You are on page 1of 35

Page |1

Kandungan
Halaman
BAB 1 1.0 Pengenalan 1.1 Sejarah Kawasan Kajang dan kaitan Peruncitan 1.2 Tujuan Kajian 1.3 Skop Kajian 1.4 Objektif Kajian BAB 2 2.0 Kajian Lepas 2.1 Penilaian BAB 3 3.0 Kepentingan Peruncitan 3.1 Hypermarket 3.2 Departmental store BAB 4 4.0 Kaedah Kajian 4.1 Jadual Kerja Dan Perlaksanaan 4.2 Contoh-contoh Peruncitan Di Kawasan Kajian 17-19 20 21 13 14-15 16 8-11 12 3 4-5 6 6 7

BAB 5

Page |2

5.0 Hasil Kajian 5.1 Ciri-ciri Pembangunan 5.2 Evolusi Pembangunan 5.3 Perubahan Reruang 5.4 Impak Kepada Pasaran BAB 6 6.0 Rumusan 6.1 Rujukan

22

Lampiran

1.0 Pengenalan

Page |3

Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti persepsi peruncitan berskala besar dalam situasi era globalisasi ini untuk menghadapi persaingan. Aspek kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan strategi pengadaptasian di antara kaedah persampelan, analisis data dan juga pemerhatian umum kepada keadaan yang berlaku. Perniagaan runcit adalah sebahagian daripada aspek pemasaran barangan dan perkhidmatan yang melibatkan tiga perkara utama iaitu penjual, barangan dan pembeli. Ia merupakan suatu kegiatan ekonomi yang penting dalam sesebuah kawasan yang berpenempatan dan khasnya dalam sesebuah bandar kerana dapat menjanakan aktiviti dalam sesebuah kelompok masyarakat. Aktiviti ini juga melibatkan aspek reruang iaitu ia menggambarkan pola penggunaan tanah bandar dan fungsi bandar yang dimainkan. Aktiviti perniagaan khususnya peruncitan telah lama berkembang pesat bermula apabila munculnya revolusi perindustrian di Eropah. Dengan adanya aktiviti perniagaan ini yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi sesebuah negara khususnya negara sedang membangun. Ramai yang mungkin tersalah anggap tentang perniagaan runcit atau peruncitan yang merujuk kepada perniagaan di kedai runcit atau pasar mini (mini market) sahaja dan menjual barangan keperluan harian. Keadaan ini mungkin disebabkan maksud perkataan runcit itu sendiri yang bermaksud sedikit-sedikit, maka perniagaan runcit hanya melibatkan perniagaan kecil-kecilan sahaja. Perniagaan runcit sebenarnya adalah aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga atau isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan atau jiran. Jadi segala jenis perniagaan tanpa mengira saiz seperti hypermarket, supermarket, gedung aneka jabatan, kedai khusus, kedai serbaneka, jualan langsung, perniagaan melalui pesanan pos, telefon, katalog, internet dan mesin vending termasuk di dalam skop perniagaan runcit.

Jika di lihat di dalam saluran pengedaran barangan dan perkhidmatan, peniaga runcit atau peruncit adalah pihak yang menghubungkan antara pengeluar dan pemborong dengan pengguna akhir (RAJAH 1). Namun begitu, skop perniagaan runcit bukan hanya melibatkan hubungan jual beli di

Page |4

antara peruncit dan pengguna akhir sahaja. Sebaliknya, sebarang urusan jual beli terus antara pengguna akhir dengan pengeluar atau pemborong termasuk di dalam skop peruncitan selagi barangan yang dibeli adalah untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada orang lain. Contohnya, pengguna membeli sayuran dari petani atau membeli ikan dari nelayan atau membeli barangan runcit dari kedai borong. Persekitaran peruncitan di Malaysia kini jelas telah berubah berbanding sebelum ini. Perubahan meliputi banyak aspek seperti jenis dan kaedah perniagaan, barangan yang dijual, lokasi perniagaan, stuktur luaran (bangunan) dan hiasan dalaman. Pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, kesetabilan politik negara dan pendapatan serta kuasa beli penduduk yang meningkat telah banyak menyumbang kepada perkembangan aktiviti peruncitan di negara kita. Ramai peruncit asing berminat untuk melabur disebabkan factor-faktor yang dinyatakan sebentar tadi termasuklah peruncit yang mewujudkan konsep perniagaan hypermarket.

Rajah 1; saluran pengedaran barangan dan Perkhidmatan PENGELUAR

PEMBORONG

PERUNCIT

PENGGUNA AKHIR
SUMBER: UBAHSUAI DARI BERMAN DAN EVANS

1.1 Sejarah kawasan Kajang


Bandar Kajang mempunyai kedudukan yang strategik di mana terletak hanya 20 kilometer dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat

Page |5

dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya (Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India.8 kilometer dari Semenyih dan 12 kilometer dari Bangi. Bandar ini mudah untuk dilalui dengan memandu sendiri atau menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan. Bandar Kajang boleh diakses melalui beberapa lebuhraya dan juga jalan kereta api antaranya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) - susur keluar Kajang/Putrajaya, Lebuhraya SILK Kajang, Lebuhraya Cheras Kajang, Lebuhraya Seremban Kajang (LEKAS), dan juga KTM Komuter ( KL Sentral Seremban Senawang). Dengan kemudahkan jaringan perkhidmatan ini membolehkan penduduk Kajang menikmati kesenangan dan kemudahan menetap disini. Dari perangkaan pada 24 Mac 2011, jumlah penduduk Kajang yang ialah seramai 229,655 orang. Ini menunjukkan suatu angka yang agak tinggi kepadatannya. Sejarah telah menunjukkan bahawa aktiviti peruncitan ini memberikan keuntungan yang besar jika dijalankan dengan cara yang konsisten dan betul. Sesuatu aktiviti peruncitan yang dijalankan haruslah mempunyai pengaruh yang kuat, dana modal yang tinggi, kebolehan dalam menganangi sesuatu masalah serta mempunyai para pekerja yang berkemahiran bagi memastikan ketekalan sesebuah badan perniagaan itu. Pada alaf 2020 ini, aktiviti perniagaan khususnya peruncitan telah membawa kepada satu dimensi baru yang menjalankan aktiviti bukan sahaja melibatkan urusniaga secara bersemuka malahan telah mengunakan teknologi yang ada antaranya perdagangan secara atas talian(online), multi level marketing (MLM) dan sebagainya. Peningkatan sosio-ekonomi akibat proses industralisasi telah mencetuskan permintaan, perluasan dan kemasukan nilai konsumerisme barat terhadap sector peruncitan sesebuah negara khususnya Malaysia. Serentak dengan itu, proses globalisasi dan deregulasi pelaburan telah membawa kepada respons perubahan dalam iklim ekonomi umum serta kemasukan npelabur asing dalam sector peruncitan khususnya peruncitan berskala besar seperti supermarket, superstore, department stores, wholesale clubs, hypermarket, multi shop atau chain stores. Fenomena pereuncitan berskala besar ini telah memberikan impak kepadakehidupan penghuni Bandar dan struktur ruang bandar sesuatu kawasan. Kemasukan format baru peruncitan berskala besar seperti hypermarket di kawasan bandar merupakan perubahan struktur yang ketara dalam

Page |6

ekonomi peruncitan dalam Bandar-bandar yang terdapat di Malaysia dalam tempoh 25tahun yang lepas. Misalnya kemasukan hypermarket telah mengubah geografi peruncitan dari segi peluang pengguna berinteraksi dengan peruncitan baru ini di kawasan Bandar khususnya Kajang. Penelitian pembangunan peruncitan berskala besar di bandar akan menyentuh aspek ciri pembangunannya, evolusi pembangunan, perubahan reruangnya dan juga impak kepada pasaran dalam dan luar negara.

