You are on page 1of 15

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

1.0

PENGENALAN

Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Muzik amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Umpamanya kanak-kanak yang

berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi. Kanak-kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik. Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.

2.0

PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:i) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa). ii) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan. iii) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.

Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya untuk mencipta muzik mereka sendiri.

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu: i) ii) iii) Tonik Solfa Isyarat Tangan. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Rajah 1 : Isyarat Tangan

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagulagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagulagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, DoRe-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama. Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.

3.0

PENDEKATAN ORFF DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Orff Schulwerk atau juga dikenali dengan Pendekatan Orff adalah salah satu daripada kaedah yang menggabungkan kaedah Kodaly dan Suzuki yang digunakan dalam

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

pembelajaran muzik. Ia merangkumi aktiviti muzik, gerakan, drama dan percakapan yang dijalankan bersama aktiviti permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru hendaklah menyediakan suasana permainan dalam kelas-kelas muziknya. Kaedah ini diperkenalkan oleh seorang komposer German bernama Carl Orff (1895-1982) dan rakannya Gunild Keetman pada 1920an. Perkataan Schulwerk bermaksud dunia persekolahan yang

berkaitan dengan aktiviti muzik.

Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi, harmoni, dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanakkanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah.

Sebarang aktiviti pembelajaran hendaklah dijalankan dalam keadaan tanpa tekanan, tanpa ada perasaan dinilai oleh guru atau rakan. Orff juga menggalakkan penglibatan orang dewasa dalam aktiviti muzik termasuk keluarga dewasa pelajar. Penggunaan alat muzik seperti glokenspil dan marimba adalah perlu untuk membina ketepatan pic tetapi ianya perlu diubahsuai dengan menanggalkan bar yang tidak digunakan. Pengggunaan alat muzik tanpa pic seperti dram, tamborin dan lain-lain dapat meluaskan konsep muzik yang dipelajari. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian.

Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu: i) Penjelajahan Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. Contohnya, bergerak seperti seekor binatang.

ii)

Peniruan Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

iii)

Improvisasi Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

iv)

Penciptaan Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik,

pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kank tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka memberi penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya

mempunyaihubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

4.0

PENDEKATAN DALCROZE DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Pelbagai analog pergerakan digunakan untuk konsep muzikal, untuk membangunkan rasa bersepadu dan semulajadi bagi ungkapan muzik. Mengubah badan kepada instrumen muzik diperkemaskan, Dalcroze berpendapat, jalan terbaik untuk menjana asas yang kukuh, muzik bertenaga. Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya

seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik.

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1-3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

dan orang dewasa.

Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa,

pendidikan jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9 keinginan kanak-kanak iaitu... i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Untuk bergerak. Berjaya dan diperkenalkan. Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat. Untuk bersaing. Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik. Untuk mengembara. Memperoleh kepuasan kreativiti. Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama. Untuk mengetahui.

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu, muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak

berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik. Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik. Terdapat tiga komponen asas Dalcroze iaitu Euritmik, Solfege dan Improvisasi.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

a) Euritmik Euritmik ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahanbahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Ia juga memerlukan

penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintrepetasi bunyi, bertindak/respon/bergerak serta perlu

membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep atau unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.

b) Solfage Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan daya kualiti ton. Pendengaran dalaman dalaman ialah dapat

mempertingkatkan

ingatan.

Pendengaran

keupayaan

membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

c) Improvisasi Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya, postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

dan elemen yang mengeluarkan ritma (ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan iaitu:1) Pergerakan Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin), membongkok, bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya. 2) Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.

Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada iaitu penumpuan, konsentrasi, mengingati, menghasilkan semula, menukar dan automate. Kemahiran ini diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan pendengaran, tangan/suara, penglihatan dan pemikiran. Terdapat empat langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:1. Preparation - Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas. 2. Attack - Menghembus nafas (strike kedua belah tangan). 3. Prolongation - Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang. 4. Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula

Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara atau mod pengajaran iaitu.. i) ii) iii) Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya. Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar atau lukisan. Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Kelas Masa : Tahun 2 Ibnu Sina : 8.40 pagi 9.10 pagi

Bilangan murid: 30 orang Aspek Item Tajuk Lagu Kemahiran : Persepsi Estetik : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi : Aku Burung Tiung : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal Tempo dan melodi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh memainkan dua alat perkusi mengikut corak irama yang berlainan. PengetahuanSediaada : 1. Murid pernah menyanyi lagu Aku Burung Tiung. 2. Murid pernah mengendalikan dan memainkan alat Perkusi kastenet dan woodblock. Strategi Kecerdasan pelbagai. 1. Muzik NilaiMurni 2. Kinestik 3. Visual ruang

: Kerjasama, berkeyakinan, berdikari, ketekunan.

Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, pita rakaman, loceng dan kayu tik tok.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi ( 2 minit )

Aktiviti menarik dan menghembus nafas

1. Guru menayangkan klip video menghidu bunga melalui slaid powerpoint. 2. Guru mengaitkan aktiviti menghidu bunga dengan aktiviti menarik nafas dengan betul. 3. Guru tunjuk cara dan bombing murid menarik nafas dengan betul iaitu dengan mengembangkan dada di bahagian diafragma sama seperti cara menghidu bunga.

1. Murid-murid memerhati dan mendengar keterangan guru. 2. Murid-murid meniru gaya menghidu bunga untuk menarik nafas dengan bimbingan guru.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti 1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu AkuBurungTiung. 2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan sebanyak dua kali. 3. Murid memerhati lirik lagu yang dipamerkan sambil mendengar lagu yang dimainkan.

