P. 1
Nota Morfo Liya Edit

Nota Morfo Liya Edit

|Views: 3,809|Likes:
Published by NIAliyaamalina
NAMA: NUR IYLIA AMALINA BTBMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU MOHD ZAINUDDIN PISMP 5C

TAJUK 1
SINOPSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi uni
NAMA: NUR IYLIA AMALINA BTBMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU MOHD ZAINUDDIN PISMP 5C

TAJUK 1
SINOPSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi uni

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: NIAliyaamalina on May 10, 2012
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2014

pdf

Sections

Liya amalina_ ipg kbm NAMA: NUR IYLIA AMALINA BTBMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU MOHD ZAINUDDIN PISMP

5C

TAJUK 1
SINOPSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis

1

NAMA: NUR IYLIA AMALINA BTBMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Liya amalina_ ipg kbm MOHD ZAINUDDIN PISMP 5C atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Perubahan Struktur Kata

Contoh :
beri – pemberian

MORFOLOGI

Perubahan Golongan Kata

Contoh :
cari – pencarian

Perubahan Maksud Kata

Contoh :
tupai – tupai-tupai

Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

2

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep Imbuhan. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

IMBUHAN

Konsep Imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan

Konsep Pembentukan Kata

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

3

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

4

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhanimbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

5

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Awalan

 Kata Nama  Kata Kerja  Kata Adjektif  Kata Nama  Kata Kerja

Akhiran

Apitan BentukBentuk Imbuhan

 Kata Nama  Kata Adjektif  Kata Nama  Kata Kerja  Kata Adjektif

Sisipan

Morfem kosong

Tidak Wujud dalam BM

Fleksi

Tidak Wujud dalam BM

Rajah 1.3 :

Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.2.1.1 Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

6

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, 1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

7

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

8

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak

kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

9

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Awalan proantipoliautosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainterprobarat antikerajaan poliklinik autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal -isme -isme -ik -ik -si -si -al -al -is -is Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

10

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaan

Akronim

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

11

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an Ber-....-an -er-embawa kuat

Kata dasar

Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi gemilang

nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi gilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan. 12

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Berikut ialah beberapa contoh lain : Kata Dasar libat lanjur balik sambung terlibat terlanjur terbalik sinambung Imbuhan Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan

1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apaapa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya :

urus niaga cari gali reka bentuk daya serap 13

-

berurus niaga mencari gali direka bentuk daya serapan

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum, Contohnya :

lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa

-

melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda Timbalan Naib Canselor rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawabtanggungjawab

14

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak.

1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :  Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Contohnya : Sekolah makan besar baju
    

sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan. Contohnya :

pelari perbualan kekasih kejadian

   

pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian

15

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari siku sungut pohon laki

jejari sisiku susungut popohon lalaki

jejari sesiku sesungut pepohon lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi membantu mencuit menari mengejar Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

16

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.3.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam

penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 2 3 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur

Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

17

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

18

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

#

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. 2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. 19

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK KATA

BENTUK KATA TUNGGAL DAN TERBITAN

BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA GANDA
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN TERBITAN

20

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan.

2.1

Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi ABIM, UMNO, ADUN, MAS.

Kata Tungga Dua Suku Kata

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)

cerpen, purata, tadika, taska, cereka

Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional)

21

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama)

peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, telemeN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-

Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja)

ter-, se-, te-

-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -kan, -

peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an

meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--, memper-…-kan, memper-…ke-…-an

Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif)

-el-, -em-

-el-, -er-, -em-, -in-

22

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan

2.3

Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata

dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah. Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab alat-alat tulis, guru-guru besar, kapalkapal terbang, semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,

Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap

Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak - semua, banyak, sekumpulan, persatuan, para, pertubuhan, barisan, sebahagian) Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) Kata Majmuk Terbitan (Apitan)

dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan mencampuradukkan, pengenalpastian. pengambilalihan,

23

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.

2.4

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata

dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah. Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau lelaki, lelayang, tolong-menolong berlari-lari, tertanya-tanya,

Kata Ganda Separa

Kata Ganda Berentak

lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpangperenang, gunung-ganang

2.5

Golongan Kata Tunggal

Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

24

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) Kata Nama Am (Abstrak) baju, seluar, kucing, masjid mimpi, perasaan, kehendak, keadaan kemahuan, idaman,

Kata Nama Khas (Hidup - Manusia)

Kata Nama Khas (Hidup - Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup)

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin. Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah

Kata Ganti Nama (Diri Pertama) aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka Kata Ganti Nama (Tunjuk) Kata Ganti Nama (Tanya) Kata Ganti Nama (Tempat) ini, itu apa, siapa, mana, berapa sana, sini, situ

LATIHAN : Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.