1.2 Tujuan Kajian


Kajian tentang peruncitan berskala besar dari segi aspek ekonomi telah lama dilakukan oleh ahli ekonomi. Kajian ini juga menyentuh tentang pola taburan dan struktur peruncitan berskala besar dalam sesebuah bandar. Kajian ini menekankan kepada perubahan institusi peruncitan berskala besar. Tumpuan diberikan kepada faktor-faktor atau gerak kuasa yang membawa perubahan dari sudut penawaran. Pihak peniaga yang menentukan apa yang hendak diperniagakan supaya sesuai

Page |7

dengan kemahuan masyarakat, pengalaman dan modal yang ada pada mereka selain daripada pembeli dan dasar kerajaan. Perubahan itu akan mencernakan pola peruncitan berskala besar mengikut jenis yang terdapat dalam sesebuah bandar. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengenalpasti persepsi peruncitan berskala besar yang telah memberi impak baru kepada sesebuah kawasan itu dengan kemasukkan penduduk serta budaya dan juga struktur ruang bandar. Pemahaman kepada corak perubahan yang berlaku dan ciri ruang itu menunjukkan kesan yang terhasil daripada aktiviti peruncitan itu sendiri.

1.3 Skop Kajian


Skop kajian ini dipermudahkan dan dihadkan kepada beberapa ciri yang utama seperti kawasan kajian dan jenis perniagaan yang tertentu sahaja. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan analisis secara lebih tepat dan jitu sesuai dengan persoalan dan tujuan utama kajian ini dibuat. Dalam kajian ini, kami telah mengfokuskan kepada aktiviti peruncitan ynag berskala besar dan melibatkan kawasan sekitar Bandar Kajang sahaja. Kajian ini mengkhususkan kepada beberapa factor utama yang diambil kira antaranya ciri pembangunan yang berlaku seiring dengan masa, evolusi pembangunan hasil daripada perubahan yang berlaku, perubahan kepada reruang serta lokasi perkumpulan aktiviti peruncitan dan juga impak yang berlaku kepada pasaran.

1.4 Objektif Projek

I.

Kajian ini bertujuan menganalisis dan mengenalpasti kewujudan pola struktur peruncitan berskala besar mengikut jenis-jenis di dalam pusat perdagangan dikaitkan dengan perubahan fungsi bandar sebagai pusat perniagaan. Hasil daripada analisis ini akan menunjukkan bagaimana evolusi sesebuah aktiviti peruncitan itu berlaku, kesan dan akibat

Page |8

daripada perubahan masa dan juga pembabitan teknologi bagi sesebuah aktiviti peruncitan itu.
II.

Meneliti masalah yang dihadapi oleh para peruncit dan cara mereka mengatasi masalah ini untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. Kebolehan sesebuah organisai itu dalam melihat sesuatu permasalahan dengan telus dan berperinsipkan maju ke hadapan untuk memastikan peruncitan yang mereka jalankan mempunyai perancangan serta matlamat pernubuhan organisasi mereka.

III.

Menyelidik apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada perubahan institusi peruncitan berskala besar dengan penekanan dari sudut penawaran. Sejauh mana ia dapat membawa kepada perubahan dalam bentuk institusi runcit dalam bandar tersebut.

IV.

Mengkaji perubahan institusi peruncitan berskala besar dari segi faktor penyebab, bentuk, struktur, lokasi dan fungsi yang terlibat dalam perubahan.

V.

Meneliti dan menilai sejauhmana faktor-faktor seperti, milikan modal, pengalaman, pengaruh, polisi, pembaharuan, pengunaan teknologi, perubahan dalam lokasi umum dan masalah perniagaan dapat menghadkan perubahan institusi dengan persaingan yang wujud dalam pasaran.

VI.

Pendedahan kepada pelbagai sumber data primer dan sekunder bagi menanalisis ruang pembangunan peruncitan di bandar.

2.0 Kajian Lepas


Kebanyakan kajian peruncitan yang dilakukan sebelum ini lebih menumpukan kepada perkara asas peruncitan seperti aktiviti peruncitan, pola dan struktur peruncitan yang melibatkan peruncit yang beroperasi secara tradisi iaitu rumah kedai dan kedai pejabat. Begitu juga dengan kajian peruncitan yang beroperasi di kompleks membeli belah yang lebih memberi tumpuan kepada kajian seperti perbandingan antara dua kompleks beli belah dan bukannya kajian yang cuba mengenal pasti persepsi, kekuatan, kelemahan, peluang,

Page |9

ancaman dan strategi yang dimainkan oleh peruncit tradisi dengan peruncit yang beroperasi di kompleks membeli belah dalam menghadapi persaingan dari peruncit sekitarnya. Kajian Lepas di Barat Kajian berkenaan dengan persaingn kompetitif telah diadakan Kajian berkenaan dengan persaingan kompetitif telah diadakan oleh Porter pada 1980. Walau bagaimanapun, kajian beliau lebih kepada usaha mengenal pasti persaingan antara peruncit kraftangan kecil dengan peruncit kraftangan yang berbentuk firma yang lebih besar. Hasil kajian beliau mendapati adalah sukar bagi peruncit yang kecil untuk bersaing dengan peruncit yang lebih besar darinya jika mereka tidak mengambil beberapa pendekatan yang boleh disesuaikan dengan pesaing. Ini kerana kebanyakan peruncit kecil yang dikaji kekurangan dari segi modal, bersaiz kecil dan mempunyai pasaran yang terhad berbanding firma runcit besar yang menguasai jaringan perniagaan yang lebih baik serta mempunyai perkhidmatan layanan yang lebih baik dan mesra. Oleh itu, Porter telah mencadangkan tiga strategi utama yang boleh diamalkan untuk meningkatkan daya saing mereka. Ia merangkumi strategi kepimpinan kos, pembezaan produk dan strategi pengfokusan kepada satu-satu produk yang lebih khusus. Untuk mencapai kepimpinan kos, ekonomi bidangan perlu dicapai dengan meminimakan kos pengeluaran produk dengan serendah mungkin tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Begitu juga dalam menggunakan strategi pembezaan produk yang mengeluarkan produk kraftangan yang berbeza berbanding pesaing. Perbezaan ini termasuklah reka bentuk, imej barangan, teknologi yang digunakan dan berorientasikan kehendak semasa pengguna. Porter turut mencadangkan strategi pengfokusan kepada beberapa produk yang terhad. Dengan kata lain, campuran jualan yang pelbagai tidak digalakkan. Strategi begini menurut Porter lebih berkesan jika dapat disesuaikan dengan stail pengurusan, struktur organisasi dan pusingan produk dalam pasaran. Porter dalam hal ini begitu komited sekiranya sekurang-kurangya satu strategi ini dilaksanakan, ia akan dapat meningkatkan tingkat daya saing di pasaran.
(Kean, Niemeyer & Mller, 1996: 14-16)

P a g e | 10

Kajian tentang peruncitan hanya tertumpu di negara-negara barat sejak awal tahun 1930an. Kajian terawal secara empirical mengenai peruncitan telah dijalankan oleh IJ. Rolph pada tahun 1929 di Baltimore ( Garison, 1950:40). Kajian ini merupakan kajian yang julung kali dijalankan dan cuba memaparkan kewujudan jenis pusat perniagaan. Kajian lalu juga member tumpuan yang lebih juga kepada pola pertapakan dan struktur aktiviti peruncitan seperti yang telah dijalankan di beberapa buah Bandar oleh Scott pada 1959. Dalam kajian itu, Scott telah membahagikan aktiviti peruncitan kepada dua struktur yang utama iaitu: I.Zon runcit dalaman (Inner Retail Zone). Zon runcit dalaman ini terletak di pusat bandar dan menawarkan barang-barang yang lebih khusus dan untuk keperluan peribadi. II.Zon runcit luaran (Outer Retail Zone). Zon runcit luaran ini menawarkan barangan keperluan rumah tangga.
(Alexander, 1974: 83 dalam Azhar Ali, 1991: 13)

