You are on page 1of 6

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT Berdasarkan tajuk di atas, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang telah

mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.


Pengenalan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar terbesar pasaran minyak kelapa sawit dunia iaitu kira-kira 85 peratus minyak sawit dunia. Kedua-dua negara telah menyumbang sektor pemakanan dunia terutamanya bagi pasaran India, China, Russia, Amerika dan Eropah. Sektor industri minyak sawit sekarang mendapat pemintaan tinggi daripada negara-negara miskin kerana harganya yang mampu beli oleh penduduk miskin.Walaupun sektor minyak kelapa sawit telah mendapat pelbagai halangan daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak yang tidak ingin melihat sektor minyak sawit menjadi minyak makanan dunia demi menjaga komoditi barangan mereka iaitu minyak soya dan sayuran bijirin lain. Pihak pengurusan MPOB tidak berganjak dalam mempromosikan minyak sawit di negara lain terutama negara-negara miskin. Kajian demi kajian dijalankan (R&D) bagi memastikan khasiat minyak sawit tidak mendatangkan impak negatif kepada pengguna. kajian yang dijalankan oleh pihak MPOB sukar diterima oleh pihak tertentu terutamanya suruhajaya negara Eropah. Minyak sawit bukan saja murah dan berkhasiat ianya mampu beli bagi golongan miskin di dunia serta mengandungi kandungan kolestrol yang rendah. Usaha-usaha provokasi daripada pihak luar seperti NGO yang kononnya penanaman kelapa sawit telah membunuh atau menyebabkan kepupusan habitat hutan seperti Orang Utan flora dan fauna dan haiwan liar lain serta juga industri minyak sawit dituduh menjadi punca pemanasan global berikutan pelepasan gas karbon dioksida berlebihan di atmosfera. Kumpulan sokongan alam sekitar dan pengguna di Eropah mendakwa industri sawit Malaysia dan Indonesia merosakkan sejumlah kawasan hutan semulajadi. Laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertajuk The Last Stand of the Orang Utan mendakwa ladang kelapa sawit yang berkembang dengan meluas di hutan Malaysia dan Indonesia dijangka mengakibatkan tiada lagi hutan semulajadi menjelang 2022. Baru-baru ini pihak NGO yang anti sawit meluahkan rasa kecewa terhadap satu laporan sulit Kesatuan Eropah yang mengiktirafkan tanaman sawit adalah sebagai ladang hutan. Ladang hutan disifatkan sebagai kawasan berhutan yang mengandungi pokok dewasa, sama ada yang ditanam atau disemai

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT


dengan sengaja atau berintergrasi dengan spesies asal atau baru yang memenuhi kesemua syarat-syarat berikut: Satu, dua atau beberapa spesies; mempunyai umur yang sama jarak yang sekata di antara satu sama lain.Sebenarnya pengikhtirafan tanaman sawit sebagai ladang hutan telah disetujui pada Persidangan Pertubuhan Makanan & Pertanian Sedunia (FAO) pada tahun 2005. Inilah adalah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh industri minyak sawit negara ke negara Eropah. Dalam menghadapi cabaran tersebut pelbagai usaha murni telah dijalankan kerajaan dengan pemantauan pihak Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan Kementerian Sumber Asli (NRE,) dalam memastikan penanaman kelapa sawit mengikut piawaian yang ditetapkan. Sejak tahun ke tahun permintaan minyak sawit semakin meningkat. Peningkatan penawaran minyak sawit selain daripada murah, ianya juga hasil pengklonan biji sawit baka baru. Berikut adalah antara lima faktor yang telah meningkatnya penawaran pemintaan minyak sawit dunia ialah: i. Harga Pasaran Minyak Sawit ii. Kajian R&D : Khasiat-khasiat Minyak Sawit iii. Peningkatan Harga Minyak Mentah Dan Pemulihan Ekonomi Dunia iv. Pengeluaran Yang Terhad Akibat Perubahan Cuaca / Bilangan Pengeluar v. Penggunaan Teknologi / Promosi dan Polisi Kerajaan

i. Harga Pasaran Minyak Sawit Minyak kelapa sawit adalah satu-satu komoditi minyak sayuran yang murah harganya berbanding dengan minyak sayuran yang lain seperti minyak soya dan minyak jagung. Jesteru itu tidak hairanlah mengapa minyak sawit telah dieksport ke 150 buah negara di dunia.Antaranya ialah China, Pakistan,India, Amerika dan negara miskin didunia. Minyak sawit ialah minyak makanan yang mampu di beli oleh penduduk-penduduk miskin. Oleh sebab harganya yang murahlah maka permintaan penggunaan minyak sawit daripada negara-negara berkenaan meningkat seterusnya meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia. Harga minyak sawit ditentukan oleh pasaran semasa terutamanya minyak mentah. Pengiraan harga dalam kiraan setan berbanding setong oleh industri minyak. Harga komoditi minyak sawit sekarang bagi Mac lepas ialah RM2,681 setan dan merupakan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan yang lepas iaitu sejak 15 Mei tahun lalu. Harga ini masih rendah dan lantaran itu harga minyak