25

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk, tinggal, beransur, berbantalkan

Kata Kerja Transitif (Pasif)

Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap)

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya. 2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Pancaindera berani, cerdik, cerdas, gopoh hitam, putih, merah, biru cetek, dalam, kecil, nipis, tebal bukur, bundar, bulat, leper ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus Baru, lama, spontan, segera cepat, deras, laju, perlahan benci, cinta, ghairah, ingin

Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan

26

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya. 2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu,

malahan, sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen yang bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

27

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah 2.5.4.4 Kata Pascakata akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam

Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan yang, -nya -nya

LATIHAN : 1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata.

28

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 3

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu  Kata Tunggal  Kata Terbitan

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

i.

Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

ii.

Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PROSES
PEMBENTUKAN KATA

DEFINISI DAN JENIS

KATA

KATA TUNGGAL

KATA TERBITAN

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 29

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

3.1

Definisi Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak

mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal

Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

30

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Satu Suku Kata

KV KKVK KKKV

VK

KVK KVKK KKKVK

Dua Suku Kata

V + KV V+KVK VK+KVK KV+KVK KVK+KVK

V+VK VK+KV KV+V KV+KV+VK

Kata Tunggal

Tiga Suku Kata

KV+V+KV V+KV+V

KV+V+KVK KV+KV+V

KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK dan lain-lain

Empat Suku Kata dan Lebih

KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV dan lain-lain

Akronim

Mara Kugiran ABIM

Bernama Tabika Gapena

Rajah 3.2 31

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 3.1.3.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i. ii. iii. ii. Kamu. Sudah? Ini?

Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurangkurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. ii. iii. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu

3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV Contohnya : yu, ru, ya

32

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2. VK Contohnya : am

3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap 4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf, 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat 4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria 7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih 8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko 9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris 10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda 11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

33

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar 6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat 8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi 9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat 10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama 11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna 12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu 13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun 14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah 15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat 16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan 17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda 18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

34

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur 7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana 9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional 10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

3.1.3.1.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak

3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

35

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

#

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

36

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses

pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil, 2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, 3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, 4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung. Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. 3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif

37

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, Contohnya : Awalan peN= pepempenpengpengePerkataan pelukis, pewangi, penyanyi pembalut, pembeli, pemberi pendatang, pencari, penjual pengguna, pengayuh, pengukur pengebom, pengetin, pengecat perasap, perbara, pertapa pesara, pekedai, peguam ketua, kehendak, kelepek jurubahasa, jurujual, juruterbang mahasiswa, mahaguru, maharaja tatabahasa, tatanegara, tatanama prasejarah, prakata, prasangka subbidang, subsistem, subkategori suprakelas, suprasistem, suprakategori ekabahasa, ekasuku, ekahala dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

perpekejurumahatataprasubsupraekadwi-

38

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis, menari, merasa membeli, memberi, membalut mendaki, menduga, mentadbir mengaji, mengasuh, menghasut mengebom, mengetin, mengecat

memperberterdidiper-

memperisteri, memperbesar, memperoleh berkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyum diatur, dibeli, disuruh diperisteri, diperbesar, diperoleh

3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :

Awalan ter se-

Perkataan terpandai, termerah, terpanjang seputih, sehalus, sejernih

3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja

39

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah Perkataan ajaran, silaan, bacaan ilmuwan, budayawan, usahawan budiman, seniman seniwati, peragawati nasionalisme, sosialisme, komunisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat ustazah, sultanah

3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i . Contohnya : Akhiran -kan -i Perkataan lahirkan, ambilkan, hulurkan ikuti, jalani, sertai

3.2.1.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif.

40

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. Contohnya : Apitan peN-.....-an: pe-....-an pem-.....-an pen-....-an peng-.....-an penge-.....-an pe-......-an per-.....-an ke-...-an Perkataan pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pendakian, pencucian, pentauliahan penguduran, penggandaan, pengkhayalan pengesahan, pengeboman, pengekodan pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Contohnya: Apitan meN-......kan me-.....-kan mem-.....-kan men-....-kan meng-....-kan menge....kan ber-....-kan ber-....-an di-...-kan meN-.....-i me-....-i men-...-i mem-...-i meng-....-i di-......-i diper-.....-kan diper-....-i memper-.....-kan perkataan memajukan, melakukan, menanyakan membezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan beralaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapan ditaburkan, didorongkan, digulingkan melalui, menyedari, mewarnai mendahului, mencucuri, menjauhi membanjiri, membelakangi, membasahi menghendaki, mengawasi, mengkhianati dianugerahi, didekati, dianuti diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan 41

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU memper-....-i ke-....-an diperingati memperdengarkan, memperlihatkan, memperingati kehujanan, kepanasan, kecurian

3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....an. Contohnya : Apitan ke-.....-an ke-.....-an ke-.....-an Perkataan kemelayuan keinggerisan kearaban

3.2.1.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif.

