P. 1
Keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan

Keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan

|Views: 5,142|Likes:
Published by paranthamnmurty

More info:

Published by: paranthamnmurty on May 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

KARANGAN SPM 7 – PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA Pendahuluan: • Keluarga merupakan satu institusi yang

amat penting dalam sesebuah masyarakat. • Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang • Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. • Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap. • Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan. • „Baiti Jannati‟ atau „Rumahku Syurgaku‟ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. • Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu. • Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan. 1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi „role-model‟ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. - Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik. - Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka. 2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga

Maka. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.Sebagai ibu dan bapa. jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa. 3. pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum.Pada masa ini. Dalam kursus-kursus tersebut. yang berat sama dipikul.anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak. Seharusnya. ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Oleh itu. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. hati gajah sama dilapah.Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilainilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan.Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Memberikan perhatian dan kasih sayang . Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. . . Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak. . demi membentuk keluarga yang bahagia. Manakala pihak swasta pula . 4. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.mereka. yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah.Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini. Memberikan didikan agama dan moral . . suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. . Hal ini disebabkan. ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Selepas mendapat ilmu tersebut. masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Oleh itu. . Penutup . Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.5. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak. keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak.Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. iaitu hidup sebatang kara. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga. kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anakanak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Buktinya. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Tambahan pula. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Tambahan pula. Dalam era globalisasi ini. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi. kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak . Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Pada tahun 2003. mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.

Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anakanak mereka. ibu bapa sanggup memerah keringat. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut. Dalam era modenisasi ini. Rentetan itu. ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah. manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Malah. Sebagai intiha. Anak diibaratkan sebagai . Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Oleh itu. duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini. membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran. pada realitinya. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang. Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung. Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta. setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah. ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi. jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Buktinya. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh.Sebagai contoh. gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. KELUARGA IMPIAN SAYA "Rumahku. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. syurgaku". Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi. dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak.

dan menjaga mereka. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. yang mana kaca”. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik.sehelai kain putih. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Kalau bukan ibu bapa. membimbing. syurgaku. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Natijahnya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik. semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. “Rumahku. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung. Tanpa kita sedari. ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Warga Ceria Kejayaan sesebuah organisasi bermula dari rumah kerana keluarga yang bahagia menjadi pemangkin kejayaan sesebuah organisasi dan kecemerlangan keperibadian. ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami.anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Pendidikan bermula dari rumah. Untuk mewujudkan keluarga bahagia. kasih sayang. toleransi dan sebagainya. mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa ialah teladan anak-anak. darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. ringan sama dijinjing”. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak. siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”. kerjasama. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Warga Ceria Keluarga Bahagia. Selain itu. anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. . Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan. bak kata pepatah “melentur buluh. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. aman dan damai. Contohnya. nda berada di : Utama > Keluarga Bahagia. menagih dadah dan sebagainya. begitulah kuihnya”. lumba haram. bak kata pepatah . Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani. Dalam sesebuah keluarga. bak kata pepatah “berat sama dipikul. ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Tambahan pula.”bagaimana acuan. Anakanak harus belajar bersungguh-sungguh.