Kajian tentang kompleks membeli belah oleh Peter J. McGoldrick dan Mark G. Thompson diadakan di England pada tahun 1992. Walau bagaimanapun, kajian mereka ini lebih merupakan kajian yang ingin mendalami persekitaran pusat membeli belah yang terletak di dua kawasan yang berbeza iaitu kompleks membeli belah yang terletak di bandar (pusat bandar) iaitu Metro Centre dengan Eldon Square Centre. Kajian mereka ini lebih kepada kajian tentang perbandingan imej antara kedua-duanya, struktur imej, perbandingan dan penjelasan. Hasil kajian mereka mendapati banyak persamaan antara dua jenis kompleks membeli belah yang dikaji dari segi fungsi dan peranannya kepada pengguna sekitarnya. Kajian Lepas di Malaysia Secara keseluruhan, belum ada lagi penulisan yang memberi penekanan secara khusus dan jelas dalam menganalisa persaingan kompetitif antara peruncitan tradisi dengan peruncitan yang terletak di dalam kompleks membeli belah terutamanya di Malaysia. Kebanyakan penulisan sebelum ini termasuk tesis oleh pelajar-pelajar banyak menekankan kepada kajian struktur, pola, jenis peruncitan dan sebagainya.

P a g e | 11

Kajian mengenai peruncitan di Malaysia hanya mendapat perhatian pada tahun 1960an. Kajian terawal mengenai peruncitan telah dijalankan oleh Neville (1962) di Pontian Kecil, Johor. Kajian beliau menunjukkan bahawa letakan aktiviti peruncitan adalah cenderung untuk bertapak berhampiran dengan jalan raya, pasar awam dan beberapa tempat tumpuan orang ramai (Azhar Bin Ali, 1991: 15). Oleh kerana pada 1960an belum terdapat lagi kompleks membeli belah, maka kesan daripada pengaruh letakan peruncitan ini kepada persaingan khususnya kepada peruncitan kompleks membeli belah tidak didapati. Begitu juga strategi perniagaan yang diambil oleh mereka dalam menghadapi persaingan. Pada 1989 pula, kajian peruncitan telah dilakukan oleh Zainal Abidin Mohd. Said. Dalam penulisan beliau, beliau lebih banyak member penekanan kepada struktur dan implikasi masa depan peruncitan di Semenanjung Malaysia. Tiada kajian yang khususnya yang beliau cuba buat untuk membuat perbandingan antara peruncit tradisi dengan peruncit yang menjalankan aktiviti perniagaan di kompleks membeli balah. Hasil kajian beliau mendapati pada 1980, terdapat sebanyak 90,032 buah kedai yang beroperasi di Semenanjung Malaysia (Zainal Abidin, 1989: 1). Oleh kerana kajian yang dilakukan oleh beliau menumpukan kepada kajian struktur dan implikasi masa depan dan tidak mengkaji aspek persaingan dan strategi perniagaan, maka perbandingan secara langsung tidak dapat dilakukan secara lebih mendalam. Kelahiran dan pertumbuhan peruncitan jenis kompleks membeli belah ini baru sahaja berkembang pada sekitar 1970an terutamanya di Lembah Klang. Angka ini sememangnya agak terbelakang berbanding kewujudan dan perkembangan peruncitan tradisi yang wujud sejak sebelum merdeka lagi. Kajian mengenai kesan kewujudan langsung kompleks membeli belah kepada peruncitan tradisi sekitarnya masih kurang jelas kajiannya. Sebagai contoh kajian Porter pada 1980 lebih merupakan persaingan kompetitif yang terpaksa dihadapi dua peruncit iaitu peruncit kraftangan yang bersaiz kecil dengan peruncit kraftangan yang bersaiz besar. Pendekatan dan skop kajian yang diliputi juga masih terhad kepada peruncit tradisi dan banyak lagi yang boleh dibuat mengenai peruncitan pada masa akan datang. Kajian mengenai perkembangan kompleks membeli belah di Malaysia telah dijalankan oleh Zaki pada 1995. Namun demikian kajian yang diadakan ini hanyalah memberi

P a g e | 12

tumpuan tentang perkembangan kompleks membeli belah di Lembah Klang sahaja. Tumpuan dan pendekatan yang cuba diberikan lebih merujuk kepada pendekatan mengenal pasti factor-faktor yang menggalak kewujudannya, jenis-jenis, tumpuan utama kewujudannya, perkembangannya dan potensinya pada masa depan. Walaupun demikian, kajian mereka tidak menyentuh secara langsung bagaimana perkembangan dan pertumbuhan pesat kompleks membeli belah ini boleh member kesan kepada peruncitan (tradisi) lama sekitarnya dari segi persaingan. Kajian bagaimanapun lebih merupakan satu kajain yang melihat perkembangan kompleks membeli belah di Malaysia sejak sebelum merdeka, kini dan pendapat mengenai perkembangannya pada masa depan.

2.1Penilaian Kajian Lepas

Kami telah meneliti hasil kajian tentang perniagaan peruncitan di kawasan bandar Kajang itu sendiri. Dari pemerhatian kami, dilihatkan bahawa dalam tempoh beberapa tahun menunjukkan perubahan yang agak dramastik dengan kemasukan pelbagai agensi-agensi peruncitan berskala besar baik dari tempatan mahupun luar negara. Kebanyakkan para pengusahan telah mempergiatkan aktiviti peruncitan setelah kerajaan membina lebuhraya baru iaitu Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS). Dalam tempoh beberpa tahun ini juga menujukkan skala lokasi peruncitan yang dijalankan semakin membesar dan memenuhi setiap pelusok ruang bandar kajang. Di samping itu juga, kami telah melakukan beberapa pendekatan yang baru dalam mencari maklumat dan data daripada kerja projek kami ini. (Lampiran 2) Kajian yang dijalankan juga hanya mengkhususkan kepada sektor peruncitan dalam pasaraya Metro Kajang sahaja dan tidak mengcakupi keseluruhan bandar kajang. Hasil kajian ini juga amat berbeza disebabkan peredaran masa yang berlaku dengan begitu pantas dan juga kemasukan

P a g e | 13

teknologi dan perkongsian bersama menyebabkan kehidupan harian kala ini menjadi begitu kompleks dan tersusun. Daya tarikan sesebuah peruncitan itu juga telah berubah demi untuk menarik lebih ramai orang untuk data dan memperdagangkan barangan mereka. Segalanya bersaing dan ingin menjadi badan perniagaan tumuan masyarakat akhirnya memberi pulangan kepada mereka.

3.0 Kepentingan Aktiviti Peruncitan

Kita sedia maklum bahawa kegiatan peruncitan adalah suatu aktviti perdagangan yang amat luas dan begiyu penting dalam ekonomi sesebuah negara. Aktiviti peruncitan berfungsi sebagai penghubung antara pengguna dengan barang yang dikeluarkan oleh sesebuah kilang atau industri. Ini merujuk kepada situasi permintaan dan penawaran dalam sesuatu barang atu perkhidmatan. Aktiviti peruncitan juga memberi sumbangan yang amat penting terhadap pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia adalah penyumbang signifikan kepada PNK. Ia menyumbangkan lebih kurang RM57 bilion kepada PNK pada 2009 dan menyediakan sebanyak 500,000 pekerjaan. Untuk mencapai sasaran PNK 2020, peruncitan akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik yang seterusnya akan menerajui pertumbuhan ekonomi. Dalam erti kata lain,aktiviti ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dan masyarakat sesebuah kawasan itu. Ini juga mampu untuk mengawal kadar kemiskinan akibat daripada jumlah pengangguran yang tinggi.

