P. 1
JURNAL PEYELIDIKAN 2010- NOVIE ADILAH SONDIG.pdf

JURNAL PEYELIDIKAN 2010- NOVIE ADILAH SONDIG.pdf

|Views: 1,637|Likes:

More info:

Published by: Mohd Zafaren Zakaria on May 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2013

pdf

text

original

Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak

. Novie Adilah Binti Sondig Fakulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep kesediaan kurikulum pendidikan awal terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak yang terlibat antara dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun bagi mengetahui konsep kesediaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Keadah penyelidikan adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan keadah pemerhatian dan temu bual. Respondan yang digunakan dalam kajian ini ialah guru-guru dibawah pusat asuhan dan penjagaan awal kanak-kanak bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah ditemubual secara rawak. Hasil kajian didapati bahawa dalam kurikulum pendidikan ini, usia awal kanak-kanak telah dibahagikan kepada 5 peringkat perkembangan awal kanak-kanak iaitu setiap peringkat perkembangan awal kanak-kanak tersebut mempunyai tahap keperluan dan kehendak yang berbeza mengikut persekitaran mereka. Kurikulum pendidikan ini telah dirancang dengan sistematik iaitu memfokuskan setiap modul dalam setiap tahap perkembangan yang bersesuaian denagan aktiviti pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak. Kesimpulannya, sistem kurikulum pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini adalah wajar dilaksanakan kerana kebanyakkan pengalaman pembelajaran memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera. Kata kunci: Kurikulum Pendidikan awal, Tahap umur perkembangan, Kognitif, Psikomotor, Afektif.

ABSTRACT

Study was conducted to learn the concept of early childhood curriculum readiness of the cognitive, psychomotor and affective children. Early childhood of education involved in a range between 0 to 4 years using interviews and observation methods to learn the concept of readiness curriculum for early childhood cognitive development, psychomotor and affective children. Based qualitative research of using the method of observation and interviews. Respondents used in this study is that the teachers under the care centers and early childhood care at the Universiti Pendidikan Sultan Idris, which who was interviewed at random. The study found that in the educational curriculum, early age children were divided into 5 stages of early childhood development in which each stage of early development of the child's level of needs and requirements vary according to their environment. Education curriculum has been designed to systematically focus on each module that all appropriate levels of development activity with early learning experiences of children. In conclusion, the system of early education curriculum, children are present should be made for most of the learning experience provides a lot of stimulation so that the child can see and adjust to and identify objects in the environment through the senses.

Keywords:

Early education curriculum, the age level of development, cognitive, psychomotor, affective.

1

kajian ini memberi fokus kepada aspek perkembangan kognitif. bagaimana menggunakan bahasa sebagai alat belajar dan presepsi dan bagaimana untuk menjelajahi dunia tanpa rasa takut. maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. 2001). Kajian kes dapat menjawab persoalan kajian tentang “mengapa dan bagaimana” (Yin 1994). Menurut Gable (2001) menyatakan bahawa dalam sinaps yang banyak digunakan menjadi sebahagian kekal dari otak. Kajian ini adalah untuk meneroka konsep Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif . akhirnya menjadi hubungan yang kekal. Kajian pendidikan awal membuktikan bahawa penyelidik neurosains telah mengkaji otak kanak-kanak. psikomotor dan afektif dalam mengetahui kadar tahap perkembagan diri kanak-kanak dalam aspek yang dikehendaki iaitu pada sekitar Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). cuba untuk bergaul dengan orang lain. METODOLOGI Keadah kajian Penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif.PENDAHULUAN Kepentingan pembelajaran awal kanak-kanak adalah terbukti dengan kajian kajian lepas dari penyelidikan yang sangat menyokong pentingnya setiap negara memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak untuk kejayaan ekonomi dan produktiviti negara pada masa hadapan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan temu bual dan pemerhatian kerana penyelidik mempunyai maklumat tentang isu yang dikaji berdasarkan tinjauan literatur (Cavana et al. Sehingga kini. didapati pembentukan kecerdasan bermula dari sejak kanak-kanak lahir. Menurut Bredekamp & Copple (1997) menyatakan bahawa dalam 3 tahun pertama kehidupan. Secara khususnya mengapa kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dipercayai dapat membentuk perkembangan kognitif. Kajian ini adalah untuk mendapatkan konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan keadah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan awal kanak-kanak. anak-anak belajar. Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak. Hal ini bermakna. Di sinilah pengalaman memainkan peranan penting dalam jaringan otak kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kerana penyelidik dapat memahami sesuatu fenomena tentang proses pemupukan perkembangan kognitif .. Oleh itu. psikomotor dan afektif mereka. lebih banyak dan kerap kanak-kanak diransangkan. maka kurikulum pendidikan yang ada sekarang perlu menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran dan interaksi sosial kepada kanakkanak supaya lebih banyak sinaps terbentuk dan kekal. atau gagal untuk belajar. telah banyak kajian dilakukan tentang perkembangan awal kanak-kanak yang lebih menfokuskan secara holistik. Penyelidikan otak mendedahkan bahawa sebahagian besar Sambungan yang akan dipertahankan ke seluruh kehidupan yang terbentuk selama masa kanak-kanak. cuba untuk menyelesaikan pertikaian secara damai. Kaedah ini membolehkan pengkaji berinteraksi dengan subjek kajian (Wiersma 2 . psikomotor dan afektif bagi pendidikan awal sains kanak-kanak di Malaysia. Para sinaps yang tidak digunakan sering dieliminasi. Dalam penyelidikan kajian ini akan lebih memberi fokus aspek perkembangan kognitif. USA merumuskan kajiannya “ high quality early childhood program has long-term effect on young children’s success in school and perhaps even later in life”. Naomi Karp (2000) dari national institute on early Childhood Development and Education. psikomotor dan afektif kanak-kanak (Wiersma 2005). Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap. Oleh itu untuk memupuk dan membentuk kanak-kanak yang sempurna.

