PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI

1.0 PENDAHULUAN Bahasa 1.1 Latar belakang kajian Matlamat sukatan pelajaran bahasa Melayu prauniversiti adalah untuk : (a) membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa setaraf dengan peringkat intelek pelajar pada peringkat prauniversiti. (b) Meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan pelajar untuk kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya serta meningkatkan rasa bangga terhadap bahasa Melayu,dan; (c) Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis berasaskan pemikiran logik.

Sehubungan dengan itu,antara objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi,ejaan,kosa kata,dan tatabahasa bahasa Melayu.Objektif lain adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa dari segi tatabahasa dan meningkatkan kebolehan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan-kesalahan bahasa.

Pengetahuan tatabahasa pelajar semasa di prauniversiti termasuklah

Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar khususnya dan pengguna bahasa Melayu umumnya merupakan masalah yang masih wujud dan belum ada kesudahan. Ramai yang sering mengaitkan pengaruh bahasa ibunda sebagai penyebab kesalahan bahasa. Untuk melakukan kesalahan bahasa merupakan sesuatu yang lumrah dalam situasi pembelajaran dan penggunaan bahasa.

Analisis Kesalahan bahasa digunakan sebagai alat pedagogi yang penting kerana : (i) Dalam Analisis Kesalahan Bahasa,kesalahan tidak dihadkan seperti Analisis Kontrastif yang hanya menumpukan kesalahan pemindahan

(interlingual).Analisis Kesalahan Bahasa juga mengkaji kesalahan-kesalahan

1

Setiap tahun pasti ada kesalahan kata kerja dalam bahagian analisis bahasa.pada peringkat prauniversiti ini. 2 .1974:173) (ii) Analisis Kesalahan Bahasa menyediakan data yang betul-betul wujud . Malangnya.2 Pernyataan Masalah Topik tatabahasa merupakan topik yang sering menjadi keluhan kepada para pelajar.bahagian analisis bahasa dalam kertas 2 ialah bahagian yang banyak mendatangkan masalah kepada pelajar. Pengkaji yang telah mengajar pelajar prauniversiti selama lapan tahun mendapati bahawa pelajar kurang mendapat markah pada bahagian ini disebabkan bukan disebabkannpengetahuan mereka tentang tatabahasa masih lemah tetapi mereka selalu melakukan kesalahan bahasa yang remeh.iaitu padanan antara bahasa ibunda dengan bahasa sasaran (Wardhaugh.1970 dalam Sridhar.mereka masih lagi lemah terutama pada bahagian golongan kata. (iii) Analisis Kesalahan Bahasa tidak menghadapi masalah-masalah teoretikal yang kompleks seperti yang dihadapi oleh Analisis Kontrastif .bukan semata-mata masalah-masalah hipotesis seperti dalam kajian Analisis Kontrastif .Analisis Kesalahan Bahasa lebih berkesan dalam merancang strategi –strategi pedagogi (Lee. Oleh itu . Malangnya.1981) 1. Seharusnya pelajar prauniversiti yang telah mempelajari bahasa Melayu selama 12 tahun pada peringkat rendah dan menengah telah menguasai aspek tatabahasa .1968).contohnya kesalahan-kesalahan intralingual (intralingual errors) dan kesalahan perkembangan (development errors) yang muncul daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards. Dalam keempat-empat kecekapan berbahasa yang dinilai dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).lain yang kerap dilakukan oleh para pelajar.misalnya masalah padanan. pelajar sering melakukan kesilapan bahasa dalam golongan kata kerja ini menyebabkan pelajar kehilangan markah pada bahagian tersebut.

