You are on page 1of 13

Budaya Menepati Masa - Satu Tuntutan yang Mesti Dihidupkan Hamba Allah menulis..

Teringat perihal seorang rakan sewaktu beliau di USA, ketika seorang kenalannya bertanya kepadanya “masa American atau masa Melayu?” selepas beliau menyatakan ingin membuat temu janji dengannya. Lalu beliau bertanya, “apa maksud kamu?” Kata sahabatnya, “Kalau masa American, tepat pada waktu janjinya, sementara masa Melayu, lewat sejam atau setengah jam.” Setiap kali dalam penantian untuk satu-satu mesyuarat, usrah, temujanji atau apa-apa program yang selalunya akan bermula lewat dari masa yang ditetapkan, peristiwa ini akan selalu terkenang. Apakah masalahnya? Patutkah perkara ini .... Budaya Menepati Masa - Satu Tuntutan yang Mesti Dihidupkan Teringat perihal seorang rakan sewaktu beliau di USA, ketika seorang kenalannya bertanya kepadanya “masa American atau masa Melayu?” selepas beliau menyatakan ingin membuat temu janji dengannya. Lalu beliau bertanya, “apa maksud kamu?” Kata sahabatnya, “Kalau masa American, tepat pada waktu janjinya, sementara masa Melayu, lewat sejam atau setengah jam.” Setiap kali dalam penantian untuk satu-satu mesyuarat, usrah, temujanji atau apa-apa program yang selalunya akan bermula lewat dari masa yang ditetapkan, peristiwa ini akan selalu terkenang. Apakah masalahnya? Patutkah perkara ini dibiarkan berlarutan begitu sahaja sehingga menjadi satu kebiasaan? Bagaimana untuk merubah tabiat yang tidak sihat ini? Semua persoalan ini perlu kita beri perhatian yang serius agar organisasi kita yang berlandaskan Islam dapat berjalan dengan lebih efisien dan berkesan di samping mengelakkan dari fitnah. Dalam Islam, Allah swt meletakkan masa sebagai salah satu elemen yang sangat penting sehinggakan Allah bersumpah dengan masa dalam Surah Al-‘Asr “Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” Keadaan umat Islam yang mendukacitakan pada hari ini adalah berpunca salah satunya dari kecuaian kita dalam menghargai dan menepati masa. Banyak perkara dapat dilakukan dengan baik sekiranya pengurusan masa kita dan organisasi dapat ditangani dengan bijaksana. Ini bukan saja memberi manfaat kepada organisasi tetapi juga dapat berlaku adil kepada ikhwah dan akhawat kita yang amat menjaga waktu dalam kerja-kerja seharian mereka. Bagi mereka, pengurusan waktu mereka dijadualkan begitu rupa sehingga kepada minit kerana mereka mempunyai banyak komitmen yang banyak dengan jadual waktu yang ketat. Antara pendekatan yang dapat diguna pakai dalam mengatasi masalah ketepatan masa adalah seperti berikut: 1. Adakan jadual (planner) harian/mingguan dimana semua temu janji (aktiviti, program, mesyuarat,usrah dll) dicatatkan. 2. Setiap hari, sekali di waktu pagi dan sekali sebelum tidur, semak jadual tersebut. 3. Selesaikan urusan-urusan lain lebih awal sebelum temu janji. 4. Pastikan lokasi temu janji diketahui supaya tiada alasan sesat yang akan melewatkan.

5. Rancang perjalanan ke lokasi temu janji dengan mengambil kira faktor jarak, kesesakan lalulintas dan lain-lain. 6. Biasakan diri untuk tiba di lokasi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu temu janji bermula. 7. Sentiasa berazam untuk menjadi orang yang pertama sampai ke lokasi temu janji. 8. Minta kerjasama pasangan untuk saling ingat mengingatkan waktu temu janji dan berusaha untuk memudahkan pasangan menepati waktu. Sekiranya perkara-perkara di atas dapat kita lakukan, insyaAllah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kelewatan bermulanya satu-satu temu janji dan mengelakkan masalah ini menjadi satu kebiasaan sebagaimana kisah seorang isteri yang menegur suaminya yang berlengah-lengah dari menghadiri satu program yang telah dirancang, dan jawapan dari sang suami “NEVER MIND…THE OTHERS WILL COME LATE ANYWAY”( Tak apalah .... orang lain pun datang lambat jugak...)!