P a g e | 14

Perkembangan aktiviti peruncitan ini secara langsung atau tidak langsung boleh memungkinkan sektor lain berkembang dalam sesebuah ekonomi. Sektor-sektor yang dimaksudkan ialah perkilangan, pengangkutan dan sosial. Ini disebabkan daripada aktiviti perniagaan runcit berkembang maju, seterusnya memberi kesan kepada sektor lain untuk mempergiatkan aktiviti ekonomi supaya berjalan dengan lancar dan terus maju kehadapan. Persaingan secara sihat dapat dibentuk dan masyarakat yang akan memperolehi kepuasan dalam penawaran yang diberikan kesan daripada peningkatkan tahap persaingan dan pilihan bagi pengguna.

3.1 Hypermarket
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung. Kebiasaanya ia terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar ialah Tesco, Econsave, Makro, Jaya Jusco dan Giant. Ciri-cirinya dalam bentuk organisasi, ia merupakan sebuah syarikat berhad yang bermodal amat besar. Kawalan dan pengurusan iaitu dasar dan polisi ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Ianya dilaksanakan oleh sekumpulan pengurusan peringkat pertengahan yang bergaji tetap. Pengurusan setiap bahagian dilaksanakan oleh seorang pengurus atau penyelia. Pelbagai jenis dan jenama barang dijual dan kebanyakkannya barang keperluan harian. Harga barang berpatutan dan tetap. Kaedah jualan melalui urusan jual beli secara tunai atau kad kredit. Terdapat kemudahan tempat letak kereta, troli, tempat penyimpanan barangan,kaunter pertanyaan dan aduan dan sebagainya. Kelebihan pasar raya besar adalah ia memerlukan kos yang rendah, sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang. Perolehan yang besar, pelanggan membeli banyak

P a g e | 15

secara mingguan. Kadar pusingan stok dan pengaliran tunai tinggi. Menyediakan pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung. Kekurangannya pula adalah margin keuntungannya rendah kerana harga murah. Kedudukan di pinggir bandar menyukarkan pelanggan tidak berkenderaan. Perlu menjual barang dalam volum yang besar membiayai kos operasi yang tinggi. Pacific Hypermarket & Jabatan Store Sdn. Bhd telah diperbadankan di Malaysia pada 27 September 1995 di bawah Akta Syarikat, 1965 sebagai syarikat swasta yang terhad. Utama syarikat ini terlibat dalam pasar raya besar dan kedai perniagaan jabatan dengan pegangan pelaburan. Pacific Hypermarket & Store Jabatan membawa pelbagai pilihan barangan, yang terdiri daripada pasaran segar, barangan runcit, bermacam-macam barang, dan kelengkapan tandas; pakaian, kosmetik, kasut, perabot, elektrik dan barangan rumah.

Konsep perniagaan Pacific Hypermarket dan Jabatan Store Sdn. Bhd. Boleh diungkapkan seperti berikut: 1. Hypermarket perniagaan dikonsepkan dengan tujuan untuk menawarkan nilai yang lebih untuk membeli-belah dalam persekitaran tanpa perkhidmatan lebih. "Jimat Setiap Hari", cogan kata ini berfungsi sebagai titik tumpuan dalam konsep, Pasifik, di mana barangbarang berkualiti ditawarkan pada harga yang berpatutan dan merupakan salah satu faktor tarikan utama untuk membeli-belah di pasar raya besar Pasifik.
2. Kedai kedai Jabatan perniagaan runcit yang sangat ditarget dengan barangan dan barang-

barang untuk pembeli yang mementingkan fesyen. Ia adalah sebuah kedai yang khusus yang didorong oleh yang menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi permintaan upwardly mudah alih hari ini customers The Store Corporation Berhad telah disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 3 Mac 1994. Kumpulan Store juga mengendalikan pasar raya besar melalui anak syarikat milik penuh Hypermarket Pasifik & Jabatan Store Sdn. Pada masa ini, kumpulan Pasifik mempunyai 7 cawangan di Star Parade dan Mall Alor Star (keduadua di Alor Star, Kedah), Megamal Pinang di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, KB Mall di Kota Bharu, Kelantan, Batu Pahat Mall di Batu Pahat, Johor dan kedai-kedai baru di Pasifik Komtar di Georgetown, Pulau Pinang dan Kluang Mall, Kluang, Johor.

P a g e | 16

Pacific Hypermarket & Jabatan Store Sdn. Bhd adalah anak syarikat milik penuh Pacific Hypermarket Group Sdn. Bhd dengan syarikat induk muktamad yang Store Corporation Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

3.2 Departmental store


Departmental store merupakan perniagaan peruncitan yang dijalankan secara berkelompok dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negeri. Konsep perniagaan yang dijalankan bersifat khusus kepada barang-barangan yang tahan lama dan tidak mudah rosak seperti pakaian, kelengkapan rumah, dan juga peralatan untuk bersukan, serta barang-barang permainan . Metrojaya adalah sebuah syarikat yang popular runcit di Malaysia yang menawarkan barangan pada kadar sederhana hingga tinggi. Syarikat itu membuka kedai pertama yang di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur pada September 1976 . Outlet Metrojaya yang terbaru, di Berjaya Times Square ditutup pada bulan Disember 2009 selepas hanya tiga tahun operasi . Metrojaya kini mempunyai lima cawangan di Semenanjung Malaysia iaitu Mid Valley Megamall, Plaza Pelangi, Island Plaza, Bukit Bintang Plaza dan The Curve, Mutiara Damansara. Parkson adalah syarikat kedai jabatan popular di Malaysia yang menawarkan barangan pada kadar sederhana. Parkson telah ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah satu daripada rantaian runcit yang terbesar di Malaysia pada masa itu. Parkson Grand, Parkson Ria dan U-Parkson semuanya dikendalikan oleh Parkson. Parkson kini mempunyai 35 cawangan di Malaysia. Pada tahun 1985, kedai JUSCO luar negara yang pertama telah dibuka di Plaza Dayabumi, Kuala Lumpur, Malaysia. Sebagai sebuah syarikat milik bersama dengan Cold Storage dan tiga syarikat

P a g e | 17

tempatan. Ia adalah kali pertama bahawa sebuah syarikat Jepun telah memasuki ke dalam usaha yang signifikan bersama dalam industri runcit Malaysia. JUSCO mengambil alih kawalan operasi rantaian pada tahun 1988. Pada masa ini 18 JUSCO kedai-kedai dan pasar raya dalam operasi di Malaysia dengan yang lain 4 bukaan disahkan dan tiga buah kedai yang dirancang oleh 2010. AEON Bukit Tinggi Shopping Centre in Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor, Malaysia adalah JUSCO terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dengan lebih 2.100.000 kaki persegi (200,000 m2) kawasan bangunan. JUSCO di Malaysia terkenal kerana di kalangan rantaian dagangan pertama umum untuk memperkenalkan beg poli-terbiodegradasikan yang dibuat daripada ubi keledek.

