You are on page 1of 12

KEBERKESANAN PENGGUNAAN CERMIN DALAM MENGATASI KETERBALIKKAN ABJAD DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DISKLESIA

ABSTRAK Penggunaan huruf abjad amat penting kerana huruf merupakan asas untuk membaca. Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan cermin dapat mengatasi keterbalikkan abjad untuk kanak-kanak disklesia. Subjek kajian terdiri daripada seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. Tinjauan awal mendapati murid pendidikan khas ini sering menterbalikkan huruf dari kiri ke kanan malah juga bermasalah menterbalikkan huruf dari atas dan bawah. Pengkaji menggunakan cermin untuk membantu masalah keterbalikkan huruf abjad murid dan menggunakan doh sebagai bahan bantu mengajar. Data dikumpul melalui senarai semak dan pengujian. Data akan dianalis secara deskriptif. Lembaran kerja digunakan sebagai intsrumen.

1.0 PENDAHULUAN Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran membaca. Kegagalan membaca terjadi kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanak-kanak disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran. Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu antaranya kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Menurut Rozita Sahimin (2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperolehi keputusan ujian peperiksaan yang kurang memuaskan, kanak-kanak pemulihan juga memperlihatkan ciri-ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang terhad disamping rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana (1998) menyatakan murid disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk murid-murid ini. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran kompleks sukar mencapai tahap

tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan menguasai kemahiran vokasional. Kanak-kanak ini belajar dalam kadar yang agak lambat. Mereka mengalami kesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan pengulangan apabila mempelajari konsep baru ( Jamila K.A. Mohamed, 2005). Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung

mereka sukar mengeja mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia. Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeza dari lazimnya, namun sehingga kini tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini. Menurut Bold (2000), disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN

Ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Mutiara 2 di sebuah sekolah di Gemas, saya dapati seorang murid mengalami masalah disklesia yang agak serius. Permasalahan ini saya perolehi setelah menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan dan Praktik) dan Ujian Diagnostik Matematik ke atas murid-murid Mutiara 2 di sekolah ini. Hasil daripada penyemakan kertas ujian tersebut, didapati murid ini menulis abjad dan nombor secara terbalik. Dia bukan sahaja mempunyai masalah menterbalikkan huruf dari kiri ke kanan malah juga bermasalah menterbalikkan huruf dari atas dan bawah. Sebagai contoh, huruf d ditulis b (kiri-kanan) dan huruf m ditulis w (atas-bawah).

Selain itu, murid ini juga mengalami masalah menyebut huruf f, s dan x. Dia menyebut ketiga-tiga huruf ini dengan sebutan s. Setelah meminta dia menyusun kad huruf a-z, saya dapati terdapat 10 huruf yang disusun secara terbalik. Saya seterusnya meminta murid mengisikan huruf a-z yang tertinggal seperti yang terdapat di dalam lembaran kerja. Saya dapati terdapat huruf yang ditulis secara berulang dan kesalahan menulis huruf secara terbalik masih dilakukannya. Murid juga sering keliru dengan penulisan huruf besar dan kecil. Murid juga sering mencampuradukkan huruf besar dan kecil di dalam sesuatu perkataan. Misalnya, perkataan nasi ditulis nAsi. Pusat Perkembangan Kurikulum (1982) menyatakan murid-murid yang dikategorikan sebagai disleksia adalah dalam kalangan mereka yang boleh dianggap mempunyai masalah pembelajaran berat atau kompleks. Hal ini adalah kerana mereka

mempunyai ciri-ciri disleksia dari segi pencapaian pelajaran dan tingkah laku. Masalah pembelajaran berat atau kompleks ditakrifkan sebagai kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Seperti yang dinyatakan masalah murid ini bukan sahaja di dalam kekeliruan abjad malah juga bermasalah di dalam penulisan nombor berdasarkan ujian Diagnostik Matematik tersebut. Saya dapati murid membentuk huruf 3, 5, 7 dan 9 secara terbalik semasa menjalankan aktiviti membentuk nombor menggunakan doh sebagai bahan bantu mengajar. Masalah ini dapatlah dikaitkan dengan penyataan Renwick (2001), bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah

kesukaran pembelajaran yang spesifik yang dimiliki oleh seseorang pelajar dalam aspek-aspek membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor. Perkara ini telah dibuktikan oleh Sanders dan Mayers (1996) yang menyatakan bahawa kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti nota muzik dan tanda matematik. Murid ini juga bermasalah kognitif kerana mempunyai daya ingatan yang lemah. Dia faham tentang isi pengajaran tetapi jangka masa ingatannya lemah menjadikannya cepat lupa. Masalah kognitif ini telah dinyatakan oleh Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaran dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Aspek bahasa murid ini menunjukkan kelemahannya. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid ini agak pendiam kerana kesukaran memahami bahasa Melayu yang saya tuturkan. Apabila saya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengannya dia hanya tersenyum tanda masih tidak memahami apa yang saya tuturkan sebaliknya dia cenderung menterjemahkan bahasa yang saya tuturkan ke bahasa Tamil. Sebagai contoh, saya mengajar nombor bulat 1 hingga 10 dalam mata pelajaran Matematik. Semua murid Mutiara 2 diminta menyebut nombor 1 hingga 10 secara rawak. Apabila tiba giliran murid ini, dia menyebut nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Tamil. Saya dengan pantasnya membetulkan sebutannya namun dia berkeras malah mengajar saya pula sebutan di dalam bahasa Tamil.

3.0 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Kajian tindakan ini dilakukan adalah bagi mengatasi kekeliruan abjad dalam kalangan kanakkanak disklesia ini. Penguasaan terhadap kemahiran 3M adalah sangat penting walaupun dikejar arus pemodenan dewasa ini. Ott (1997) dalam konteks pendidikan menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Oleh itu, masalah kekeliruan abjad dalam kalangan kanak-kanak disklesia tidak harus dipandang enteng dan harus diatasi seupaya mungkin. Jika pengenalpastian dan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan seawal mungkin, tempoh yang diperlukan untuk mengurangkan kesan negatif disleksia mungkin menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan Hughes, 1999; Mercer, 1997).

Seterusnya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) juga telah diperkenalkan bagi membantu guru-guru dalam merancang tindakan susulan agar semua murid boleh menjadi celik huruf dan celik nombor kelak. Saringan awal dijalankan dan murid yang masih lagi mengalami masalah celik huruf dan nombor yang serius akan diserapkan ke dalam kelas LINUS Tegar. Ketika saringan awal dijalankan, guru dapat melaksanakan rawatan untuk membantu murid dalam memastikan mereka mengenal dan memperbaiki huruf serta nombor.

Kolaborasi yang dijalankan bersama guru kelas Mutiara 2 mengenai permasalahan murid ini mendapati kesukarannya bertutur dan memahami dalam aspek bahasa adalah kerana tiada pendedahan bahasa sejak dari kecil. Murid ini tinggal di kebun getah bersama-sama kaum yang sama malah permulaan sekolahnya adalah di sekolah jenis kebangsaan tamil. Dia baharu sahaja berpindah ke sekolah daerah Gemas ini pada awal tahun. Faktor persekitaran ini amat memberi kesan kepada masalah murid tersebut.

4.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

ISU KAJIAN

Fokus utama kajian saya terhadap murid ini adalah mengenai masalah menterbalikkan abjad walaupun terdapat pelbagai masalah-masalah serius yang lain. Ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas Mutiara 2, saya dapati seorang murid mengalami masalah disklesia yang agak serius. Dia bukan sahaja mempunyai masalah menterbalikkan huruf dari kiri ke kanan malah juga bermasalah menterbalikkan huruf dari atas dan bawah. Sebagai contoh, huruf d ditulis b (kiri-kanan) dan huruf m ditulis w (atas-bawah). Saya dapat mengenalpasti masalah tersebut melalui Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan dan Praktik) ke atas murid-murid Mutiara 2 di sekolah ini. Hasil daripada penyemakan kertas ujian tersebut, didapati murid tersebut menulis abjad dan nombor secara terbalik.