Kod etika profesional yang bertulis perlu dilandaskan kepada prinsipprinsip berikut : Kesaksamaan/kedilan (impartiality) Keterbukaan (openness) Kerahsiaan (confidentiality) Ketekunan (due deligence) Tanggungjawab profesional (fidelity to professional responsibilities) Mengelakkan percanggahan kepentingan (Avoiding conflict of interest)

Prinsip pembentukan kod etika profesional


yang bertindak sebagai ahli profesional perlu memikul tanggungjawab etika tambahan Kod etika profesional yang bertulis perlu dilandaskan kepada prinsipprinsip berikut : Kesaksamaan/kedilan (impartiality) Keterbukaan (openness) Kerahsiaan (confidentiality) Ketekunan (due deligence) Tanggungjawab profesional (fidelity to professional responsibilities) Mengelakkan percanggahan kepentingan (Avoiding conflict of interest)
Individu

Antara

beberapa amalan yang disarankan termasuk Mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion keguruan Amanah berhubung kewangan Kepentingan murid harus mengatasi semua kepentingan lain
Menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap murid Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek dan status-status lain Berperanan sebagai pengganti ibu bapa (in loco parentis) kepada pelajar

Mengesan

dan menerima perbezaan individu

dan memperkembangkan potensi pelajar dari segi JERI Menghormati maklumat sulit pelajr menyatakan dan membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa Tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid untuk pengajaran tambahan semasa waktu sekolah/cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen Tidak memaksakan kepercayaan , keagamaan , politik persendirian terhadap murid Tidak harus meminta /menerima hadiah daripada ibu bapa murid /ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
Tidak

Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru

Hanya menggunakan cara yang sah untuk kenaikan pangkat

Tang gu ng ja w ab Pr of esi

on al G ur u
Tanggungjawabterhpl ajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil Teladan kepada pelajar Membimbing dan mengajar pelajar Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru

Membantu mereka yang baru dalam profesion ini Menjadi ahli kepada kesatuan/pertubuhan guru-guru Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Membimbing murid untuk menjadi warganegara yang

Menghormati masyarakat tempat bertugas Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru, ibu bapa dan ahli masyarakat Tanggungjawab terhadap ibu bapa : Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga dananak mereka sebagai sulit Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

PENGENALAN Istilah humanistic psychology diberi olehAbraham Maslow. Menggambarkan penekanan yang diberi keatas potensi kreativiti dalaman manusia yangmembantu mereka menyedari matlamat yangpaling tinggi dalam hidup mereka. Perkembangan ini telah diberi pelbagai label seperti self actualization, selfhood atau self realization, di mana ia bermaksud ke arahkesempurnaan kendiri. Perspektif humanism menekankan keunikanindividu dan percaya manusia bebasmembuat pilihan sendiri. Manusia dilihat sebagai mempunyaikeinginan untuk berusaha secara semula jadike arah kebahagiaan dan kreativiti.

KONSEP & PRINSIP Maslow menekankan aspek manusiamempunyai naluri semula jadi yang baik dan mempunyai keinginan mencapaikesempurnaan kendiri.

Hierarki Keperluan Maslow Sempurna kendiri Penghargaan kendiri Keperluan kasih saying Keperluan Fisiologi

Sempurna kendiri Penghargaan kendiri Keperluan kasih sayang Keperluan Keselamatan Keperluan Fisiologi