KONSEP DAN KERANGKA KAJIAN: 4.0Kaedah Kajian

Dalam kajian perunciatn yang kami laksanakan, kami telah memilih kawasan Bandar Kajang sebagai tempat perlaksanaan dan penilaian kajian kami ini. Kami telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menentukan dan mencari sumber-sumber databagi memenuhi aspek kajian kami ini, antaranya;
1. S e c a r a t e m u b u a l .

Kami telah menemubual beberapa orang masyarakat dan para perniaga yang telah lama menetap di kawasan ini. Kami cuba untuk merungkai beberapa persoalan dengan pertanyaan kepada mereka. Antara yang kami temubual adalah warga kerja tua yang telah lama dan memahami sebarang perubahan dan evoolusi yang berlaku di kawasan ini.

2. K a e d a h P e n g a m a t a n d a n P e m e r h a t i a n .

Dalam kajian kami ini, kaedah pemerhatian adalah tumpuan bagi mengumpul data-data serta maklumat.Kami telah beberapa kali pergi ke kawasan Kajang bagi melihat dengan

P a g e | 18

lebih dekat aktiviti peruncitan yang dijalankan sehingga hari ini. Dari sini, kami dapat meneliti bagaimana ruang yang dfiguna pakai untuk tujuan peruncitan dijalankan.

3. Soal Selidik. Kami telah merangka beberapa soalan dan pertanyaan berpandukan daripada skop persoalan kami. Kami telah menyelidik beberapa pasaraya besar dan kedai-kedai yang menjalankan aktiviti peruncitan. Dengan bantuan soalan ini juga, kami memperolehi datadata bagi membanding beza sesebuah syarikat itu dengan yang lain. (Lampiran 1)

4. Bahan-bahan Rujukan. Kami telah menggunakan pendekatan terhadap bahan-bahan seperti buku-buku sejarah Kajang, buku dari Draf Perancangan Tempatan, Majlis Perbandaran Kajang 2020, bahanbahan dari internet dan juga peta daripada Pejabat Majlis Perbandaran Kajang. Penilaian daripada leratan akhbar turut dibuat. (lampiran 2)

5. Analisis daripada data statisitik. Daripada data yang diperolehi, kami menjalankan analisis dan perbincangan agar segala perincian yang diperoleh menepati dan bercirikan fakta yang benar dan bernas.

P a g e | 19

4.1Jadual Kerja dan Perlaksanaan

Aspek Kerja /Masa (minggu)

10

11 12 13 14

Perancangan dan pemilihan kawasan kajian Penetapan bidang kerja Pemerhatian Pengumpulan maklumat Soal selidik Analisis maklumat Penyenaraian masalah dan cara mengatasi Penghasilan kertas Projek matlamat dan

P a g e | 20

4.2 Contoh Peruncitan Berskala Besar


I.

Plaza Metro Kajang, Plaza Metro Kajang, 4th Floor, Seksyen 7, Jalan Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor

II. III.

Metro Point Kajang,Jalan Semenyih, Kajang The Store, Jalan Semenyih 3, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih Sentral, Selangor Darul Ehsan.

IV.

Courts Mammoth, No. 1, Kajang Plaza, Jalan Dato' Seri P. Alagendra, 43000 Kajang, Selangor

V.

Tesco Semenyih1,Jalan TPS 1/1, Taman Pelangi Semeyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan

VI.

Giant Supermarket Kajang, Lower Floor, Metro Plaza Complex, Jalan Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor.

VII.

Jusco Cheras Selatan, Aras Mezzanine, Lebuhraya Tun Hussien Onn, 43200 Balakong, Selangor Darul Ehsan

VIII.

Giant Superstore Prima Saujana, S02, Pusat Bandar Baru Kajang, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor

IX.

Tesco Kajang, Lot PT 37820 & 11196, Mukim Kajang, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

P a g e | 21 X.

Giant Supermarket Balakong, Lot No. 84 - 108, Jalan PDR 5, Pusat Perniagaan Desa Ria 2, 43300 Balakong,Selangor

XI.

The Billion Shopping Center, P.T No 16366, Bandar Teknologi Kajang, Jalan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor

5.0 Hasil Kajian 5.1 Ciri-ciri pembangunan

P a g e | 22

5.2 Evolusi Pembangunan

P a g e | 23

5.3 Perubahan Reruang


Dalam konteks perubahan reruang ini, membawa maksud sesebuah kawasan itu yang sebelum ini bersifat mundur, terbiar, tidak dibangunkan, tidak menarik perhatian atau sesuatu yang daif berubah menjadi kawasan yang dibangunkan, dimajukan dipelihara, dihargai atau mungkin juga menjadi tumpuan orang ramai. Pada skop kajian peruncitan ini, runang itu memainkan peranan yang begitu penting dalam mengekalkan dan kemandirian sesuatu perniagaan. Evolusi dan juga penerimaan masyarakat sesebuah kawasan. Di kawasan Kajang khususnya di pusat bandar ini, trend perubahan lokasi dan reruang yang berlaku tidaklah amat ketara kerana pihak perbandaran MPKj telah melakukan usaha agar perusahaan, dipelihara dan aktiviti peruncitan masih dikekalkan lokasinya demi untuk memastikan terutamanya lokasi yang telah menjadi tumpuan aktiviti perniagaan. Namun masih terdapat perubahan lokasi yang dibuat akan tetapi hanyalah merujuk kepada kemasukkan hypermarket yang berskala besar. Selerakan hypermarket ini bertujuan untuk mengelakkan persaingan yang begitu sengit sehingga menyebabkan peruncitan yang kecil tidak dmampu untuk bertahan lama. Pecahan lokasi sebagai contoh Giant Supermarket dibina di Jalan Tun Abdul Aziz, Tesco Kajang dibina dijalan Persiaran Saujana manakala Econsave dibina di Jalan Cheras. Ini menunjukkan aktiviti peruncitan berskala besar telah berkembang pesat dan juga turut membangunkan sesebuah perimeter kawasan tersebut. Antara bentuk-bentuk pembangunan yang dijalankan di sekitar kawasan ini termasuklah pembinaan beberapa blok kedai baru untuk tujuan peruncitan di sekeliling kawasan Metro kajang khususnya. Terdapat juga perubahan yang dilakukan terhadap jalan perhubungan Jalan Semenyih (lampiran 3) serta beberapa jalan bandar di sekitarnya. Jalan Lebuhraya LEKAS (lebuhraya Kajang Seremban) (lampiran 2) telah memberi manfaat dan kemudahan kepada penduduk kawasan Kajang begitu penting seiring dengan perubahan yang bakal berlaku dalam

