You are on page 1of 11

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua jasad: Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka gabus adalah

kurang tumpat daripada air. Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah lebih tumpat daripada air.

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua cecair yang tidak bercampur: Jika petrol terapung di atas air, maka petrol adalah kurang tumpat daripada air. Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka merkuri adalah lebih tumpat

Kegunaan Sifat-sifat Jirim Dalam Kehidupan Seharian Sebagai contoh, pepejal yang keras dan kuat, mempunyai banyak kegunaannya: Besi (iron) boleh digunakan untuk membuat badan kenderaan (body of vehicles). Kayu digunakan untuk membina rumah (house) dan perabot (furniture).

Pengetahuan tentang sifat-sifat gas (properties of gas) telah membolehkan manusia untuk mengangkut gas-gas penting. Gas seperti gas petroleum cecair (liquefied petroleum gas) dimampatkan dan diangkut dalam bentuk cecair, yang mana ia lebih menjimatkan. Manusia juga menggunakan konsep ketumpatan (concept of density) untuk manfaat mereka.

Pelampung/Boya 1.Pelampung/boya (buoy) mempunyai silinder yang berisi dengan udara untuk membolehkan ia terapungdi atas air. 2.Lampu (mengeluarkan cahaya) diletakkan pada peranti/peralatan ini, dan ditinggalkan terapung dilaut sebagai rujukan kepada pelayar-pelayar (sailors) untuk ke lokasi yang lebih selamat.

Contoh aplikasi konsep ketumpatan

Hidrometer 1. Hidrometer (hydrometer) digunakan untuk menentukan ketumpatan cecair, sebagai contoh, ketumpatanasid dalam bateri kereta. 2. Jika ketumpatan asid adalah rendah, tiub kaca akan tenggelam dan menunjukkan bacaan yang tinggi pada skala. 3. Jika ketumpatan asid adalah tinggi, tiub kaca akan terapung dan menunjukkan bacaan yang rendah pada skala.

Kapal dan bot laju 1.Sebuah kapal boleh terapung kerana ruang udara di dalam kapal itumembolehkan ianya terapung. 2.Badan bot laju dibuat daripada kaca gentian (fiber glass) yang kukuh yang mempunyai ketumpatanyang lebih rendah daripada keluli (steel).

Mengangkut kayu balak 1. Dalam industri pembalakan, sungai merupakan pengangkutan yang penting untuk mengangkut kayu balakkerana kayu mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air.

Membina kapal selam 1. Kapal selam dilengkapi dengan tangki 'ballast' (ballast tank) bertindak untuk mengawal kedudukankapal selam sama ada untuk menyelam atau menimbulkan kapal selam ke permukaan laut

Belon udara panas 1. Belon udara panas beroperasi berdasarkan ketumpatan udara di dalam belon. 2. Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah meningkat. Oleh itu, untuk membolehkan belon terapung dengan lebih tinggi di udara, suhu udara di dalambelon perlu dinaikkan. 3. Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara menyejuk (colder).Untuk menurunkan belon, suhu udara di dalam belon perlu diturunkan.

You might also like