You are on page 1of 11

KERTAS KERJA ________________________________________________________________ KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6

____________________________________________________________________________

TARIKH : 2012

TEMPAT : S.K. PARIS 3, KINABATANGAN

ANJURAN : AHLI JAWATANKUASA KECERMERLANGAN UPSR 2012

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid menjelang UPSR agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini: Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran S.K. Paris 3 untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada murid-murid di samping meningkatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam UPSR 2012.

2.0 PENGENALAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar di Tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka program motivasi perlu diadakan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Afektif: Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup. 3.2 Kognitif: Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat. 3.3 Psikomotor: Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh : Hari : Tempat Program : SK Paris 3, Kinabatangan

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Bina kertas kerja Perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kerja Perlaksanaan program Post Mortem dan Penyediaan laporan Hantar laporan ke pejabat.

6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM


6.1 Guru Besar SK Paris 3 6.2 Guru-Guru Tahun 6 6.3 Guru-Guru yang terlibat

7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA


7.1 Murid-murid Tahun 6 (calon UPSR)

8.0 TENTATIF PROGRAM


8.1

Masa
7:00 pg Pendaftaran

Perkara

Catatan

8:00 pg

Ice Breaking - Matlamat - Nikmat Jarang Disyukuri

8:30 pg

LDK 1 - Radio Rosak - Nak Tak? - Fantasi Kejayaan

10:00 pg

Rehat

10:15 pg

LDK 2 - Kenali Diri - Kekuatan dan Kelemahan Diri Pagi Subconcious

11:30 pg

12:00 tgh

Solat Zohor Bersama - Restu Ilmu

1:00 ptg

Bersurai

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Penasihat En. Norazam Bin Ahmad (GURU BESAR) Pengarah Program En. Zainuddin Bin Ahmad (PK 1) Timbalan Pengarah En. Emran Bin Sumanggil (PK HEM)

Setiausaha Program En. Zul Haimy Bin Che Yunus Bendahari Program En. Mustakim Bin Kamarudin Ahli-Ahli Jawatankuasa: Persiapan Tempat Laporan Program

Pengacara Majlis

Juru Foto

Sijil dan pamplet

Makanan

10. PERUNTUKAN KEWANGAN

11. PENUTUP
Semoga program ini mendapat kelulusan pihak pentadbiran SK Paris 3 serta guru-guru Tahun 6. Jutaan terima kasih diatas pertimbangan pihak tuan. Disediakan oleh : En. Zul Haimy Bin Che Yunus Setiausaha Program Motivasi Pelajar Tahun 6 Tandatangan:................................. Tarikh:......................................... Disokong oleh : En. Mustakim Bin Kamarudin Setiausaha Program Kecemerlangan UPSR 2012 Tandatangan:................................. Tarikh:......................................... Disemak oleh : KAUNSELOR Tandatangan:................................. Tarikh:......................................... Disahkan untuk dimajukan kepada PENOLONG KANAN 1 PENOLONG KANAN 1 Tandatangan:................................. Tarikh:......................................... Permohonan diluluskan oleh : GURU BESAR SK PARIS 3 Tandatangan:................................. Tarikh:.........................................

LAMPIRAN A

Nak Tak? Objektif: Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi. Material: Wang Kertas RM10 Perlaksanaan: Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta. Fasilitator bertanya soalan, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni? Biasanya peserta akan menjawab Nak! Tanyakan sekali lagi kepada peserta, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni? Peserta biasanya akan menjawab Nak! Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi. Perbincangan: Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya. Beginilah sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan. Variasi: Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai. Kesimpulan: Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

1. 2. 3.

LAMPIRAN B

Nikmat Jarang Disyukuri 1 Objektif: Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Tuhan berikan kepada kita yang jarang kita syukuri. Material: Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Quran Perlaksanaan: Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya. Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut Saya di sini! Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tahan nafas anda selama yang anda mampu Minta peserta jangan terlalu memaksa diri. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru saja lakukan. Bincangkan: Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi? Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah? Kesimpulan: Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik.

1.

2.

3. 4.

1. 2.

LAMPIRAN C

Fantasi Kejayaan Alatan : Tiada Objektif : 1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri. 2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan. Prosedur : 1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tariknafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang. 2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu. 3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. D i manakah ia berlaku ? Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakahanda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan. 4 . Se k ara n g, s ed ar ka n d i r i a nd a . 5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing. Falsafah : 1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat. 2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh

LAMPIRAN D Kenali Diri

Objektif : 1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain. 2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain. Prosedur : 1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil. 2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan. 3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu di tengah-tengah bulatan. 4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahlibaru mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi. 5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahlilain. 6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktivititersebut. Falsafah : 1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripadaorang lain secara berdepan. 2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkanmanakala yang tidak baik diperbaiki

LAMPIRAN E KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI Tajuk: Saya Berkebolehan Alatan : Manila kad / kertas A4 , marker pen dan alat tulis Objektif : 1. 2. Suapaya peserta sedar akan keupayaan mereka untuk menambah baik dalam diri mereka. Supaya peserta akan mencari kelebihan dalam diri masing-masing dan belajar untuk mengemukakan kelebihan yang terdapat pada diri mereka itu kepada orang lain.

Prosedur : 1. 2. Peserta diminta untuk mengingat sesuatu yang ia tidak berkebolehan pada masa pra sekolah sehingga tahun 5 tetapi berkebolehan melakukanya pada Tahun 6. Contoh : Dahulu saya tidak pandai mencuci baju sekolah sendiri tetapi Sekarang. Dahulu saya tidak pandai menggunakan computer tetapi Sekarang.. 3. 4. 5. Setiap peserta mengemukakan perkara dia atas kepada kesemua peserta di dalam kelas. Peserta diminta pula untuk mengingat perkara yang tidak berkebolehan untuk dilakukan pada tahun lepas tetapi telah dapat dipelajari tahun ini. Contoh ; Tahun lepas saya tidak pandai untuk menghampiri guru mendapat bantuan, tahun ini

Radio Rosak

Alatan : Wisel, skrip mesej Objektif : 1. Perserta dapat merasai pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai pendengar.

Prosedur : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Peserta berada dalam satu barisan. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta yang lain tidak boleh menoleh ke belakang. Peserta yang memerima mesej tidak boleh bertanya. Setelah selesai, fasilitator: a. Bertanya kepada peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. b. Bertanya kepada peserta lain tentang mesej yang diterima. c. Meminta peserta pertama membacakan skrip yang diberikan.

Falsafah : 1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. 2. Mesej yang tidak jelas dan lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej.

Skrip mesej bisikan : Ali budak pandai. Ibunya bernama Iyai. Iyai suruh Ali belajar hari-hari. Tetapi Ali lalai tidak dengar cakap Iyai. Akhirnya impian Ali tidak tercapai.

You might also like