjadi illogik. Jenayah yang dilakukan orang asing di kedutaan akan didakwa dan dihukum menurut undang-undang negara penghantar, dan bila penjenayah mencari perlindungan di kedutaan, ia baru boleh dihantar ke negara penerima untuk dihukum setelah melalui proses ekstradisi.

Silva, N. e. (1972). Diplomacy in International Law. Leiden: A. W. Sijthoff International Publishing Company N.V. hlm. 93

Ketidakbolehcabulan arkip dan korespondensi (Artikel 24 dan 27)

Arkib dan dokumen utusan ialah tidak boleh dicabul bila-bila masa dan tempat. Korespondensi rasmi juga tidak boleh dicabul, negara penerima harus membolehkan dan melindungki kebebasan komunikasi utusan dalam tugasnya. Beg diplomatik juga tidak boleh dibuka dan ditahan, ianya harus mempunyai tanda luaran yang jelas dan hanya boleh berisi dokumen dan artikel untuk penggunaan rasmi sahaja. Kurir diplomat pula mendapat status ketidakbolehcabulan.

2.4.2. Kekebalan Agen diplomatik menikmati kekebalan bidang kuasa di negara penerima, sehingga majelis tempatan tidak boleh mengadili mereka. Hak istimewa ini walau sering ditentang di pelbagai negara, mempunyai tradisi yang telah lama berlaku dan biasanya diakui di setiap negara.

Kekebalan dari bidang kuasa sipil (artikel 31.1)

Agen diplomatik akan menikmati kekebalan daripada bidang kuasa sipil dan administratif negara penerima, terkecuali dalam o Urusan yang berkaitan dengan barangan tak boleh berpindah peribadi, kecuali untuk kepentingan kerajaan o Urusan yang berkaitan dengan warisan baik sebagai pelaksana, pengatur atau pewaris dan tidak sebagai wakil kerajaan o Urusan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan dan perniagaan yang diluar fungsi rasminya. Bagaimanapun agen diplomatik tidak kebal dari bidang kuasa negara pneghantar. Kekebalan dari bidang kuasa jenayah (artikel 31.1)

Kekebalan diplomatik terhadap bidang kuasa jenayah secara amnya diterima dan diturunkan dari ketidakbolehcabulan agen diplomatik. Bila terdapat jenayah yang dilakukan oleh diplomat, negara penerima boleh meminta negara penghantar untuk menarik balik diplomat tersebut atau memansuhkan kekebalan diplomat tersebut dan pemansuhan ini (waiver) harus dilakukan secara nyata. Usaha negara penerima untuk menghadkan kekebalan ini biasanya terhalang atau gagal kerana seringkali negara penghantar melakukan tindakan yang sama terhadap diplomat negara penerima. Pada tahun 1963, Amerika Syarikat membolehkan kerajaan tempatan di Washington D.C. untuk menyaman pelanggaran parkir kenderaan diplomat. AS kemudian segera mengubah 10

keputusan ini setelah melihat negara-negara lain melakukan tindakan yang serupa terhadap kedutaan Amerika Syarikat. 2.4.3. Pengecualian Pengecualian daripada cukai dan kastam untuk utusan diplomatik dan stafnya ialah salah satu undang-undang antarabangsa, walau tidak seperti undang-undang tempatan atau nasional, ianya tidak diatur secara terperinci dan lengkap. Detail daripada pengecualian ini kemudian diatur dalam perjanjian bilateral antara negara penghantar dan penerima. Pengecualian dari cukai (taxes) dan yuran (dues) (premis utusan artikel 23, kos pejabat artikel 28, individu artikel 34) Vienna Convention mengatur pengecualian cukai ini kepada premis utusan seperti cukai bangunan walau utusan tetap harus membayar yuran dan cukai tertentu yang terkait dengan perkhidmatan seperti pencahayaan (lighting), perlindungan polis (police protection) dan perkhidmatan publik lainnya. Kerana rumit dan kompleksnya cukai dan yuran mana yang harus dibayar oleh utusan diplomatik, negara-negara biasanya menyelesaikan masalah ini berdasarkan timbal-balik (reciprocity) dan budi bahasa (courtesy). Vienna Convention juga memberikan pengecualian cukai dan yuran terhadap kos-kos pejabat utusan diplomatik dan, dengan had-had tertentu, agen diplomatik. Had-had ini dijelaskan secara detail di artikel 34. Pengecualian dari memberikan bukti (artikel 31.2)

