You are on page 1of 15

TENAGA SOLAR/SURIA

Disediakan oleh; Seylvili Angiah

PENGENALAN
Apakah itu Tenaga Solar ? - Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi yang menyumbangkan penjanaan tenaga daripada cahaya matahari. - Tenaga Solar merupakan antara tenaga gantian yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Tenaga Solar digunakan dalam beberapa pengunaan: a. pemanasan b. generasi elektrik c. penyahmasinan air laut d. sektor perumahan rumah-rumah yang dibina dapat dilengkapkan dengan kemudahan pemprosesan tenaga suria kepada tenaga elektrik yang menjimatkan kos. e. pengangkutan - sistem pendingin kuasa suria

Alat Pengeringan Udara Solar

NEGARA-NEGARA YANG MENGUNAKAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER TENAGA UTAMA.

1.

Malaysia - masih pada tahap sederhana - penggunaan tenaga solar dalam sektor pertanian, perikanan dan penyelidikan. - Bukti ; panel solar digunakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - Pengeringan Kelapa Sawit menggunakan teknologi pengeringan Suria dalam sektor pertanian.

2. Negara-negara Maju - Australia, Amerika Syarikat, Algeria dan United Kingdom mengunakan tenaga solar sebagai sumber pengantian. - Penggunan dalam sektor pengangkutan, pertanian, perumahan, perindustian dan lainlain. - Digunakan dalam penjanaan sumber tenaga elektrik.

FAEDAH PENGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ELEKTRIK. A. PENJIMATAN ELEKTRIK DAN KOS

Penggunaan Tenaga Solar sebagai sumber elektrik menjimatkan kos. Hal ini dinyatakan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM, Prof.Dr.Kamaruzaman Sopian bahawa Teknologi Suria adalah lebih pratikal, menjimatkan kos dan masa berbanding kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.

contohnya, penggunaan Tenaga Solar sebagai sumber elektrik dapat mengurangkan kos dan digalakkan digunakan di ; i. Sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Bagi memastikan projek pembekalan elektrik disekolah luar bandar pada kadar segera dan penjimatan kos. Hal ini kerana, sesebuah sekolah di kawasan luar bandar memerlukan 3 5 Kilowat untuk sehari termasuk bagi operasi makmal komputer dan teknologi. Maka, penggunaan Tenaga Solar mampu memenuhi keperluan ini dan menjimatkan kos. Ii. Industri Perhotelan teknologi air panas suria boleh dijadikan sebagai alternatif yang terbaik kerana menjimatkan kos.

Teknologi Tenaga Solar

b. MEGURANGKAN PENGGUNAAN DAN PENGEKPLOITASIAN SUMBER-SUMBER FOSIL. - Negara-negara membangun seperti Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Singapura mengunakan sumber tenaga fosil utama daripada sumber asli. - Kadar penggunaan sumber tenaga fosil adalah tinggi berbanding negara-negara Maju seperti Amerika syarikat, Britain, Kanada, Perancis dan Australia. - Ini jelas membuktikan bahawa negara maju mengunakan sumber tenaga dengan lebih cekap berbanding negara membangun.

Penggunaan sumber tenaga fosil dalam pelbagai sektor terutamanya sumber elektrik secara tidak langsung mengurangkan sumber-sumber fosil dan asli yang sedia ada. Maka, pengantian Tenaga Solar dengan sumber tenaga fosil dapat mengurangkan pengekploitasian sumber-sumber fosil. Malahan, pembentukan atau kewujudan sumbersumber fosil mengambil jangka masa berjuta-juta tahun. Oleh demikian, adalah wajar menjimatkan penggunaan tenaga sumber fosil dan digantikan dengan tenaga suria.

- Pendek kata, tenaga suria memberikan sumbangannya dalam penjanaan tenaga bagi pelbagai sektor termasuk sumber elektrik. - Contohnya, pengeringan kelapa sawit menggunakan teknologi pengeringan udara solar oleh FELDA.

C. PELESTARIAN ALAM SEKITAR

- Pengantian sumber tenaga solar dengan sumber tenaga fosil secara tidak langsung mengurangkan aktiviti pembakaran bahan api fosil bagi tujuan penjanaan tenaga. - Sumber tenaga fosil merangkumi gas, minyak, dan arang. - Pembakaran sumber-sumber fosil dalam proses penjanaan tenaga secara tidak langsung mengeluarkan gas-gas beracun seperti gas metana, Karbon monokida, lead, oksida nitrat.

gas-gas ini menyumbang kepada pencemarab ruang udara. Penggunaan bahan bakar fosil yang semakin meningkat turut berperanan besar dalam fenomena pemanasan global dengan melepaskan karbon dioksida (CO2) ke udara dan seterusnya mempengaruhi perubahan iklim dunia Justeru, tindakan mengantikan sumber tenaga suria dapat mengurangkan pencemaran alam dan menjurus kepada pelestarian alam sekitar. Hal ini kerana, sumber Tenaga Solar dipercayai tidak menyumang kepada pelepasan gas-gas beracun seperti penjanaan tenaga daripada sumber-sumber fosil serta mesra alam.

KESIMPULAN
Teknologi Suria mempunyai masa depan yang cerah sebagai sumber penjanaan tenaga. Tenaga Solar dipercayai dapat mengantikan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan pada masa hadapan Memelihara alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik.

You might also like