You are on page 1of 10

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

BAKA

PERSEKITARAN

PERBEZAAN INDIVIDU

BAKA
Baka menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanakkanak merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008) faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal, perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia.

Baka --> Ciri-ciri pewarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri :- warna kulit, saiz fizikal,warna mata dan lain-lain. Baka boleh : a) menguasai penyuburan fizikal dan mental b) Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) :

a) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya b) Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. c) mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.

d) Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. e) emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. f) Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

PERSEKITARAN
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Tambah beliau lagi, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran.

Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,iaitu :

Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik.Rakan-rakan, jiran dan guru.

Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak Contoh: Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebihberfokus kepada permainanpermainan komputer jika di banding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah

You might also like