You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, JOHOR BAHRU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (1 JAM) PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 2012

NAMA :_________________________________________

KELAS :______________

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan dan tulis dalam ruangan yang disediakan. Bahagian A 1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisplin ialah A. B. C. D. mudah diterima dalam sesuatu kelompok. menghilangkan perasaan rendah diri. membentuk sahsiah diri yang baik. membentuk keyakinan diri.

2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah A. B. C. D. Bercakap sesuka hati. Mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita. Senyap dan meletakkan buku di tempat asal. Membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru.

3. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap A. B. C. D. mengelakkan pembaziran. mempunyai masa rehat yang mengcukupi. melakukan aktiviti yang disukai. menilai kesilapan yang pernah dilakukan.

4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya. Pada pendapat kamu, mengapakah dia dipilih ? A. B. C. D. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawannya. Dia rajin membuat kerja rumah. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkan sikap terpuji. Dia suka mengampu guru besar.

5. Tempat beribadat ialah tempat untuk A. B. C. D. Mengulangkaji pelajaran. Beriadah. Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan. Berbual-bual.

6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali A. B. C. D. Mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat. Tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan. Membaca doa sebelum makan. Bergurau senda semasa makan.

7. Kita patut _______ masa yang ada kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. A. menghargai B. melupakan C. melepaskan D. membiarkan

8. Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan baik semasa berada di rumah ? A. Menampalkan nota penting di dinding bilik. B. Meminta ibu mengingatkan kita tentang perkara yang perlu dilakukan. C. Menyediakan jadual aktiviti harian dan menampalkannya di dinding bilik. D. Sentiasa mengunci jam loceng untuk mengingatkan diri perkara yang perlu dilakukan. 9. Pilih pernyataan yang benar tentang masa. I Masa ibarat besi keras. II Masa tidak boleh dijual beli. III Masa lapang boleh digunakan dalam pelbagai cara. A. I sahaja. B. I dan II. C. II dan III. D. III sahaja.

10. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap A. tidak bertanggungjawab. B. tidak perihatin. C. tidak bertimbang rasa. D. tidak berdisiplin.

11. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam bilik darjah ketika waktu senggang kita patut meminta_________guru terlebih dahulu. A. pesanan B. teguran C. amaran D. kebenaran

12. Susun situasi di bawah mengikut kepentingan masa. I. Menonton televisyen. II. Mengulang kaji pelajaran. III. Bermain dengan kawan. IV. Menolong ibu. A. III, IV, II dan I B. I, II, III, dan IV 13. Kata-kata hikmat manakah yang betul ? A. Masa itu waktu. B. Masa itu permata. C. Masa itu buku. D. Masa itu emas. 14. Mengapakah kita harus mengamalkan adab-adab berpakaian dalam kehidupan seharian ? A. B. C. D. Menunjukkan bahawa kita mempunyai banyak pakaian. Menunjukkan keperibadian dan sahsiah yang baik. Agar kita mudah didampingi. Supaya kita dihargai dan dipuji. C. II, IV, III, dan I D. I, III, IV, dan II

15. Waktu yang sesuai untuk pergi menziarah ialah A. Waktu pagi. B. Waktu tengah malam C. Waktu senja D. Waktu tuan rumah sedang makan

16. Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing ? A. B. C. D. Rumah tangga menjadi porak peranda. Hidup dalam keadaan bahagia. Hidup dalam keadaan kesederhanan. Hidup dalam keadaan berduka.

17. Berikut ialah peraturan-peraturan yang biasa kita patuhi kecuali A. B. C. D. Tidak membuat bising di perpustakaan Tidak membuang sampah sampah di merata-rata tempat Makan dan minum sewaktu guru sedang mengajar Berjimat cermat dalam penggunaan air di tandas awam

18. Apakah kebaikan menyertai aktiviti riadah yang diadakan oleh masyarakat setempat? I. Menimbulkan perbalahan II. Mencetuskan perasaan iri hati III. Dapat mengeratkan hubungan antara anggota IV. Dapat menyihatkan badan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

