You are on page 1of 3

LAPORAN TERAPI SENI AKTIVITI: CELUPAN

Terapi seni telah diadakan pada 3 Februari 2012 di Dataran Anjung Budiman, IPG Kampus Perempuan Melayu. Beberapa stesyen telah diatur supaya guru pelatih dapat melakukan beberapa aktiviti secara sistematik dan tersusun. Antara stesyen yang ditempatkan ialah pualaman, kolaj, celupan, gurisan, dan sebagainya.

Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corakpada tekstil. Teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa caramengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.

Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corakyang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut.Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknyayang akan terhasil adalah kecil.

Jenis ikatan: 1.Jahitan 2.Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek 3.Lipatan dan ikatan 4.Simpulan

Bahan dan alatan: Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan ialah: 1.Kain sebaiknya kain kapas atau tisu 2.Tali, benang, gelang getah 3.Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya 4.Warna, dye

5.Garam 6.Apron 7.Sarung tangan 8.Lain lap 10.Bekas untuk pewarnaan

Langkah-langkah:

1. Tisu atau kain dilipat, diikat atau dipintal mengikut kreativiti guru pelatih untuk membuat beberapa bahagian pada tisu atau kain.

2. Sekiranya menggunakan kain, boleh diletakkan beberapa objek kemudian diikat.

3. Letakkan warna atau dye ke dalam bekas untuk pewarnaan.

4. Celupkan bahagian-bahagian yang telah dilipat atau diikat menggunakan warna yang berbeza untuk mendapatkan kepelbagaian corak.

5. Buka kain atau tisu tersebut secara perlahan-lahan supaya tidak terkoyak.

6. Jemurkan di bawah cahaya matahari sehingga kering.

HASIL KARYA

You might also like