Catatan ABM : laptop, LCD

Langkah 1 Memperkenal (3 minit) kan lagu

Langkah 2 Menepuk (5 minit) corak irama.

1. Guru menepuk tangan mengikut corak irama. 2. Guru menayangkan corak irama kepada murid dan meminta murid menepuk. 3. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. 4. Murid-murid menepuk dengan bimbingan guru.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Langkah 3 Menyanyikan (5 minit) sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan iringan minus one. 2. Murid mendengar dengan teliti. 3. Guru menyanyikan lagu ini sambil menepuk tangan berpandukan corak irama tadi. 4. Guru dan murid menyanyi lagu tersebut. 5. Guru membimbing murid menyanyi sambil menepuk tangan. 6. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan dan tepukan semasa nyanyian.

Nilai: Berdikari, teliti, sabar.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Langkah 4 Memainkan (10 minit) alat perkusi mengikut corak irama yang diimbas pada slide powerpoint.

1. Guru menayangkan gambar cara mengendalikan alat perkusi loceng dan kayu tik tok. 2. Guru menunjukkan cara mengendali dan memainkan alat perkusi mengikut corak irama. Loceng: Kayu Tik Tok :

ABM: Loceng, Kayu tik tok,

3. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan dan memberi alat perkusi yang berbeza kepada setiap kumpulan. 4. Murid memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang dipelajari dengan iringan muzik. 5. Murid-murid memerhati dan mendengar penerangan guru seterusnya memainkan alat perkusi tersebut mengikut corak perkusi mengikut corak irama. Penutup (5 minit) Menyanyi serta memainkan alat perkusi 1. Guru mewujudkan satu kumpulan lagi daripada 2 kumpulan yang telah dibentuk tadi kepada 3 kumpulan dan meminta setiap kumpulan melakukan seperti berikut; ABM : Laptop, LCD, alat perkusi - Loceng - Kayu tik tok

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan Nilai:

i)

Kumpulan A menyanyikan Ketekunan, lagu Aku Burung Tiung. Sambil membuat pergerakkan anggota badan. Kumpulan B memainkan alat perkusi loceng mengikut corak irama yang dipelajari. bekerjasama.

ii)

iii)

Kumpulan C memainkan alat perkusi kayu tik tok mengikut corak irama yang dipelajari.

iv)

Murid menyanyi serta memainkan alat perkusi di bawah bimbingan guru.

2. Guru membimbing murid dengan menggunakan isyarat tangan.

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

6.0

REFLEKSI

Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah kali pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul semua maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya terpaksa mempelajari apakah pendekatan atau kaedah Kodaly, Orff dan Dalcroze yang merupakan pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Daripada maklumat yang saya perolehi, Pendekatan Kodaly merupakan pendekatan yang menggunakan isyarat tangan, teknik tepukan mengikut kiraan ataupun mengikut corak irama. Kodaly juga menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan Dalam kaedah

yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya.

Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun. Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik pula melalui empat peringkat iaitu tiruan, penerokaan, penambahbaikan dan komposisi. Melalui tiruan, guru, ketua kumpulan, atau bahkan pelajar membuat persembahan bagi kelas dan kelas seterusnya di mengulangi apa yang bermain untuk mereka. Penerokaan membolehkan murid untuk mencari aspek muzik yang menawarkan instrumen Orff dan meneroka kemahiran aural atau lisan dan usul dan ungkapan bahawa badan itu berupaya. Penambahbaikan adalah perbuatan mencipta sesuatu, terutamanya muzik, tanpa persediaan terlebih dahulu. Manakala kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Apa yang terfikir di fikiran saya ialah mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi? Dengan bantuan guru muzik di sekolah saya, saya telah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahun 2 iaitu P&P selama 30 minit di dalam kelas, di mana peruntukkan 20 minit untuk aktiviti muzikal yang memerlukan saya mengabungkan sekurang-kurangnya dua pendekatan di atas.
Maka saya telah merancang dan melaksanakan aktiviti muzikal ini dengan menggunakan pendekatan Kodaly, di mana guru menggunakan teknik tepukan dan isyarat tangan sewaktu mengajar murid-

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

murid memainkan alat perkusi (seperti dalam langkah 2). Selain itu saya juga menggabungkan aktiviti dengan menggunakan pendekatan Dalcroze dalam langkah penutup iaitu dengan meminta murid dari kumpulan A, melakukan pergerakan anggota badan sewaktu menyanyi lagu Aku Burung Tiung itu. Selain itu saya juga mempraktikkan empat langkah pusingan pergerakan dalam teori

Dalcroze dalam Set Induksi iaitu aktiviti menarik dan menghembus nafas dengan betul.
Apabila selesai melaksanakan P&P ini, barulah saya faham sebab-sebab penting dalam mempelajari nyanyian. Selain daripada dapat mempertingkatkan daya pemikian serta

memperkayakan imaginasi, ia juga memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada muridmurid dalam usaha menuntut ilmu. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan melalui latihan

pernafasan yang betul. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian.

Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dengan
mempelajari muzik juga, murid dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi, membina

keyakinan diri serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

2 881 patah perkataan

HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

BIBLIOGRAFI

______, (2010). PRA 3106 - Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah : Modul PGSR IPG. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Anderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom: California, A division of Wadsworth, Inc. Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly. Kuala Lumpur. Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall,Inc. http://en.wikipedia.org/wiki/

You might also like