You are on page 1of 8

DEFINISI POLISI KESELAMATAN

Peraturan ini dinamakan `Peraturan/Polisi Keselamatan Komputer, Internet dan juga Rangkaian. Peraturan/Polisi bertulis ini mengandungi panduan-panduan penggunaan komputer, makmal, internet dan hal-hal lain.

Peraturan-peraturan yang terkandung di dalam dokumen ini dikenakan ke atas setiap pelajar institut yang menggunakan makmal Komputer WAN dan juga Makmal Komputer Linux.

Peraturan ini digubal atas dasar Polisi Keselamatan serta sahsiah pelajar. Ini bagi menjamin suasana pelajaran atau pengajaran yang selamat dan selesa.

Tujuan peraturan ini digubal adalah untuk mengawal kelicinan serta keberkesanan latihan dan memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pelajar.

Dalam Peraturan ini, segala bentuk perakuaan, pindaan polisi serta prosedur-prosedur yang berkaitan hukuman telah mendapat kebenaran Pihak Atasan Institut Latihan Perindustrian ataupun Badan-Badan Yang Berkuasa dalam Jabatan Tenaga Manusia.

Sebarang tindakan pindaan ke atas mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan akan diedar kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua dan satu salinan akan dipamerkan di papan kenyataan.

Pihak berkuasa Institut berhak meminda, mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara dalam peraturan ini dari masa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar.

Semua di Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia dan Kerajaan tidak boleh disabitkan dan dikenakan apa-apa tindakan atau tuntutan melalui apa jua bentuk prosedur berkaitan hukuman yang dikenakan keatas pelajar yang melanggar peraturan bertulis ini.

Pihak Berkuasa Institut mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala peraturan yang terdapat di dalam risalah ini.

POLISI KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER WAN

Pelajar bertanggungjawab untuk menentukan semua suis lampu,kipas,alat hawa dingin, komputer, mesin dan lain-lain di dalam makmal dimatikan sebelum meninggalkan makmal ini. Sebarang kerosakan yang berlaku di dalam makmal ini perlu dilapor kepa pensyarah/pengajar yang bertugas atau pihak yang menjaga keselamatan makmal. Tindakan tegas akan di ambil sekiranya pelajar tidak mematuhi arahanarahan yang telah ditetapkan. Makmal ini mempunyai tiga Polisi keselamatan yang telah ditetapkan. Kerjasama diperlukan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Polisi Keselamatan Komputer.


1.

Sentiasa memastikan komputer yang digunakan berada dalam keadaan yang baik tidak kira sebelum atau selepas digunakan.

2. Komputer hendaklah ditutup semula selepas digunakan. 3. Setiap pelajar hendaklah bertanggungjawab atas kerosakan atau kecuaian yang berlaku semasa pelajar menggunakan komputer tersebut. 4. Setiap kerosakan perlu dilaporkan segera pada pensyarah/pengajar yang mengendalikan makmal tersebut.

Polisi Keselamatan Internet.


1. Penggunaan internet dibenarkan bagi mencari maklumat, membuat kerja serta tujuan pelajaran. 2. Laman web berikut adalah tidak dibenarkan dan telah dihalang oleh system keselamatan: Myspace Friendster Tagged Blogspot Facebook Hi5 Youtube Metacafe 3. Aplikasi untuk berbual juga adalah dilarang sama sekali. Contohnya: Yahoo Messenger MSN Messenger MIRC Myspace Instants Messenge 4. Segala kemasukan atau melayari laman web berunsur lucah serta mengaibkan adalah dilarang sama sekali. 5. Pelajar juga tidak dibenarkan memuat turun lagu mp3, video, program-program atau aplikasi yang tiada kaitan dengan pelajaran.

Polisi Keselamatan Rangkaian.

1. Pelajar tidak dibenar mengodam atau menukar sebarang fail atau maklumat antara komputer melalui komputer lain. 2. Pelajar juga perlu memastikan setiap sambungan kabel pada komputer, mesin pencetak, server dan lain-lain berfungsi.
3.

Pelajar mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan dalam sistem rangkaian di dalam makmal yang menghubungkan komputer, pencetak, server dan lain-lain semasa dalam penggunaan.

4. Pelajar juga hendaklah memastikan rangkaian antara komputer, mesin pencetak, server dan lain-lain berada dalam keadaan yang baik. 5. Segala kerosakan hendaklah dilaporkan pada pensyarah/pengajar yang bertanggungjawab.