Sebagai kesan dari kekebalannya terhadap bidang kuasa tempatan, agen diplomatik tidak diwajipkan untuk memberikan bukti dalam persidangan sipil dan jenayah. Bila agen diplomatik menjadi saksi dalam satu kes, peguam atau hakim boleh memaksanya mengeluarkan dokumen atau maklumat rahsia, hal ini bertentangan dengan hak ketidakbolehcabulan diplomat. Pengecualian dari peruntukan jaminan sosial (social security provision) (artikel 33)

Agen diplomatik dan pelayan peribadinya (yang bukan warga negara penerima) dikecualikan daripada peruntukan jaminan sosial.

11

Pengecualian dari perkhidmatan individu (personal service) (artikel 35)

Agen diplomatik dikecualikan dari semua perkhidmatan peribadi, baik dari semua perkhidmatan publik dan kewajipan militer negara penerima.9 Pengecualian dari cukai kastam (artikel 36)

Negara penerima membolehkan kemasukan dan memberikan pengecualian kastam, cukai dan kos tertentu terhadap barangan agen diplomatik selain kos penyimpanan dan sebagainya. Adapun barangan yang termasuk dalam pengecualian ini ialah barangan untuk penggunaan rasmi utusan dan penggunaan peribadi agen diplomatik dan keluarganya iaitu barangan rumah tangganya (household articles) dan barangan yang diperlukan untuk menetap (articles intended for establishment). Negara penerima boleh memeriksa barangan peribadi agen diplomat apabila ada alasan kuat bahawa barangan tersebut digunakan selain untuk tujuan di atas atau untuk tujuan yang melanggar undang-undang. Pemeriksaan ini haruslah dilakukan di depan agen diplomatik atau wakilnya. 2.4.4. Individu yang memperoleh kekebalan dan hak istimewa diplomatik (artikel 37) Agen diplomatik dan keluarganya (Pemimpin utusan atau ahli dari staf diplomatik utusan) hak istimewa dan kekebalan dari artikel 29 36) Staf administratif dan teknikal dan keluarganya; hak istimewa dari artikel 29-35 dengan batasan pada artikel 31 (kekebalan sipil terbatas) dan sedikit pengecualian di artikel 36 Staf perkhidmatan tanpa keluarga; kekebalan terbatas tergantung kepada tugasnya, pengecualian cukai untuk gajinya dan peruntukan jaminan sosial (artikel 33) Pelayan peribadi dari ahli utusan tanpa keluarga; pengecualian cukai untuk gaji dan kekebalan lain yang diputuskan oleh negara penerima. Kesemua individu di atas haruslah bukan warga kebangsaan ataupun penduduk tetap negara penerima untuk menikmati hak istimewa dan kekebalan diplomatik

Artikel 35 menerangkan pengecualian ini sebagai berikut the receiving state shall exempt diplomatic agents from all personal services, from all public services of any kind whatsoever, and from military obligations such as those connected with requisitioning, military contributions and billeting.

