You are on page 1of 2

Laporan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 4 Pintar Pada 22 September 2011 bermula jam 7.

45 pagi hingga 8.45 pagi kami telah menjalankan pengajaran mikro untuk subjek Bahasa Melayu. Sesi pengajaran mikro itu dibuat di Teaching School IPG Kampus Dato Razali Ismail. Kelas yang digunakan adalah tahun 4 Pintar. Sesi pengajaran bermula dengan menayangkan video berkaitan dengan perayaan perayaan di Malaysia. Teyangan berjalan selama 3 minit. Selepas itu murid disoal apakah yang mereka telah tonton. Mereka disoal secara rambang. Murid diminta menjawab apa sahaja yang mereka telah tonton. Sesi induksi diakhiri dengan murid menceritakan pengalaman mereka tentang perayaan di Malaysia.Setelah itu guru mengkaitkan video yang dipertontonkan dengan tajuk yang dipelajari pada hari ini. Pada langkah pertama murid ditayangkan dengan slaid yang mempunyai tajuk pelajaran pada hari itu. Mereka dikehendaki membaca pertikan tersebut satu demi satu berdasarkan pautan yang telah disediakan. Salah seorang murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan secara kuat serta menggunakan intonasi yang betul. Murid lain diminta mendengar teks yang dibaca oleh rakan mereka dan memahami apa yang disampaikan. Kemudian murid lain pula akan dipilih dan membaca petikan tersebut. Setiap murid akan dipilih sehingga teks yang disediakan habis dibaca. Setelah selesai kesemua teks dibaca, guru akan menyoal murid-murid apa yang mereka faham tentang teks yang dibacakan sebentar tadi. Murid dibimbing untuk memberi jawapan yang tepat. Selepas itu murid diminta bergerak membentuk kumpulan yang mempunyai lima hingga enam orang. Mereka akan bergerak tanpa membuat bunyi bising. Dalam kumpulan masing-masing murid-murid tersebut diminta membincangkan perbezaan yang terdapat dalam setiap jenis perayaan yang telah diberi. Ianya berdasarkan pengalaman mereka. Murid yang berjaya menyiapkan dalam masa yang singgkat boleh membentangkan apa yang mereka telah bincangkan dalam kumpulan. Untuk aktiviti pengayaan murid diminta membina sebuah karangan pendek menggunakan tajuk yang sama. Ayat-ayat yng murid tulis menggunakan tema dan tajuk yang sama. Seorang demi seorang murid diminta untuk membaca karangan pendek yang telah ditulis. Beberapa murid yang telah siap membuat karangan pendek disoal semula berkaitan dengan tajuk yang dipelajari agar mereka faham. Semasa sesi pengajaran ini penggunaan teori pengajara yang telah dipelajari digunakan untuk memantapkan sesi pengajaran. Untuk setiap muri soalan yang berbeza-beza akan disoal. Sebagai aktiviti pengukuhan murid diminta menambah lagi karangan mereka agar lebih menarik. Mereka menceritakan pengalaman mereka tentang perayaan tersebut.

Pada langkah pengajaran tiga kesemua murid disoal semua apakah tajuk pelajaran yang telah dipelajari. Mereka disoal seorang demi seorang. Setelah itu guru membuat rumusan tentang apa yangg dipelajari pada hari itu. Guru mengingatkan semula apa yang telah dipelajari. Dalam penyoalan guru menyoal tentang nilai murni yang terdapat pada setiap perayaan yang diraikan. Selesai sesi tersebut guru memberi latihan kepada semua murid dalam kelas untuk membina karangan pendek tentang perayaan di Malaysia. Pada masa ini guru membimbing murid mengikut keupayaan mereka. Murid yang lemah diberi lebih perhatian dalam membina karangan pendek. Mereka diberi ayat dan hanya perlu mengisi tempat kosong sahaja. Setiap murid yang telah siap membantu rakan mereka yang lain untuk membina ayat. Sebagai penutup guru membuat rumusan semula. Guru membincangkan apakah yang dipelajari dan membincangkan nilai murni yang terdapat dalam pelajaran.diantara nilai murni yang terdapat dalam tajuk pelajaran pada hari itu adalah kerjasama, hormat-menghormati, bersyukur dan menghargai. Murid juga diminta untuk mencari maklumat tambahan lain daripada sumber rujukan lain seperti buku, majalah dan internet. Sesi pengajaran ditutup dengan membersihkan kelas semula agar kelas sentiasa bersih dan ceria.

You might also like