You are on page 1of 15

FLORA DAN FAUNA

DEFINISI Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu.

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh tumbuhan dan haiwan semulajadi.

PENDAHULUAN Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.

FAKTOR FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN Masalah pembalakan haram .

Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnagbinatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan

Pemburu Haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia


Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam

terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. Pencemaran

Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsurunsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan Taman Negara ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid . Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hektar. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994. Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia ) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000 Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

JENIS-JENIS HUTAN Hutan dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Hutan hujan tropika

Meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita Terpenting dan terluas di Malaysia Ketinggian kurang daripada 1000 meter Meliputi kaki bukit atau cerun bukit di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak Malar hijau Meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi Dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi Mempunyai jenis kayu keras bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau dan seraya Pembentukan empat lapisan, iaitu:

Lapisan renjung atau lapisan emergen


Terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter Binatang seperti burung kakatua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini Pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi Mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang

Akar banir Lapisan kanopi


Mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter Pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan Binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek Lapisan tengah

Terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter Contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit Tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya matahari Tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup

Paku tanduk rusa Lantai hutan


Terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi Binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling Tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba Tapir

Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari

Bunga Rafflesia

Hutan paya

Hutan paya dapat di bahagikan kepada dua jenis, iaitu hutan pata air masin dan hutan paya air tawar. Hutan paya air masin

Kawasan 1. 2. 3. 4. Sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam Kawasan pantai Johor dan Melaka Kawasan pantai timur Sabah Muara Sungai Rajang dan Sungai Baram

Ciri utama 1. Tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan sering mengalmai air pasang dan surut Mempungyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur di permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jankang yang menyokongnya daripada tumbang

2.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi 1. 2. 3. pokok bakau api-api perapat

4.

berus atau tumu

Hidupan air 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. ikan ketam siput lokan udang sotong kerang

Hutan paya air tawar

Kawasan 1. 2. sekitar kawasan di antara Kuantan hingga ke selatan Jojor sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera

Ciri utama 1. 2. Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut, dan bertakung air Pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi

Tumbuh-tumbuhan semula jadi 1. 2. 3. 4. 5. 6. palma gelam nipah kempas keladi air mengkuang

Hidupan air 1. 2. 3. 4. 5. udang galah ular biawak katak ikan

Hutan pantai

Meliputi beberapa jenis pokok dan tumbuhan menjalar Terdapat kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan Terdedah kepada tiupan angin dari laut Tumbuh-tumbuh yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun Tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut

Hutan gunung

Tumbuh subur di tanih laterit di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter dari aras laut Hutan gunung seperti Banjaran Crocker, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tama Abu, Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran Kawasan semakin tinggi, tumbuh-tumbuhan semakin jarang Ditumbuhi oleh pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut Suhu di kawasan tersebut rendah Lapisan tanih nipis Tempat di paras ketinggian melebihi 3500 meter diliputi batuan tandus seperti di bahagian puncak Gunung Kinabalu Terkenal dengan beberapa jenis bunga seperti rafflesia, orkid dan pokok periuk kera Jenis tumbuh-tumbuhan gunung 0 m - 1200 m; Hutan dipterokarp bukit ( Meranti, cengal, kapur) 1200 m - 1800 m; Hutan montane bawah ( Tumbuhan oak, paku-pakis, orkid 1800 m - 2900 m; Hutan montane atas ( Tumbuhan epifit, periuk kera, konifer ) 2900 m - 3500 m; Tumbuh-tumbuhan sub-alps 3500 dan ke atas; Tumbuh-tumbuhan alps

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI Keseimbangan ekosistem

Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar Kesimbangan ekosistem hutan penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan Membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya

Pelbagai jenis flora dan fauna


Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuhtumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita

Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi

Gibbon Pembekal hasil-hasil hutan


Pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan hutan juga membekalkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraf tangan kayu balak- membuat perabot, mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah buluh dan rotan - membuat kraf tangan, membuat perabot kayu ru- membuat perahu, sebagai bahan api daun mengkuang- membuat tikar dan bakul daun nipah- membuat atap batang nibung-membuat tiang rumah dan cerucuk kelong

Habitat hidupan liar


Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan

Kawasan tadahan air

Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan Kawasan tadahan dapat didefinisikan sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan menjadi punca aliransungai Hutan bertindak sebagai penipis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air Pencegahan hakisan tanih

Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih

Pembiakan hidupan laut


Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air Inin kerana akar jangkang pokok bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa

Pengembang Eko-pelancongan

Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara

Penghasil ubat-ubatan tradisional

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi

Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam

Periuk Kera KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

selepas penebangan Penebangan akan mengakibatkan kawasan tersebut menjadi gersang dan mempercepatkan proses hakisan tanih. Akibatnya, berlaku bajir kilat lalu akan berlaku pencemaran air manakala dasar sungai juga akan menjadi cetek.

1.

Jangkaan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pada masa depan Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar akan pupus

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Habitat semula jadi terganggu Kehilangan tutup bumi Air larian permukaan bertambah ( banjir&hakisan tanih ) Hakisan tanih akan mengurangkan kesuburan tanih dan menjejaskan sektor pertanian Suhu permukaan bumi meningkat dan mengubah keadaan cuaca tempatan Punca pendapatan hasil hutan akan terjejas Penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan dapat mengganggu keseimbangan ekosistem Generasi baru tidak kenal tumbuh-tumbuhan semula jadi dan haiwan liar Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar Kepupusan pelbagai jenis spesies pokok hutan dan tumbuh-tumbuhan istimewa yang tidak mungkin tumbuh kembali dalam masa yang singkat Menjejaskan lkeaslian tumbuh-tumbuhan semula jadi Kehilangan hasil-hasil hutan yang berharga Kehilangan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar Hidupan liar kehilangan habitat dan terpaksa mencari habitat yang baru Kepupusan hidupan liar seperti memerang, orang utan dan harimau Menjejaskan kadar pembiakan hidupan liar Mengganggu tanaman manusia

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Harimau

You might also like