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT


sawit bagi pasaran global masih murah dan meningkatkan pengeluaran kerana permintaan bertambah. ii. Kajian R&D :Khasiat-Khasiat Minyak Sawit Penyelidikan dan kajian-kajian yang dijalankan oleh MPOB dan MIDF Research berkenaan khasiat-khasiat minyak sawit yang berterusan telah banyak membantu dalam memberi maklumat-maklumat berguna kepada pengguna minyak sawit. Buktinya baru-baru ini mengesahkan minyak sayur yang berkhasiat ialah minyak sawit mengandungi 50 peratus asid lemak tepu dan tidak mempunyai kaitan dengan penyakit jantung koronori, kardiovaskular dan strok yang mana telah dituduh olah pihak tertentu minyak sawit adalah penyebabnya. Asid minyak tepu tidak bertindak meningkatkan paras kolestrol di dalam badan seperti minyak sayuran tepu yang lain. Pendapat ini terkandung dalam satu artikal terbitan American Journal of Clinical Nutrition (AJCN) pada July 1987. Rungkaian pendapat ini menyatakan minyak sawit mengandungi asid poli tidak tepu yang amat diperlukan (essential polyunsaturated acids) yang mana asid ini menghalang minyak sawit daripada bertindak meningkatkan paras kolestrol dalam badan. Oleh yang demikaian ia menyumbang kepada diet yang sihat. Selain dari itu minyak sawit mambantu meningkatkan paras kolestrol lipo-protien berdensiti tinggi (HDL cholesterol), tetapi tidak bertindak meningkatkan paras jumlah kolestrol total apabila digunakan bersama dengan minyak sayuran tidak tepu seperti minyak sya atau minyak bijirin sesawi (Rapeseed oil). Hasil kajian ini dipatenkan dan produk yang dihasilkan melalui formula FDA untuk dilebelkan sebagai: membantu meningkatkan kolestrol. Apabila Amerika mengharamkan asid lemak trans di dalam penyediaan makanan disebabkan kesan buruk terhadap kolestrol, minyak sawit menjadi pilihan alternatif utama di Amerika. Ini juga mendorong penawaran permintaan minyak sawit Malaysia.Tuduhan yang dilemparkan terhadap minyak sawit sebagai minyak sayuran yang tidak sihat hanya bersandarkan kepada persepsi umum sahaja. Namun tiada sebarang rujukan membuktikan kesan negatif minyak sawit terhadap kesihatan. Baru-baru ini satu penemuam yang penting iaitu asid shikmic yang terkandung dalam phenolics sawit mempunyai nilai tambah yang tinggi dan merupakan bahan asas untuk menghasilkan tamiflu bagi penggunaan perubatan dan menghasilkan produk berkaitan. Penemuan ini akan dapat memecahkan monopoli negara China sebagai pengeluar utama bahan itu. Pada masa ini asid shikmic dari China datangnya daripada star anise. Penemuan begini akan meningkatkan lagi permintaan produk kelapa sawit di pasaran global.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT


iii. Peningkatan Harga Minyak Mentah Dan Pemulihan Ekonomi Dunia Pasaran minyak sawit adalah bergantung kepada pasaran minyak mentah dunia. Pengaruh peningkatan minyak mentah dunia akan juga mempengaruhi harga pasaran minyak sawit. Ini adalah kerana minyak sawit juga digunakan dalam bidang biofeul untuk industri. Pada masa sekarang harga purata komoditi minyak sawit ialah RM2,500 hingga RM2,600 satu tan. Ianya juga disokong oleh permintaan negara pengguna utama komoditi itu iaitu China, India dan Kesatuan Eropah. Anggaran itu di buat berdasarkan unjuran harga purata minyak mentah antara AS$72 hingga AS$75 setong. Andaikata harga minyak mentah meningkat sehingga AS$80 hingga AS$90 setong, harga komoditi berasaskan minyak sawit turut merasakan peningkatannya. Selain daripada itu pemulihan ekonomi dunia sekarang telah mendorong negara-negara membangun dan miskin mengimport produk minyak sawit ke negara mereka sebagai bahan produk makanan lemak kerana harganya yang murah dan berkhasiat. iv. Pengeluaran Yang Terhad Akibat Perubahan Cuaca / Bilangan Pengeluar Faktor keempat dari penawaran peningkatan harga minyak sawit ialah perubahan cuaca seperti fenomena El-Nino dan kemarau. Di negara kita tidak mempunyai musim kemarau berpanjangan. Fenomena cuaca ini sedikit sebanyak akan mengurangkan pengeluaran hasil sawit. Akibat kekurangan tersebut stok simpanan akan berkurangan dan akan meningkatkan harga komoditi tersebut di pasaran global. Berdasarkan statistik eksport minyak dan lemak tahun 2008/2009, Malaysia membekalkan 29.1 peratus minyak sawit dunia manakala Indonesia 27.3 peratus. Kedua-dua negara menyumbang lebih dari separuh jumlah perdagangan minyak sayuran di pasaran dunia. Walaupun mengalami perubahan atau gangguan cuaca, Malaysia mengeksport 15.86 juta tan meningkat 2.9 peratus pada tahun lepas dan menjana pendapatan sebanyak RM49.59 billion kepada negara. Selain daripada itu bilangan pengeluar semakin meningkat atau ramai dan penawaran sesuatu barang itu juga akan meningkat. Sebagai contohnya sekiranya seorang pengeluar kelapa sawit dapat membekal 100 kg sebulan tetapi apabila bilangan pengeluar bertambah seramai 10 orang, mereka dapat membekal 100kg X 10 sama dengan 1000 kg atau 1 tan sebulan. Penawaran kelapa sawit akan bertambah juga. Rujuk Rajah A.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT


S S1

Rajah A
S S1

Q1

v. Penggunaan Teknologi , Promosi / Polisi Kerajaan Industri tanaman kelapa sawit semakin meningkat serta mendapat tempat di peringkat global dengan adanya bantuan teknolgi moden.Kecanggihan teknologi telah membawa perubahan dalam penghasilan produktiviti. Jenama bahan kelapa sawit Malaysia sudah terkenal di pasaran global dan selaku pengeluar dan pembekal utama dunia sudah semesti barangan produk Malaysia tidak asing bagi negara luar. Kualiti yang tinggi dan bermutu telah meningkatkan kepercayaan negara luar dalam pembelian atau peningkatannya penawaran barangan kelapa sawitserta ditambahkan lagi dengan penggunaan teknologi. Antara teknologi yang digunakan untuk mengembangkan indutri sawit di peringkat global adalah penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Penggunaan bioteknologi dianggap sebagai pemacu tranformasi pesat sektor pertanian masa kini. Penyelidikan yang berterusan oleh MPOB ini telah membantu dalam pemindahan teknologi kepada sektor utama dalam industri kelapa sawit seperti sektor perladangan, pengilangan, oleokimia dan biodiesel. Ianya secara tak langsung telah memberikan impak kepada industri sawit seperti penghasilan minyak yang berkualiti tinggi, kepelbagaian produk, penghasilan produk pada masa yang telah ditetapkan dan banyak lagi. Dalam teknologi pengklonan, tanaman sawit yang unggul dapat dihasilkan dengan adanya mutasi aruhan. Selain itu kaedah DNA berupaya menghasilkan benih yang bermutu tinggi di samping masa pertumbuhan, pembesaran dan penghasilan yang cepat. Sektor yang berintensifkan teknologi dan pengetahuan teknologi maklumat dan bioteknologi dapat menjana

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN MINYAK SAWIT


sumber kekayaan baharu. Segala penggunaan teknologi ini telah mendapat pengiktirafan dunia serta menambah kepercayaan masyarakat antarabangsa untuk membeli produk kelapa sawit ini. Usaha promosi yang berterusan dan usaha menangkis tomahan pihak-pihak NGO giat dijalankan dengan teknologi maklumat agar penduduk dunia mengetahui kebaikan produk kelapa sawit. Hasil usaha promosi ini juga telah berjaya mendapat kepercayaan masyarakat luar dalam produk kelapa sawit ini. Selain itu promosi bahan produk sawit di pameran-pameran antarabangsa telah mendedahkan produk-produk tersebut di mata dunia jesteru menjadi daya penarik bagi negara luar. Polisi kerajaan juga memainkan peranan dalam penawaran barangan itu. Umumnya polisi kerajaan terbahagi kepada dua iaitu cukai dan subsidi. Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas sesuatu barang, harga barang tersebut akan menjadi mahal. Permintaan akan berkurangan dan pengeluar juga akan mengurangkan pengeluaran mereka. Manakala subsidi pula merujuk kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan terutama golongan petani untuk meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan mereka. Apabila kerajaan memberi subsidi, harga barang akan murah dan permintaan akan bertambah.

HakCipta: AljuSuci Copyright Reserved

You might also like