pelajar banyak kehilangan markah bahasa walaupun idea mereka menarik dan lancar.dan analisis bahasa. (ii) Apakah jenis kesilapan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar? (iii) Apakah punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda? 3 .setiap tahun sekurang-kurangnya lima soalan berkenaan kata kerja ditanyakan dalam bahagian tatabahasa.rumusan. Setiap kali post –mortem selepas peperiksaan.mereka akan dikenakan penalti dengan kehilangan markah pada bahagian bahasa.dalam bidang Pengetahuan Bahasa Melayu. Dalam kertas 1 juga.pengkaji mendapati bahawa pelajar akan kehilangan markah pada bahagian ini disebabkan kesilapan mereka dalam bahagian kata/frasa kerja 1.Pelajar juga didapati banyak melakukan kesilapan kata dan frasa kerja pada bahagian penulisan karangan.3 Persoalan Kajian /Hipotesis (i) Sejauh manakah tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains SPM dengan pelajar aliran sastera SPM? Hipotesis Kajian : Ha = Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera Ho = Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera. Pada bahagian ini. Hal ini bukan disebabkan kurangnya pengetahuan mereka dalam tatabahasa terutama dalam kata/frasa kerja namun mereka sering melakukan kesilapan disebabkan pelbagai faktor.sekiranya pelajar melakukan kesalahan frasa. Oleh hal yang demikian.

melalui kajian ini.4.punca atau sebab berlaku kesilapan dapat diketahui. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para guru bahasa merancang strategi dan menyediakan satu bentuk pengajaran bahasa Melayu yang lebih sesuai dan berkesan. Kajian ini penting kepada pelajar itu sendiri kerana mereka dapat mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan. dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran Kepentingan Kajian Hasil kajian ini penting kerana semua jenis kesilapan yang dilakukan oleh responden akan menggambarkan kesalahan umum pelajar yang lain. 4 .4. Hasil kajian memberikan bukti kepada penyelidik tentang cara pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa serta prosedur dan strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari bahasa.dan kemudian diperbetul agar aspek kesempurnaan bahasa Melayu dapat dikekalkan. Bagi penyelidik .diselidik . 1.3 Untuk menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.1 Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains(SPM) sastera(SPM).4.1. Penyelidik dapat memahami latar belakang kesilapan bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar serta mencegah kesilapan yang sama berulang pada masa akan dating agar pelajar dapat menggunakan bahasa dengan lebih baik dan teratur.4 Objektif Kajian : 1.2 Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar 1.Kajian ini juga memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan tentang kesilapan bahasa yang telah dilakukan supaya dapat dikaji.

Melaluinya.Skop Kajian Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis . Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti di tiga buah sekolah yang menawarkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.pengkaji akan dapat mencapai kesemua objektif yang telah dinyatakan. 3. 5.iaitu : i. Bagi membuat penentuan salah atau betul aspek kesilapan bahasa tersebut. 4.Jawapan pelajar akan dinilai menggunakan pendekatan analisis kesilapan.Responden terdiri daripada 45 orang pelajar yang merupakan pelajar aliran sains sewaktu SPM dan 45 orang pelajar aliran sastera sewaktu SPM. Mereka sedang membaca buku. iii. Sebanyak 90 orang (N= 90) daripada 240 jumlah keseluruhan populasi dijadikan responden dalam kajian ini.pengkaji menggunakan beberapa sumber rujukan berikut sebagai teks pegangan. Pemandu itu membelok ke kanan. Pelajar diminta menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan .ayat komplemen. 5 . Ali tidur 2. Kajian dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu sahaja.objek. Tatabahasa Dewan (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (2007) Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah (2006) Definisi Operasional Kata/Frasa Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja . Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang. ii. Adik Fatimah bermain di padang.dan keterangan. Beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah seperti yang berikut : 1.pelengkap. Frasa Kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata Bantu.

membelok dalam ayat (4).membaca dalam ayat (2). 6 .dan disaksikan dalam ayat (5).kata kerja masing-masing ialah tidur dalam ayat (1).Dalam kelima-lima ayat di atas.bermain dalam ayat 3.