Keperluan Asas Antaranya ialah fisiologi, keperluankeselamatan, menyayangi dan disayangi dankeperluan untuk rasa harga diri sertakesempurnaan kendiri. Fisiologi rasa lapar, dahaga, rehat,mendapatkan udara, pembuangan najis danseks. Keselamatan keperluan untuk rasaselamat, perlindungan, bebas daripada rasa takut dan kebimbangan. Keperluan kasih sayang dan terdapat 2 jeniskasih sayang iaitu D-Love (deficiency-love)dan BLove (being-love) D-Love ialah apabila individu itu lebihmementingkan diri sendiri daripada memberikasih sayang kepada orang lain. B-Love ialah individu lebih mengambil beratakan memberi kasih sayang kepada oranglain daripada menerima kasih sayangdaripada orang lain. Kesempurnaan kendiri &Keperluan perkembangan Apabila keperluan asas telah dipenuhi,keperluan kepada sempurna kendiri danperkembangan akan ketara. Manusia akanmencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada pada mereka. Ciri-ciri Keperluan Maslow 1.Keperluan yang paling asas dalam hierarkiperlu dipenuhi dahulu. 2.Keperluan yang lebih tinggi akan munculkemudian semasa manusia melalui prosesperkembangan. Keperluan fisiologi dankeselamatan muncul semasa masih bayi,keperluan kasih sayang dan rasa harga dirimuncul semasa remaja dan keperluanuntuk sempurna diri muncul semasapertengahan umur. 3. Kegagalan untuk memenuhi keperluan yanglebih tinggi tidak membawa kepada krisis.Oleh sebab itu, keperluan yang paling rendahdinamakan keperluan asas. 4. Keperluan yang lebih tinggi menyumbangkepada perkembangan diri. 5. Setiap peringkat keperluan tidak perludipenuhi sepenuhnya dengan sempurnasebelum keperluan seterusnya menjadipenting. Ciri-ciri kesempurnaan kendiri 1. Persepsi yang efisien terhadap realiti. 2. Penerimaan diri mereka, orang lain dan alamsekeliling. 3. Spontan, mudah dan natural. 4. Komitmen. 5. Keperluan untuk bersendirian. 6. Puncak pengalaman 7. Minat sosial 8. Hubungan interpersonal 9. Demokratik 10. Kreatif

Teori kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Teori pilihan dan terapi realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia.Teori pilihan dan terapi realiti diasaskan oleh William Glasser pada tahun 1966. Teori pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas. Mengikut teori pilihan, kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi yang merangkumi seseorang individu yang menyayanig dan ingin disayangi oleh orang lain dan fisiologo individu yang merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko. Teori pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Kita akan rasa puassetelah memilih untuk memenuhi kehendak kita. Teori realiti adalah satu teori yang besar dalam pendidikan psikologi kaunseling.Terapi realiti berkait rapat dengan teori pilihan.Terapi realiti adalah satu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk memilihdan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya. Teori realiti berfokus kepadatingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendak sesuai dengan kehendak manusia.Terapi realiti mempunyai strategi WDEP yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu. Sebelum aplikasi WDEP ini diaplikasikan, guru perlu mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.Terapi ini member kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai,menentukan dan membuat keputusan sendiri. Akhir kata, teori pilihan dan terapi reality ini sesuai dilaksana dan diaplikasikan di sekolah Pada pendapat saya, teori pilihan dan terapi realiti dapat membangunkan personality guru untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Saya percaya setiap individu, mahupun budak atau orang dewasa adalah unik dan istimewa sejak kelahiran. Oleh itu, kehendak setiap individu adalah berbeza dan individu tersebut dapat menentukan perkara atau tindakan yang terbaik untuk dirinya. Ketika berdepan dengan pelajar saya, saya faham bahawa teori pilihan menekankan sekarang (here and now) ; saya perlu membuat pilihan berdasarkan keadaan terkini tetapi bukan kesalahan masa silam mahupun kerisauan yang belum tentu berlaku. Setiap individu berhak membuat pilihan dan menanggung risiko atas setiap pilihan yang dilakukan. Ini mengingatkan saya supaya membuat pilihan dengan berhati-hati. Sebab, setiap pilihan mendatangkan hasil yang berlainan. Apabila saya menghadapi masalah, saya boleh menggunakan sisem WDEP untuk mengenalpasti kehendak, tujuan, menilai keboleh laksanaan, dan merancang pelan tindakan. Ini juga membantu saya menghormati guru berkenaan sebagai seorang individu yang unik dan membantu dia mencapai matlamat serta memenuhi kehendaknya dengan cara tersendiri.Secara ringkasnya, teori pilihan membantu saya membuat pilihan yang bermutu ke arah membentuk personality guru yang berkesan dalam proses pengajaran dan pelajaran.

RUMUSAN Kita boleh mengawal tingkah laku kita Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan.

Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan perlu bimbang tentang masa akan datang Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, inginkan penghargaan, inginkan kebebasan, inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup. Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Teori Pilihan boleh digunakan oleh individu untuk memahami tingkah laku dirinya dan orang lain berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang tertentu dalam teori ini manakala, Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu. Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah. Terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggungjawab dan kesannya kepada perlakuan individu. Terapi ini memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.

You might also like