P. 1
karangan budi bahasa

karangan budi bahasa

4.0

|Views: 1,231|Likes:
Published by Che Siti Atyra

More info:

Published by: Che Siti Atyra on May 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2014

pdf

text

original

KERAJAAN sudah mengadakan pelbagai kempen berkaitan amalan berbudi bahasa termasuklah „Bulan Budi Bahasa‟ sebagai usaha

menyedarkan masyarakat betapa penting unsur budi bahasa diterapkan sebagai amalan peribadi. Malah, kita sering membaca slogan, „Berbudi Bahasa Budaya Kita‟ dan „Bahasa Menunjukkan Bangsa.‟ Setakat mana kesedaran kita mengenai kempen itu? Adakah amalan berbudi bahasa semakin menyerap ke dalam jiwa kita atau kita masih memandang remeh akan hal berkenaan? Berbudi bahasa dapat diertikan sebagai percakapan yang baik, elok dan bersopan dalam tutur kata, tinggi dan berhemah budi bicara, beradab, bersopan santun, tertib, bersikap lemah lembut, bertingkah laku baik dan mempunyai akhlak murni. Jadi, dilihat dari segi definisinya budi bahasa begitu luas skopnya meliputi segenap kehidupan manusia. Dalam Islam, amalan berbudi bahasa diletakkan pada kedudukan tinggi dan amat digalakkan. Malah, pembangunan sesebuah masyarakat atau negara tidak sempurna tanpa rakyatnya kurang budi bahasa. Imam Bukhari ada merekodkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah. Kata Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia suka dengan kelembutan. Allah akan memberikan balasan daripada kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya. Rasulullah dalam usaha membawa syiar Islam di bumi Arab sentiasa meninggalkan contoh teladan berkenaan amalan budi bahasa yang mulia. Dikatakan Nabi s.a.w sentiasa menyambut tetamunya dengan kata-kata lemah lembut sekalipun tetamu yang mengunjungi Baginda dikenali sebagai orang yang berperibadi buruk. Inilah sifat dakwah Baginda sebagai ubat penawar menjinakkan jiwa manusia agar mengikuti ajaran yang dibawanya. Aisyah juga ada menceritakan satu kisah yang katanya, “Sesungguhnya seorang lelaki meminta izin untuk masuk berjumpa Nabi s.a.w. Lantas Nabi s.a.w menjawab, “Persilakanlah masuk. Dia adalah lelaki yang berperangai buruk daripada sebuah keluarga. Tatkala lelaki tersebut masuk berjumpa Nabi s.a.w, kemudian Nabi s.a.w menyambutnya dengan kata-kata lemah lembut. Aisyah kemudian melontarkan pertanyaan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, mengapa kamu (Baginda) bercakap dan bersikap selembut?” Apa kata Nabi s.a.w apabila mendengar pertanyaan isteri kesayangannya itu? Kata Nabi, “Wahai Aisyah, sesungguhnya orang yang kedudukan paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang dijauhi atau orang yang ditinggalkan orang ramai kerana mereka takut akan kejahatannya (orang yang buruk tutur kata dan tingkah lakunya).” (Hadis riwayat Bukhari). Ini adalah teladan terbaik buat kita yang hidup di zaman mutakhir agar menjadikan amalan berlemah lembut dan berbudi bahasa sebagai teras keperibadian. Sebenarnya seseorang yang bersikap berbudi bahasa luhur akan disenangi orang ramai dan secara tidak langsung akan dapat membina satu kehidupan sosial yang sejahtera aman damai. Jadi, dalam era moden yang kita kecapi kini, sikap berbudi bahasa perlu diutamakan kerana masyarakat yang kontang dengan sikap mulia itu akan mengundang pelbagai kerencatan dan kemudaratan kepada sesama manusia, malah pembangunan itu menjadi tidak bermakna.

Masyarakat yang rosak sikap budi bahasa akan menjerumuskan negara ke kancah tidak sihat dan melambangkan keburukan wajah negara. penampilan wajah tersenyum yang menyenangkan dan bertata susila sebagai sahsiah peribadi. bertimbang rasa. sendi bangsa ialah budi. Kita sebagai umat contoh lagi terbaik di sisi Allah mesti mengupayakan diri untuk mempamerkan sahsiah peribadi terunggul dan kaedah pertama yang patut dilakukan ialah melalui pendekatan lisan. lagu yang dicipta oleh Suhaimi Md Zin atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ini: „Bangsa Malaysia berhemah tinggi. moral sebagai tunjang utama. kita sebagai mukmin mesti sentiasa menjadikan sikap berbudi bahasa dengan amalan adab sopan murni. Kepada rakyat Malaysia mari kita hayati sebahagian daripada lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita. runtuh sendi rumah binasa. runtuh budi. yang lemah dilindungi. Tegak rumah kerana sendi. Tamadun sesuatu bangsa tidak dicipta hanya dengan pembangunan material semata-mata. Ini disebabkan kemuliaan dan kebahagiaan sesuatu masyarakat atau bangsa itu banyak bergantung kepada pengamalan sikap mulia seperti berbudi bahasa. Melalui sikap berbudi bahasa akan dapat membina kehidupan ummah yang sihat. “Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar daripada mulut seseorang. runtuhlah bangsa. politik atau pendidikan. Jadi. Matlamat negara menuju sebuah negara maju menjelang 2020 telah menggariskan nilai akhlak. yang tiada dibantu. sejahtera dan mampu memperkasakan tamadun tinggi. tutur kata yang elok. Allah melalui Surah An-Nisaa‟ ayat 148 ada menegaskan. jelaslah di sini bahawa amalan berbudi bahasa seharusnya dijadikan sifat umat sejagat kerana ia mampu mencorak kehidupan manusia untuk hidup lebih harmoni dan positif. fokus pembangunan nilai berbudi bahasa tidak boleh dilupuskan begitu saja malah perlu sentiasa diperkasa setiap masa. tetapi penonjolan nilai budi bahasa rakyatnya yang menjadi pencorak kepada keberkesanan pembangunan dan tamadun tersebut. Sesungguhnya amalan nilai berbudi bahasa merupakan amalan bersifat universal dan semua agama di dunia ini turut menekankan agar penganutnya mengamalkan nilai peribadi ini dalam kehidupan. ramah dan mesra elok pekerti.Sebagai hamba Allah kita wajar menjadikan berbudi bahasa sebagai satu saluran gambaran akal budi dan keindahan sosial. Dalam usaha pembangunan dan kemajuan. Nilai budi bahasa akan menjadi kayu pengukur utama tahap kemuliaan seseorang dengan manusia lain. hormat-menghormati.‟ . melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar daripada mulut orang yang dizalimi (yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dalam usaha mengejar kemajuan dalam apa jua bidang baik ekonomi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->