kajian tentang tatabahasa bahasa Melayu masih lagi berterusan hingga hari ini. Awang Sariyan (1980) telah menjalankan tinjauan secara umum tentang kesalahan tatabahasa dalam kalangan masyarakat.Kota Baru. siswazah juga tidak dapat membezakan makna dan penggunaan pasangan kata seperti penuntun dengan penonton.secucuk dengan secocok.beliau mendapati bahawa aspek kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu yang diperoleh meliputi aspek ejaan.dan terjemahan.pameran.Bab 2 : SOROTAN KAJIAN 2.Sekolah kebangsaan Melekek. Kadir Amin (1981) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu darjah 6.Koh Boh Boon (1985) telah membuat satu kajian menganalisis kesalahan ejaan dan tatabahasa Bahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan ‘Sistem Ejaan Baru Baku’.1 Sorotan Kajian Analisis Kesalahan Tabahasa Di Malaysia .MeN…kan.perabot.teR-. Hasil 7 .tanda baca.kesalahan penggunaan ejaan sebanyak 29.ayat. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa daripada beberapa kesalahan seperti kesalahan ejaan.iaitu ujian karangan dan ujian tatabahasa. Sampel kajiannya terdiri daripada 75 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berada di darjah 6.dan laporan sebagai kekecualian keselarasan huruf vocal.Melaka. Mohd Daud Yusof (1990) telah membuat kajian tentang penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 di Maktab Sultan Ismail. Kumpulan sample telah menulis dua karangan. Berdasarkan kajian yang lepas.Alor Gajah dan Sekolah Paya Dalam.resmi dengan rasmi. Sampel yang digunakan 78 orang. Beliau telah memberikan dua ujian kepada setiap sampelnya. Pelajar lemah dalam aspek imbuhan meN-.Kelantan. Berdasarkan kajian.imbuhan .kata dan frasa. Selain itu.8%.tempoh dengan tempuh. Kajiannya menunjukkan bahawa lebih daripada 75% siswazah yang tidak dapat mengenal pasti kata-kata seperti pelancong.dan beR-.dan penggunaan huruf besar.makna.

Daerah kelemahan para pelajar termasuklah penggunaan ejaan. Kesalahan ayat pasif berimbuhan Kesalahan ayat pasif dengan kata Bantu kena Kesalahan ayat pasif dengan kata sendi Noor Fadilah Dawi (2010) yang mengkaji penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar Bacelor Sastera .Pelajar didapati paling kerap membuat kesalahan frasa kerja transitif (173 orang). Berdasarkan sorotan kajian.kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lemah dalam aspek morfologi. Supian Mohd Noor (1994) telah membuat tinjauan tentang kesalahan frasa kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Hua. 50% pelajar tidak dapat menukarkan kata kerja transitif aktif kepada kata kerja transitif pasif iaitu jenis kekerapan yang ketiga tertinggi yang dicatatkan.Universiti Putra Malaysia. Subjek kajian ialah 249 orang pelajar tingkatan empat.Kajang. Aspek kesalahan tersebut ialah : i.pelajar tidak dapat membezakan kata kerja transitif iaitu sebanyak 57%.pelengkap dan objek dalam sesuatu ayat.kajian kesalahan dan kesilapan bahasa yang dijalankan kebanyakannya berminat kepada aspek tatabahasa secara keseluruhan dan banyak 8 . ii. 55% pelajar tidak dapat mengenal pasti unsur keterangan .terutama pengejaan perkataan yang menggunakan keselarasan vocal.mendapati dalam 100 sampel yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka bahawa jenis kekerapan kesilapan yang selalu dilakukan pelajar ialah . iii.frasa kerja pasif pelaku diri ke-3 (167 orang). Dapatan kajian Supian mendapati bahawa pelajar melakukan 617 kesalahan frasa kerja.frasa kerja pasif pelaku diri 1 dan 2 (148 orang) dan frasa kerja tak transitif ( 129 orang) Noor Hayati Abdul Hamid (2000) melalui kajiannya yang bertajuk ‘ Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 3’ telah menyenaraikan beberapa aspek kesalahan ayat yang biasanya dilakukan oleh pelajar.