P a g e | 24

khususnya dan penduduk Seremban, Bangi, Balakong, Cheras dan bandar-bandar sekitarnya amnya. Selain daripada itu, pembinaan taman-taman perumahan baru, kawasan permainan kanak-kanak, pembinaan lanskap-lanskap baru bagi tujuan pelancongan dan juga cadangan kompleks perniagaan dan pusat hentian pelancongan oleh Jabatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Hasil daripada tinjauan kami mendapati bahawa pembangunan yang berlaku memberikan kemudahan dan kesenangan kepada penduduk dan masyarakat sekitar Kajang dalam proses harian mereka. Dalam faktor sejarah, sememangnya kita mengetahui bahawa kawasan Kajang dahulunya merupakan kawasan yang aktif bagi tujuan aktiviti perniagaan khususnya bidang peruncitan. Hasil temubual kami kepada beberapa penduduk yang telah lama menetap disini meyakinkan lagi fakta kepada letakan Kajang pada masa lalu sebagai salah sebuah bandar perniagaan di Negeri Selangor. Sejarah turut menyatakan penyusunan secara teratur dan berskala memberi ruang yang mudah kepada aktiviti peruncitan ini. Dari segi demografinya pula, jumlah penduduk di kawasan Kajang meningkat setelah pengistiharan bandar Bangi sebagai Bandar Ilmu dan juga kawasan perindustrian. Hal ini kerana bandar Bangi dan Kajang merupakan bandar yang bersebelahan. Ini juga dikuatkan lagi dengan perjalanan tidak sampai setengah jam dari bandar Bangi ke kawasan Bandar Kajang. Taburan penduduk yang saban tahun semakin bertambah di kawasan persisiran bandar menyebabkan aktiviti peruncitan di Kajang berjalan dengan rancak dan lancar. Kepadatan penduduk di kawasan Kajang memberikan impak yang positif kepada pembangunan di kawasan ini. Struktur sosialnya pula semakin bercambah dengan kepadatan penduduk yang ada. Aktiviti kemasyarakatan turut dirancang dan dijalankan oleh Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi meningkatkan lagi permuafakatan masyarakat disini. Letakan Stadium Kajang di tengahtengah bandar ini memberi kemudahan dalam melakukan sebarang aktiviti yang boleh melibatkan keseluruhan penduduk di kawasan ini. Pihak Majlis MPKj turut menyediakan kemudahan penyewaan dewan dan padang bagi kemudahan masyarakat disini. Justeru itu, faktor sosial di bandar kajang ini banyak membantu masyarakatnya mengenali bukan sahaja antara sesama manusia malah kepada semua perkara yang terdapat di kawasan ini.

P a g e | 25

Struktur ekonomi memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan masyarakat dan juga sesebuah bandar. Hasil usaha masyarakat disini dalam mempergiatkan aktiviti perniagaan dapat dilihat dengan pembukaan pasar tani dan pasar malam di sekeliling kawasan bandar ini. Kehangatan aktiviti perniagaan menyebabkan persaingan yang tinggi bagi perniaga kecil- peruncit tetap peruncitan beskala besar. Lantaran daripada itu, ekonomi kajang menaik dengan mendadak dan terkawal. Segala yang dijalankan di kawasan ini banyak memberi kelebihan kepada penduduk dan meningkatkan ekonomi setempat. Bagi skop polisi, dengan adanya polisi yang ditetapkan oleh majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memastikan segala aktiviti dijalankan oleh pengusaha menepati syarat dan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat dan negara. Perubahan yang begitu besar terhadap infrastruktur dan lanskap bandar dipelihara dan dikawal selia agar segala aktiviti yang dijalankan tidak mengakibatkan kesan yang buruk kepada bandar.hasil dari undang-undang yang ditetapkan, maka kawasan ini masih lagi mengekalkan dan memelihara alam dan tempat ini sendiri. Kemudahan pengangkutan telah lama dipertingkatkan atas dasar pembangunan mampan dan bersifat mesra alam. Kemudahan bas dan juga teksi telahpun menyumbang lebih banyak orang untuk datang dan membeli belah di kawasan ini. Semua jalan juga dilengkapi dengan lampu jalan, jalan yang berturap, serta kemudahan tempat letak kereta. Kesinambungan daripada itu turut dibina kawasan rehat dan tempat seperti gerai makan yang bersifat mega seperti Kedai Sate Kajang bagi kemudahan orang yang datang.

P a g e | 26

5.4 Impak Kepada Pasaran


Impak Peruncitan Berskala Besar Terhadap Pekerjaan Ekonomi Bandar Apabila terdapat peruncitan berskala besar di Bandar Kajang, pekerjaan ekonomi Bandar semakin meningkat. Hal ini kerana, peruncitan berskala besar menyediakan dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di Bandar Kajang dan di kawasan yang berhampiran dengannya. Seterusnya memberi peluang dan memudahkan penduduk mencari pekerjaaan. Hal ini akan meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk di Kajang kerana akan mengurangkan kes-kes pengangguran. Produktiviti dan hasil kerja akan lebih baik dan memberangsangkan kerana terdapat lebih ramai pekerja yang bekerja di sektor peruncitan. Kesannya, ekonomi bandar meningkat dan ini akan menarik minat para pelabur asing dari luar negara untuk melabur di Malaysia khususnya di Bandar Kajang. Impak Peruncitan Berskala Besar Terhadap Perniagaan Peruncitan Skala Kecil Lain Berdasarkan kajian dan hasil temubual terhadap peruncit berskala kecil di Kajang, kebanyakan peruncit mengatakan bahawa peruncitan berskala besar di Kajang tidak memberi impak kepada perniagaan mereka. Sebahagian pula mengatakan peruncitan berskala besar di Kajang member impak yang positif kepada perniagaan mereka. Peruncitan berskala besar dan kecil sama-sama bersaing meningkatkan kualiti barangan mereka untuk menarik minat pembeli. Ini menyebabkan perniagaan mereka lebih tersusun dan sistematik serta dapat menarik minat pembeli. Segelintir peruncit pula mengatakan bahawa peruncitan berskala besar ini memeberi impak yang negatif kepada perniagaan mereka. Pelanggan yang datang ke kedai mereka semakin hari semakin berkurangan. Mereka khuatir jika keadaan ini berterusan mereka terpaksa menutup perniagaan mereka. Sememangnya bagi mereka kehadiran peruncitan berskala besar ini amat membimbangkan kerana mampu menggugat perniagaan peruncitan berskala kecil secara halus dan secara tidak langsung member saingan dan tekanan kepada mereka. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa peruncitan berskala besar di Kajang tidak memberi impak negatif yang banyak kepada peruncitan berskala kecil. Namun apa yang menarik perhatian ialah wujudnya situasi seperti keterbegantungan antara kedua-dua belah pihak dalam perniagaan masing-masing. Ini sangat ketara keadaannya terutamanya dengan premis perniagaan yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Kewujudan perniagaan tersebut sama ada peruncitan berskala besar mahupun kecil didapati saling mempengaruhi satu sama lain. Sebagai contoh, lokasi Metro Kajang yang menjadi tumpuan orang ramai turut memberi kesan yang positif kepada perniagaan peruncitan berskala kecil yang berhampiran dengannya. Persaingan dalam perniagaan tidak dianggap sebagai satu indikator yang memberi kesan secara langsung yang ketara kepada perniagaan masing-masing. Sebaliknya wujud keadaan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan perniagaan. Menurut pengguna yang di temubual, mereka berasa senang dengan kehadiran kedua-dua peruncitan berskala kecil dan besar di Kajang kerana mereka mendapati kewujudan perniagaan ini lebih memudahkan untuk mereka kerana mereka mempunyai