yakni membahas secara terperinci tentang hasil pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Smilansky’s sosio-dramatic play dan Garvey’s language play. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN Secara keseluruhannya. Keadah ini berkesan kerana Proses Pendidikan pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Temu bual pertama pada tarikh 17 Februari 2010. Selanjutnya. Data yang dikumpulkan adalah mengenai kaedah menyampaian pengajaran. psikomotor dan afektif kanakkanak tersebut. Justeru. 3 . rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Tanjung Malim. Oleh itu. intelek dan estetika. kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian. Malaysia. Perak. Kajian dibuat menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Piaget’s states of play. termasuk perkembangan kemahiran fizikal.2005).Universiti Pendidikan Sultan Idris. penyelidik telah membuat perancangan awal bagi menguruskan sesi temu bual menggunakan pendekatan logik. dan yang kedua pada tarikh 18 Februari 2010. Respondan berpendapat bahawa belajar melalui bermain merupakan keadah yang berkesan dan sesuai diterapkan kepada kanak-kanak. kesan terhadap perkembangan kognitif. Sebelum mengadakan temu bual ini. Vygotsky’s sosial play. Sampel kajian dipilih secara bertujuan dengan pemilihan peserta secara tipikal iaitu pengkaji menentukan spesifikasi responden yang tipikal (Cavana et al. Pengumpulan Data Data dikumpulkan menggunakan kaedah temubual dengan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak yang dipilih secara sengaja untuk melakukan proses temu bual ini bagi mendapatkan data . sentuhan. emosi. kaedah ataupun pedagogi yang digunakan dalam penyampaian pendidikan awal kanak-kanak ialah belajar melalui bermain. Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. keberkesanan kaedah pedagogi yang digunakan. Antara teori-teori yang menerangkan pedagogi belajar melalui bermain ialah Parten Social play. dilakukan penilaian terhadap hasil keseluruhan penerapan pendidikan awal kanak-kanak. Para pendidik program pendidikan permata dipilih menjadi peserta temu bual kerana pengalaman lebih 5 tahun menjadi tenaga pengajar menunjukkan bahawa mereka telah melalui waktu kritikal iaitu peringkat permulaan usaha pembentukkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak (Kuratko & Hodgetts (2004). Tenaga pengerak iaitu guru di pusat asuhan ini yang diambil sebagai sampel kajian . sosial. Kawasan dan masa kajian Kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak di pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak . Semua data yang dikumpul semasa sesi temu bual. yang mana belajar melalui bermain adalah keadah pembelajaran yang menawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak. 2001). Justeru mereka ini dianggap sebagai pakar dan dijangka dapat memberikan pengetahuan dan mampu memberikan maklumat yang diperlukan. aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.