Oleh itu.pengkaji akan mengkaji aspek morfologi kata kerja dalam kalangan pelajar prauniversiti. 9 .tumpuan kepada pelajar universiti ataupun pelajar menengah rendah.dalam kajian ini.malah tidak ada tumpuan kajian kepada pelajar prauniversiti. Tidak banyak .

punca kesilapan pelajar akan dikenal pasti. 3.kurang latihan.dan sebagainya serta faktor 10 . reka bentuk kajian berdasarkan pendekatan secara kuantitatif dan deskriptif .1.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini. Di samping itu.gangguan eosi.Bab 3 METODOLOGI 3. Melalui model kerangka teori tersebut.1 Kerangka Teori Rajah 1 : Model Kerangka Teori Punca kesilapan Penutur Jati Banyak peraturan  Formal  Tidak Formal Faktor Extralinguistis  Lupa  Gangguan Emosi  Lalai  Kurang Latihan Terpesong Daripada Hukum Tatabahasa Kekacauan atau Kekeliruan   Formal Tidak Formal Rajah 1 menunjukkan Model Kerangka Teori yang digunakan pengkaji untuk mencapai objektif (iii) dalam kajian ini. Reka bentuk kajian dijadikan sebagai rangka projek penyelidikan yang menyatakan corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan oleh pengkaji secara keseluruhannya.lalai.Pengkaji ingin mengetahui sama ada peraturan yang banyak atau terdapat pelajar yang terpesong daripada hukum tatabahasa ketika mempelajari bahasa Melayu menyebabkan berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.pengkaji juga ingin mengetahui sama ada faktor extralinguistics seperti masalah lupa.

11 .kekacauan dan kekeliruan dalam bahasa formal dan tidak formal berlaku semasa pelajar mepelajari bahasa ibunda.

3.2 Kerangka Konsepsi Rajah 2 : Model Kerangka Konseptual Penguasaan Kata/Frasa Kerja Dalam kalangan Pelajar prauniversiti Teori : Analisis Kesilapan Objektif : i. Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar iii. Sampel : 90 orang pelajar prauniversiti Dapatan Kajian : Rumusan Implikasi Kajian Cadangan Analisis Data: Ujian-t Dua Min Sampel Bebas Tempat Kajian : SMK Clifford SMK Seri Lipis SMK Kuala Lanar 12 . Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar ii.1. Untuk menghuraikan punca Kaedah Lapangan Kajian Kepustakaan Kajian Deskriptif Alat Kajian : Borang soal-selidik Soalan Latihan berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.

1.korpus yang akan dianalisis kesilapannya memerlukan beberapa kaedah atau metadologi yang khusus. Pada peringkat awal. 13 .3 Kaedah Kajian Analisis kesilapan merupakan satu proses. Daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu 240 orang. dan kaedah tinjauan.Kuala Lipis.3.terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu merangkumi kaedah lapangan. 45 responden terdiri daripada mereka yang mengikuti aliran sains sewaktu SPM dan 45 responden lain ialah pelajar aliran sastera.4 Tempat Kajian 3 buah sekolah menjadi tempat kajian pengkaji iaitu SMK Clifford Kuala Lipis.sebanyak 90 orang pelajar Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian (N=90) iaitu yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Kaedah yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat dan kemudiannya akan dianalisis untuk menghuraikan permasalahan kajian.soalan akan diubah semula agar menepati kehendak tajuk dan objektif kajian yang hendak dibuat.soalan rintis atau prasoalan disiapkan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada 10 orang pelajar Melayu praniversiti yang tidak mengambil subjek bahasa Melayu untuk mendapatkan reaksi awal terhadap soalan yang dikemukakan dan menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap soalan .Kuala Lipis. Dalam kajian ini . Sebagai satu proses. 3.SMK Seri Lipis. Jika didapati terdapat kelemahan dalam soalan-soalan tersebut.1. Kaedah yang digunakan juga merujuk kepada kaedah kualitatif untuk mengumpul data yang tertumpu kepada penghuraian tajuk yang dikaji secara deskriptif.1. 3.kaedah kepustakaan.dan SMK Kuala Lanar .5 Populasi dan persampelan Sampel kajian terdiri daripada pelajar universiti yang mengambil subjek bahasa Melayu.