Menurut Gupta, terdapat dua juta kes disleksia di seluruh Malaysia, iaitu 25 peratus daripada populasinya melibatkan pelajar sekolah. Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanupulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b kepada huruf p yang ditunjukkan.

Norhaniza Abdul (2004) di dalam Modul Membaca Dan Menulis menyatakan bahawa guru perlu kreatif dalam menyampaikan ilmu. Pernyataan tersebut mendorong saya untuk membantu murid dalam membentuk huruf abjad dengan betul yang dilihat dengan penggunaan cermin. Ruhaida (2005) dalam kajiannya mengatakan bahawa pengunaan bahan bantu mengajar (BBM) sewaktu mengajar dapat membantu guru meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan menulis huruf a hingga z dengan baik. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya mengaplikasikan cermin untuk membantu masalah keterbalikkan murid membentuk huruf dengan betul menggunakan doh.

Pengaplikasian cermin untuk mengatasi masalah keterbalikkan huruf ini dipilih berdasarkan pernyataan Higgins et al. (1996) bahawa selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan huruf q. Saya aplikasikan penggunaan cermin untuk mengatasi kekeliruan jenis imej cermin tersebut. Imej huruf cermin yang terpapar di cermin akan murid bentukkan menggunakan doh. Doh dipilih berdasarkan minat murid itu sendiri.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun, itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh belajar dan diajar dengan formula tertentu dan itu bukanlah masalah jika mereka diberi peluang untuk belajar. Ada kanak-kanak disleksia yang berjaya hingga ke peringkat universiti dan berjaya dalam hidup seperti Leonardo da Vinci, Albert Einstein dan ramai lagi.

Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut iaitu:

Objektif umum

mengurangkan kesalahan menulis abjad secara terbalik maksimum

pada tahap yang

Objektif khusus

mengurangkan masalah menterbalikkan huruf dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada tahap maksimum

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di Program Integrasi Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Gemas, Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada seorang murid PPKI kelas Mutiara 2 yang bermasalah dalam menulis abjad secara terbalik. Murid tersebut berjantina lelaki dan berbangsa India. Murid ini merupakan murid baharu yang ditempatkan pada awal tahun ini di sekolah tersebut. Faktor penempatan baharu ini memberi kesan kepada tahap murid kerana masih tidak dapat dikenalpasti kebolehan pencapaiannya. Namun setelah dianalisa, prestasi akademik murid ini masih di tahap sederhana. Taraf hidup keluarga murid adalah sederhana dan murid amat sukar bertutur di dalam Bahasa Melayu kerana bersekolah tamil sejak di awal persekolahan.

7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

7.1 Prosedur tindakan

Dalam mencapai dua objektif kajian di atas, perancangan dibuat secara tersusun dan rapi. Sebagai guru pendidikan khas, saya perlu merancang dan menyusun aktiviti pengajaran seperti pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid (Jamilah Ahmad, 1999). Selain itu, aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelajaran yang membolehkan murid menggunakan semua derianya seperti latihan latih tubi. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman

mencadangkan bahawa pelajar yang menghadapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran. Pernyataan ini disokong dengan pendapat Irwin (2000) yang mencadangkan alternatif pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya bercadang menggunakan deria (sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh) untuk membentuk huruf dengan menggunakan platesin atau doh. Doh yang digunakan lembut dan tidak membahayakan kesihatan murid. Penggunaan doh untuk membentuk huruf memberi peluang kepada murid untuk menguatkan motor halus. Ernie (2008) dalam kajiannya di SK Taman Universiti 4 menyatakan bahawa kanak-kanak Pendidikan Khas

