P. 1
FAKTOR-FAKTOR PENCERAIAN

FAKTOR-FAKTOR PENCERAIAN

|Views: 160|Likes:
Published by Kylie Eleison

More info:

Published by: Kylie Eleison on May 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/06/2012

pdf

text

original

1). Perselingkuhan.

Sebagian orang kurang bersyukur dan tidak pernah puas dgn apa yg dia miliki, sehingga suka coba2 atau kena pengaruh negatif teman. Sebagian lagi merasa menyesal/sdh salah pilih lalu cari pelampiasan di WIL/PIL, dan ada pula yg kembali ke cinta lamanya (berhubungan kembali dgn mantan kekasih).

2). Kurang Komunikasi. Memang ironis di jaman sekarang saat sudah banyak alat komunikasi yg canggih, msh banyak orang yg malah jarang saling berkomunikasi dengan suami/istri sendiri,dan lbh sering berkomunikasi dgn teman2 kantor, rekan2 kerja, boss mereka atau teman2 arisan. Juga jarang berdoa bersama atau beribadah bersama, karena makin sibuk dgn urusan masing2 bahkan di hari libur sekalipun.

3). Ekonomi. Bisa dialami oleh pasutri2 dari keluarga yg sdh super mapan sekalipun. Aturlah keuangan dengan bijak dan tetap hidup sederhana walau diberkati Tuhan secara finansial, karena harta duniawi sebanyak apapun bisa habis juga. Juga bagi yg hendak menikah, jangan terlalu memaksakan diri mengadakan pesta mewah jika memang belum mampu dan msh banyak kewajiban mencicil sana-sini. Lebih baik menahan gengsi, daripada ekonomi langsung pincang dan menyesal di kemudian hari.

4). Tidak Mau Mengalah. Pernikahan bukanlah kuis adu kecerdasan untuk mencari siapa yg salah dan siapa yg benar,tapi sarana untuk belajar saling mengerti dan jg mengampuni. Jangan suka menuntut pasangan kita untuk berubah sesuai kehendak kita, jika kita sendiri tidak pernah mau introspeksi diri. Jika sama2 selalu keras kepala, maka bisa berakhir di pengadilan. Saling menerima kekurangan masing2 dengan bijak.

5). Campur Tangan Orang Tua. Ini masih cukup sering terjadi di Asia, termasuk Indonesia. Sebagian orangtua masih belum bisa menerima kenyataan kalo anaknya sudah menjadi milik orang lain, sehingga tanpa sadar suka intervensi terlalu jauh. Apalagi jika si anak kebetulan belum mandiri secara ekonomi

ada yg menikah hanya karena mau meneruskan keturunan saja. Perbedaan Besar Dalam Tujuan Perkawinan. karena megurus anak maupun membereskan rumah sebetulnya adalah tugas berdua. Memang. Kecuali . 7). Walau msh terdengar tabu dan termasuk di urutan akhir. wajar sih jika kita kadang merasa bosan. bisa juga ikut tour atau ziarah suci. orangtua msh merasa sangat berhak ikut mengatur hidup si anak.. jangan memaksanya. bahkan cuma seumur jagung. Jujur saja. Sebetulnya. 8). Jika suami/istri kita sedang tidak mood atau kurang fit. ingin bebas saja dari orgtua. Tak ada salahnya belajar dari pasutri2 di luar negeri yg jauh lbh kompak dalam hal ini.jenuh. Sekali lagi. 6). Seks. Bagi yg sdh lama menikah. Hal yg mendasar ini seharusnya dikomunikasikan sejak awal jauh sebelum menikah. Konflik Peran. Perbedaan Prinsip dan Keyakinan.dll. ada sebagian kawin campur yg sukses bertahan lama.. terutama bagi yg sudah punya pembantu. ada yg hanya ingin memperbaiki status sosial saja. banyak pasutri yg merasa sangat tertekan jika tidak bisa beribadah bersama atau dipaksa untuk pindah agama.atau msh membantu di perusahaan keluarga . capek dsb. Romantisme Meredup. tapi tetap berusaha bertahan hanya demi anak2 mereka. komunikasi yg baik antar suami-istri sangat penting. seks terkadang juga bisa menjadi pemicu retaknya rumah tangga.. Jika memang ada duit lebih. 10). Ada yg menikah hanya karena malu saja dgn teman2 yg sudah menikah. Tapi lbh banyak yg kandas di tengah jalan. 9). tapi kebanyakan anak muda yg sedang dimabuk cinta saat pacaran memang cenderung menutup mata dan menganggap remeh.. Sekali2 pergi berduaan saja ke tempat2 saat pacaran dulu atau berbulan madu yg murah meriah bisa membantu membangkitkan api cinta lg. Padahal tujuan orang menikah berbeda-beda.di Indonesia masih banyak suami yg enggan membantu istri mengurus pekerjaan rumah tangga atau mengurus anak dgn berbagai alasan.