P a g e | 27

lebih banyak pilihan kerana kedudukan premis perniagaan yang berhampiran antara satu sama lain. Selain itu, pengguna juga berpendapat kehadiran kedua-dua jenis peruncitan ini dapat mendidik dan menjadikan mereka pengguna yang lebih bijak kerana mereka akan lebih bersoal jawab dengan peruncit terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan apabila ingin membeli barang untuk mendapatkan khidmat dan kualiti yang lebih bagus. Pada masa yang sama, peruncit juga dapat memperbaiki kelemahan mereka dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Polisi Penumpuan hypermarket terutamanya di Lembah Klang telah menyebabkan pihak kerajaan melalui KPDN & HEP mewujudkan satu garis panduan untuk mengurangkan penumpuan hypermarket terutamanya di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kandungan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPDN & HEP adalah seperti berikut:I.Modal berbayar minima (minimum paid-up capital) tidak kurang daripada RM 50 juta. II.Hanya sebuah hypermarket dibenarkan beroperasi bagi setiap 350,00 penduduk. III.Ruang lantai niaga (business floor place) tidak kurang daripada 5,000 meter persegi. IV.Hypermarket tidak dibenarkan beroperasi dalam radius 3.5 kilometer daripada kawasankawasan perumahan dan pusat-pusat bandar. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan boleh menentukan jarak yang sesuai bagi kawasan pentadbiran masing-masing. V.Hypermarket hanya dibenarkan beroperasi secara freestanding di pinggir bandar dengan kemudahan yang dipiawaikan seperti tempat letak kereta, ruang rehat, restoran dan kemudahan awam lain (termasuk tandas, telefon, mesin ATM dan lain-lain) serta landskap. VI.Menyediakan 1 unit kaunter bayaran bagi setiap 1,000 meter persegi keluasan ruang lantai niaga. VII.Menyediakan kemudahan tempat letak kereta pada kadar 50 unit tempat letak kereta bagi setiap 1,000 meter persegi keluasan bangunan. VIII.Sebelum pembukaan hypermarket dipertimbangkan. Kajian Impak Mengenai Perniagaan Runcit Setempat Sedia Ada hendaklah dibuat. IX.Menyediakan ruang niaga dengan kadar sewa yang berpatutan bagi perniagaan sokongan. X.Pembukaan hypermarket di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang dibekukan untuk tempoh 5 tahun yang akan datang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2004.

P a g e | 28

XI.Bagi permohonan pembelian tanah dan premis perniagaan untuk tujuan pembukaan hypermarket, supermarket, departmental store, specialty outlet dan pengambil alihan perniagaan sektor perdagangan pengedaran perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada KPDN XII.Pengusaha-pengusaha hypermarket perlu menghantar pelan perancangan pembangunan untuk perkembangan/ menambah cawangan kepada KPDN & HEP dua tahun lebih awal sebelum permohonan mereka dipertimbangkan. XIII.Hypermarket, supermarket, departmental store dan pasar raya tidak dibenarkan beroperasi selama 24 jam. XIV.Sebarang permohonan untuk pembukaan hypermarket, cawangan baru serta penempatan semula iaitu sama ada oleh syarikat yang mempunyai kepentingan asing ataupun tempatan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran, KPDN & HEP. Garis panduan yang dikeluarkan ini adalah untuk mengawal dan mengurangkan pembukaan hypermarket di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana, kewujudan hypermarket di ketiga-tiga kawasan ini sangat banyak. Garis panduan ini juga dipakai oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Kebanyakan hypermarket pula adalah milik pelabur asing. Ini akan menjejaskan masa dan peniaga runcit tempatan yang mana mereka ini telah banyak berjasa menabur bakti kepada negara dengan sumbangan dari segi pembangunan ekonomi negara. Pernah terjadi dalam sejarah peruncitan dalam negara Malaysia, iaitu pada tahun 2002, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah membekukan lessen dan kelulusan pembinaan pasar raya besar milik pelabur asing di negara ini kerana kerajaan menyedari persaingan akan menjejaskan masa depan peniaga rucit tempatan. Polisi Plaza Metro Kajang Spesifikasi ini merupakan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan semasa mereka menandatangani perjanjian untuk berniaga di Plaza Metro. Melalui pemerhatian, spesifikasi yang sama turut diguna pakai di kebanyakan kompleks membeli belah yang lain. Semua spesifikasi yang ditetapkan ini adalah atas dasar-dasar mempertahan dan member keselesaan kepada peniaga dan pengunjung secara keseluruhannya. Berikut merupakan jenis-jenis perniagaan yang dilarang untuk dijual di dalam keompleks membeli belah Plaza Metro Kajang. Kebanyakan daripada jenis jualan yang menjadi larangan di premis perniagaan ini boleh dijalankan di sekitar peruncitan tradisi yang terdapat di sekitar Bandar Kajang walaupun masih tertakluk kepada Majlis Perbandaran Kajang melalui lessen yang dikeluarkan. 1.Apa-apa jenis jualan yang boleh mendatangkan bahaya seperti bahan kimia yang mudah meletup dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak. 2.Jenis perniagaan yang menyalahi jualan yang dilulus dan dibenarkan seperti yang termaktub dalam perjanjian.

P a g e | 29

3. Jenis perniagaan yang melibatkan aktiviti perjudian. 4.Jenis perniagaan perbankan, syarikat kewangan dan kesemua jenis perniagaan yang melibatkan aktiviti peminjaman wang. 5.Semua jenis restoran, bar, atau apa jenis perniagaan yang membenarkan pelanggan membawa bersama makanan atau minuman dari luar ke dalam premis. 6. Pusat rekreasi dan kesihatan yang berupa senaman. 7.Sekolah, pusat jagaan kanak-kanak, institusi dan yang seumpamanya. 8.Jenis perniagaan yang boleh melahirkan rasa benci dan boleh mengganggu gugat dan menyentuh hal-hal yang sensitive seperti agama dan kebudayaan. 9.Klinik, hospital 10.Perniagaan yang berbentuk kedai baik pulih kereta/motor, menjaul tayar dan yang seumpamanya. 11.Kedai perkakasan, bahan binaan, besi dan industry yang berasaskannya. 12.Industri kayu, pembuatan kertas dan seumpamanya. 13.Dan lain-lain perniagaan dan urusniaga yang akan dinyatakan dari semasa ke semasa oleh pihak pemilik (Maha Usaha Sdn. Bhd). Sumber: Ubahsuai dari Perjanjian Pendudukan Premis Perniagaan Antara Maha Usaha Sdn. Bhd. Dengan Penyewa (Plaza Metro Kajang 1997). Daripada senarai yang dikemukakan di atas, terdapat peraturan-peraturan yang sangat jelas yang sama sekali menghalang penyewa yang menyewa ruang perniagaan di kompleks membeli belah daripada menjalankan beberapa jenis perniagaan. Semua peraturan yang dibuat ini adalah bagi beberapa tujuan. Antara lain, ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pada masa yang sama ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada semua pihak termasuk pengunjung dan pemilik premis perniagaan secara keseluruhannya. Walau demikian, beberapa peraturan tambahan yang walaupun sebenarnya membenarkan jenis perniagaan yang lain, namun jenis perniagaan yang sedia ada juga tertakluk kepada larangan membuat sebarang aktiviti yang memberi kesan negatif kepada semua pihak termasuk pencemaran bunyi, bau dan haba. Kesan daripada itu, semua perniagaan yang dijalankan di kompleks membeli belah ini memenuhi klasifikasi dan hanya menjual jualan yang telah dilulus dan dibenarkan seperti yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak Maha Usaha.

P a g e | 30

Jika didapati penyewa premis melanggar syarat yang ditetapkan, tindakan pembatalan lesen dan kebenaran menyewa akan dikenakan. Tindakan yang dikenakan juga adalah berdasarkan syaratsyarat yang telahpun dipersetujui semasa perjanjian antara kedua-dua belah pihak ditandatangani.