selalunya menghadapi masalah kemahiran motor halus disebabkan otot jemari yang lemah. Oleh itu, penggunaan doh ini sedikit sebanyak dapat membantu utuk menggerakkan jari jemari murid. Gambaran imej huruf yang sebenar akan dipantulkan dengan menggunakan cermin bagi menguatkan ingatan murid untuk mengecam imej sebenar huruf-huruf tersebut. Saya merancang untuk meluangkan masa selama 10 minit setiap waktu Bahasa Melayu (hari Isnin dan Rabu) untuk bersamanya. Murid akan diberi bimbingan secara individu sehingga tempoh yang ditetapkan dalam masa 10 minit ini.

Saya juga akan menggunakan pendekatan deduktif bagi mencapai objektif kajian tersebut. Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi. Dalam menggunakan pendekatan ini, murid akan diberi latihan untuk menulis urutan A-Z huruf besar dan a-z huruf kecil secara berulang-ulang. Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih murid dengan urutan abjad yang betul walaupun telah mengetahui urutannya. Murid juga perlu menyebut setiap abjad yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis. Hal ini kerana murid kadang-kadang mudah lupa apabila diminta menyebut secara lisan. Latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya ingatannya dengan mengingat abjad yang ditulis. JADUAL CARTA GANTT

AKTIVITI Ujian diagnostik Menjalankan pra ujian

MINGGU M 1

M 2

M 3

M 4

M 5

M 6

M 7

M 8

M 9

M 10

M 11

M 12

Menyusun kad huruf a hingga z Menulis huruf kecil Mengecam huruf menggunakan cermin Membentuk huruf menggunakan doh Ujian Pasca

JADUAL PELAKSANAAN

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ujian diagnostik

Aktiviti yang dijalankan

Tarikh (12 minggu) 2 Februari 2012 6-10 Februari 2012 13-17 Februari 2012 20 Februari 2 Mac 2012 5 9 Mac 2012 19 Mac 6 April 2012 9 - 20 April 2012

Menjalankan pra ujian Menyusun kad huruf a hingga z Menulis huruf kecil Mengecam huruf menggunakan cermin Membentuk huruf menggunakan doh Ujian Pasca

KOS KAJIAN

Bil

Senarai barang

Harga seunit (RM)

Kuantiti

Harga (RM)

Jumlah (RM)

Kertas A4 putih bewarna 9.90 12.90 2.00 1.00 5.00 1 rim 1 rim 1 5 9.90 12.90 2.00 5.00 5.00 Jumlah Keseluruhan 9.90 12.90 2.00 5.00 5.00 34.80

2 3 4

Cermin Doh atau platesin Bahan-bahan lain

7.2 Cara Pengumpulan Data Terdapat dua kaedah yang dicadangkan (KPM 2000) dalam proses mengenalpasti kanakkanak bersimpton disleksia iaitu secara senarai semak dan secara ujian. Kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999). Oleh itu saya bercadang menggunakan kaedah senarai semak dan pengujian untuk mengumpul data. Butiran senarai semak ini dikutip berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangung. Data yang dikutip berdasarkan pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Saya akan memastikan tiga aspek penting semasa melakukan pemerhatian berlangsung dengan teratur. Data-data yang diperolehi berdasarkan pemerhatian akan direkodkan dari semasa ke semasa. Instrumen-instrumen disediakan sebagai pengujian kepada murid. Pengujian diuji berdasarkan cara verbal dan instrumen. Instrumen disediakan di dalam borang skor. Instrumen kemahiran menulis menjadi bahan utama untuk mengetahui penguasaan murid terhadap isi pengajaran. Bagi kaedah ujian seperti ujian kecerdasan (IQ), ujian bacaan, ujian saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan ujian komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan (Hammond dan Hughes, 1999).

p/s: sila buat penambahbaikan. Sila hantar bibliografi...

You might also like