19. Jiran anda berbangsa India. Apakah agama yang dianuti oleh jiran anda? A. B. C. D. Buddha Hindu Kristian Islam

20. Berikut merupakan adap semasa bertutur dengan seseorang, kecuali A. B. C. D. Gunakan bahasa yang baik dan sopan semasa bercakap Gunakan nada suara yang rendah Sentiasa menunjukkan minat tentang apa yang dibualkan Gunakan panggilan yang kasar dan kesat

21. Apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan semasa menjayakan acara sukaneka? I. Memasang payung besar II. Mengutip sampah di padang selepas acara diadakan III. Membuat garisan di atas padang IV. Menyusun kerusi-kerusi dan meja-meja A. I, II dan III B. I, III dan IV 22. Wan atau opah ialah panggilan hormat untuk A. B. C. D. Nenek Datuk Ibu saudara yang sulung Bapa saudara yang tengah C. II, III dan IV D. Semua di atas

Soalan 23 hingga 25 berdasarkan rajah di bawah.

En. Ramli

Pn. Halimah

En. Rahim + Pn Hasnah

En. Jamal + Pn. Yusniza

Siti

Badrul

Hidayat

Danial

Kamal

Azizi

Rina

23. Siapakan nama menantu En. Ramli dan Pn. Halimah ? A. En. Rahim dan Pn. Hasnah. B. En. Jamal dan Pn. Yusniza. C. Pn. Hasnah dan Pn. Yusniza. D. Badrul dan Hidayah.

24. Apakah hubungan antara Siti dan Danial ? A. Ibu saudara. B. Kakak ipar C. Sepupu. D. Ibu.

25. Antara yang berikut, siapakah bukan cucu En. Ramli dengan Pn. Hamidah ? A. Azizi. B. Kamal. 26. Berikan maksud jiran dengan tepat. A. Jiran ialah yang rapat dengan kita. B. Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kita dan saling membantu antara satu sama lain. C. Jiran merupakan ahli keluarga kita. D. Jiran terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. 27. Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan ialah A. B. C. D. menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. mengisi masa lapang dengan menziarahi jiran. memudahkan kita meminta bantuan daripada jiran-jiran. Mewujudkan suasana hidup yang harmoni. C. Siti. D. Hidayat.

28. Kita patut ________ anak jiran yang terjatuh di taman permainan dan memberitahu ibu bapanya. A. membiarkan B. memarahinya C. memuji D. membantu

29. Sikap yang tidak patut ada bagi mewujudkan keharmonian bersama jiran ialah A. tolenrasi. B. saling membantu. C. cemburu dan dengki. D. bertanggungjawab.

30. Mengapakah kita harus mengenali jiran kita ? A. B. C. D. Supaya senang meminta bantuan. Kerana guru memberi tugasan yang memerlukan kita menyerah jiran. Mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan. Supaya mudah kita mengintip pergerakan jiran.

( 30 markah)

Bahagian B Tulis BENAR pada pernyataan yang benar dan SALAH pada pernyataan yang tidak benar.

1. Seorang bapa membuat kerja-kerja rumah, manakala tugas mencari nafkah diserahkan kepada seorang ibu.

2. Seorang ibu perlu menyediakan makanan yang berzat untuk anggota keluarga.

3. Semua keputusan dalam sesebuah keluarga dibuat oleh ibu kerana ibu menghabiskan banyak masa di rumah.

4. Sikap buruk seseorang akan menjatuhkan maruah keluarga.

5. Mendidik anak merupakan tugas ibu sahaja.

6. Ibu bapa zaman sekarang tidak perlu mengambil tahu akan perlakuan anak-anak Mereka.

7. Seorang bapa perlu memastikan anggota keluarganya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

8. Seorang bapa perlu keluar bekerja dari pagi hingga larut malam untuk menyara keluarga.

9. Seorang anak yang akan menghadapi peperiksaan tidak perlu membuat apa-apa kerja di rumah.

10. Ibu bapa tidak boleh menegur anak mereka yang membuat kesalahan kerana anak mereka mungkin akan lari rumah.

( 10 markah ) KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________________ (NOR SAHIDAH MOHAMAD ALI)

____________________________ (MOHD HANIF BIN MOHD ZIN) KP. PEND. SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SK ST JOSEPH

You might also like