You are on page 1of 17

KERTAS KERJA

KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH BAWAH 16 TAHUN NEGERI PERAK TAHUN 2011 1 SUKAN, 1 MURID, 1 MALAYSIA PEMBANGUNAN RAGBI NEGERI PERAK

KELOLAAN Unit Sukan Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan

TARIKH 22 Oktober 2011 (Sabtu)

TEMPAT Padang Ragbi Sekolah Menengah Teknik (Petanian) Teluk Intan

KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH BAWAH 16 TAHUN NEGERI PERAK TAHUN 2011 1.0 Pengenalan Sukan ragbi merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras di negeri Perak. Namun, sejak beberapa tahun ini negeri Perak agak

ketandusan bakat bagi sukan ini kerana kurangnya pendedahan pada peringkat lebih awal. Ini dapat dilihat dengan kurangnya pertandingan yang disertai oleh sekolah-

sekolah negeri Perak dan hanya bergantung harap kepada beberapa kejohanan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Menyedari hakikat ini, Unit Sukan Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan telah mengambil inisiatif untuk memulakan satu kejohanan yang diharapkan akan dapat menjadi perintis dan acara tahunan bagi memastikan sukan ragbi tidak menjadi sukan bermusim. Melalui penganjuran Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun Negeri Perak adalah diharapkan akan menarik lebih banyak pasukan bertanding pada tahuntahun berikutnya. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi kempen Sukan 1 Murid 1 Malaysia Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya menjadikan negeri Perak juara Ragbi Bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) menjelang tahun 2015. 2.0 Rasional Unit Sukan Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan bercadang bagi

menganjurkan Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun Negeri Perak

merintis usaha penganjuran secara berterusan kejohanan seperti ini pada tahun-tahun mendatang dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Dengan ini, pendedahan

terhadap pertandingan akan diperoleh dan tidak hanya bergantung kepada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) sahaja.

3.0 Objektif a. Memperkenal dan mempromosi sukan ragbi di negeri Perak

b. Memajukan sukan Ragbi sebagai sukan teras di peringkat sekolah menengah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial

d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di negeri Perak terutama dalam pembangunan sukan ragbi .

4.0 Matlamat Menjadikan penganjuran Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun Negeri Perak ini sebagai satu program tahunan untuk memperkembangkan bakat pelajar-pelajar dalam sukan ragbi. Selain itu, dengan adanya kejohanan ini, maka diharapkan supaya sukan ragbi akan diminati dan disertai lebih banyak sekolah pada masa akan datang. 5.0 Tentatif Pelaksanaan Tarikh Masa Tempat : 22 Oktober 2011 (Sabtu) : 8.00 pagi- 2.00 petang : Padang Ragbi Sekolah Menengah Teknik ( Pertanian) Teluk Intan

*Rujuk Lampiran 1 untuk Tentatif Program, Rujuk Lampiran 2 Format Pertandingan dan Jadual Pertandingan.

6.0 Pengelolaan/Penganjuran Unit Sukan Sekolah Menengah Teknik ( Pertanian) Teluk Intan

7.0 Sasaran Peserta Pasukan ragbi dari sekolah-sekolah elit negeri Perak dan pasukan tuan rumah .

8.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan

Penasihat Ketua Pengelola Timb. Ketua Pengelola 1 Setiausaha Bendahari

: : : : :

En. Hassanor Bin Othman Pn. Hjh Puteh Fatimah Bt Hj. Mohd Salleh En. Sham Sani Bin Timan @ Hj Salleh En. Suhaimi Sobrie Bin Rosli En. Mohd Fazrul Rizman Bin Bahsri

Jawatankuasa Kecil

En. Shaiful Anuar Bin Mohd Rifi (Penyelaras Pendaftaran Pasukan) En. Yahya Bin Leham (Penyelaras Bantuan Kecemasan) En. Suhaimi Sobrie Bin Rosli (Penyelaras Peralatan dan Persiapan Padang) En. Suhaimi Sobrie BinRosli (Penyelaras Kepengadilan) En. Yahya Bin Leham (Penyelaras Perlawanan) En Mohd Rosnizam Bin Mohd Yusof (Penyelaras Hadiah & Cenderamata) En. Azrullah Bin Mohd Azlan (Penyelaras Siaraya dan peralatan Astaka) En Mohd Rosnizam Bin Mohd Yusof (Penyelaras Makanan) Mohd Fazrul Rizman Bin Bahsri (Penyelaras Sumbangan Dan Penajaan)

9.0 Kewangan 9.1 Perbelanjaan 4 Pasukan Bertanding


PERKARA Minum pagi untuk pegawai Pertandingan, Guru Pengiring, Pemandu, Pengadil dan Urusetia Minum pagi untuk Peserta Pertandingan Makan tengah hari untuk, pegawai Pertandingan, Guru Pengiring, Pemandu, Pengadil dan Urusetia Makan tengah hari untuk peserta pertandingan Minuman (Air Mineral) Ais Perubatan Hadiah dan cenderamata Peserta Cenderamata VIP Bayaran Pengadil (Pengadil Tengah + touch judge) Piala Pusingan T-shirt Pegawai Pertandingan, Pengadil dan VIP Persiapan Padang Padding tiang Ragbi Bola Pertandingan saiz 5 Jersi (satu set) Banner Rencam JUMLAH (RM) BAJET RM 3.00 X 30 orang JUMLAH(RM) 90.00