anakanak.maaf. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai. Permasalahan didalam rumah tangga sering kali terjadi. satu2nya tujuan pernikahan anda hanya untuk menikmati seks. .. penceraian dan Faktor Menanganinya Seringkali kita melihat di dada-dada akhbar kes-kes perceraian tapi tidak pula banyak artikel yang menyentuh mengenai bagaimana untuk mengelakkan perceraian. Mungkin kita seringkali mendengar melalui ceramah-ceramah mengenai prosedur perceraian tetapi jang sekali orang memperkatakan untuk menangani perceraian sekiranya ia berlaku. Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut : • • • • • • • • • Jiwa Tidak Rasa Rendah Putus terganggu Marah Sedih bermaya bersalah Terpencil diri asa/kecewa Kesunyian Pelbagai faktor menjadi pendorong kepada perceraian hingga berbagaiagai alasan yang diberi untuk membolehkan ia berlaku. keluarga mahupun masyarakat.. dengan mengambil contoh terma "Perceraian" yang kerap kali menjadi masalah dalam rumah tangga. mungkin memang sudah menjadi bahagian dalam lika-liku kehidupan didalam rumah tangga. kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri... Sehinggakan kini banyak kes melibatkan masalah keruntuhan moral didalam institusi kekeluargaan akibat kelemahan dan peranan suami isteri. Tapi kita manusia kan dikaruniai akal budi dan lebih beradab daripada binatang (semestinya) .

Siapa sangka perkahwinan dua orang selebriti terkenal negara yang ditabal sebagai Wedding of The Year pada tahun 2003 dahulu akhirnya turut berakhir dengan perceraian. antaranya kegagalan memikul tanggungjawab.23 peratus lagi kerana tiada . Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. FAKTOR PENCERAIAN hari ini fenomena cerai bukan lagi sesuatu yang janggal. Sebanyak 19. Selain itu. campur tangan pihak ketiga. asas agama yang rendah. perkahwinan seorang ahli perniagaan (bergelar Datuk) dengan isterinya (seorang kerabat diraja) yang dibina hampir 21 tahun serta turut dikurnia empat orang anak musnah kerana perceraian. perbezaan budaya. statistik perceraian umat Islam di Malaysia kini mencecah 10 hingga 15 peratus daripada jumlah perkahwinan.Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam. Sebaikbaiknya sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan. Malah kajian terbaru yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 21 peratus perceraian disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab suami atau isteri. Siapa turut menyangka. Mengikut apa yang saya baca dalam sebuah artikel berkenaan isu ini. Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan. masalah seksual. langkah terbaik adalah muhasabah diri dan mengenang saat-saat ketika bahagia di awal perkahwinan. jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. amanah dan tanggungjawab hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna. Merujuk kepada satu kajian yang lain pula. Tidak semua perkahwinan berakhir hingga ke nafas terakhir meskipun satu-satu perkahwinan itu secara zahirnya nampak bahagia. terdapat tujuh faktor telah dikenal pasti sebagai punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia. Sokongan yang padu akan dapat mewujudkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak setelah bercerai. kewangan dan kerjaya.