Syarat-syarat Tambahan Lesen Perniagaan 1.Dilarang meletakkan sebarang peralatan atau barang-barang di kaki lima. 2.Dilarang menimbulkan kacau ganggu kepada lalulintas dan persekitaran. 3.Dilarang membiarkan binatang seperti anjing berkeliaran di dalam bangunan/ premis. 4.Sampah-sampah perniagaan hendaklah diuruskan sendiri dan diibuang ke tempat yang dibenarkan MPKj. 5.Diwajibkan menyediakan tong sampah yang mencukupi dan sempurna (MGB 240 liter/ MGB 660 liter) bagi premis perniagaan. 6.Menjaga kebersihan di dalam dan di luar bangunan/ premis. 7.Memastikan susun atur barang-barang di dalam bangunan/ premis teratur dan tidak menghalang laluan/ pergerakan pekerja. 8.Menyediakan First-Aid yang lengkap dan ditempatkan dibahagian yang bersesuaian. 9.Menyediakan bendera negeri/ kebangsaan. 10.Memaklumkan kepada pihak MPKj sekiranya telah berpindah, ditukar atau tidak lagi menjalankan perniagaan. 11. Mematuhi syarat-syarat/ arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

6.0 Rumusan
Dari apa yang telah dibincangkan, jelas menunjukkan bahawa taburan hypermarket di kawasan Kajang adalah tidak sekata, ada kawasan yang wujud lebihan penawaran hypermarket. Tetapi yang paling penting perkembangan hypermarket masa kini menunjukkan satu pola yang berkembang

P a g e | 31

dalam Kajang terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk. Sesebuah kawasan itu mampu untuk membangun dengan adanya kativiti peruncitan yang berskala besar. Perubahan yang besar dari segi ekonomi dan sosial sesebuah kawasan itu. Peningkatan sosiol-ekonomi telah menyebabkan permintaan dan penawaran, perluasan dan kemasukan nilai konsumerisme barat mempengaruh sesebuah kawasan. Peningkatan taraf hidup penduduk juga meningkat dan persainagan bagi para perniaga juga rancak berlaku dalam merebut pelanggan bagi memajukan industri dan barangan mereka. Keselesaan ini dirasai oleh penduduk lantas menyebabkan lebih ramai masyarakat sekitar Kajang dan bandar-bandar berhampiran datang dan ingin menetap dikawasan ini. Namun, sebalik itu juga, kemudahan tempat letak kereta harus dipertingkatkan lagi dengan kebanjiran orang yang datang ke sini. Penyediaan pengangkutan awam haruslah menepati dengan jumlah kepadatan penduduk agar tidak berlaku kesesakan.

6.1 Rujukan

1. Zainab Ahmad, Norsidah Ahmad dan Farok Zakaria. 2002. Asas Peruncitan, Petaling

Jaya:Prentice Hall

P a g e | 32 2. Abd. Rahman Roslan. 2007.FENOMENA KEBANJIRAN HYPERMARKET ASING DI

LEMBAH KLANG: SATU TINJAUAN. Selangor.


3. Jabatan Perancanagn Bandar Dan Desa Negeri Selangor. 2009.Draf Rancangan Tempatan

Majlis Perbandaran Kajang 2020. JILID 1,2 dan 3.


4. Anon.2007.Pembukaan Lebuhraya kemudahan penduduk. Berita Harian.30 Disember: 12.

5. Bala Krishnan. 2011. Sejarah Peruncitan Kawasan Bandar Kajang, Selangor. Temu Bual,14 November.
6. Jati. WWW.dseas.um.edu.my. 26 November 2011. 7. Zaidi Bin Rosli.1999. Analisis Persaingan dan strategi Perniagaan; Kajian Kes Peruncitan

Kajang.Selangor.

Lampiran 1

P a g e | 33

KAJIAN TENTANG PERUNCITAN BERSKALA BESAR DI KAWASAN KAJANG 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Nama Syarikat: .. Alamat Syarikat: .. Tahun penubuhan/pembukaan: . Jenis barangan yang di dagangkan: .. Pemilikan: tempatan ( ) atau luar Negara ( ) Cawanagan lain: a) ya ( ) dan nyatakan b) tidak ( Jenis pelangan: a) Dalam kawasan setempat -3km-( ) b) Seluruh kawasan Kajang ( ) c) Diluar kawasan Kajang ( ) 8) 9) Purata jumlah pelanggan sehari: orang(anggaran kasar) )

Bagaimanakah persaingan dengan syarikat/ peruncit lain: a. Amat baik ( ) b. Baik ( )

c. Lemah ( ) d. Terlalu lemah ( ) Lampiran 1(sambungan)

P a g e | 34

10)

Adakah bangunan bagi peruncitan ini a. Kekal seperti pada pembukaan pertamany. b. Dinaiktaraf dan diperbesarkan lagi. ( ( ) ) )

c. Menjadi lebih kecil [dirobohkan sebahagiaan].(

11) Adakah penilaian pihak tuan/puan menganggap pembukaan perusahaan perniagaan dikawasan ini bertepatan dan menguntungkan: a. Ya ( ) b. Kurang pasti ( ) c. Tidak ( ) 12) Adakah ruang disekitar kawasan peruncitan anda mempunyai struktur yang terancang dengan pembinaan jalan raya, tempat meletak kenderaan, dan juga kawasan perumahan: a. Ya ( ) b. Kurang pasti ( ) c. Tidak ( ) 13) Adakah kemudahan pemgangkutan tersedia dikawasan sekitar ini bagi memudahkan para pelanggan untuk dating dan membeli barang keperluan dan kehendak mereka? a. Ya ( ) b. Kurang pasti ( ) c. Tidak ( ) 14) Apakah yang boleh pihak tuan/puan katakan mengenai perubahan dalam tempoh beberapa tahun tentang pergerakan dan pembangunan dari segi aktiviti peruncitan:

Lampiran 2

P a g e | 35

KERATAN AKHBAR
SEMENYIH 29 Ogos - Pembukaan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dijangka membawa manfaat besar termasuk dari segi ekonomi kepada penduduk di kampung-kampung sepanjang lebuh raya itu. Ini diakui oleh beberapa wakil rakyat yang menyertai majlis taklimat dan dibawa meninjau lebuh raya berkenaan oleh pemegang konsesi Lekas, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. hari ini. Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Johan Abd. Aziz, pembukaan lebuh raya berkenaan dapat mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Semenyih. "Selama ini kita maklum bahawa kesesakan teruk merupakan satu isu besar di pekan Semenyih, jadi dengan pembukaan lebuh raya ini pastinya akan menyelesaikan masalah tersebut, walaupun tidak secara menyeluruh. "Selain itu, dengan pembukaannya juga kawasan Semenyih pastinya mampu menjadi sebuah kawasan yang pesat membangun," katanya. Bagi ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar, pengguna kini mempunyai pilihan alternatif untuk menuju ke Seremban memandangkan lebuh raya tersebut telah dibuka. "Walaupun pembukaan lebuh raya ini tertangguh beberapa lama namun ia akan memberi banyak faedah kepada pengguna dan penduduk. "Jika sebelum ini, Semenyih jarang menerima 'tetamu', dengan pembukaan lebuh raya ini pastinya mukim Semenyih akan lebih dikenali. "Selain itu, taman-taman perumahan di sekitar Semenyih sudah pastinya akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan memandangkan berada dekat dengan lebuh raya," jelasnya. Sementara itu, Ketua Kampung Pasir Baru, Mohd. Rasip Mohd. Yusuf, 58, mengakui penduduk kampung gembira dengan pembukaan lebuh raya berkenaan namun pihak konsesi juga perlu mengambil berat tentang masalah kesesakan di jalan-jalan kampung berkenaan. Jelasnya, ini kerana jalan-jalan lama yang menuju ke lebuh raya berkenaan masih lagi sesak walaupun lebuh raya berkenaan telah dibuka. "Pembukaan lebuh raya ini memang dinanti oleh penduduk namun saya amat berharap pihak pengurusan Lekas dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan di jalan-jalan lama memandangkan pengguna turut menggunakan jalan tersebut. "Selain itu, saya juga amat berharap pihak Lekas dapat turun padang bagi melihat dengan lebih jelas tentang sistem saliran yang mengalami masalah di kampung kami akibat pembinaan lebuh raya ini," ujarnya.

You might also like