RM 3.00 X 60 RM 4.50 x 30 orang

180.00 135.00

RM 4.50 X 15 peserta X 4 pasukan RM 9.00 x 10 kotak RM 5.00 X 6 beg RM 50.00 RM 10.00 X 15 peserta X 4 pasukan RM 70.00 x 1 (RM 30 + RM 20) X 6 Perlawanan RM 250.00 RM 25.00 X 40 RM 200.00 RM 900.00 X 2 RM 250.00 X 2 RM 2500.00 RM150.00 RM70.00

270.00 90.00 30.00 50.00 600.00 70.00 300.00 250.00 1000.00 200.00 1800.00 500.00 2500.00 150.00 100.00 8315.00

11.0 Penutup Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Disediakan oleh :

(SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI) Setiausaha Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun Negeri Perak Tahun 2011 Disemak dan disahkan Oleh:

(HJH. PUTEH FATIMAH BT. HJ. MOHD SALLEH) Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan

Diluluskan Oleh:

(HASSANOR BIN OTHMAN) Pengetua Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan

LAMPIRAN 1 Tentatif Program

7.30 pagi 8.30 pagi 9.45 pagi 11.00 pagi 12.30 tghari 1.00 petang -

8.00 9.30

pagi pagi

Pendaftaran Pasukan Perlawanan Pusingan Awal Perlawanan Pusingan Kedua Perlawanan Pusingan Akhir Majlis Penutup/Penyampaian Hadiah Rehat/Jamuan Makan Tengah hari/Solat /Bersurai

10.45 pagi 12.30 tengahari 1.00 2.30 petang petang

LAMPIIRAN 2 FORMAT PERTANDINGAN 4 PASUKAN BERTANDING Pembahagian Kumpulan Pusingan Awal KUMPULAN A A1 A2 Pusingan Kedua Perlawanan ke- 3
JOHAN KUMPULAN A NAIB JOHAN KUMPULAN B

KUMPULAN B B1 B2

LWN

Perlawanan ke- 4
JOHAN KUMPULAN B NAIB JOHAN KUMPULAN A

LWN

Pusingan Akhir Perlawanan ke-5 Akhir Kategori Plate


KALAH PERLAWANAN KE-3 LWN KALAH PERLAWANAN KE-4

Perlawanan ke-6 Akhir Kategori Cup


MENANG PERLAWANAN KE-3 MENANG PERLAWANAN KE-4

LWN

JADUAL PERLAWANAN 4 PASUKAN BERTANDING


TARIKH MASA 0830 0900 0945 SABTU 22 OKTOBER 2011 1015 NO 1 2 3 4 KUMP A B PASUKAN Vs CATATAN A2

A1

B1 Vs B2 PUSINGAN KEDUA JOHAN KUMP NAIB JOHAN Vs A KUMP B JOHAN KUMP NAIB JOHAN Vs B KUMP A PUSINGAN AKHIR

1100

Plate

1145

Cup

KALAH PERLAWANAN KE-3 MENANG PERLAWANAN KE-3

KALAH Vs PERLAWANAN KE-4 MENANG Vs PERLAWANAN KE-4

10

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH BAWAH 16 TAHUN NEGERI PERAK TAHUN 2011

1.

Undang-undang Permainan Kejohanan ini akan dimainkan menurut undang-undang Permainan Rugby Union Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB), Variasi Bawah 19 Tahun terkini yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)

2.

Kelayakan Pemain 2.1 Pemain-pemain hendaklah di bawah 16 Tahun pada 1 Januari tahun pertandingan. Semua pemain mestilah pelajar-pelajar yang bona fide yang didaftarkan sekurang-kurangnya tiga bulan (90 hari) dalam jadual kedatangan sekolah yang bergabung Majlis Sukan Sekolahsekolah Negeri Perak (MSSPk). Hanya kad pengenalan sahaja yang diterima pakai sebagai bukti umur. Pemain-pemain hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pengelola pertandingan. Seseorang pemain yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan Jabatatan Pendaftaran Negara ( Borang JPN 1/11) Semua pemain hendaklah melengkapkan Borang M01 dan M02 beserta dengan gambar berukuran pasport yang ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan.

2.2

2.3

2.4

3.

Bilangan Pemain Setiap pasukan boleh mendaftarkan 15 orang pemain termasuk simpanan.

4.

Pendaftaran Pemain Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain-pemain menggunakan borang M01 dan M02 bersama-sama kad pengenalan mereka semasa pendaftaran dalam mesyuarat pengurus pasukan. Sebarang tambahan atau pertukaran para pemain selepas itu tidak diterima.

11

5.