bukan perkahwinan zaman sekarang saja yang dilanda masalah. beliau tidak menolak bahawa arus modenisasi sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai tradisional dalam sesebuah perkahwinan sehingga menyebabkan ia menjadi sebahagian daripada punca kegagalan rumah tangga. Beliau berkata. Menurut kaunselor perkahwinan dari Access Counselling Services. pegangan bahawa perkahwinan ialah suatu ikatan murni yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan semakin luntur.sefahaman dan selebihnya disebabkan masalah seperti dadah dan sebagainya. Katanya. . Dulu pun ada tetapi yang membezakan perkahwinan dulu dan sekarang ialah nilai-nilai untuk mengekalkan perkahwinan. sebaliknya perceraian dipilih sebagai jalan keluar kepada konflik yang timbul. Meriam Omar Din.

baik berpunca dari suami isteri itu sendiri ataupun berpunca dari pihak ketiga. merupakan sesuatu yang dibenarkan walaupun tidak sukai oleh Allah. Perkahwinan itu indah. maka tiada berdosa keduanya.            Sikap Remeh Temeh Masalah Komunikasi Orang Ketiga Hutang Kahwin Awal/Muda Ibu Mertua Bau Badan Seks Hambar Cemburu Tidak Sefahaman Kisah Silam Penceraian dalam konteks islam pula. jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Seperti firman Allah dalam al-Quran.Resah rasanya bila memikirkan semula apa yang terjadi di sekeliling kita. Buat teman-teman yang telah dan bakal melangkahkan kaki menuju ke alam perkahwinan ini. “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya. fenomena perceraian yang terjadi di Malaysia disebabkan terlalu banyak. Dari apa yang saya lihat pula.. faktor-faktornya. Berdamai itulah terlebih baik daripada . Disini saya senaraikan sebahagian besar punca-punya yang menyebabkan berlakunya perceraian. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan. tetapi tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian perkahwinan itu memerlukan komitmen yang sangat tinggi. bersedialah! Mudah-mudahan kalian mampu mentadbir dan mengurus bahtera bahagia masing-masing dengan penuh keharmonian.

mereka masih mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anakanak adalah sebahagian daripada ahli keluarga. Mereka mengalami ganguan emosi kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku. jiwa terganggu. Maka dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam islam. Selain itu. ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah berpisah. mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa. sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan. Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. marah. Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup masing-masing. rasa tidak bermaya. Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-anak. . Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini. Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu” merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup. Oleh kerana itu. Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan sedih. Ini lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan harian.bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.” (Surah An-Nisa´: 128) Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. rungsing dan kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai.

Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2009 melaporkan bahawa sebanyak 75.Penceraian: Faktor-faktor dan kesan-kesannya. Islam sendiri tidak menggalakkan . Namun begitu.akhbar melaporkan kes yang melibatkan Sultan Kelantan. orang kenamaan dan orang awam semakin meruncing dari hari ke hari. Isu yang dikatakan sesuatu yang amat serius itu tidak lagi kedengaran asing dan sesuatu yang baru bagi kita. Tetapi akhirnya mahkamah mengishtiharkan status penceraian itu sah disisi undang-undang berdasarkan saksi-saksi yang ada sewaktu Baginda melafazkan cerai. Fenomena ini memberikan gambaran yang kurang enak tehadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing. selebriti. Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian mereka sehingga dibawa ke mahkamah seperti perebutan hak penjagaan anak. Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu. ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengan satu kisah yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. kes saman menyaman dan sebagainya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan.299 kes penceraian direkodkan seluruh Negara sepanjang 2007 dan 2008. Media bercetak di Malaysia seringkali menyajikan kepada pembacanya tentang kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. dalam tempoh perkahwinan yang singkat iaitu 12 hari. Rumahtangga yang dibina selama bertahuntahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik.bapa.Tuanku Sultan Ismail Petra yang dikatakan memfailkan cerai talak tiga keatas isteri keduanya. Kes-kes perceraian samaada yang melibatkan artis. Che Puan Elia. Beliau telah melafazkan cerai terhadap isterinya Faizah Mohamad. Apa yang menjadi isu disini ialah mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian tersebut bukan difailkan sendiri oleh baginda tetapi dilakukan oleh individu lain. masalah pembahagian harta sepencarian. Baru-baru ini. Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian. tuntutan mutah dan nafkah anak-anak. Wujud juga situasi dimana perkahwinan yang baru dibina dalam masa yang singkat berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku kepada pemain badminton Negara satu ketika dahulu. Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang samaada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses .

Seelok-eloknya. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu. Apabila ini berlaku. “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya. Perkara sebegini banyak berlaku di kalangan artis-artis tanah air kita namun tidak kurang juga dikalangan masyarakat umum. memang nampak mudah dan amat dikhuatiri apabila masyarakat khususnya orang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang boleh dipermainkan dan sesuatu yang enteng. Jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian. Sedangkan lidah lagi tergigit. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Kebanyakan kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. maka jatuhlah talak ke atas isteri. sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan. Jika tiada angin. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan. ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara. tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa. Gosip-gosip liar yang disebarkan oleh majalah – majalah hiburan menimbulkan kontroversi apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang dengan isteri atau suami seseorang yang tidak dipastikan lagi kesahihannya. Namun ketahuilah hakikatnya bahawa penceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan pelbagai implikasi-implikasi yang negatif terhadap banyak pihak. namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika terlalu mengikut perasaan. Selain itu. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai . Inilah yang berlaku.mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan. Isteri pula akan memberontak .penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Seperti firman Allah dalam Al-Quran. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal kekeluargaan. malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat demikian.Memang manusia itu bersifat kikir. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak menyebabkan mereka rasa tersisih. Walaupun perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.masakan pokok bergoyang. Ada juga sesetengah kes dimana isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. mereka seharusnya bijak dalam membahagikan komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. inikan pula suami isteri.” (Surah An-Nisa´: 128) Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami. Demi kesejahteraan rumah tangga. sedikit sebanyak akan menimbulkan syak wasangka dan kemarahan pasangan tersebut. Dari sudut lain pula. jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Secara kasarnya. maka Islam mengizinkan penceraian sebagai jalan terakhir. tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. maka tiada berdosa keduanya. Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda. Sahih atau tidak sahih khabar angin itu.

Selain daripada itu. wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Mereka akan menjalani kehidupan tanpa sokongan dan rangsangan dari ibu bapa sehingga mendorong mereka untuk melakukan perkara negatif seterusnya terlibat dengan gejala sosial.dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga. Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Konsep mencegah itu lebih baik dari mengubati. Penceraian yang berlaku mendatangkan impak-impak yang negatif khususnya terhadap anak-anak. Perasaan hormat terhadap suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Sebagai ibu bapa. mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan. Ibu bapa yang bercerai menyebabkan keluarga berpecah belah dan anak-anak kurang mendapat perhatian dari orang tuanya lebih-lebih lagi ketika mereka di dalam proses pembesaran. setiap . jika mahu bercerai. suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami.kecewa dan perasaan negatif yang lain. Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ironinya. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara suami dan isteri. penceraian yang berlaku boleh menyebabkan pasangan dan anak-anak mempunyai perasaan marah. Perasaan seperti ini mencetuskan hubungan yang tidak baik dan permusuhan yang berterusan antara ibu atau bapa dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.geram. Dari aspek lain pula. Perkara sedemikian mesti dielakkan kerana hubungan ibu atau bapa tidak akan terputus dengan anak-anak sampai bila-bila walaupun setelah bercerai. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta merendahkannya. Prestasi belajar anak-anak juga boleh terjejas lantaran gangguan mental kesan dari penceraian tersebut. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suami. pasangan yang bercerai akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini terutama sekali kaum wanita. setelah bercerai pada siapakah lagi yang perlu diharapkan untuk menanggung kos kehidupan melainkan diri sendiri yang perlu berusaha mencari wang. Ia memberi kesan terhadap emosi dan perasaan mereka. janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Seboleh-bolehnya. Ada sesetengah ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain dan meletakkan kesalahan terhadap pasangan masing-masing. Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 mac 2010 juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga. Krisis kewangan mungkin bertambah serius tatkala bilangan anak yang ramai dan masih kecil. isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Katanya lagi. Bak kata orang-orang tua. lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Masalah dan konflik yang dialami oleh ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai mangsanya.

sakinah dan rahmah. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga. .pasangan perlu banyak bersabar. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal. fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak. lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang mawaddah. bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->