POLISI KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER LINUX

Pelajar bertanggungjawab untuk menentukan semua suis lampu,kipas,alat hawa dingin, komputer, mesin dan lain-lain di dalam makmal dimatikan sebelum meninggalkan makmal ini. Sebarang kerosakan yang berlaku di dalam makmal ini perlu dilapor kepa pensyarah/pengajar yang bertugas atau pihak yang menjaga keselamatan makmal. Tindakan tegas akan di ambil sekiranya pelajar tidak mematuhi arahanarahan yang telah ditetapkan. Makmal ini mempunyai tiga Polisi keselamatan yang telah ditetapkan. Kerjasama diperlukan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Polisi Keselamatan Komputer.


1. Sentiasa memastikan komputer yang digunakan berada dalam keadaan yang baik tidak kira sebelum atau selepas digunakan. 2. Komputer hendaklah ditutup semula selepas digunakan. 3. Setiap pelajar hendaklah bertanggungjawab atas kerosakan atau kecuaian yang berlaku semasa pelajar menggunakan komputer tersebut. 4. Setiap kerosakan perlu dilaporkan segera pada pensyarah/pengajar yang mengendalikan makmal tersebut.

Polisi Keselamatan Internet.


1. Penggunaan internet dibenarkan bagi mencari maklumat, membuat kerja serta tujuan pelajaran. 2. Laman web berikut adalah tidak dibenarkan dan telah dihalang oleh system keselamatan: Myspace Friendster

Tagged Blogspot

Facebook Hi5 Youtube Metacafe 3. Aplikasi untuk berbual juga adalah dilarang sama sekali. Contohnya: Yahoo Messenger MSN Messenger

MIRC Myspace Instants Messenge 4. Segala kemasukan atau melayari laman web berunsur lucah serta mengaibkan adalah dilarang sama sekali. Pelajar juga tidak dibenarkan memuat turun lagu mp3, video, program-program atau aplikasi yang tiada kaitan dengan pelajaran.

Polisi Keselamatan Rangkaian.


1. Pelajar tidak dibenar mengodam atau menukar sebarang fail atau maklumat antara komputer melalui komputer lain. 2. Pelajar juga perlu memastikan setiap sambungan kabel pada komputer, mesin pencetak, server dan lain-lain berfungsi. 3. Pelajar mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan dalam sistem rangkaian di dalam makmal yang menghubungkan komputer, pencetak, server dan lain-lain semasa dalam penggunaan. 4. Pelajar juga hendaklah memastikan rangkaian antara komputer, mesin pencetak, server dan lain-lain berada dalam keadaan yang baik. 5. Segala kerosakan hendaklah dilaporkan pada pensyarah/pengajar yang bertanggungjawab.

GARIS PANDUAN TATATERTIB POLISI


Hukuman Tatatertib.
1. Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-

hukuman yang berikut atau kombinasi hukuman itu sebagai pengajaran dan kesedaran bagi setiap kesalahan yang dilakukan: Amaran bertulis. Membayar gantirugi diatas kerosakan atau kehilangan harta benda makmal atau mengikut nilai harta tersebut. Lain-lain hukuman yang ditakrifkan setimpal pada kesalahan. Di buang dari latihan untuk tempoh yang ditetapkan atau selamanya. 2. Semasa kesalahan yang ditakrifkan sebagai kesalahan berat di dalam Peraturan ini adalah disingkir dari Institut.

Tuntutan Gantirugi.
1. Pelajar dalam keadaan berikut adalah dikehendaki membayar gantirugi mengikut jumlah wang yang telah dibelanjakan ke atasnya: Pelajar yang ditamatkan latihan akibat dari tindakan tatatertib. Pelajar yang berhenti sebelum tamat latihan tanpa kebenaran pihak berkuasa Institut terlebih dahulu.

Pelajar yang meninggalkan kursus kerana mengikuti kursus lain atau menerima tawaran pekerjaan atau tawaran belajar lain tanpa kebenaran pihak berkuasa Institut terlebih dahulu.

Pelajar yang telah merosakkan atau menghilangkan harta benda awam dan Institut.

Hal-Hal Lain.

Pihak Berkuasa Institut boleh menamatkan latihan seseorang pelajar dari mengikuti latihan di institut bergantung kepada kesalahan serta hukuman yang telah diberikan.

Pihak Berkuasa Institut berhak meminda,mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara dalam peraturan ini dari masa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelajarpelajar. Sebarang tindakan pindaan ke atas mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan akan diedar kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua dan satu salinan akan dipamerkan di papan kenyataan. Semua di Institut, Jabatan Tenaga Manusia dan Kerajaan tidak boleh disabitkan dan dikenakan apa-apa tindakan atau tuntutan melalui apa jua bentuk prosedur berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar oleh Institut di bawah Peraturan ini. Pihak Berkuasa Institut mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala peraturan yang terdapat di dalam risalah ini. Segala rayuan atau surat menyurat perlulah dikemukan pada Pihak Atasan atau Jabatan Tenaga Manusia sendiri.

You might also like