Sistem Pertandingan 5.1 Pusingan Pertama 5.11 5.2 Pasukan-pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

Pusingan Kedua 5.2.1 Pasukan yang menjadi Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bertanding di dalam pusingan kedua bagi menentukan pasukan mana yang layak bertanding kategori CUP. Pasukan yang kalah dalam pusingan kedua akan bertanding dalam kategori PLATE.

5.3

Pusingan akhir 5.3.1 Pasukan yang kalah dalam pusingan kedua akan bertanding bagi menentukan johan kategori PLATE. 5.3.2 Pasukan yang menang dalam pusingan kedua akan bertanding bagi menentukan johan kategori CUP.

6.

Cara Menentukan Keputusan 6.1 Pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberikan: Menang Seri Kalah 6.2 3 mata 1 mata o mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut sistem berikut: 6.2.1 pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor jaringan dikira pemenang 6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat try terbanyak dikira pemenang. 6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang. 6.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan: i. ii. iii. iv. Gol Try Penalty Goal (PG) Drop Goal (DG), terbanyak akan diambil kira.
12

6.2.5 jika masih seri juga, lambungan syiling tiga kali akan dijalankan. 6.3 Dalam pertandingan pusingan kedua, jika berlaku seri selepas tamat sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang. 6.3.1 masa tambahan 5 minit akan diberikan. 6.3.2 jika masih seri, sepakan penalti secara sudden death diadakan pada garisan 22 meter 6.3.3 Jika masih seri, pasukan yang membuat try terdahulu akan dikira sebagai pemenang. 6.3.4 jika masih seri, lambungan syiling sebanyak 3 kali akan dijalankan. 6.4 Sepakan Penalti 6.4.1 pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang-seli pada garisan 22 meter. 6.4.2 hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang pada masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan. 6.5 Perlawanan Akhir 6.5.1 masa tambahan 5 minit sehala diberikan 6.5.2 jika masih seri, sepakan penalti secara sudden death diadakan pada garisan 22 meter 6.5.3 Jika masih seri, pasukan yang membuat try terdahulu akan dikira sebagai pemenang. 6.5.4 jika masih seri, lambungan syiling sebanyak 3 kali akan dijalankan

13

7.

Masa Perlawanan 7.1 Masa untuk sesuatu perlawanan pusingan awal dan pusingan kedua ialah 10 minit 1 minit rehat 10 minit (10-1-10) jika sesuatu perlawanan terpaksa dihentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan perlawanan itu telah pun dijalankan sehingga separuh masa kedua, maka keputusan pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira. masa bagi perlawanan akhir ialah 15 - 2 15

7.2

7.3 8.

Pakaian Peraturan pakaian adalah seperti yang ditetapkan dalam undang-undang Permainan Rugby Union Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB)

9.

Gelanggang Permainan Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Permainan Rugby Union Lembaga Ragbi Antarabangsa ( IRB)

10. Alatan Bola pertandingan saiz lima (5) digunakan untuk kejohanan melibatkan pertandingan sekolah menengah. Spesifikasi bola ialah menurut peraturan dalam undang-undang Rugby Union Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB) 11. Pertukaran Pemain 11.1 11.2 Lima (5) orang pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan. pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut kecuali untuk blood bin.

12. Hantar Keluar Padang 12.1 Kad Merah Pemain atau pemain-pemain yang dikenakan hukuman kad merah dan dihantar keluar padang oleh pengadil tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya.

14

12.2

Kad Kuning Pemain atau pemain-pemain yang dikenakan hukuman kad kuning akan dikenakan tempoh tahanan bermain selama 2 minit ( sin bin)

13. Masa Melapor 13.1 13.2 semua pasukan mesti berada di padang 15 minit sebelum perlawanan semua pengurus pasukan mesti menghantar senarai nama pemain 10 minit sebelum perlawanan kepada pegawai pertandingan menggunakan borang M03. setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain untuk memulakan perlawanan. Jika tidak kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan dengan skor 28 0. jika kedua-dua pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 10 minit selepas masa yang ditentukan, perlawanan akan dibatalkan.

13.3

13.4

14. Bantahan 14.1 bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pengelola pertandingan dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan berkenaan. bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah 28- 0 diberi kepada pihak yang membuat bantahan. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus) dan wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu didapati tidak berasas.

14.2

14.3

15. Lembaga Rayuan 15.1 semua bantahan akan diputuskan oleh lembaga rayuan yang terdiri daripada: 15.1.1 Ketua Pengelola atau wakilnya sebagai pengerusi 15.1.2 Penyelaras Pertandingan 15.1.3 Dua (2) orang pengurus pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat dalam jawatankuasa bantahan. 15.1.4 setiausaha jawatankuasa pengelola kejohanan.

15

16.

Pengadil Hanya pengadil yang bertauliah dan berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik untuk bertugas sebagai pengadil.

17.

Penalti Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan-pasukan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah disabitkan.

18.

Pentafsiran Undang-undang dan Peraturan-peraturan Kejohanan Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan kejohanan ini dan keputusannya.

16

You might also like