3.2.1.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk, telapak, kelemumur seruling, keruping kemuning, kemuncup

42

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak, gelembung serabut, gerodak gemilang, gemuruh, sementara sinambung

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

43

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu  Kata Majmuk  Kata Ganda

TAJUK 4

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Proses Pembentukan kata

Definisi dan Jenis-jenis kata

Kata Majmuk

Kata Ganda

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4

44

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.

4.1

Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). 4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu : i. ii. iii. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan

45

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih guru besar bom tangan kuning langsat campuk aduk segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya :

Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya 4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara

Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor

medan sinaran segi empat panjang

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk

4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu :

46

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari

Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. Antaranya :

1.

Kata Nama

Contohnya : peribadi, hulubalang 2. Kata Adjektif

Contohnya : sukacita, dukalara 3. Kata Sendi Nama

Contohnya : daripada, kepada 4. Kata Hubung

Contohnya : manakala, walhal, barangkali 5. Kata Tanya

Contohnya : bagaimana

4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar

Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Contohnya :

47

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Warganegara-warganegara, setiausaha tandatangan-tandatangan, setiausaha-

4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :

campur aduk ambil alih daya serap

menjadi menjadi menjadi

bercampur aduk mengambil alih daya serapan

b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya :

campur aduk ambil alih satu padu

menjadi menjadi menjadi

mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan

4.3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1.kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak

48

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

4.3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian

4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang

penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit

Langit-langit menjadi

2.

kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang

penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata

49

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar berlari-lari cinta-mencintai mencari-cari bantu-membantu sepandai-pandai kejar-mengejar 4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki

2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ; mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai ipar-duai rempah-ratus lintang-pukang

50

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 5

GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    

Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh

digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). 51

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; 2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

5.0 KANDUNGAN ISI

52

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. 5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-

masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut: a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)

53

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

54

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah. 55

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. a. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan

seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu

56

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5.6: Kata nama khas

b. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

57

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 5.7: Kata Nama Am c. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

58

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

59

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

AKTIF

PASIF

BERPELENGKAP

TAK BERPELENGKAP

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.

(a) Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat.

ii) Pengarang itu menulis buku. 60

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

(b) Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian. Contoh :

i) ii) iii) iv) v) vi)

Pegawai itu berkereta ke pejabat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning. Pemuda itu sedang berbual.

(c) Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. (iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya 61

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat

atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

62

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

6.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik. 63

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.

6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: kuat keras bijak pintar lemah cergas nakal sihat jahat

Contoh ayat:

i. Budak nakal selalu kena marah ii. Dia lemah dalam matematik 64

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iv. Anak Pak Kamar bijak sekali. v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

jingga putih

perang biru

hitam kelabu

Contoh ayat:

i. ii. iii.

Adik suka pakai baju hijau. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. Baju kesukaan saya berwarna kuning.

iv. Kereta merah itu kepunyaan abang. v. Dia memiliki mata berwarna biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

tebal nipis tinggi

gemuk kurus rendah

panjang pendek kecil

Contoh ayat:

i. ii. iii.

Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi. Badannya semakin kurus.

iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: 65

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

lurus bengkok lonjong Contoh ayat: i.

bulat leper buncit

bujur bundar tajam

Jalan lurus mudah dilalui.

ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong. iii. Mukanya bujur sirih. iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. v. Matanya tajam memandang ke hadapan

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

kerap jarang baharu

awal lewat dahulu

sering silam lampau

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

nyaris hampir

dekat jauh

Contoh ayat:

i. ii.

Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. 66

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

pantas lambat laju

deras gopoh cermat

ligat perlahan cepat

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berpusing ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:

kasih sayang cinta

takut hendak rindu

malu geram marah

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

67

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:  Indera sentuh

lembik halus

kasar kesat

licin keras

i. ii. iii. iv. v. 

Lantai itu licin kerana baru dicuci. Kulit mukanya sangat halus. Kain yang kesat itu ialah kain lap. Buku itu berkulit keras. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

Indera dengar

nyaring merdu

lembut garau

mersik serak

i. ii. iii. iv. v. 

Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Alunan musik itu mersik.

Indera pandang

comel cantik

hodoh buruk

molek segak

i.

Pemuda segak itu guru saya. 68

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ii. iii. iv. vi.  Kakaknya suka berpakaian cantik. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Indera bau

wangi busuk

hanyir hancing

harum tengik

i. ii. iii. iv. v. 

Bunga ros itu harum baunya. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Indera rasa

manis masin

kelat payau

masam lazat

i. ii. iii. iv. v.

Setiap hari kita minum air tawar. Semua orang suka makanan lazat. Buah limau masam rasanya. Saya tidak suka minum ubat pahit. Kuih tradisional itu terlalu manis.

69

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut

disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan, atau, tetapi wah,amboi,cis apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

70

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan

Kata Tugas

Ayat

1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.  Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian  Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii)

Kata Hubung Pancangan

1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.  Relatif yang  Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

Komplemen

bahawa

71

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Keterangan

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila

Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.

(iii)

Kata Praklausa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. 2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa  Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai   Syabas, awak telah berjaya! Aduhai, awak datang lambat sangat! Harga barang itu berapa? Mengapakah dia menangis semalam? Kesihatannya sekarang bagaimana? Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Kata tanya

berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

  

72

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

 

Manakah baju baharu saya? Siapakah yang datang semalam?

Kata perintah

jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,

  

Jangan buang sampah di sini. Janganlah bersusah hati. Harap saudara dapat datang petang ini. Silalah masuk. Ya, itulah orangnya. Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian. Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita. Hatta istana itu pun siaplah. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu. Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja. Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.

  Kata pembenar ya, benar, betul, benar  

Kata pembenar

hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian

 

(iv)

Kata Prakfrasa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. 2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.  Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum   Pekerja itu telah pulang. Murid-murid itu

73

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

baru tiba.   Mereka pernah ke utara Malaysia. Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer. Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja. Adik masih membersihkan meja. Semua kenderaan akan diperiksa esok. Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi. Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan. Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri. Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi. Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga. Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka. Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini. Bangau itu terlalu kurus. Cadangan yang dikemukakannya

2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

Kata penguat

1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak  Kata penguat hadapan ialah

 

74

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. 2. Penguat belakang: sekali, benar, nian  Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

paling menarik.  Pendapatnya agak bernas.

  

Lukisan di dinding itu cantik sekali. Lambat benar bas itu tiba. Dia keluar sebentar nian.

3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh  Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.    Siapakah majikan kamu itu? Apatah daya kita. Orang itulah bapanya.

Kata penegas Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

1. Penegas frasa predikat: kah, -tah, -lah.  Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.

1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang  Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat

  

Kami juga ingin ke bandar. Kami ingin juga ke pekan. Hujan hanya turun pada musim dingin. Hujan turun hanya pada musim dingin. Itu bukan mereka. Roti bukan diperbuat

Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang

1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan

 

75

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

daripada besi. 2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.   Dia tidak berlari. Rumah lama itu tidak besar sangat

3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya. Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa. Kenyataan itu adalah tidak benar. Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham. Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Kata pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah

2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah

Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

1. Menunjukkan tempat: di

2. Menunjukkan: tempat, arah dituju, waktu atau masa: ke

Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok. Arah: Mereka menuju ke selatan.

76

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.

3. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari

Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan. Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.

4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripada

Punca: Dia menerima surat daripada kakak. Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam. Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka. Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik. Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi. Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.

5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada

6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada

77

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi

Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki. Rumah pekerja dibaiki. bagi sedang

8. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk

Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu. Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara. Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara. Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu. Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu. Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa. Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air. Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya. Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak,

9. Bertugas membawa makna tujuan: demi

10. Membawa rujukan: tentang

maksud

11. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana

12. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan

13. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak

78

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

semenjak} dua tahun yang lalu. 14. Membawa maksud rujukan: terhadap  Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.

15. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan

16. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh

Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti. Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya. Buku itu ada di

17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai

18. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara

Kata arah

1. atas, antara, bawah, tepi,

79

Liya amalina_ ipg kbm BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara

atas meja.  Dia duduk di antara Ramli dan Salmah. Mereka bersembunyi bawah rumah. di

 

Petani itu berjalan di tepi danau. Kami mendirikan khemah di belakang rumah. Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai.

Kata bilangan

1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta

2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit (v) Kata Pascakata

Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.

1. -nya yang hadir selepas perkataan. 2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan

1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: nya 1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda

Lajunya ialah 100 km sejam.

80

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->