2 Alat Kajian Borang soal selidik merupakan instrumen kajian utama yang digunakan dalam kajian ini. Pengkaji akan mendapatkan senarai nama pelajar untuk mengenal pasti jumlah pelajar bahasa ibunda yang sebenar.6 Pemboleh ubah Kajian Pemboleh ubah bersandar ialah penguasaan kata. Setelah prasoalan diuji dan dimurnikan semula.Item ini kemudiannya dikutip semula dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan teori analisis kesilapan . 3.frasa kerja dan membetulkan kesalahan berkenaan. Pengkaji juga menentukan masa yang sesuai untuk membuat ujian supaya kajian ini tidak menganggu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Soalan berbentuk kertas edaran diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan.selidik.pengkaji memberikan soalan latihan berkaitan dengan penggunaan kata kerja/frasa kerja untuk mengenal pasti kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar dan mengukur sejauh mana tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja mereka.Seterusnya 14 . Selain soal.1.3.Responden diminta untuk mengenal pasti kesalahan kata/. soalan sebenar akan diedarkan kepada responden. Pemboleh ubah bebas ialah pelajar prauniversiti.pengkaji akan dapat mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya kesilapan dala penguasaan bahasa pelajar bahasa ibunda dalam bahasa Melayu. Untuk menjelaskan konsep analisis kesilapan ini. Namun hanya 90 orang pelajar yang dijadikan sampel kajian dan dipilih secara rawak. iaitu : Bahagian 1 : Latar Belakang Pelajar Bahagian II : Permasalahan dan Aspirasi Pelajar Bahagian III : Pencapaian Akademik Pelajar Melalui soal-selidik ini.soalan berkaitan dengan penggunaan kata kerja juga diedarkan kepada pelajar untuk dijawab.iaitu bagi mewakili jumlah keseluruhan populasi.frasa kerja.Item yang terdapat dalam soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian.

Brown(1980).4 Penganalisisan Data Data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan menggunakan program Excel untuk menukarkannya ke dalam bentuk jadual.pengkaji dalam menggunakan satu model kerangka teori yang telah disesuaikan dengan teori Frence (1955). ii. v.jawapan diperiksa dan dibuat satu analisis kesilapan berdasarkan ciri kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.pengkaji akan melakukan langkah-langkah seperti berikut: i.graf.dan carta pai yang sesuai. iv.dan Sharma (1981) seperti Rajah 1.Ray (1963). Usaha Memilih sampel kajian Membuat ujian untuk mendapat kekerapan kesilapan bahasa Menilai tahap keseriusan kesilapan Mengklasifikasikan kesilapan itu berdasarkan penyebabnya Membuat rumusan dan cadangan mengkasifikasikan kesilapan berdasarkan penyebabnya.Corder (1973). 3. 15 . iii. 3.3 Tatacara Kajian Dalam kajian ini.

Onn.2010. Noor Fadilah Dawi. Penguasaan Bahasa Melayu Baku dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 (KBSM).Kelantan. Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail. Musa. Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif di Kalangan Pelajar Tingkatan 3.Tatabahasa Dewan.Farid M.BIBLIOGRAFI Abu Bakar Yusuf. 1994. Noor Hayati bt Abdul Hamid . Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000.Abdul Hamid Mahmood. Tesis Master Sains. Nik Safiah Karim. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.Hashim Hj. Supian Mohammad Noor. Mohd Daud Yusof. Baharin. Universiti Putra Malaysia. 2007. Tesis Sarjana Pendidikan. 16 . Universiti Putra Malaysia.Kota Bahru . Master Sastera. Latihan Ilmiah .2004. Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 KBSM:Satu Kajian Kes. Prinsip pengajaran penulisan.1990. Fakulti Pengajian Pendidikan.Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera Universiti Putra Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka.Universiti Putra Malaysia.

PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI OLEH: INTAN SALWATI BT OMAR MOKHTAR GS 30148 MASTER SASTERA (BAHASA MELAYU) FAKULTI BAHASA MODEN DANKOMUNIKASI 17 .

Secara khusus. kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap 18 .Penguasaan Kata/Frasa Kerja dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Intan Salwati bt Omar Mokhtar Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan tahap penguasaan pelajar prauniversiti dalam aspek kata/frasa kerja.

Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Kata Kunci: tahap penguasaan. Kajian hanya dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu.punca berlakunya. dan menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti dari tiga buah sekolah. aspek kata/frasa kerja. Responden diminta untuk menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar bahasa ibunda yang terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar wanita.penguasaan kata/frasa kerja pelajar wanita dengan pelajar lelaki.pelajar prauniversiti 19 .kesilapan penggunaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.