Selain itu. Semasa kemahiran sensorimotor kanak-kanak bertambah maju mengikut kadar pertumbuhannya. mengikut Piaget ( 1962) keupayaan adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur kognitif yang dipanggil sebagai skema. 4 . bahanbahan mainan menjadi lebih canggih. sesuai dengan perkembangan semasa sekarang. Manakala aspek perubahan afektif yang ketara berlaku dalam diri kanak-kanak setelah melalui pengalaman pembelajaran pendidikan awal ialah melibatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak yang akan dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan kelak. mengira. Oleh itu. dapat dirumuskan bahawa pembelajaran main koperatif memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal. berdiri. Dapat melahirkan kanak-kanak yang mahir berkominikasi. salah satu pembelajaran yang dipercayai dapat memupuk perkembangan emosi kanakkanak ialah melalui aktiviti main koperatif. berjalan dan berlari. Masing-masing diantara mereka telah diagihkan tugas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. kefahaman mereka dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak membantu menangani masalahmasalah sosial dan emosi yang semakin meruncing kini. misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan memusingkan badan. mainan yang boleh bergerak dan sebagainya. Oleh itu. aspek perubahan psikomotor yang jelas berlaku dalam diri kanak-kanak berdasarkan pedagogi penyampaian pendidikan awal yang dilaksanakan ialah melibatkan kemahiran menggunakan anggota badan. Hasil pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak secara keseluruhan yang diharapkan setelah melalui proses pembelajaran berdasarkan maklumbalas respondan adalah • • • Dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio-ekonomi yang kukuh. Secara holistiknya. aspek peubahan kognitif kanak-kanak yang dapat dilihat pada mereka adalah akan berlaku dari segi kebolehan kemahiran membaca. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan penyelidik. Menurut Piaget ( 1962). duduk. kajian dapatan mendapati aktiviti ini banyak memupuk ciri sosial dalam hidup nyata seperti kerjasama. Dalam aktiviti “main” ia merupakan proses asimilasi yang utama kerana kemahiran asas bermain telah sedia ada dalam struktur kognitifnya. Oleh itu. merangkak. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan kanak-kanak berumur dalam 3-4 tahun yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. balajar melalui bermain membawa peluang kepada kanak-kanak memperolehi pengalaman baru agar diadaptasi dalam struktur kognitif mereka. Teori kognitif Piaget meliputi dua proses iaitu proses asimilasi ialah mengadaptasikan kemahiran baru untuk menyesuaikan dengan kemahiran yang telah sedia ada dalam struktur kognitif nya dan proses akomandasi ialah mengubahsuaikan kemahiran baru dalam struktur kognitifnya. berfikir secara kreatif dan kritis. komunikasi dan interaksi sosial dapat dipupuk dan dipehatikan. Menurut maklumat dari respondan. Berasaskan kepada pedagogi pengajaran yang belajar melalui bermain. self-esteem yang tinggi. Menurut kajian Piaget( 1962) pola main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial. mudah berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra sains. berkayakinan diri dan budi perkerti yang baik. Aktiviti pembelajaran kperatif ini mengalakkan sekumpulan kanak-kanak berkerjasama membina sebuah bangunan dikelilingi oleh dinding dengan pasir. main dengan objek biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 bulan.Secara keseluruhanya. Dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. Respondan menyatakan perkembangan ini dapat dipupuk melalui keadah bermain dengan objek. intelek dan sosial secara amnya dan afektif secara keseluruhan khasnya. menulis. aktiviti ini berlaku apabila kanak-kanak yang berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan.

fizikal dan emosi yang dipamerkan oleh awal kanak. Pengajaran yang telah diperolehi daripada penyelidikan ini adalah timbulnya kesedaran bahawa bidang pendidikan ialah bidang ilmu yang membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak dibimbing dengan kehidupan bermasyarakat. mengeksperimen dan menyelesaikan masalah..Guru perlu memberikan banyak aktiviti membina dan galakkan yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak. berdasarkan daripada hasil dapatan dan perbincangan berdasarkan sesi temu bual dan pemerhatian yang dijalankan.• Dapat menanamkan minat ingin tahu kanak-kanak. suka menyiasat dan meneroka. Pendedahan awal kanak-kanak ke pendidikan adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.kanak. guru perlu memberikan pujian dan penghargaan walaupun usaha yang dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka. Secara keseluruhanya. serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. serta berkemampuan menumpu perhatian sesuatu pengalaman KESIMPULAN Kesimpulannya. secara keseluruhannya hasil penyelidikan ini adalah memenuhi objektif kajian yang dilakukan yang mana perkembangan awal kanak-kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak. Apabila mereka berjaya melakukan setiap aktiviti tersebut. mencadangkan bahawa sebagai seorang guru kita perlulah peka terhadap perubahan kognitif. Pendidikan awal ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu dibimbing untuk menghubungkan fakta dan konsep. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. 5 .

adults. Applied business research: Qualitative and quantitative methods. Ohio: South Western. Massachusetts: Allyn and Bacon. Tanjong Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara .BIBLIOGRAFI Aminah Ayob. Mok Soon Sang. Edisi ke-6. Perkembangan Kanak. Entrepreneurship: Theory. 2001. U. children.. Boston: childhood.Kanak. (1997 ). M. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. R. Rohani Abdullah. Gable. Inc. Allyn & Bacon. B. 2005. (2000). Queensland: John Wiley & Sons Australia. California: Sage Publications. Bhd. CURRICULUM 507 229 Bredekamp. 2004. Mcgraw-Hill. Wiersma. Yin. K. (2007). California: Sage Publications. Case study research: design and method. adolescents. Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali. Y. & Hodgetts.Understanding motor development Infants. Pittenger Student Center. & Copple. 6 .).. D. Ltd. Research methods in education: An introduction. director of the National Institute on Early Childhood Development and Education. 6. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. W. Naomi Karp . Inc. Cavana. L. & Sekaran. F. R. Mastura Badrzis. Delahaye. malim. Developmentally appropriate practice in early Thousand Oak.(2001).(2000). Thousand Oak. University Ave. Teaching children science: A discovery approach (5th ed. Milton. Buston : 2008. Process and Practice. J. Kuratko. R. Abruscato. S. 1994. C.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->