12

2.4.5. Perjalanan di negara ketiga (artikel 40) Bila agen diplomatik pergi melalui negara ketiga yang telah memberikannya visa (bila diperlukan) dalam tujuan ke negara penerima atau balik ke negaranya, maka negara ketiga harus memberikannya hak ketidakbolehcabulan dan kekebalan sesuai yang diperlukan. Hal ini juga berlaku terhadap ahli keluarga agen diplomatik yang menemaninya atau berpergian secara terpisah untuk bertemu dengannya atau kembali ke negara asal. 2.4.6. Waiver dan period kekebalan diplomatik (artikel 9, 32, 39, 43) Kekebalan dan hak istimewa agen diplomatik bermula saat diplomat masuk ke negara penerima bila ia telah ditunjuk untuk mengambil posisi sebagai diplomat di negara penerima saat diluar negara penerima atau sejak penunjukkannya (appoinment) sebagai diplomat dibagitahukan ke kementerian luar negeri atau kementerian yang berkaitan apabila diplomat tersebut telah berada di negara penerima. Saat fungsi dan tugasnya tamat di negara penerima, kekebalan dan hak istimewa diplomat berakhir saat diplomat meninggalkan negara penerima atau berakhir dalam batas waktu yang wajar (reasonable period) untuk diplomat tersebut mengurus masalahnya setelah tugasnya tamat dan balik ke negara penghantar. Kekebalan juga boleh berakhir apabila dimansuhkan oleh negara penghantar secara nyata. Tugas diplomat juga boleh berakhir apabila negara penerima memberikan status persona non grata terhadap diplomat tersebut, dan negara penghantar harus menarik balik diplomat tersebut dalam batas waktu yang ditentukan. 3. Penutup Kesimpulan Kekebalan dan hak istimewa diplomatik adalah sesuatu yang telah lama diamalkan dalam hubungan antarabangsa. Ianya diperlukan utamanya untuk memperlancar komunikasi antara kedua negara penghantar dan penerima, selari dengan meningkatnya peranan diplomasi dalam hubungan antarabangsa. Dalam pengamalannya, ianya berubah dari masa ke masa, dari kekebalan absolut hingga menjadi kekebalan terbatas, hal ini berkaitan pula dengan penyalahgunaan hak istimewa dan kekebalan oleh diplomat. Sehingga masyarakat antarabangsa merasa memerlukan aturan utama dalam hal ini, dan ianya diwujudkan dalam bentuk Vienna

13

Convention on Diplomatic Relation 1961, sebagai titik puncak dari kodifikasi undang-undang diplomatik. Vienna Convention telah mengatur tata cara hubungan diplomasi dan khasnya kekebalan diplomatik. Dalam hal hak istimewa diplomatik, Vienna Convention mengatur

ketidakbolehcabulan, kekebalan dan pengecualian untuk agen diplomatik dan aturan lainnya sebagai pegangan utama dalam hubungan antarabangsa. Ianya sengaja dibuat untuk tidak merangkumi secara keseluruhan aturan diplomasi, kerana ianya akan menjadi sangat panjang dan tidak sempurna. Hal-hal yang tidak dibahas oleh Vienna Convention akan dirundingkan oleh kedua negara menurut dasar timbal balik dan budi bahasa. Tidak adanya revisi dan undangundang baharu yang menggantikan Vienna Convention menandakan bahawa Vienna Convention masih sesuai digunakan dalam hubungan antarabangsa hingga sekarang.

14

Bibliografi

Feltham, R. G. (1970). Diplomatic Handbook. London: Longman Group Limited. Hanrahan, N. (2005). A History of Diplomatic Immunity and the Development of International Organisation Immunity. Retrieved 11 2, 2010, from Centre for Accountability of International Organisations: http://www.caio-ch.org/reforms/Intern_Paper_I.pdf Hardy, M. (1968). Modern Diplomatic Law. Manchester: Manchester University Press. Ogdon, M. (1937). The Growth of Purpose in the Law of Diplomatic Immunity. The American Journal of International Law , 31 (3), 449-465. Satow, E. M. (1979). Satow's Guide to Diplomatic Practice (5th Edition ed.). (G. Booth, Ed.) London: Longman Group Limited. Silva, N. e. (1972). Diplomacy in International Law. Leiden: A. W. Sijthoff International Publishing Company N.V.

15

You might also like