Tema Hari Keluarga bagi tahun ini adalah Keluarga Bahagia.Perbuatan mendera kanak-kanak merupakan perbuatan yang bertentangan dengan Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia. Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental.gangguan emosi. jungle tracking dan interaktif kraf turut diadakan.Aryani Zaini.seperti luka. Warga Ceria membawa bersama sebahagian dari ahli keluarga untuk saling mengenal mesra dan menghubungkan silaturahim bersama warga Kraftangan Malaysia.Belum lagi kes ini reda. Kes K. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar.ibu bapalah yang bakal mencorakkannya untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam. Selain itu. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setia kawan dan muhibah antara warga Kraftangan Malaysia.Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak.Kanakkanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang baik.Mereka perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.3 tahun dari Terengganu. setiap kali itu juga masyarakat akan bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.anak seperti kain putih.terdapat juga kes-kes penganiayaan seks.seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini ialah acara sukaneka yang melibatkan sukan darat dan sukan air. acara memancing.institusi keluarga merupakan pendorong kepada kejayaan dan kecemerlangan organisasi kerana kebahagiaan merupakan permata paling indah dalam keluarga. Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Keluarga 2010 pada 3 Julai ini di Agrotek Garden Resort.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa.dan mental atau proses pembesarannya.masyarakat dikejutkan pula dengan kes penyeksaan dua beradik. kejadian mendera atau menyeksa kanak-kanak semakin menjadijadi. Kita tidak dapat menafikan.4 tahun dan Noordina Maryana. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan.Seterusnya banyak lagi kes yang melibatkan penderaan berlaku hingga hari ini.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera .Balasundram yang didera hingga menyebabkan kematian merupakan peristiwa besar yang membuka mata semua pihak.Sesetengah kes . Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Kes penderaan Akhir-akhir ini.Undang-undang ini menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh. Reaksi seumpama ini memang lumrah.Selain itu.Ibu bapa seharusnya tahu atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia. Hulu Langat.ibu bapa sendiri yang menyeksa anak mereka sebagai jalan melepaskan geram. perasaan masyarakat akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh suami isteri yang bekerja supaya menyerahkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yang boleh dipercayai.Pastikan latar belakang pengasuh atau penjaga tersebut sebelum “nasi menjadi bubur”.Apabila mereka dewasa dan hidup dalam lingkungan masyarakat.Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.ini akan menjejaskan perkembangan emosi mereka.Kemudian anak-anak ini diserahkan kepada orang yang tidak diketahui latar belakang.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat membantah. Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanakkanak.Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan.Pendidikan awal ini dapat menyemai sikap tanggungjawab dan antipenderaan. Sewajarnya kanak-kanak diberi kasih sayang secukupnya untuk pertumbuhan mental dan fizikal.tetapi untuk masa depan yang masih panjang. Keadaan keluarga yang kucar-kacir mungkin berpunca daripada pendidikan keluarga yang kurang sempurna.Daripada kes yang berlaku.Oleh itu.Seperti yang diketahui.tetapi keluarga yang bahagia dapat melahirkan masyarakat yang ampuh.mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga.wajarlah mereka berkahwin.maka mereka ialah orang yang tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal.Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak.Apabila .Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.perasaan mengambil berat dan ingin tahu kebajikan orang lain akan terus mengalir.Sesetengah belia menganggap jika usia sudah menjangkau 25 tahun dan kewangan mencukupi.Jiwa yang masih bersih jika diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di lubuk hati.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.Pengetahuan tentang aspek kekeluargaan dan keagamaan yang mendalam perlu dititkberatkan bagi membendung gejala tidak sihat ini daripada berterusan. Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanakyang menjadi mangsa penderaan.Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.kematian ketua keluarga menyebabkan anak-anak terbiar.atau menyeksa anak-anak.manakala perempuan pula menjadi seorang ibu.Mereka tidak terfikir bahawa lelaki tersebut bakal menjadi seorang suami dan ketua keluarga.kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal.Sebenarnya tidak semua kanak-kanak bernasib baik dan berpeluang mendapat kasih saying daripada kedua-dua ibu bapa mereka.Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.Langkah ini bukan sahaja dapat menghindari masalah penderaan.Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.

Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi. Selain itu.Namun.hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang.dan tidak berminat dalam pelajaran.hilang keyakinan diri sendiri.Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap bagi melindungi kanak-kanak.Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal.ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka.dan fikiran mereka sering terganggu.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah.emosi mereka terjejas.bosan belajar. Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. mental. Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa. kerohanian.Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak.menimbulkan rasa kecewa. Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan ini.bersikap agresif.maka akan timbullah konflik dalam diri kanak-kanak tersebut. . akhlak.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk berfikir. perasaan tidak takut dan berasa bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk melakukan penderaan masih berlaku. Untuk itu. dan social yang baik.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->